Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA

DAN HUBUNGAN ETNIK


TAJUK : ASSIGNMENT 1
SUBJEK : MALAYSIAN STUDIES
CODE SUBJECT : MPU 1113U1
LECTURERS NAME : MISS MALIATI
NAME : HUMAIRA JASMIN BINTI MOHD HAKIMI
( 012014052035 )
SHAREEQA AZEERA BINTI MOHD AZHAR
( 0120140520 )
NUR HIDAYAH BINTI MUHAMAD
( 0120140420 )

PENGENALAN
Konsep pecah dan perintah dalam bidang siasah dan sosiologi merupakan satu strategi untuk
mendapatkan dan menakluk sesebuah kawasan atau wilayah dengan cara memecahkan
kelompok kuasa yang besar kepada kelompok yang lebih kecil. Konsep ini juga merujuk kepada
pemecahan struktur kekuasaan sedia dan menghalang kelompok-kelompok kecil itu daripada
bersatu dan berhubungan. Unsur-unsur yang diamalkan dalam konsep ini adalah mewujudkan
atau menggalakkan perpecahan di antara kelompok masyarakat bagi mengelakkan berlakunya
pakatan untuk mencabar pihak penjajah. Selain itu, menghulurkan bantuan kepada sesiapa
yang sanggup untuk bekerjasama dan menjalinkan hubungan dengan pihak berkuasa yang
berdaulat. Seterusnya, mendorong sikap tidak percaya dan permusuhan dalam kalangan
pemerintah tempatan serta mengalakkan perbelanjaan yang mampu melemahkan keupayaan
pembiayaan politik dan ketenteraan.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan
terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya
bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan
tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku
sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang
turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei. Selain itu, kesan peninggalan penjajah Inggeris
juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris
contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap
masyarakat melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut
ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu
kesan yang nyata selepas penjajahan Bristish Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh
kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan
ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Masyarakat majmuk bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem interaksi
sosial dimana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu
adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Masyarakat adalah
komuniti yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain.
Umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang
hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur.
Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup
berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup
secara berasingan dan tidak bersatu padu dan mempunyai budaya yang tersendiri.
Masyarakat majmuk (Plural society) yang bermaksud masyarakat pelbagai kaum (Multi-racial
society) adalah merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang sama-sama atau
berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara sama.
Masyarakat majmuk dalam sebuah negara seperti Malaysia pada kebiasaanya terdiri daripada
beberapa kelompok majority (1-3), disusuli oleh sub-sub etnik (kelompok minority) lain yang
lebih kecil dan kurang berpengaruh.
Menurut Furnivall (1939) sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul
akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut kehendakkehendak sistem ekonominya. Ini telah mewujudkan kelompok-kelompok berbagai ragam
dalam sebuah masyarakat majmuk itu bercampur tetapi tidak bergabung. Setiap kelompok
memegang kuat kepada agama, kebudayaan, bahasa, idea-idea dan cara-cara kehidupan
sendiri. Komuniti-komuniti dalam masyarakat majmuk itu hidup secara berdekatan, tetapi
terpisah dalam unit politik yang sama. Sistem pembahagian buruh dalam bidang ekonomi pula
adalah berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-fungsi yang
berlainan.
Semua negara bangsa pada hari ini terdiri daripada pelbagai kaum atau etnik dan adat resam.
Setiap etnik atau kaum itu pula sudah pasti mempunyai ciri yang berbeza. Walau
bagaimanapun dalam pengajian mengenai masyarakat, beberapa konsep kemasyarakatan
perlu diperhalusi bagi memahami secara mendalam mengenai etnik-etnik yang ada di seluruh
dunia pada hari ini.
Etnik selalunya didefinisikan sebagai satu kelompok manusia yang mempratikkan atau
mengamalkan budaya yang hampir sama, sama ada dari aspek adat resam, bahasa, pakaian

atau kegiatan ekonomi. Konsep etnik selalunya dikaitkan dengan konsep ras, bangsa dan kaum
walaupun pada hakikatnya ketiga-tiga tersebut mempunyai maksud yang berbeza. Dalam hal
ini, ras dan bangsa lebih menekankan perbezaan fizikal atau sifat-sifat yang berkaitan dengan
biologi seperti keturunan dan pertalian darah. Dalam konteks masyarakat Malaysia, terdapat
pelbagai kelompok dan etnik yang berlainan tetapi bernaung di bawah sistem politik yang sama.
Hubungan etnik boleh dilihat dan diukur dari segi tahap kedekatan atau darjah kehampiran. Di
peringkat awal hubungan antara etnik pada kebiasaanya bermula dengan satu bentuk
hubungan yang berasingan dan terpisah (segregasi) sehinggalah kepada satu tahap hubungan
yang berbentuk kukuh dan sebati ( Amalgamasi) di peringkat akhir.
Kumpulan etnik merujuk kepada pelbagai kaum yang wujud di negara ini seperti Semenanjung
Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Sikh dan Siam. Di Sarawak dan Sabah pula
terdiri dari Melanau, Iban, Dayak, Dusun, Kadazan dan sebagainya. Setiap etnik berbeza
berdasarkan ciri budaya, kegiatan ekonomi, cara berpakaian, pola keluarga, orientasi politik dan
juga pandangan yang berbeza.
Menurut pandangan seorangan penulis Sejarah, penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu
sebelum merdeka digambarkan sebagai hampir tidak mempunyai sebarang persamaan dalam
setiap perkara hidup mereka, melainkan mereka tinggal dalam sebuah negara. Walau
bagaimanapun, konsep masyarakat majmuk oleh Furnival tidak lagi sesuai dengan negara ini
ekoran percantuman, pergaulan dan hidup kesatuan masyarakat hari ini dapat dilihat dengan
jelas tanpa mengira kaum.

KONSEP PECAH DAN PERINTAH


Sejak awal lagi, adalah menjadi dasar Inggeris yang tersirat bahawa mereka perlu mengekalkan
hubungan baik dengan golongan istana dan aristocrat Melayu dengan cara mengekalkan
institusi tradisional dan seboleh-bolehnya mengelakkan gangguan ke atas fungsi, struktur social
dan cara hidup bumiputera. Oleh itu, penduduk bumiputera tidak diberi peluang dalam
perkembangan ekonomi eksport, sebaliknya keutamaan diberikan kepada golongan imigran. Ini
dibuktikan daripada pengimportan buruh asing untuk mengisi keperluan tenaga buruh.
Kerajaan colonial inggeris telah mentadbir penduduk bumiputera dan imigran secara
berasingan. Dasar ini dikenali sebagai sistem Pecah dan Perintah (Divide and Rule) satu
kaedah imperialism penjajah Eropah yang digunakan di tanah jajahan untuk melemahkan
Bumiputera dan pada masa yang sama memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan
sekaligus memisahkan mereka daripada penduduk bumiputera. Golongan imigran dibiarkan
mengekalkan identiti dan budaya masing-masing dan tidak digalakkan berhubung secara
langsung dengan kaum bumiputera. Mereka diberi kesempatan dan kemudahan untuk terlibat
dalam perkembangan perusahaan bijih timah, getah dan aktiviti perniagaan. Penduduk
bumiputera sebaliknya disisih dari corak kegiata ekonomi komersial yang diwujudkan. Kaum
bumiputera, walaupun tidak ditindas secara kekerasan seperti yang dilakukan oleh penjajah
Belanda di Indonesia ataupun penjajah Sepanyol di Filipina, mereka tetap mahu dikekalkan
dengan cara hidup tradisi mereka menjadi petani sara-diri atau nelayan miskin. Dengan cara ini
pihak Inggeris berharap dapat membentuk keadaan yang stabil dan terus menjajah Negara ini.
Dasar Pecah dan Perintah membayangkan usaha yang terancang bagi mewujudkan suatu
keadaan yang menjadikan orang melayu sebagai penduduk bumiputera akan tertekan daripada
segi kehidupan ekonomi, politik dan social.
Konsep pecah dan perintah dapat mewujudkan masyarakat di Malaysia dengan terlepasnya
penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan melombong bijih timah. Pembesar
Melayu merupakan pemilik dan penguasa lombong-lombong bijih di Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan, lama sebelum kedatangan Inggeris dan penglibatan bersungguh-sungguh oleh

pemodal di negeri-negeri Selat yang kaya dengan bijih, peranan ini segera diambil alih oleh
pemodal Cina dan Negeri-negeri Selat dan syarikat-syarikat Inggeris sendiri. Disebabkan
kaedah melombong orang melayu dianggap tidak memadai untuk menghasilkan pengeluaran
yang mampu menampung keperluan eksport secara besar-besaran di samping keperluan
membuka lebih banyak lombong, maka tenaga buruh dan teknologi terpaksa dibawa dari luar.
Dalam tempoh yang singkat syarikat Inggeris telah menguasai aktiviti perlombongan.
Selain itu, pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang melibatkan
penduduk bumiputera. Kegiatan ekonomi eksport lebih menguntungkan golongan imigran,
sebaliknya keadaan bumiputera tidak dihiraukan sangat kerana penjajah memang berhasrat
menyisihkan penduduk bumiputera dari arus kemajuan yang berlaku pesat di sekeliling mereka.
Di samping itu, proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport. Ini
disebabkan kaum imigran menjadi penggerak kawasan Bandar yang menjadi tumpuan imigran.
Seterusnya, di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan lading getah telah wujud
kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkannya orang Cina dan India.