Anda di halaman 1dari 5

iTHINK bermaksud innovative thinking ( Pemikiran Inovatif ) yang bertujuan untuk

mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah


menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta
telah dirintis di 10 buah sekolah ( 6 SR dan 4 SM ) sebelum diperkembangkan ke seluruh
Malaysia.

Kenapa Diadakan Program i-THINK?

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia


semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid
berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program iTHINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai
pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) dan mampu berdaya saing.
Alat
Berfikir
Peta Pemikiran

Yang

Diperkenalkan

Dalam

Program

i-THINK

Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran
secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh
digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh
digunakan.

1.

Circle Map (Peta Bulatan)

Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia
berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2.

Bubble Map ( Peta Buih )

Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau
menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3.

Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.

4.

Tree Map ( Peta Pokok )

Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5.

Brace Map ( Peta Dakap )

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah
nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6.

Flow Map ( Peta Alir )

Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7.

Multi-flow Map ( Peta Pelbagai Alir )

Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan
akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri
adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat
daripada peristiwa tersebut.

8.

Bridge Map ( Peta Titi )

Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan
proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.