Anda di halaman 1dari 12

Bidang hafazan ayat-ayat al Quran memang wajar di terapkan terutamanya di peringkat

kanak-kanak agar ianya dapat menjadi amalan hidup yang berterusan.Ia juga penting
terutamanya apabila ia menjadi satu amalan dalam solat seharian.Dengan pengenalan dan
perlaksanaan Bidang Tilawah Al Quran ( Hafazan ) diharapkan murid khususnya di Tahun
Dua dapat menguasai atau mengingati surah-surah yang telah ditetapkan oleh Sukatan
Pelajaran Peringkat Persekutuan iaitu Surah Al Kafirun, Al Kausar, Al Maun dan Surah
Quraisy.Ada Surah yang mempunyai 7 ayat dan yang terpendeknya ialah 3 ayat sahaja.

Dari segi pembahagian masa dan tempoh pengajaran, guru perlu bijaksana dalam
menentukan berdasarkan kebolehan murid dan panjang pendeknya surah tersebut supaya
dapat mencapai objektif yang sempurna. Kaedah yang biasa digunakan ialah Talaqqi dan
Musyafahah serta kaedah lain yang digabungkan bagi memastikan pengajaran berkesan dan
dapat menjadi amalan harian pelajar.Guru juga memberi penekanan terhadap hukum Tajwid
sukun dan tasydid sesuai dengan tahap kebolehan dan latar belakang murid.

Bidang hafazan juga merupakan satu amalan Rasullullah s.a.w apabila menerima wahyu
daripada Allah s.w.t. Allah Taala menganugerahkan pedada Nabi Muhammad daya ingatan
dan kebijaksanaan yang tinggi walaupun baginda seorang ummi iaitu tidak tahu membaca
dan menulis. Ummi ini adalah merupakan satu mukjizat kepada nabi lantaran orang-orang
kafir Quraish ketika itu menuduh Al Quran adalah ciptaan Nabi, mana mungkin Nabi mampu
menciptakan Al Quran sedangkan Nabi Ummi.Oleh itu, cara baginda memelihara wahyu Allah
ialah dengan menghafaznya, Nabi juga menggalakkan para sahabat baginda turut
menghafaz ayat-ayat Allah itu.Perkembangan ilmu Al Quran ketika iatu ialah melalui hafazan.

Seterusnya, apabila Rasullullah s a w wafat, kebimbangan terhadap terhapusnya al Quran


mulai timbul terutamanya selepas berlakunya peperangan demi peperangan yang
mengakibatkan banyak penghafaz-penghafaz al Quran gugur syahid contohnya dalam
Peperangan Arriddah iaitu peperangan yang berlaku dalam zaman pemerintahan Syaidina
Abu Bakar Assidik uang mengakibatkan 60 huffaz terkorban syahid. Peristiwa inilah yang
membawa kepada timbulnya era penulisa ayat-ayat AlQuran.

Berbalik kepada Kaedah mengajar hafazan surah al Quran bagi murid-murid tahun dua
khususnya, empat surah yang ditetapkan itu diwajibkan bagi setiap murid mengingatinya.
Kebanyakan guru-guru mengaplikasikan kaedah Talaqqi dan Musafahah malahan bolehlah
dikatakan ianya merupakan kaedah wajib. Talaqqi bererti berjumpa atau berhadapan
manakala musafahah bererti memberi erti melihat gerak bibir guru. Apabila mengajar
hafazan, guru hendaklah berhadapan dengan murid samada seorang dengan seorang atau
seorang guru denganbeberapa murid.Ianya amat berkesan bagi menilai murid mana yang
mempunyai daya ingatan yang kuat atau sebaliknya. Melalui cara ini, guru dapat
memperbaiki setiap kesilapan murid juga membantu mana-mana yang yang perlukan
bimbingan. Ketika berhadapan itu, guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat alQuran
dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir., aktiviti sedemikian bertujuan untuk
mrnyrbut dengan fasih dan betul dihadapan murid supaya murid dapat mencontohi sebutan
guru itu berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir guru. Guru juga akan
mengulang-ulang sebutan huruf atau kalimah ayat-ayat al Quran dengan meminta murid
memerhatikan gerak bibirnya kemudian meminta murid menyebutnya dengan guru
membetulkan sebutan tersebut. Pengulangan sedemikian amat berkesan kepada murid.

Modul Pengajaran Ayat-Ayat Hafazan.

Pengenalan.

Modul pengajaran ini adalah bagi kegunaan dua penggal persekolahan. Ianya bertujuan
membahagikan atau memecahkan keempat-empat surah hafazan tersebut bagi tempoh
pengajaran selama setahun mengikut rangcangan tahunan dan mingguan secara
dasarnya.Kemudian, setiap perincian langkah itu akan diadaptasikan dalam rancangan
pengajaran harian. Sebagai asas perlaksanaan modul ini, maka diperturunkan rangka asas
kepada pembinaan RPH sepanjang tahun bagi bidang hafazan ini.

Asas Pembinaan Rancangan Pengajaran Tilawah Al Quran.


Persediaan Sebelum Mengajar.

Tahun

Dua

Masa

60 minit (berdasar agihan mingguan )

Tajuk

Hafazan Surah Al Kafirun,Al Kausar,Al Maun, Quraish

Fokus

Pemikiran: Murid boleh membaca dan menghafaz surahsurah tersebut.


Amalan: Mengekalkan hafazan surah-surah yang telah
dipelajari dengan betul dan fasih dalam solat.
Penghayatan: Sentiasa mengamalkan surah-surah yang
dihafaz dalam kehidupan seharian.
Prinsip Asas Islam (penerapan nilai)

1.Penguasaan Ilmu Pengetahuan.


2.Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah.
3.Kehidupan yang berkualiti.

Kaedah

1-Latih tubi
2.Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah.
3.Tasmik hafazan murid

Pengetahuan sedia
ada

1.Murid telah belajar surah yang dihafaz


2.Murid telah boleh membaca surah yang akan dihafaz.

Sumber pengajaran
dan pembelajaran
Kad Imbasan/carta ayat 4. lembaran kerja
Pita rakaman
VCD Majlis tahfiz al Quran

Persediaan

Menyediakan kad/ carta ayat dalam kelas


Menyediakan pita rakaman surah yang akan diajar
Menyediakan VCD majlis tahfiz al Quran serta lembaran kerja

Hasil Pengajaran
dan pembelajaran

Aras 1;
1.Menghafaz potongan ayat dari Surah AlKafirun dengan
betul
2.Menghafaz surah Al Kafirun dengan betul
3.Bersungguh-sungguh dalam menghafaz ayat al Quran.
4.Mengamalkan surah yang di hafaz.
Aras 2:
Menghafaz potongan ayat dari surah al Kausar dan al Maun
dengan betul.
Menghafaz surah al Kausar dan al Maun dengan betul.
Mengekalkan hafazan surah-surah yang telah dihafaz.
Aras 3:
Menghafaz potongan ayat dari surah Quraish.
Menghafaz surah Quraish dengan betul
Menghafaz surah al Kafirun, al Kausar, al Maun dan Quraish
dengan fasih secara Tadwir.
Mengamalkan surah-surah yang dihafaz.

Isi pengajaran

Isi

Gabungjalin

Penyerapan

KBKK

1.Surah al
Kafirun

1. Ibadah

1.Kajian
tempatan;

Beza bacaan
Tadwir dan
Tartil.

2. Surah al
Kausar
3.Surah al

Membaca
surah yang
dihafaz dalam
solat

Perubahan
musim
2.Matematik;

Maun

Bil. ayat

4.Surah
Quraih

Secara dasarnya, begitulah gambaran bagi pokok pengajaran ayat-ayat hafazan bagi
pendidikan Islam Tahun Dua. Jadual di ataslah yang akan menjadi asas kepada pembinaan
RPH dan perlaksanaannya dalam bilik darjah.Kaedah hafazan biasanya mempunyai langkahlangkah yang hamper sama iaitu murid dibiasan dengan kalimah, membacanya hingga ingat,
kemudian kalimah-kalimah itu disambung agar menjadi ayat yang lengkap dan guru meminta
murid menghafaz pula ayat-ayat tersebut secara latih tubi hingga betul-betul ingat. Di bawah
ini diperturunkan juga langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas secara
umumnya sebagai penduan perlaksanaannya.

RANCANGAN PENGAJARAN TILAWAH ALQURAN


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIDALAM KELAS.

Set Induksi

Guru menayangkan VCD Majlis Tahfiz Al Quran


Bersoal jawab mengenai tayangan VCD

Penerangan guru dan kaitan dengan tajuk pelajaran.

Perkembangan

Langkah 1-semua murid boleh menguasai hasil pembelajaran


aras satu.

Ilmu:

Amali;

Penghayatan/nilai

Amalan

Pembudayaan

Memperdengankan
bacaan surah al Kafirun
Menghafaz potongan
ayat dari surah al
Kafirun

1.Menghafaz
surah al Kafirun

Bersungguh
menghafaz al Quran

Membaja
dalam
solah

Menghafaz al
Quran sebagai
usaha
meningkatkan
ketaqwaan.

Dengan betul

Perkembangan

Langkah 2- Untuk murid aras 2 dan 3.

Ilmu

Amali

Penghayatan

Amalan

Pembudayaan

1. Talaqqi Musafahah
potongan ayat

1. Menghafaz
surah al
Kausar dan
Al maun.

1. Bersungguh
dalam
menghafaz ayat
al Quran

Mengekalkan
hafazan surah
tersebut.

Membentuk
ketaqwaan kepada
Allah

2. Memperdengarkan
bacaan surah al
Kafirun,al Kausar, al
maun dan Quraish
daripada pita rakaman.

Membaca dan
mengamalkan
dalam solat

3.Menghafaz potongan
ayat dari surah al kausar
dan al Maun dengan
betul dan fasih.

Penilaian

Menghafaz surah al Kausar dan al Maun dengan betul

Perkembangan

Langkah ke 3-untuk murid bagi hasil pembelajaran aras 3

Ilmu

Ilmu Amali

Nilai

Amalan

Penghayatan

1.Guru
memperdengarkan
bacaan surah al
kafirin,al Kausar,
alMaun dan Quraish
melalui CD.

1.Menghafaz
surah al
Kafirun,al
Kausar,al Maun
dan Quraih.
1.Guru
memperdengark
an bacaan surah
al kafirin,al
Kausar, alMaun
dan Quraish
melalui CD.

1.Bersyukur
dengan kebolehan
menghafaz al
Quran.

Mengamalkan bacaan
Tadwir ketika
menghafaz.

Sentiasa
menghafaz dan
memelihara
hafazan.

2.Talaqqi Musafahah
surah tersebut.
3.Potongan kalimah dari

2.Bersungguhsungguh dalam
menghafaz al
Quran.

Mengamalkannya
dalam solat dan dalam
kehidupan

surah.
4.Menghafaz dengan
bacaac Tadwir

2.Talaqqi
Musafahah
surah tersebut.
3.Potongan
kalimah dari
surah.
4.Menghafaz
dengan bacaac
Tadwir

Penilaian

Tugas

1.Menghafaz surah al Kafirun. Al Maun,al Kausar dan Quraish dengan betul dan fasih
secara tadwir.
Orang yang menghafaz al Quran dikasihi Allah.
Perbincangan kelebihan menghafaz al Quran
Aras 1-Menyalin surah Quraish ke dalam buku latihan.

Ulasan kendiri

15% murid aras 2 tidak dapat menghafaz surah-surah tersebut

Rumusan

Agihan waktu dalam setahun.

Berdasarkan Buku Agihan Mingguan keluaran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman
yang menjadi rujukan agihan mingguan bagi tempoh setahun, terdapat 11 minggu bagi
bidang hafazan surah. Ini bermakna, masa bagi hafazan keempat-empat surah tersebut ialah

selama 11 jam termasuk amali yang perlu dilaksanakan.Mengukut urutannya Surah al Kafirun
mendapat 3 jam atau 3 minggu iaitu minggu ke 7,8 dan 9. Surah al Kausar sebanyak 2
minggu atau 2 jam iaitu minggu ke 14 dan 15.Surah al Maun mendapat 3 minggu atau 3 jam
iaitu di minggu 24, 25 dan 26 manakala Surah Quraish pula juga mendapat 3 minggu atau 3
jam iaitu minggu ke 30,31 dan 32 menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 11 minggu atau 11
jam kesemuanya. Pengajaran paling asas ialah dengan memberi penekanan terhadap
hafazan seterusnya membuat penilaian dan pemulihan berterusan bagi murid yang belum
menguasai sesuatu surah yang ditetapkan.

Susunan sebegini pasti memudahkan guru menjalankan aktiviti-aktiviti hafazan dengan lebih
terancang billamana susunan minggunya berada berjauhan antara satu sama lain yang
membolehkan latihan ulangan dapan dijalankan berterusan hingga tamat sesi persekolahan
satu tahun.

Surah al Kafirun dan surah al Kausar berada dalam penggal pertama manakala surah al
Maun dan Quraish berada dalam penggal persekolahan yang ke dua.

Perlaksanaan Kaedah Talaqqi dan Musafahah.

Seperti yang telah difahami, tidak dinafikan bahawa kaedah Talaqqi Musahah ini amat
penting dan menjadi asas kepada pengajaran al Quran samada bacaan atau hafazan. Berikut
diperturunkan beberapa langkah yang biasanya amat berkesan dalam perlaksanaan kaedah
ini.

Langkah 1.
Guru memperdengarkan bacaan surah al Quran samada dari bacaan guru sendiri atau
melalui kaset rakaman. Cara bacaan perlulah bersesuaian dengan tahap murid sekiranya
guru menggunakan kaset. Jangan memilih kaset agak laju bacaannya, seelok-eloknya guru
sendiri yang merakamkan suaranya di kaset agar sesuai dengan murid. Masa yang
diperuntukkan untuk memperdengarakan ayat al Quran ini ialah selama 7 ke lapan minit
secara latih tubi berulang-ulang agar ianya tidak mengambil masa bagi langkah-langkah lain
yang dirancang seterusnya menjejaskan keberkesanan pengajaran guru kerana gagal
mengurus masa dengan baik.

Langkah 2.

Guru mempamerkan ayat-ayat tersebut dalam bentuk keseluruhan dengan menggunakan


kad carta, LCD atau kad manila. Guru membaca pula dan meminta murid mengikut bacaan
guru. Guru kemudiannya meminta murid membaca secara kelas, kumpulan dan individu.

Langkah 3.

Guru menggunakan kaedah latih tubi dimana potongan kalimah-kalimah dari ayat-ayat
tertentu ditampal dihadapan kelas.Guru menyebut berulang kali dan murid juga mengikut
bacaan guru berulang kali hingga dapat diingati.

Sebutan secara hafazan digunakan iaitu guru menutup kalimah-kalimah yang dipamerkan
dan meminta murid menyebut satu persatu tampa melihatnya.Kalimah-kalimah tersebut
mestilah disusun mengukut urutan asal surah yang hendak dihafaz.

Langkah 4.

Guru perlu mengukuhkan hafazan murid dengan kaedah kuiz atau permainan.Guru perlu
bijak memainkan peranan agar aktiviti hafazan tidak membosankan murid.Permainan secara
menyusun semula atau menampal semula adalah antara aktiviti yang dapat merangsang
minda dan menyeronokkan murid.Guru menyediakan kad-kad kalimah dan
menyelerakkannya seterusnya meminta murid dari kumpulan-kumpulan berbeza untuk
menyusunnya dan menampalkannya di hadapan kelas.Murid perlu menyusun kalimahkalimah agar menjadi ayat yang lengkap dan sempurna.

Demikian adalah asas bagi perlaksanaan kaedah hafazan yang berkesan dan menarik minat
murid.Langkah-langkah yang dinyatakan diatas adalah asas kepada pembinaan dan
perlaksanaan modul ini.