Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan

individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut

dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu

dengan beberapa individu yang lain seperti di antara seorang anak dengan

kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya, seorang guru

dengan murid-muridnya atau seumpamanya. Pendidikan juga merupakan suatu

proses komunikasi dan interaksi di antara manusia dengan persekitarannya

seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja

serta institusi masyarakat lainnya.

Oleh yang demikian, profesion keguruan merupakan kerjaya yang paling

penting dalam menyampaikan sesuatu ilmu pendidikan. Di dalam kerja kursus

Bahasa Melayu Kontekstual kali ini, kami dikehendaki untuk menyediakan

sebuah teks ucapan mengenai bidang teras di dalam Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan. Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini diberikan dengan tujuan

bagi semua guru pelatih dapat mengaplikasikan tatabahasa dalam komunikasi

berhemah dan dapat berkomunikasi secara teratur dan berkesantunan.

Tambahan pula, ini dapat memantapkan keupayaan menyampaikan hujah dan

pendapat masing-masing.

1
Oleh itu, setiap guru pelatih dikehendaki untuk memilih salah satu Pelan

Tindakan Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan juga memilih audien yang

akan terlibat dalam ucapan. Saya telah memilih “Memartabatkan Profesion

Keguruan” dalam Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan

audien yang telah saya pilih pula adalah para guru sekolah menengah.

2
2.0 CATATAN GRAFIK

Menambah baik sistem

pemilihan calon guru

Memantapkan kerjaya guru


Memantapkan latihan

perguruan

MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

Memantapkan perancangan

dan pengurusan sumber

Menambah baik manusia

persekitaran kerja dan

kebajikan guru

3
3.0 TEKS UCAPAN

Tajuk : “Memartabatkan Profesion Keguruan”

Audien : Guru-guru sekolah menengah dan ibu bapa.

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan

Dato Abdul Razak, Guru Penolong Kanan, Ketua-ketua Panitia, Guru-guru serta

hadirin-hadirat sekalian. Pertamanya, saya memanjatkan sepenuh kesyukuran ke

hadrat Allah SWT. kerana atas limpah dan kurnia-Nya kita berkesempatan berhimpun

bersama-sama bagi menghadiri Majlis Konvensyen Guru Cemerlang pada pagi yang

berbahagia ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan

setinggi-tinggi tahniah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Razak atas

inisiatif menganjurkan konvensyen ini. Sejak Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal pada

3 April 2004, pelaksanaan program ini sesungguhnya amat penting dan bermakna

khususnya dalam melihat semula dan memantapkan usaha kita bersama bagi

menjayakan agenda melahirkan seorang guru yang berkualiti.

4
Saya berharap melalui perkara-perkara yang akan saya kongsikan dengan

saudara dan saudari sebentar lagi, saudara dan saudari dapat melihat pelbagai usaha

yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran dan melaluinya saudara dan

saudari dapat memberikan input yang berguna untuk menambah baik segala strategi

dan pendekatan yang digunakan ketika ini. Semoga selepas ini kita akan dapat

bersama-sama membentuk kesepakatan dalam tindakan kita seterusnya membolehkan

nilai murni, ketelusan, akauntabiliti dan etika disemai, diamal dan disuburkan demi

melonjakkan imej dan kecemerlangan negara pada masa hadapan.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Pendidikan merupakan salah satu komponen atau asas penting yang boleh

menjadi wahana kepada pencapaian matlamat membina masyarakat Malaysia yang

berintegriti, bermoral dan beretika. Kita perlu bersikap adil dengan tidak menafikan

bahawa agenda ini telahpun terkandung dalam sistem pendidikan kebangsaan. Malah

Falsafah Pendidikan Negara secara jelas menggariskan matlamat untuk membentuk

insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dam jasmani.

Falsafah ini kemudiannya diterjemahkan dalam sistem pendidikan negara dengan

pelbagai strategi dan pendekatan.

Namun begitu, pada masa yang sama, kita juga perlu bersifat terbuka dengan

mengakui bahawa dengan peredaran zaman yang membawa bersama pelbagai

perubahan dan cabaran baru, sudah tiba masanya kita melihat semula pelaksanaan

agenda ini. Ini termasuklah usaha memperbaiki kelemahan yang wujud, memantapkan

5
strategi dan pendekatan sedia ada dan sekali gus merintis pembaharuan (pioneering

change) terhadap sistem pendidikan negara secara keseluruhannya.

Usaha ini adalah sejajar dengan agenda pembinaan modal insan yang berkualiti

tinggi sebagaimana yang digagaskan oleh kepimpinan negara. Setelah 50 tahun

kemerdekaan negara, adalah menjadi satu keperluan untuk kita melonjakkan

kecemerlangan sistem pendidikan negara, menjadikannya relevan bukan sahaja untuk

memenuhi tuntutan semasa, malah membina keupayaan (capacity building) untuk

mendepani cabaran masa depan. Agenda ini perlu digerakkan atas kesedaran bahawa

pada hari ini sistem pendidikan negara perlu melahirkan para pelajar yang lebih

daripada sekadar memilik kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Malah

pelajar yang cemerlang akademik dengan pencapaian A dalam semua subjek di

peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM sekalipun belum mencukupi untuk memastikan

mereka mempunyai keupayaan untuk berhadapan dengan tuntutan dan cabaran dalam

dunia tanpa sempadan dengan persaingan sengit langit terbuka.

Hari ini, pendidikan tidak lagi sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf

dan buta angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan anak-anak kita yang buta

IT, buta jati diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan adab sopan. Pendidikan tidak

mencukupi untuk sekadar menyiapkan anak-anak kita dengan ilmu pengetahuan yang

berbentuk teori semata-mata, tetapi berkehendakkan anak-anak kita mempunyai

kemampuan berfikir di luar kotak, kemahiran yang bersifat `hands on’ serta kemahiran

6
interpersonal yang tinggi bagi menjamin keboleh pasaran (marketability) serta

kebolehan hidup bermasyarakat.

Hakikat ini membuatkan kami sedar bahawa tanggungjawab dan amanah yang

kami pikul di Kementerian Pelajaran sudah menjadi begitu kompleks dan begitu

mencabar. Tugas di Kementerian Pelajaran tidak boleh lagi menjadi sekadar urusan

seperti biasa (business as usual), sebaliknya memerlukan suatu pendekatan yang

berbeza dilaksanakan agar kita dapat bergerak seiring dengan perubahan pantas yang

berlaku di sekeliling kita.

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Atas kesedaran ini, Kementerian Pelajaran telah merangka sebuah pelan induk

yang dinamakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Kementerian Pelajaran

Malaysia 2006 – 2010. Pelan ini merupakan sebuah pelan yang komprehensif dan

holistik, serta boleh dilaksanakan untuk memastikan modal insan yang dibangunkan

dapat memenuhi hasrat dan cabaran yang dinyatakan. Bertemakan, `Merintis

Pembaharuan’, pelan ini menjelaskan komitmen dan kesungguhan Kementerian

Pelajaran untuk menyediakan asas-asas yang kukuh dalam sistem pendidikan negara

sepanjang tempoh lima tahun akan datang sebelum reformasi sepenuhnya terhadap

sistem pendidikan negara dapat terlaksana.

7
PIPP dirangka agar dapat menjadi pengisian untuk memenuhi kehendak

Wawasan 2020, iaitu hasrat untuk menjadi masyarakat sebuah negara maju yang

mengikut acuannya sendiri, iaitu masyarakat yang mencapai kemajuan seimbang

daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. PIPP juga dirangka

bagi menyokong hasrat Misi Nasional yang memberikan penekanan ke atas

pembangunan modal insan ‘minda kelas pertama’ dan bina upaya (capacity building)

sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju, melalui penekanan

terhadap pembangunan dan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual,

pembudayaan sikap progresif serta pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi

seperti yang ditegaskan di dalam Pelan Integriti Nasional (PIN).

Terdapat enam teras di dalam PIPP. Antaranya iaitu “Memartabatkan Profesion

Keguruan” adalah merupakan teras yang ke enam di dalam teras PIPP. Sebagaimana

yang kita tahu, pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi

Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Justeru

itu, guru perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi

dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan

kualiti pendidikan. Selain itu, peredaran masa membawa perubahan dan cabaran

terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru.

Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar

kepada guru sebagai pemudahcara dalam p&p, agen perubahan dan sumber inspirasi

kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian

p&p menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

8
Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan

meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah

untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan

amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Bagi mencapai

matlamat dan dasar tersebut, fokus memartabatkan profesion keguruan adalah dengan

menambah baik sistem pemilihan calon guru, memantapkan latihan perguruan,

memantapkan kerjaya guru, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru, dan

memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.

Selain itu, KPM berhasrat bukan sahaja melahirkan guru yang berkualiti, tetapi

juga memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan

kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Mulai tahun 2005, syarat-syarat

pengambilan calon guru diperketatkan bagi memastikan KPM mendapat hanya calon

guru yang berkualiti bagi profesion ini. Usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru-

guru berkualiti dalam profesion keguruan ini akan dimantapkan lagi dengan

menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG), dan

meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan di Institut Aminuddin Baki (IAB).

Dalam masa yang sama, usaha diteruskan bagi menambah baik laluan kerjaya dan

kebajikan guru. KPM juga akan melahirkan guru Pendidikan Islam yang berkualiti dan

berkesan dengan menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Islam (IPPI) yang

telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri semasa menutup Majlis Khatam Al-

Quran Perdana Sekolah-Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Kali Pertama 2006.

IPPI yang dicadangkan ialah sebuah institusi penyelidikan, latihan dan pengajian yang

9
bertanggungjawab terhadap perkembangan, pembangunan dan kemajuan Pendidikan

Islam dan Bahasa Arab di Malaysia.

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Untuk pengetahuan saudara saudari sekalian, pada tahun 2005, terdapat lebih

kurang 327,000 orang guru iaitu 58.2 peratus di sekolah rendah dan 41.8 peratus di

sekolah menengah. Daripada segi kelulusan akademik, 38.0 peratus adalah guru

siswazah dan 56.4 peratus guru bukan siswazah. Manakala 5.60 peratus adalah guru

ambilan secara kontrak atau mereka yang tidak mempunyai latihan perguruan.

Sebanyak 6.1 peratus guru sekolah rendah dan 82.4 peratus guru sekolah menengah

adalah guru siwazah. Cabaran KPM adalah untuk meningkatkan kelayakan guru

dengan sasaran 50 peratus guru di sekolah rendah dan 100 peratus guru di sekolah

menengah terdiri daripada siswazah terlatih menjelang tahun 2010. KPM juga telah

mencipta sejarah baru dengan menaik taraf maktab perguruan kepada Institut

Pendidikan Guru seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13

Julai 2005. Dalam usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan menyediakan guru

yang berkualiti, peranan IPG telah diperkembangkan untuk melatih guru pada peringkat

ijazah berbanding dengan hanya pada peringkat sijil dan diploma. IPG memainkan

peranan penting dalam menyediakan latihan pra dan dalam perkhidmatan. Kini,

terdapat 27 IPG di seluruh negara dengan bilangan pensyarah 3,129 orang dan

enrolmen 28,755. Dalam usaha untuk meningkatkan kelayakan guru ke tahap siswazah

dan memastikan tenaga pengajar berkualiti, satu garis panduan iaitu Malaysian Quality

Framework digunakan. Cabaran KPM adalah untuk menjenamakan dan merangkaikan

10
IPG dengan universiti dan kolej terkenal di luar negara serta dalam negeri seperti

mewujudkan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Program Ijazah Sarjana

Muda Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan

Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa.

Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia,

pemilihan calon guru pelatih yang berminat dalam profesion keguruan dibuat dengan

teliti. Cabaran KPM adalah bagi memantapkan sistem pemilihan calon guru pelatih

supaya mereka yang berminat dan mempunyai sahsiah yang baik sahaja dipilih.

Langkah-langkah inovatif juga akan dipergiatkan bagi menarik lebih ramai pelajar

cemerlang menyertai profesion keguruan. Selain itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada

12 Julai 2006 telah meluluskan Memorandum Bersama KPM dan KPTM yang bertujuan

untuk meningkatkan kerjasama dan penyelarasan antara Kementerian dalam latihan

keguruan dan keluaran guru. Memorandum ini juga telah meluluskan norma guru

daripada 1.5n yang diguna pakai sejak 1982 kepada 1.7n (n ialah bilangan kelas).

Peningkatan norma ini adalah satu kejayaan kepada KPM dalam usaha mengurangkan

beban tugas guru seperti yang disyorkan dalam Laporan Kajian Tugas dan

Tanggungjawab Guru yang dijalankan oleh KPM. KPM juga berusaha untuk menangani

masalah ketidaksepadanan (mismatch) antara opsyen semasa latihan dengan

keperluan mata pelajaran yang diajar di sekolah terutama mata pelajaran kritikal.

Cabaran KPM adalah untuk memastikan jurang ketidaksepadanan ini diatasi. Antara

usaha yang diambil adalah dengan mengawal jumlah pengambilan ke program bidang

pendidikan di IPG dan IPT. Pendekatan ini juga untuk memastikan tidak berlakunya

masalah graduan menganggur.


11
Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Kerajaan sentiasa berusaha agar keperluan dan kemudahan guru dipenuhi. Bagi

memastikan keselesaan ketika menjalankan tugas, persekitaran kerja dipertingkatkan

supaya lebih kondusif. Kesanggupan dan pengorbanan guru untuk mendidik anak luar

bandar perlu diberi pengiktirafan dan sokongan. Kemudahan tempat tinggal terutama di

kawasan pedalaman dan bandar besar akan disediakan secukupnya. Cabaran KPM

adalah untuk membina lebih banyak rumah guru dan menyediakan kemudahan asas

terutamanya di kawasan pedalaman. Tambahan pula, bagi menjaga kebajikan guru,

pada tahun 2005 KPM telah melancarkan dasar pemberian Skim Pinjaman Buku Teks

kepada anak-anak guru dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan termasuk yang telah

bersara atau telah meninggal dunia. Cabaran KPM adalah untuk memastikan kebajikan

guru sentiasa diberikan perhatian. Oleh yang demikian, Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan Siswazah (PPPS) yang melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana dan

kedoktoran juga tidak mendapat pengiktirafan yang setimpal terutamanya yang

berkhidmat pada peringkat pengurusan. Malah kepakaran mereka tidak diiktiraf

berbanding dengan guru cemerlang dan guru pakar yang mengajar di sekolah. Cabaran

KPM adalah untuk menyediakan insentif yang sewajar dengan kelayakan dan

kepakaran seseorang bagi mengelakkan pengaliran keluar PPPS yang berpengalaman

dan berkelulusan tinggi. Bilangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat

di Jabatan/Bahagian di KPM seramai 1,549 orang iaitu 1,086 adalah siswazah dan 453

bukan siswazah. Bilangan pegawai PPPS di JPN dan PPD/G adalah seramai 2,730

orang iaitu 1,884 siswazah dan 846 bukan siswazah. Cabaran KPM adalah untuk

12
memastikan pegawai-pegawai diberi peluang menikmati laluan kerjaya yang lebih

menarik dan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Di dalam menghasilkan guru yang berkualiti dan berketerampilan, KPM akan

memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan

strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon. Ini dilakukan

dengan memperketatkan syarat dan kriteria pengambilan calon. Antaranya ialah

dengan melaksanakan Ujian Pemilihan Calon Guru (Malaysian Teachers Selection Test

- MTeST) di samping menemuduga secara individu dan berkumpulan serta melakukan

ujian bertulis bahasa Inggeris. KPM juga telah memantapkan proses perlantikan dan

pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan

setiap guru mencapai standard minimum. Selain itu, pemilihan Guru Siswazah Terlatih

melalui iklan juga dipilih dan ditapis secara lebih rapi.

KPM juga telah memantapkan latihan perguruan. Antaranya ialah dengan

menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat

ijazah sarjana muda pendidikan. Mereka juga membentuk dan menggubal Kurikulum

IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru.

Antara isi kandungan yang telah digubal dalam Kurikulum IPG ialah memberi

penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Selain itu,

membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem

Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management

13
System. Mereka juga memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan

dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care. Tambahan

lagi, mereka juga memastikan setiap IPG mempunyai pengkhususan bidang tertentu

iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan

Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional, dan Pendidikan Khas. Selain itu,

mereka memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi

menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru. Kandungan lain yang

digubal ialah dengan mempereratkan kerjasama dengan KPTM dan semua IPT yang

menawarkan program ijazah pendidikan untuk memastikan penggubalan kurikulum

pendidikan guru dibuat menepati kehendak dan keperluan sistem pendidikan Negara.

Mereka juga telah memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi

membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah

meningkatkan profesionalisme guru. Selain itu, mereka juga menggubal kandungan

yang menyatakan mereka perlu meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan

mengadakan Program Peningkatan Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh

masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa. Kadungan

lain yang digubal adalah dengan meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan

latihan serta meluas dan meningkatkan R&D.

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Antara fokus dan strategi pelaksanaan yang lain bagi melahirkan guru yang

berketerampilan adalah dengan memantapkan kerjaya guru. KPM telah menambah

baik penjawatan guru di samping menambah perjawatan dan peluasan naik pangkat

14
untuk PPPS di KPM / JPN / PPD/G. Selain itu, KPM juga telah menambah baik

persekitaran kerja dan kebajikan guru. Mereka telah menyediakan persekitaran kerja

yang kondusif. Antaranya dengan menyediakan kemudahan tempat tinggal yang

mencukupi di kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah

guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada. Mereka juga mengkaji keperluan

kemudahan ansurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman dan

menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan

kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan

baru. Selain itu, KPM juga telah menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.

Mereka menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut

opsyen serta menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi

mengikut opsyen dan lokasi.

KPM juga telah memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia

bagi menghasilkan guru yang berkualiti. Oleh yang demikian, mereka telah

menyediakan mekanisme bekalan guru dengan mewujudkan kerjasama dengan IPT

tentang latihan guru, memantapkan mekanisme unjuran guru, menambahbaik sistem

maklumat guru dan mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini

menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Profesion

keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa

15
sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan,

minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut

kesungguhan dan tanggungjawab guru, pemantapan kebajikan dan kerjaya akan terus

diberi penekanan. Skim perkhidmatan guru akan terus diperbaiki bermula daripada

pengambilan, latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang

menikmati skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan lain.

Pendekatan ini akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan

dan sekali gus memartabatkan profesion ini .

Akhir kata, marilah kita mulakan tindakan bersepadu dan usaha kolektif kita ini

melalui konvensyen pada hari ini. Saya berharap dalam sesi bengkel yang akan

diadakan selepas ini, para peserta dapat membincangkan dan mengutarakan input dan

pandangan bagaimana kita boleh memantapkan pelaksanaan agenda ini melalui sektor

pendidikan.

Secara khusus, sejajar dengan usaha yang digerakkan oleh KPM dalam

memartabatkan profesion keguruan terhadap sistem pendidikan negara, saya mengalu-

alukan pandangan berhubung apakah elemen-elemen yang kita fikirkan perlu wujud

dalam diri para pelajar yang lahir dari sistem persekolahan di negara ini. Sekian, terima

kasih.

16
REFLEKSI

Semasa menerima tugasan, saya tidak dapat memahami apa yang sebenarnya perlu

saya lakukan. Saya cuba untuk memahami tugasan dengan bertanyakan soalan

kepada rakan saya. Akan tetapi, mereka juga tidak dapat memahami kehendak sebenar

tugasan yang pada awalnya diberikan oleh Encik Ismail. Oleh yang demikian, kami

semua sekali lagi bertanyakan mengenai kehendak tugasan yang diberikan kepada

Encik Ismail. Syukur Alhamdulillah, saya dapat memahami kehendak soalan yang

diberikan. Oleh yang demikian, tanpa membuang masa, saya terus melayari laman web

yang berkenaan untuk mencari sumber rujukan mengenai tugasan ini. Beberapa hari

diperlukan hanya untuk mencari maklumat kerana maklumat yang ingin diperoleh begitu

sukar. Tambahan pula, jadual kelas yang padat dan terdapat aktiviti lain seperti

GERKO, Pendidikan Luar dan latihan senamrobik membuatkan saya kesuntukan

masa. Saya menggunakan waktu rehat untuk mencari buku – buku rujukan mengenai

teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Akhirnya, hasil usaha selama ini berjaya

juga saya mendapat beberapa sumber mengenai tugasan yang diberikan. Disebabkan

masa yang semakin suntuk, saya terus melaksanakan tugasan secepat yang mungkin.

17
Dengan adanya bantuan dan dorongan dari rakan berjaya juga saya menyiapkan

tugasan ini sebelum tarikh hantar. Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Ismail

kerana memberikan tugasan ini. Banyak ilmu pengetahuan baru yang saya terima

dalam menjayakan tugasan ini. Saya berharap agar hasil tugasan ini dapat digunakan

dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Buku rujukan :

 Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran,

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM tahun 2001

 Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran,

Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001

Laman web :

 www.moe.com.my

Carian yahoo :

 Pelan induk pembangunan pendidikan

 Teras PIPP

18

Anda mungkin juga menyukai