Anda di halaman 1dari 4

1.

HASIL KARYA MURID DARI ASPEK TEMA, BAHAN, TEKNIK DAN


PENILAIAN

8.1

TEMA

. Gambar tersebut bertemakan alam semula jadi yang menggambarkan tentang hidupan
laut. Berdasarkan tema tersebut murid-murid dapat membuka minda dengan melukis melalui
bayangan haiwan-haiwan di dalam laut. Murid juga dapat memaparkan hasil karya seni yang
menari dan indah. Kelihatan lukisan tersebut memberikan ketenangan kepada sesiapa yang
melihatnya.
Berdasarkan gambar di atas murid itu membawa kita ke bawah laut sambil
membayangkan ikan dan haiwan lain yang hidup dengan tenteram, damai dan mengasyikkan
kepada peminat hasil seni. Murid tesebut juga mahir menggunakan bijak menyusun lanskap yang
menarik dan kedudukan yang seimbang.
Bahan-bahan yang digunakanuntuk lukisan tersebut ialah pensil, warna pensil dan kertas
lukisan.

8.2 BAHAN DAN ALATAN

Gambar 2
Alatan dan Bahan: Pewarna Tempera bancuhan, berus pelbagai saiz, palet, bekas air
untuk bancuhan warna dan kertas lukisan.
Gambar di atas menunjukkan menggambar yang menggunakan teknik cetakan. Murid
tersebut menggunakan warna asas sahaja. Memandang hasil seni di atas dilukis oleh murid tahun
empat, Murid tersebut belum mahir menggunkan warna-warna sekunder atau tertier. Sebelum
memulakan sesuatu pangajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas seseorang
guru itu perlu mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri muridmuridnya sesuatu aktiviti yang dilaksanakannya. Penggunaan alat dan bahan amat penting untuk
menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Murid tersebut telah menggunakan alatan
mengecap yang diperbuat daripada span yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk.

8.3 TEKNIK

Gambar 1: Gambar di atas merupakan bidang menggambar yang menggunakan teknik lukisan
iaitu proses me warna ke atas sesuatu permukaan yang rata iaitu kertas lukisan.Teknik ini diolah
dan digunakan mengikut kesesuaian tajuk.
Gambar 2: Gambar di atas menunjukkan sebuah lukisan dalam bidang menggambar yang
menggunakan Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan
dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan warna tempera bancuh yang sedia ada dijual di
pasaran. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak. Cetakan juga
bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan tertentu.

8.4

PENILAIAN GURU PENDIDIKAN SENI

Menurut pendapat Sir Herbert Read apresiasi seni bermaksud penilaian atau mempunyai
kepekaan terdapap sesuatu gambaran, objek atau imej dalam pembelajaran terpimpin. Beliau
juga menjelaskan bahawa menghargai sesuatu hasil karya seni adalah salah satu cara bagai mana
seseorang itu dapat menyuarakan rasa hati seseorang apabila berhadapan dengan hasil seni
tersebut. Secara tidak langsung nilai estetik akan wujud pada diri setiap murid dan akhirnya
dapat menghargai dan menilai apa yang dilihat.

Berdasarkan bidang menggambar yang menggunakan teknik catan dan cetekan di atas
sebagai guru pendidikan seni kedua-dua murid tersebut mahir untuk mengolah warna. Walau
peringkat sekolah rendah, mereka sudah boleh menyusun atur gambar dengan kemas dan
menarik. Penggunaan warna pula menarik dan bertepatan tema contohnya dalam penggunaan
teknik catan, murid tersebut memaparkan pelbagai kehidupan laut yang bersesuai dengan
kehidupan alam semula jadi. Warna laut di gambar biru. Kedudukan hidupan laut pula contohnya
ikan berenang manakala siput dan tapak sulaiman di atas batu, Ini menggambarkan murid
tersebut mahir menggunakan ruang dalam penyusunan dan kedudukannya pula seimbang dan
harmonis.

Berdasarkan gambar 1, terdapat dua pemeringkatan warna dan permeringkatan nilai iaitu
warna biru menggambar air laut manakala warna coklat menggambarkan dasar laut. Hasil karya
ini terserlah dan dianggap berjaya kerana dapat mengekspresi emosi. Karya di atas juga
menunjukkan mood dan perasaan saling berinteraksi. Catan ini diolah untuk mengabadikan
keindahan yang menakjubkan.

Anda mungkin juga menyukai