Anda di halaman 1dari 3

HNS2013 KENEGARAAN

Tugasan Individu (10%)


Arahan
Anda dikehendaki mencari satu jurnal dan kritik jurnal tersebut. Artikel tersebut boleh dipilih di
dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris. Artikel boleh diperolehi daripada jurnal bercetak atau
e-jurnal. Anda perlu mencari salah satu dari topik berikut:
- Pemerdagangan orang/manusia di Malaysia atau dunia/Negara/Negara lain
- Pemerdagangan orang dan Hak asasi manusia
- Peranaan kerajaan berhubung isu pemerdagangan orang dan hak asasi manusia
- Negara-negara lain tentang pemerdagangan orang sama ada dari pelbagai aspek.
(Pelajar, tugasan ini lebih memfokuskan kepada pemerdagangan orang yang melibatkan wanita.
Kategori pelacuran atau mangsa pelacuran atau pekerja seks (banyak istilah). Walau
bagaimanapun, jika terdapat kajian yang memfokuskan usaha secara keseluruhan, itu juga boleh
dan tiada masalah. Diharapkan para pelajar, dapat memberikan contoh jurnal yang dipilih kepada
saya agar tidak bertembung tajuk yang sama)
Sila cetak/fotokopi jurnal tersebut dan lampirkan bersama tugasan anda.
Tugasan hendaklah di hantar sebelum/pada 7 November 2014
Format Tugasan
1. Tulisan Times New Roman bersaiz 12
2. Langkau 1.5 baris
3. Tidak melebihi 5 muka surat

HNS2013 KENEGARAAN (TUGASAN INDIVIDU)


NAMA:
No. MATRIK:
KUMPULAN:
Tajuk:
Penulis:
Nama Jurnal:
Tahun:
Volume:
Issue:
Muka surat:

BAHAGIAN A : ULASAN MENYELURUH


Huraikan isi kandungan artikel yang dipilih secara keseluruhannya.

BAHAGIAN B : PENDAPAT PENGULAS


Apakah isu utama yang dibangkitkan/diutarakan oleh penulis?

Adakah isu itu menarik? Mengapa?

Adakah isu yang dibangkitkan/diutarakan oleh penulis relevan bagi anda sebagai
seorang penyelidik?

Adakah saya setuju (atau tidak setuju) dengan isi kandungan/ hasil dapatan kajian
artikel ini?

Adakah dan bagaimanakah persoalan kajian dijawab oleh penyelidik/penulis?

Adakah metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik/penulis sesuai dengan kajian
yang dijalankan?(contoh : pemilihan informen/responden kajian dan kaedah pengutipan
data yang digunakan)

Apakah teori dan konsep yang digunakan di dalam kajian ini?

Adakah dapatan kajian ini boleh dipercayai atau menyakinkan anda?

Apakah langkah yang diambil oleh penyelidik/penulis untuk memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan kajian?

Adakah pengkaji mengambil langkah yang relevan bagi memastikan etika penyelidikan
dipatuhi?

Adakah artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan terhadap cara anda berfikir
tentang perkara yang dibangkitkan dalam artikel tersebut?

Bagaimanakah maklumat atau pengetahuan yang anda perolehi melalui pembacaan


artikel ini dapat mencerahkan atau memperbaiki cara anda melaksanakan penyelidikan
secara kualitatif/kuantitatif?

BAHAGIAN C : PENUTUP
Apakah penemuan/ilmu pengetahuan baru daripada artikel yang anda perolehi atau
pelajari sebagai seoarang bakal penyelidik?

Bagaimanakah anda akan menggunakan ilmu pengetahuan ini dalam kajian yang akan anda
lakukan pada masa akan datang?

Sekiranya anda melakukan kajian seperti yang dibincangkan dalam artikel yang anda
pilih, apakah ada perkara yang ingin anda ubah bagi meningkatkan kualiti kajian?

Anda mungkin juga menyukai