Anda di halaman 1dari 11

Item Item Yang Diubahsuai

1 Pengunjung paling ramai datang ke Gua Ikan pada hari


A sekolah
B minggu
C cuti sekolah
D Sabtu

4 Apakah kemudahan yang tidak terdapat di Gua Ikan?


A Gerai makanan
B Gerai umpan
C Tapak perkhemahan
D Gerai cenderamata

6 Biskut di dalam tin itu telah ___________ kerana tinnya tidak dapat ditutup dengan rapat.
A hancur
B lembut
C lemau
D rangup

8 Hatinya ____________ apabila mendapat tahu ibunya telah meninggal dunia.


A punah-ranah
B remuk-redam
C hancur-hancur
D resah-gelisah

9 Encik Hadi seorang guru. ______________ mengajar di Sekolah Kebangsaan Jelapang.


A Dia
B Ia
C Beliau
D Saya

10 Adik ketawa ___________ melihat abang jatuh.


A jika
B apabila
C kerana
D lalu

16 Ayah, inilah hadiah tempat pertama, pertandingan menulis cerpen yang saya menangi, kata
Salwen kepada ayahnya.
A Salwen menunjukkan hadiah tempat pertama dalam pertandingan cerpen kepada ayahnya.
B Salwen menunjukkan kepada ayahnya hadiah tempat pertama pertandingan cerpen itu.
C Salwen menunjukkan kepada ayahnya hadiah tempat pertama pertandingan menulis
cerpen.
D Salwen menunjukkan hadiah tempat pertama yang dimenanginya dalam pertandingan
menulis cerpen kepada ayahnya.

18 Lawatan pemimpin itu bertujuan untuk _____________ hubungan dua hala antara ke dua-dua
negara.
A mengukuhkan
B meneguhkan
C mengeratkan
D menguatkan

Soalan 20
Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada jawapan yang bergaris.

20 Ami mungkin sedang membaca buku di biliknya.


A Di manakah Ami berada sekarang?
B Apakah yang sedang dilakukan oleh Ami?
C Adakah mungkin Ami sedang membaca buku?
D Siapakah yang sedang membaca buku ?

Arahan : Kertas ini mengandungi 7 halaman bercetak (20 soalan). Sila jawab semua soalan.

Nama : ........................................................................................................... Kelas 3 ..........................

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Banyak tempat yang menarik boleh dilawati jika kita berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang
iaitu Kelantan. Antaranya Gua Ikan yang terletak di daerah Dabung, Gua Musang. Gua Ikan
merupakan bekas lombong emas yang ditutup selepas Perang Dunia ke-2. Tempat ini menjadi
tumpuan pelancong, terutamanya ketika cuti sekolah. Pada hari-hari biasa tempat ini lengang.
Kawasan ini kembali meriah pada hari minggu atau hari kelepasan am. Pada hari-hari tersebut,
tempat letak kereta sesak dengan kenderaan.
Mereka berkunjung ke sini untuk mandi-manda di sungai yang jernih airnya. Mereka juga
boleh meneroka gua sambil menikmati udaranya yang nyaman. Pengunjung juga boleh menemukan
pelbagai jenis pokok yang boleh dijadikan ubat. Pokok-pokok ini tumbuh subur di kawasan gua itu.
Selain itu, kepada kaki pancing, mereka berpeluang untuk mendaratkan ikan kelah di sungai yang
berhampiran. Peralatan memancing termasuk umpan dijual di sebuah gerai yang terletak di kawasan
tersebut. Gerai yang menjual pelbagai jenis makanan juga terdapat di situ.
Sejak akhir-akhir ini, tempat ini menjadi kem motivasi kepada sesetengah sekolah di daerah
ini. Sebuah tapak perkemahan disediakan di sini. Suasana yang sunyi, udara yang dingin
membolehkan peserta-peserta menghayati kem motivasi itu.Tempat ini boleh didatangi dengan
menaiki kereta api yang berhenti di stesen Dabung. Dari sini, pengunjung perlu menaiki kereta sewa
untuk tiba di Gua Ikan. Di bandar Dabung, pengunjung berpeluang membeli cenderamata seperti
barangan kraftangan untuk dibawa pulang.

Bulatkan jawapan yang betul di dalam kertas soalan yang disediakan.

1 Pengunjung paling ramai datang ke Gua Ikan pada hari


A cuti sekolah
B cuti am
C minggu
D Sabtu

2 Negeri Cik Siti Wan Kembang yang dimaksudkan ialah


A Terengganu
B Kelantan
C Pahang
D Johor

3 Perkataan lengang dalam petikan di atas bermaksud


A tidak sibuk
B ramai orang
C berasa sunyi
D berasa takut

4 Apakah kemudahan yang tidak terdapat di Gua Ikan?


A Gerai makanan
B Gerai cenderamata
C Tapak tenda
D Umpan ikan

5 Mengapakah kem motivasi sesuai dijalankan di Gua Ikan?


A Jauh dari kesibukan bandar
B Kedudukannya tidak jauh dari bandar Dabung
C Suasana yang tenang dan udara yang nyaman
D Kem yang disediakan mempunyai pelbagai kemudahan

Soalan 6 hingga 11
Pilih jawapan yang sesuai.

6 Biskut di dalam tin itu telah ___________ kerana tinnya tidak dapat ditutup dengan rapat.
A lembik
B lembut
C lemau
D rapuh

7 Kakak _____________ sedulang minuman untuk tetamu ayah.


A memegang
B menjinjing
C menatang
D membawa

8 Hatinya ____________ apabila mendapat tahu ibunya telah meninggal dunia.


A punah-ranah
B remuk-redam
C keluh-kesah
D resah-gelisah

9 Encik Hadi guru. ______________ mengajar di Sekolah Kebangsaan Jelapang.


A Dia
B Kamu
C Beliau
D Awak

10 Adik ketawa ___________ melihat abang jatuh.


A jika
B apabila
C padahal
D andai kata

11 Puan Hani memerlukan beberapa ____________ kain perca dan beberapa _____________
benang untuk membuat pengesat kaki.
A cebis ... gulung
B keping ... gulung
C cebis ... lembar
D carik ... buku

Soalan 12
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
12 Minuman yang dipesan oleh Puan Zalina kurang untuk empat orang.
A sikit
B kecil
C sesuai
D lebih

Soalan 13
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

13 Semua pemandu teksi diwajibkan memasang meter perjalanan.


A diharuskan
B dimestikan
C digalakkan
D diseru

Soalan 14
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk ayat-ayat di bawah.

14 Dia bersikap selalu tidak menepati janji.


A Tanam tebu di tepi bibir
B Duduk berkisar tegak berpaling
C Gagak pulang ke benua

Soalan 15
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

15 A Aku akan menyiapkan nota ringkas itu jangan engkau bimbang! kata Zainal kepada Arif.
B Aku akan menyiapkan nota ringkas itu, janganlah engkau bimbang, kata Zainal kepada
Arif.
C Aku akan menyiapkan nota ringkas itu! Janganlah engkau bimbang! kata Zainal kepada
Arif.
D Aku akan menyiapkan nota ringkas itu. Janganlah engkau bimbang, kata Zainal kepada
Arif.

Soalan 16
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

16 Ayah, inilah hadiah tempat pertama, pertandingan menulis cerpen yang saya menangi, kata
Salwen kepada ayahnya.
A Salwen menunjukkan hadiah tempat pertama dalam pertandingan cerpen kepada ayahnya.
B Salwen menunjukkan kepada ayahnya hadiah tempat pertama pertandingan cerpen itu.
C Salwen yang menunjukkan kepada ayahnya hadiah tempat pertama pertandingan menulis
cerpen.
D Salwen menunjukkan hadiah tempat pertama yang dimenanginya dalam pertandingan
menulis cerpen kepada ayahnya.

17 Muka murid-murid kelas 6 Orkid kelihatan _______________ setelah dimarahi oleh guru besar.
A hitam legam
B pucat lesi
C letih lesu
D merah menyala

18 Lawatan pemimpin itu bertujuan untuk _____________ hubungan dua hala antara ke dua-dua
negara.
A mengetatkan
B meneguhkan
C mengeratkan
D menguatkan

Soalan 19
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

19 I Karim terduduk akibat terkena penangan Ramli yang gempal itu.


II Pantai itu telah meninggalkan penangan yang kekal buatnya.
III Akibat penangan Ali, muka Ahmad lebam kebiru-biruan.
IV Penangan di sepanjang perjalanan ke Pulau Pinang sungguh indah.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D I, II dan IV

Soalan 20
Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada jawapan yang bergaris.

20 Ami mungkin sedang membaca buku di biliknya.


A Di manakah Ami berada sekarang?
B Apakah yang mungkin sedang dilakukan oleh Ami?
C Adakah mungkin Ami sedang membaca buku?
D Siapakah yang sedang membaca buku di bilik Ami?

Rujukan
Muhammad Ali Mohiuddin, Saifullah Sharipuddin(2010)Longman Resos Pembelajaran Masteri
Bahasa Malaysia Tahun 3. Shah Alam: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Siti Khadijah Ramli (2009) Ekspres A Bahasa Malaysia Tahun 3.Petaling Jaya: Info-Didik Sdn. Bhd.
Siti Maznah Ahmad (2010) Quick Practice Bahasa Malaysia Tahun 3. Shah Alam: Gapura Cita Sdn.
Bhd.
Suzana Muhamad (2010)Longman Esensi Bahasa Malaysia Tahun 3, Shah Alam : Pearson Malaysia
Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai