Anda di halaman 1dari 5

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


MELALUI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE)

oleh:

Mazni binti Salleh (701210-01-5780)

Abstrak
Kemahiran berfikir merupakan kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses
berfikir. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun
maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang
tepat untuk tindakan yang terarah. Ia boleh dibahagikan kepada kepada kemahiran kritis dan
kemahiran kreatif. Ia juga merupakan proses berfikir pada aras yang lebih tinggi membuat
penaakulan, membantu dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama
semasa menggunakan kemahiran kreatif dan kritis (PPK, 1999). Dapatan pentaksiran
antarabangsa seperti TIMSS dan PISA menunjukan pelajar Malaysia di tahap yang rendah.
Dapatan UNESCO (2011) menunjukkan guru mengajar untuk peperiksaan dan bukan untuk
menyediakan pelajar mendepani kehidupan abad ke 21. Dapatan kajian keperluan (2011)
menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi

(KBAT) juga dikenali sebagai Higher Order

Thinking Skills (HOTS) dalam kalangan guru dan pelajar di Malaysia amat rendah. Kajian ini
bertujuan mengkaji sama ada penggunaan media sosial mampu meningatkan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) melalui persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE). Kaedah penyelidikan
kuantitatif akan digunakan. Data yang dikumpul dari pelbagai sumber seperti soal selidik,
maklumat rekod lama, perbincangan, ujian pos dan ujian pra akan diproses untuk dijadikan
instrumen penyelidikan.

1.0 Pengenalan

Di Malaysia kajian tentang penggunaan media sosial untuk meningkatkan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) melalui persekitaran pembelajaran maya (VLE) masih belum dijalankan.
Namun Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
menjalankan satu Kajian Impak Pelaksanaan Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Tahun 2013 terhadap guru Sains, Matematik dan Sejarah bertujuan

untuk mendapatkan

penilaian tentang impak program tersebut. Namun di Negara-negara maju, Pembangunan KBAT
/ HOTS sudah menjadi trend dalam pendidikan bagi melahirkan pelajar berasaskan kepada
pemikiran rasional. Penggunaan IT sebagai media merupakan satu proses dan alat membantu
kemahiran inkuiri, critical reflection dan ruang perbincangan. Kajian ini akan memberikan focus
penggunaan media social terutamanya web 3.0 untuk meningkatkan KBAT melalui platform
Frog VLE seperti powtoons, padlet, pinterest yang boleh diembbed dalam Frog VLE untuk
pembelajaran murid.

2.0 Penyataan masalah


Pelajar yang dilahirkan pada abad ini bersifat digital native. Sejak lahir mereka telah didedahkan
dengan teknologi digital seperti handphone, tablet, ipad, Komputer dan sebagainya. Telah
banyak kajian ditampilkan tentang keperluan penggunaan teknologi digunakan di bilik darjah
serta pengurusan bilik darjah. Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang
guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran
maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup
dan kerjaya (Life and career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi
perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 kerana pengajaran dan pembelajaran abad ke21 berpusatkan pelajar, kolaboratif, mementingkan kemahiran, belajar berkumpulan, Ubiquitous,
Project Base Learning, dan hands on.
Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial
dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era
digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti

WiFi, media social seperti Pinterest, Padlet, Khan Academy, Facebook dan Twitter, enjin carian
seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.
Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan
pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik
darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan
kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan
kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah
pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21. Justeru, guru perlu diberikan pendedahan
penggunaan, pembinaan bahan bantu mengajar melalui media sosial untuk meningkatkan KBAT
menggunakan platform Frog VLE.

3.0 Latarbelakang kajian

4.0 Objektif kajian


4.1 Meningkatkan KBAT melalui penggunaan media sosial dalam pengajaran dan
pembelajaran
4.2 Penggunaan Frog VLE sebagai satu platform mengintegrasikan pelbagai media sosial
bagi memudahkan guru menyampaikan bahan pengajaran
4.3 Pelajar boleh belajar everytime, anywhere and anytime.

5.0 Persoalan kajian


5.1 Adakah media sosial mampu membantu meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi dalam kalangan pelajar.
5.2 Adakah Frog VLE boleh dijadikan platform pembelajaran menggunakan media sosial

6.0 Metodologi
Metodologi kajian adalah merujuk kepada efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi
melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah meilbatkan
pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, kajian lapangan dan
pemilihan sampel, ujian rintis dan kaedah penganalisisan kaedah yang paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang data.

7.0 Kepentingan kajian


Kajian ini memberi faedah kepada guru sebagai pelaksana dan pelajar sebagai pelanggan untuk
memilih pelbagai media sosial yang ditampilkan melalui web 3.0 untuk digunakan dalam
Pengajaran dan pembelajaran bagi mendepani abad ke-21 selain meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi. Platform pembelajaran menggunakan media sosial seperti MOOC, Khan
Academy, pinterest dsb dapat membantu guru dan pelajar meningkatkan kemahiran mengajar
dan belajar.

Rujukan

Anda mungkin juga menyukai