Anda di halaman 1dari 2

Berpandukan kepada komponen pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan, cuba

kenalpasti pelaksanaan kurikulum yang mengintegrasikan di antara kandungan dan


kemahiran dari pelbagai disiplin bagi mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang
membolehkan murid-murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk
membuat keputusan, mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran
menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk
mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti. Murid-murid
dididik supaya sentiasa dapat menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, sosial, emosi
dan rohani. Pendekatan bersepadu merupakan strategi yang penting untuk menjalin dan
menggabungkan unsur-unsur ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui
pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir, kemahiran generik dan kemahiran
belajar perlu diutamakan. Bagi mencapai matlamat pendidikan, pengetahuan dan
kemahiran daripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup seharian murid serta
isu-isu global perlu berhubung kait semasa proses pengajaran dan pembelajaran disiplin
ilmu Pendidikan kesihatan. PDP Pendidikan Kesihatan membentuk sikap dan tabiat
untuk memperbaiki taraf kesihatan murid-murid dan masyarakat menerusi:
Memberi kefahaman terhadap masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan
dan untuk bertanggungajawab terhadap kesihatan diri sendiri.
Meningkatkan kesedaran dalam masyarakat tentang pencegahan penyakit.
Menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan yang sedia ada
dan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan
berkesan.
PDP Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi murid-murid
ketahap maksima.
Assalamualaikum cikgu
Saya bersetuju dengan pandangan cikgu. Berdasarkan kepada rujukan dan
pemahaman saya Pendidikan Kesihatan membolehkan murid mengawal kesihatan diri,
keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya
hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat
panjang yang berkualiti. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan
cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang
terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum.
Menurut Ewles & Simnett (1986), Pendidikan Kesihatan yang diusahakan
seringkali bertujuan untuk mencapai satu atau lebih matlamat kesihatan. Matlamat ini
berbeza daripada seseorang individu kepada individu yang lain atau daripada satu
masyarakat kepada masyarakat yang lain. Antara matlamat Pendidikan Kesihatan adalah
seperti berikut iaitu peka atau sedar terhadap kesihatan, menyampaikan ilmu pengetahuan,
menimbulkan kesedaran diri, mengubah sikap, membuat keputusan, mengubah tingkah
laku dan mengubah status sosial.
Sebagai seorang guru ketika menjalankan aktiviti PdP Pendidikan Kesihatan kita
hendaklah sentiasa memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran
berkomunikasi, membina perhubungan yang sihat, tekanan dalam menguruskan hidup
secara produktif dan sihat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni juga perlulah

dipupukan yang selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara nilai yang perlu
dan diamalkan adalah kerjasama, bertanggungjawab, kasih sayang dan kejujuran.
Assalamualaikum cikgu
Saya bersetuju dengan pandangan cikgu. Berdasarkan kepada rujukan dan
pemahaman saya ingin saya kongsikan PdP Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses
pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi
dan sosial baadagi memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan
kesihatan. Menurut Anspaugh & Ezell (1995), Pendidikan Kesihatan adalah sebarang
pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi dan tingkahlaku yang
kondusif untuk kesihatan. Secara amnya, pengintegrasian PdP Pendidikan Kesihatan
dengan matapelajaran lain mampu menyajikan satu alternatif bagi guru dalam usaha untuk
menghasilkan pembelajaran yang memberangsangkan di kalangan muridnya. Keadaan ini
boleh jadi lebih mudah kerana setiap yang dipelajari oleh mereka akan menjadi bermakna
dalam kehidupan mereka dan dapat dimanfaatkan sebagai panduan mereka menceburi
bidang kerjaya yang paling berkesan dan sesuai berdasarkan minat dan kecenderungan
mereka menceburi bidang yang mereka minat.Melalui penggunaaan strategi ini, muridmurid bukan sahaja dapat memperolehi ilmu pengetahuan serta nilai-nilai murni yang
diserap di dalamnya. Potensi murid dapat diperkembangkan secara menyeluruh dan
seimbang dari segi intelek.

Anda mungkin juga menyukai