Anda di halaman 1dari 12

CONTOH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


KEMAHIRAN BOLA SEPAK
(MENENDANG)
KBSR
TAHUN EMPAT

Mata Pelajaran
Tujang
Tajuk
Sub tajuk / Kemahiran
Tarikh
Masa
Tahun
Bilangan Murid

Hasil Pembelajaran

:
:
:
:
:
:
:
:

Pendidikan Jasmani
Kemahiran
Permainan Bola Sepak
Menendang
26 JUN RANCANGAN
2013
PENGAJARAN HARIAN
8.10 pagi 9.10 pagi
3 Maju
L
18
P
18

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:


Psikomotor
1.
menendang bola tepat pada sasaran yang statik, pada jarak sekurang-kurangnya 3 meter secara dinamik dengan adanya
penghalang.
Kognitif
1.
menyatakan masa, arah dan kepada siapa bola ditendang dalam aktiviti-aktiviti di bahagian perkembangan.
2.
menyatakan tujuan menendang bola semasa bermain permainan bersyarat di bahagian kemuncak.
Afektif
1.
menunjukkan perasaan seronok melalui sorakan dan mimik muka.
2.
menghargai usaha dan keupayaan diri dan rakan menerusi interaksi semasa melakukan aktiviti.

Penerapan nilai

Memberi kerjasama kepada rakan dan guru.

Kemahiran berfikir

Membuat ramalan dan memberi sebab terhadap kejayaan dalam permainan.

Strategi utama

Kontekstual

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran


Bahan Sumber P & P

Bilangan

Bahan Sumber P & P

Bilangan

Skitel besar

Bola sepak

36

Skitel kecil

14

Radio

Papan tanda berwarna

Kad merah

Dadu lalu lintas

Papan skor

Tag simbol lalu lintas

36

Wisel

Bahagian/
Masa
Permulaan
( 7 minit )

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

1. Kehadiran
2. Kesihatan
3. Pakaian

Lampu
Isyarat

Fokus Pembelajaran
Memanaskan badan dan regangan untuk mewujudkan kesediaan diri.

Catatan

Kehadiran murid direkodkan.


Guru memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat.
Guru memastikan pakaian murid seragam dan kemas.

Organisasi Kelas
Guru memperkenalkan warna-warna lampu isyarat.
Murid-murid berdiri berselerak dalam kawasan yang ditetapkan.
Apabila wisel ditiup dan papan tanda berwarna hijau dipamerkan, muridmurid mula berlari anak bebas dalam kawasan aktiviti.
Apabila wisel ditiup dan papan tanda berwarna kuning dipamerkan,
murid-murid mula berhenti berlari, berdiri kaki kangkang dan mengangkat
tangan ke atas.
Apabila wisel ditiup dan papan tanda merah dipamerkan, murid-murid
segera membongkok.
Aktiviti diulang beberapa kali dalam masa 3 minit.

Ciri Strategi :
Menghubungkait
(Relating)

BSPP:
1. Skitel besar
2. Papan tanda
berwarna
(Hijau, Kuning dan
Merah)
3. Wisel

Catatan:
Menerusi aktiviti ini
murid-murid dapat
menghubungkaitkan
kepentingan perkaraperkara berikut:
a. mewujudkan
kesediaan diri.
b. mematuhi lampu
isyarat jalan raya

Murid-murid berlari bebas

Murid-murid berdiri kaki kangkang


dan mengangkat tangan

Murid-murid membongkok

Bahagian/
Masa
Perkembangan
( 20 minit )

Aktiviti
Aktiviti 1
Polis Trafik

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas


Fokus Pembelajaran
Menendang bola tepat pada sasaran yang statik dengan adanya penghalang.
Organisasi Kelas
Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Setiap murid dalam kumpulan perlu menggantungkan tag simbol lalu
lintas pada tengkok masing-masing. Antara simbol lalu lintas adalah
seperti berikut:
i. Berhenti
ii. Kanak-kanak Melintas Jalan
iii. Dilarang Masuk
iv. Dilarang Memotong
v. Dilarang Berpusing Balik
vi. Dilarang Meletak Kenderaan

Murid-murid berdiri dalam bentuk bulatan besar, menghadap skitel besar.


Setiap murid dibekalkan sebiji bola.
Salah seorang daripada murid-murid diberi peranan sebagai polis trafik.
Polis Trafik menggolekkan dadu lalu lintas.
Murid-murid yang memakai tag simbol lalu lintas yang sama seperti
simbol pada dadu yang menghadap ke atas, akan menendang bola ke
arah skitel besar di tengah bulatan.
Aktiviti diulang beberapa kali selama 5 minit.
Murid-murid secara bergilir memainkan peranan sebagai Polis Trafik.

Catatan
Ciri Strategi
Mengalami
(Experiencing)
BSPP
1. Skitel besar
2. Bola sepak
3. Dadu Lalu Lintas

Catatan:
Menerusi aktiviti ini
murid-murid dapat
mengalami :
perlakuan
menendang bola
tepat pada sasaran
pada jarak tertentu.
situasi semasa
menendang bola
dengan memberi
fokus kepada bila
dan arah bola
ditendang, serta
daya yang
diaplikasikan
semasa menendang
bola.

Bahagian/
Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

BSPP/
Catatan

Bahagian/
Masa

Aktiviti
Aktiviti 2

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas


Fokus Pembelajaran
Menendang bola tepat pada sasaran yang statik.

Traffic Jam
Organisasi Kelas
Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Murid-murid berdiri dalam bulatan besar.
Setiap kumpulan dibekalkan dua biji bola sepak.
Bola sepak diletakkan di tengah bulatan.
Apabila muzik dimainkan, murid-murid dikehendaki berjalan mengikut
arah lawan jam.
Apabila muzik diberhentikan, murid-murid bertindak dengan pantas untuk
memperolehi bola sepak di tengah bulatan.
Dua orang murid yang berjaya memperolehi bola besar akan menendang
bola tersebut dari tengah bulatan ke arah pintu yang ditandakan dengan
dua skitel kecil.
Aktiviti diulang beberapa kali selama 5 minit.

BSPP/
Catatan
Ciri Strategi
Mengalami
(Experiencing)
BSPP
1. Skitel besar
2. Skitel kecil
3. Bola sepak
3. Radio
Menerusi aktiviti ini
murid-murid dapat
mengalami :
perlakuan
menendang bola
tepat pada sasaran
yang statik pada
jarak tertentu.
situasi semasa
menendang bola
dengan memberi
fokus kepada arah
bola ditendang, serta
daya yang
diaplikasikan
semasa menendang
bola.

Fokus Pembelajaran
Permainan bersyarat

BSPP/
Catatan
Ciri Strategi
Memindahkan
(Transfering)

Organisasi Kelas
Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan (Hijau dan Kuning)
Kawasan permainan dibahagikan kepada tiga iaitu Zon A, Zon B dan Zon
C.
Zon A dan C mengandungi dua orang pemain Hijau dan dua orang
pemain Kuning.
Zon B pula mengandungi empat orang pemain Hijau dan empat orang
pemain Kuning.
Murid-murid mula menggunakan kemahiran menendang bola semasa
menghantar bola besar kepada rakan sepasukan.
Pasukan akan memperolehi mata apabila bola ditendang melepasi pintu
yang ditandakan dua skitel kecil.
Pasukan akan memperolehi kad merah (saman) dan mata yang telah
diperolehi akan terbatal apabila bola ditendang melalui pintu yang
tertutup.

ZON C

Saman

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

ZON B

Kemuncak
( 20 minit )

Aktiviti

ZON A

Bahagian/
Masa

BSPP
1. Bola sepak
2. Skitel besar
3. Skitel kecil
4. Kad merah
5. Papan skor

Catatan:
Menerusi aktiviti ini
murid-murid dapat
memindahkan:
kemahiran
menendang bola
tepat ke arah
sasaran pada jarak
tertentu.
kemahiran yang
dikuasai dalam
situasi permainan
bersyarat
berkomunikasi
dengan rakan dan
mengamalkan nilai
kerjasama dalam
kumpulan.

Bahagian/
Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

BSPP/
Catatan

Bahagian/
Masa
Penutup
( 13 minit )

Aktiviti

Speed Trap

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

Fokus Pembelajaran
Kualiti pergerakan semasa menyejukkan badan.

BSPP/
Catatan
Ciri Strategi
Menghubungkait

(Relate)
Organisasi Kelas
Murid-murid berbaris dalam kumpulan
(Empat orang setiap kumpulan).
Setiap murid memakai tag simbol lalu lintas.
Dengan iringan muzik, murid-murid berjalan mengikut laluan yang
disediakan sambil memegang bahu rakan di hadapan.
Empat orang murid dilantik sebagai polis trafik.
Keempat-empat Polis Trafik berdiri di lokasi yang ditetapkan sambil
memegang dadu lalu lintas.
Polis Trafik akan menggolekkan dadu lalu lintas apabila kumpulan
murid-murid tiba di lokasi berkenaan.
Murid yang memakai simbol lalu lintas yang sama seperti simbol pada
dadu yang menghadap ke atas, dikehendaki keluar dari kumpulan.
Murid yang terkeluar dari kumpulan dikehendaki mengambil alih peranan
sebagai Polis Trafik
Aktiviti diteruskan selama 3 minit.

BSPP
1. Skitel besar
2. Dadu lalu lintas
3. Radio
Catatan:
Menerusi aktiviti ini
murid dapat
menghubungkaitkan
pengetahuan dan
pengalaman sedia ada
mengenai:
kualiti pergerakan
semasa
menyejukkan badan.
had kelajuan
semasa di jalan raya

Bahagian/
Masa

Aktiviti

Soal-jawab
dan rumusan
isi pelajaran

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

lrm/pjk/2013

Murid-murid memberi pandangan dan menjawab soalan-soalan bertumpu


dan bercapah mengenai kemahiran menendang di dalam aktiviti.
Antara soalan-soalan yang dilontarkan adalah seperti berikut:
i. Apakah alat yang anda gunakan untuk menendang tadi?
ii. Kenapa bola boleh ditendang?
iii. Kenapa anda menendang bola tadi?
iv. Ke mana bola tadi ditendang?
v. Kenapa anda dilarang menendang bola ke arah pintu yang ditutup
dengan skitel?
vi. Apa yang berlaku apabila anda melanggar peraturan permainan tadi?
vii. Kalau di jalan raya, apa yang anda terima daripada Polis Trafik
sekiranya anda tidak mematuhi peraturan jalan raya?
Isi pelajaran mengenai kemahiran menendang dalam permainan bola
sepak dihuraikan.

BSPP/
Catatan
Catatan:
Menerusi aktiviti ini
murid dapat
menghubungkaitkan
pengetahuan dan
pengalaman sedia ada
dengan kemahiran yang
dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai