Anda di halaman 1dari 6

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

BUDAYA KESESATAN
(8 Februari 2013 / 27 Rabiulawal 1434H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi
sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenarbenar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di
akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: BUDAYA
KESESATAN.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Budaya menjadikan Valentines Day sebagai perayaan diminati untuk diraikan
bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Ada yang
mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan
asmara, membuat upacara tari-menari, mengadakan acara makan malam dengan
disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga
berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi
membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Menurut Ken Sweiger,
perkataan Valentine berasal dari bahasa Latin bermaksud Yang Maha Perkasa,
Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa, digunakan pada zaman Rom Kuno
1

kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, jika
seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi To be my Valentine?,
maka ianya telah melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan akidah umat
Islam dan dimurkai Allah SWT kerana ia telah meminta seseorang menjadi Sang
Maha Kuasa dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali semangat
budaya pemujaan berhala.
Berdasarkan kepada pandangan tokoh-tokoh agama telah menyatakan
bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah
bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel
Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, amalan ini adalah haram
dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang
pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari
Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut bercampur
dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Oleh itu, mimbar ingin menegaskan bahawa pengharaman dan larangan ini
bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan yang menjadi trend baru zaman
moden tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam al-Quran
dan as-Sunnah. Justeru mimbar menyeru kepada jemaaah sekalian dan umat Islam
agar tidak merayakan hari terserbut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam
yang sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam. Janganlah
hanya dengan alasan inginkan keseronokan serta mengikut peredaran zaman, kita
sanggup membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah. Ingatlah, agama Islam tidak
sesekali melarang umatnya bercinta kerana cinta adalah fitrah semulajadi manusia,
namun mestilah berdasarkan hukum Islam bukannya berteraskan hawa nafsu
semata-mata.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama
ini terus berlaku?. Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar antaranya, ialah
kerana kualiti keimanan umat Islam yang semakin lemah dan kekaburan kita
2

didalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan


seseorang muslim. Janganlah hanya kerana mengejar cinta, kita terpesong dengan
cara hidup yang sebenar. Kita juga jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah
berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman. Firman
Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 119:

Maksudnya: Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan


mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga
binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa
yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita'ati selain dari Allah, maka
sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.
Ingatlah

bahawa

agama

Islam

sangat

mengambil

berat

dalam

memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka


menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas. Jangan
kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap persoalan akidah
hanya sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja
sedangkan hakikat iman ialah panduan antara keyakinan dihati tentang dasar-dasar
akidah dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15:

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang


percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi,
serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah;
mereka itulah orang yang benar. .
Ayat ini jelas mengisyaratkan bahawa kualiti iman boleh diukur dan dinilai melalui
amalan seharian. Banyak dan berkualitinya amal soleh seseorang itu, maka
3

tinggilah kualiti iman yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, iman yang
sebenar adalah merupakan penjana kekuatan dan kecemerlangan ummah.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan
fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya
dengan janji manis di bibir tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang
mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi yang
dinamakan sebagai perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka
hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih
menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu
maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya daripada
syahwat. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Mimbar ingin menyatakan bahawa keindahan dalam menzahirkan kasih
sayang melalui ikatan yang sah perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu
menunggu detik satu hari dalam setahun. Ingatlah bahawa kasih sayang yang
utama adalah hanya kepada Allah SWT, Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya.
Kasih sayang berlandaskan keimanan akan melahirkan cahaya keinsafan kepada
hakikat diri dan pencipta-Nya sehingga sanggup berkorban dan mampu
menundukkan hawa nafsu jahat. FirmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 207:

Bermaksud: Dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana


mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan
hamba-hambanya.
Justeru bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat
impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah, mimbar menyeru
kepada semua pihak khususnya kepada pihak media agar mewar-warkan larangan
Sambutan Valentines Day dari terus diraikan oleh umat Islam, jangan kita terjebak
dengan budaya songsang yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan.
Wujudkanlah perasaan anti Valentines Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa
4

benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang


menyalahi akidah, syariah dan tamadun manusia. Harus diingat mengamalkan dan
mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui
latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada
kehancuran.
Inilah masanya, semua umat Islam perlu sedar dan bersatu menolak
Sambutan Valentines Day kerana ia merupakan tanggungjawab seluruh umat
Islam dan bukannya menyerahkan tanggugjawab ini hanya kepada pihak
pemerintah semata-mata.Yakin dan percayalah, jika semua umat Islam bersatu hati
dan memainkan peranan masing masing, segala budaya maksiat dan songsang ini
pasti dapat kita hentikan.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, sekali lagi mimbar menyeru kepada seluruh
umat Islam sekalian terutama kepada ibu-bapa marilah sama-sama kita mendidik
anak-anak kita dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dengan
menutup segala pintu maksiat dan kemungkaran, senantiasa memerhati gerak geri
anak-anak samaada dari segi tingkah lakunya dan pergaulan hariannya. Cuba kita
bayangkan, apakah akibatnya kepada institusi keluarga dan masa depan negara jika
masih ada lagi ibu bapa yang leka dan sanggup membiarkan anak mereka terus
bergelumang dalam maksiat dan pergaulan bebas?. Oleh itu, marilah sama-sama
kita memperkasakan akidah kita, keluarga dan masyarakat kita dengan menanam
rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya serta mematuhi
segala perintah dan larangan yang telah ditetapkan, mudah-mudahan dengan cara
ini kehidupan kita diberkati dan diredhai-Nya. Marilah kita merenung firman Allah
SWT dalam surah al-A'raf ayat 96:

Maksudnya: Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,


tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi
mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Anda mungkin juga menyukai