Anda di halaman 1dari 31

SOALAN 1

Bincangkan

satu

kaedah

pengajaran

matematik

yang

berkesan

dan

menyeronokkan.

JAWAPAN 1 SOALAN FORUM 1


Salam sejahtera buat rakan-rakan sekalian.

Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu mata pelajaran asas yang
menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan
kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan
nilai-nilai murni. Elemen kreativiti, keusahawanan dan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) perlu diterapkan melalui konteks yang sesuai bagi setiap standard
pembelajaran.
Oleh

yang

demikian,

pendidikan

Matematik

bermatlamat

untuk

memperkembangkan pemikiran analitis, bersistem dan kritis. Kebolehan menggunakan


ilmu pengetahuan matematik adalah penting supaya individu dapat mengimplementasi
ilmu matematik dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Bagi mencapai matlamat
ini,maka

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

Matematik

di

sekolah

dipertingkatkan. Oleh itu, kemahiran guru dalam aspek kaedah , strategi

perlu
dan

perancangan semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran matematik


dalam bilik darjah adalah sangat penting. Justeru itu, salah satu kaedah pengajaran
yang paling berkesan ialah pengggunaan bahan bantu belajar semasa proses
pembelajaran dan pengajaran dijalankan.
Pengalaman menggunakan bahan-bahan maujud sangat penting supaya muridmurid dapat memperolehi pengalaman konkrit dahulu sebelum pengalaman konkrit itu
dibawa kepada konsep yang abstrak. Pandangan ini juga turut disokong oleh Mok Soon
Sang (1986) yang menyatakan bahawa mengajar daripada perkara maujud kepada
perkara abstrak merupakan prinsip pengajaran matematik yang amat penting.
Penggunaan alat bantu mengajar dapat membina konsep matematik, di samping
1

mengurangkan kesempatan murid-murid daripada hanya menghafal bahan-bahan


pembelajaran mereka secara membuta tuli sahaja tanpa memahami konsep.

JAWAPAN 2 SOALAN FORUM 1


Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera rakan rakan sekalian.
Saya sangat bersetuju dengan pendapat rakan-rakan guru sekalian tentang
kaedah menggunakan bahan konkrit adalah lebih berkesan dalam pembelajaran
Matematik. Selain daripada kaedah tersebut, kaedah pembelajaran menggunakan
muzik atau didik hibur juga dapat memotivasikan pelajar agar dapat menimbulkan minat
dan merasai keseronokan mempelajari Matematik khasnya di peringkat pra sekolah dan
sekolah rendah. Kaedah ini memberi kesan pembelajaran yang baik terhadap pelajar
kerana kanak-kanak mudah mengingati sesuatu melalui muzik.
Hal ini disebabkan oleh pelajar sekolah rendah amat suka dengan pembelajaran
menggunakan deria. Tambahan pula penggunaan alat muzik dan nyanyian memanglah
menjadi tarikan kepada kebanyakkan pelajar. Malah tidak dinafikan, bukan sahaja
pelajar diperingkat rendah, pelajar peringkat menengah juga amat berminat dengan
pembelajaran menggunakan didik hibur.
Saya ambil contoh yang sangat mudah iaitu menghafal sifir dengan cara
nyanyian.. Terdapat ramai guru yang mengeluh kerana murid sukar untuk mengingat
sifir. Masalah ini dapat diatasi apabila sifir ini dibaca secara nyanyian atau bacaan sifir
berlagu. Dengan cara ini ramai murid berminat untuk membaca sifir melalui nyanyian.
Akhirnya, ramai murid dapat menguasai sifir tanpa bersusah payah.
Namun begitu, guru-guru juga harus memantau aktiviti didik hibur semasa
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Guru juga diharap tidak terlalu teruja
dengan cara didik hibur sehinggakan objektf pengajaran dan pembelajaran tidak
tercapai.

JAWAPAN 3 SOALAN FORUM 1


Salam perpaduan rakan-rakan.
Saya juga ingin berkongsi pendapat dengan rakan-rakan tentang beberapa kaedah
pengajaran Matematik secara kreatif dan berkesan hasil pencarian maklumat di
internet.
Dalam pengajaran, guru boleh sering mengajukan pertanyaan kritis seperti
Adakah kamu telah mencuba ini? Apa yang akan terjadi jika ada ini ? Apakah yang
boleh kamu dapati? untuk meningkatkan pemahaman murid-murid dengan idea-idea
dan kosa kata matematik. Berikut adalah beberapa aktiviti yang mungkin dapat
dipraktikkan di kelas:
1.

Gunakan dramatisasi.

Ajaklah murid-murid berpura-pura berada di sebuah bola (sphere) atau kotak (prisma),
merasakan sisi-sisinya, hujung-hujungnya, dan sudutnya dan menyandiwarakan secara
sederhana masalah aritmatika seperti: Tiga katak melompat dalam kolam.
2.

Menggunakan anggota badan murid-murid.

Menyarankan agar murid-murid menunjukkan berapa banyak kaki, mulut, dan


sebagainya. Ketika diminta untuk menampilkan tiga tangan, mereka akan memprotes
keras, dan kemudian menunjukkan berapa banyak tangan yang mereka memiliki(
membuktikan) ini. Kemudian mengajak murid-murid untuk menampilkan nombor
dengan jari, dimulai dengan pertanyaaan sederhana, Berapakah umur kamu?
Kemudian murid menunjukkan angka yang diminta guru. Selain itu guru menampilkan
angka dalam berbagai cara (misalnya, menunjukkan lima dengan tiga pada jari tangan
kiri dan dua di jari tangan kanan).
3.

Menggunakan permainan.

Melibatkan murid-murid bermain permainan yang memungkinkan mereka untuk


melakukan matematik dalam pelbagai cara, termasuk pengurutan, menciptakan bentuk

simetri dan bangunan, membuat pola, dan sebagainya. Kemudian memperkenalkan


permainan jual-beli di kelas, menunjukkan murid-murid permainan membeli dan
menjual mainan atau benda kecil, belajar menghitung, aritmatik dan konsep ruang.
4.

Menggunakan simulasi.

Mendorong murid-murid untuk menggunakan adegan dan mainan untuk simulasi


kejadian nyata, seperti tiga kereta di jalan, atau misalnya, untuk menunjukkan ada dua
monyet di atas pohon dan dua di atas tanah.
5.

Menggunakan cerita.

Bercerita tentang sebuah kisah menarik yang didalamnya berisi konsep matematik.
Jika perlu, cerita boleh diaksikan khususnya untuk memperjelaskan konsep matematik.
6.

Gunakan kreativiti murid.

Mencungkil idea murid tentang matematik yang harus didiskusikan dengan mereka.
Misalnya perbualan di antara 2 seorang murid yang berumur 8 tahun,Fikirkan angka
terbesar yang kamu tahu, lalu tambah angka itu dengan lima. Bayangkan kamu
memiliki coklat sejumlah angka itu. Wow, itu 5 angka lebih besar daripada angka yang
kamu tahu.
7.

Menggunakan kemampuan penyelesaian masalah.

Menyuruh murid-murid untuk menjelaskan bagaimana mereka mengetahui masalahmasalah seperti mendapatkan bilangan gunting yang cukup untuk kumpulan mereka
atau berapa banyak makanan ringan yang perlu disediakan jika seorang tetamu telah
menyertai sesuatu kumpulan. Guru mendorong mereka untuk menggunakan jari-jari
mereka sendiri atau apapun yang mungkin berguna untuk menyelesaikan masalah.
8.

Menggunakan pelbagai strategi.

Gunakanlah matematik di kelas bila-bila masa sahaja. Guru boleh meminta murid
menghitung jumlah murid-murid yang hadir, menghitung meja dan kerusi, meminta
murid-murid mengeluarkan barangan yang mempunyai nombor tertentu atau nama
geometri yang disebut.
9.

Menggunakan teknologi.

Cuba menggunakan kamera digital untuk mengambil gambar hasil kerja murid,
permainan dan aktiviti yang dilakukan, dan kemudian menggunakan gambar tersebut
untuk membuat perbincangan dengan murid-murid, perencanaan kurikulum, dan
komunikasi dengan orang tua. Gunakan juga teknologi lain, seperti komputer secara
bijak.

JAWAPAN 4 SOALAN FORUM 1


Salam Sejahtera.
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu.Kebiasaannya murid apabila mendengar subjek
matematik, mereka akan menganggap ianya adalah subjek yang susah. Disebabkan
itulah ramai yang kurang berminat dengan subjek matematik. Disini saya ingin
membuat penambahan mengenai kaedah pembelajaran Matematik bagi jawapan forum
saya.
Apa itu Kaedah Dan Teknik Pengajaran Matematik?
Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistemetik dengan
mencapai objektif pelajaran yang spesifik dalam jangka yang pendek. Dengan
perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati objektif pelajaran dengan
langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Manakala teknik mengajar boleh
ditakrifkan sebagai kamahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Mok Soon Sang, 1997).
Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran antaranya tunjukcara,
pengajaran terancang dan penyelesaian masalah.
5

a) Tunjukcara
Tunjukcara adalah saru jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di
hadapan murid. Terdapat tiga jenis tunjukcara iaitu model hidup, model simbolik dan
model persepsi.
i)

Model Hidup

Model hidup merujuk kepada model yang sebenar digunakan untuk melaksanakan
tunjukcara.
Contoh: Tunjukcara permainan alat muzik.
ii) Model Persepsi
Model persepsi merujuk kepada penggunaan video dan computer
Contoh: Menunjukkan teknik kemahiran matematik.
(b) Pengajaran Terancang
Pengajaran
pembelajaran

terancang

ialah

secara

individu

jenis

pengajaran

berdasarkan

berprogram

kebolehan

yang

menekankan

masing-masing.

Proses

pengajaran terancang dilaksanakan mengikut tiga langkah seperti di bawah:


i)

Penghuraian Bahan Pelajaran

Memperkenalkan dan memberi keterangan ringkas bahan pembelajaran kepada


pelajar.
ii)

Aktiviti Pembelajaran Murid

Pelajar mengikut dan arahan, membaca bahan pelajaran, menjawab soalan demi
soalan dalam pakej terancang.
iii)

Menyemak Jawapan

Selepas menjawab soalan, murid hendaklah menyemak jawapan sama ada betul atau
salah.
(c) Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk
perkataan, teka-teki, kuiz atau matematik. Berikut dinyatakan tujuan pengunaan kaedah
penyelesaian masalah:
i)

Memberi pengalaman kepada pelajar menggunakan kemahiran yang dikuasai

untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.


ii)

Menggalakkan pelajar berfikir secara analitis, logik, rasional dan objektif.

iii)

Mengukuhkan kemahiran, konsep, prinsip, dan teori yang baru dipelajari.

iv)

Mempertingkatkan daya pemikiran dan penaakulan pelajar dalam proses

penyelesaian masalah.

VIDEO SET INDUKSI PENGAJARAN


Video ini boleh dijadikan set induksi untuk mengajar tajuk nombor. Murid-murid
akan tertarik dengan cerita yang dipaparkan dengan paparan yang berwarna-warni dan
watak yang digemari mereka.
Pada pandangan saya, sebagai seorang guru, kita perlu pandai untuk menarik
minat murid dalam pembelajaran matematik. kita bukan sahaja perlu menyediakan
bahan bantu belajar yang cantik dan menarik, tetapi teknik, kaedah dan pendekatan

yang guru itu gunakan juga adalah penting. Jika kita mempunyai BBB yang canggih
sekalipun, tetapi pendekatan yang guru gunakan tidak dapat memberi kefahaman yang
sepenuhnya kepada murid, maka ia adalah tidak bermakna.
Sepatutnya guru mengajar mestilah dari contoh yang mudah kemudian perlahanlahan diikuti dengan contoh yang susah. Selain itu guru boleh mengaitkan contoh
dengan kehidupan seharian yang lebih dekat dengan mereka. Sebagai contohnya
dalam belajar subjek wang, bagi murid kawasan pedalaman, janganlah minta mereka
membayangkan mereka pergi membeli pasta atau makaroni. Ini kerana itu mungkin
janggal bagi mereka. Cukuplah sekadar menyuruh mereka membeli tepung atau garam.
Ini kerana apabila mereka dapat membuat sesuatu, secara tidak langsung mereka akan
menyatakan ianya senang dan mudah. Seterusnya guru boleh memberi contoh lain
yang mungkin lebih susah. tetapi jika awal-awal lagi mereka diberikan sesuatu yang
susah, tambahan pula mereka tidak dapat jalan penyelesaiannya, ini akan menjadikan
mereka langsung tidak berminat.

JAWAPAN 5 SOALAN FORUM 1


Salam sejahtera buat semua warga Kirkby kolej.
Guru biasanya mengajar murid-murid dengan memberi arahan kepada atau berkongsi
pengetahuan antara seorang individu dengan individu yang lain. Mengajar juga boleh
dijelaskan sebagai cara memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh
murid supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos
keperluan pembelajaran yang spesifik atau kurang di kalangan murid serta
menyediakan strategi atau kaedah yang berkesan dan menyeronokkan

untuk

membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan. Salah satu kaedah
pengajaran yang berkesan ialah kaedah inkuiri penemuan.
Kaedah Pengajaran: Inkuiri Penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan atau tinjau siasat merupakan pendekatan pembelajaran
melalui pengalaman. Inkuiri pula ialah mencari maklumat, menyoal dan menyiasat
8

suatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Ianya merangkumi aspek-aspek soal selidik
seperti aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui untuk mendapatkan
jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
Kaedah ini memerlukan kemahiran seperti membuat pebandingan dan mencari ciri-ciri
yang sama untuk membuat generalisasi.
Kaedah ini melibatkan kaedah lain seperti kaedah makmal, induksi, penyoalan dan lainlain lagi. Murid dapat membuat pemerhatian, menjalankan ujikaji, membuat analisis dan
membuat kesimpulan
Tujuan kaedah inkuiri penemuan ini ialah untuk :
a)Menimbulkan minat dan daya kreativiti yakni belajar cara berfikir dan mencari
maklumat .Murid sering mengemukakan soalan bagaimana .Ianya juga dapat
melatih murid mengemukakan pelbagai soalan. Kaedah ini mengalakkan murid
berfikiran kritis dan kreatif.
b)Tidak semata-mata bergantung kepada guru untuk memperoleh maklumat.
c)Menunjukkan kaedah sesuatu pengetahuan diperoleh.
d)Menggunakan teknik mengumpul, menyusun, menganalisis maklumat yang diperoleh
untuk membuat keputusan.
e)Kaedah ini membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk
meneroka sesuatu bidang ilmu.
f)Murid memainkan peranan yang aktif semasa menjalankan suatu aktiviti murid
dipupuk semangat ingin tahu.
g)Memperluas pengetahuan murid melalui aktiviti yang dilakukan sendiri oleh murid
semasa menyelesaikan suatu masalah yang diberi.
h)Mencabar dan mempertingkat daya pemikiran murid
9

i)Memupuk

kerjasama,

berkongsi

maklumat

dan

belajar

mendengar

serta

menggunakan pendapat rakan yang lain.


j)Kemahiran, konsep dan prinsip yang dipelajari melalui inkuiri penemuan lebih
bermakna kepada murid dan boleh diingati untuk masa yang lama.
Kelebihan kaedah inkuiri penemuan.
1.Pengajaran berpusat pada murid
2.Pengajaran inkuiri dapat membentuk konsep kendiri melalui pengalaman baharu
3.Peningkatan kepercayaan diri melalui penyelesaian masalah dengan cara tersendiri
4.Perkembangan bakat dan kecekapan individu kerana kebebasan berfikir
5.Dapat memberi masa kepada murid untuk mendapatkan dan memahami maklumat
6.Mengelakkan murid untuk belajar dengan cara tradisional
7.Dapat menimbulkan daya refleksi murid.
Aplikasi dalam Matematik
Dalam pembelajaran matematik, banyak konsep, hukum, rumus dan konsep boleh
dipelajari melalui inkuiri penemuan.
Contoh: Kaedah inkuiri penemuan boleh digunakan untuk menghuraikan langkahlangkah pengajaran dan pembelajaran bagi hasil pembelajaran berikut:
Murid dapat menerbitkan rumus luas segiempat tepat:
1. Murid diberi segiempat tepat beberapa saiz dan dianalisis untuk melukis sebilangan
segi empat sama dengan ukuran 1 cm x 1 cm dalam setiapnya.
2. Murid dibimbing untuk membilang bilangan segi empat sama dalam setiap segi
empat tepat untuk mendapatkan luasnya. Bagi setiap saiz, murid mengira panjang dan
lebar rajah, mendarab panjang dan lebar serta mengira luas.

10

SOALAN 2 .
Bagaimanakah cara untuk mengekalkan penggunaan teknologi teknikal dalam
pendidikan matematik secara seimbang, kritis dan terkini?

JAWAPAN 1 SOALAN FORUM 2


Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia...

Pendidikan matematik memerlukan perubahan untuk menyediakan murid yang celik IT


dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran pendidikan secara globalisai di alaf
baru. Pelajar-pelajar dapat mempelajari lebih banyak cara mudah dan mengetahui
secara mendalam cara pembelajaran yang hendak difahami secara terperinci apabila
menggunakan teknologi yang sesuai.
Peranan Teknologi Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik
Teknologi elektronik seperti kalkulator dan komputer adalah alatan penting
dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelesaian matematik. Alatan ini membekalkan
imej

visual

bagi

idea-idea

matematik

yang

telah

dipelajari.

Ianya

juga

mempermudahkan jalankerja untuk mengatur dan menganalisa data serta dapat


menjalankan komputasi dengan cekap dan tepat.

Murid-murid dapat belajar lebih

banyak matematik dengan lebih mendalam dan terperinci lagi apabila menggunakan
teknologi yang sesuai (Dunham dan Dick, 1994; Sheets 1993; Boers-van Oosterum
1990; Rojano 1996; Groves 1994).
Teknologi juga dapat digunakan untuk memupukkan pemahaman konsep
matematik. Di samping itu, alatan teknologi dapat menyokong penyiasatan dan
penerokaan yang dijalankan oleh murid-murid dalam semua aspek matematik,
termasuklah geometri, statistik, algebra dan nombor. Apabila teknologi sedia wujud
dalam proses pembelajaran murid-murid, mereka dapat lebih menumpu perhatian ke
atas aktiviti-aktiviti membuat keputusan atau kesimpulan, merenung atau membuat
refleksi, menaakul dan menyelesaikan masalah.
11

Dalam pembelajaran matematik, penggunaan teknologi patut digunakan secara


meluas

dan

penuh

tanggungjawab

untuk

mencapai

matlamat

serta

memperkayakan pembelajaran murid-murid di dalam matematik.

tujuan

Kewujudan,

keserbabolehan dan kuasa yang terkandung di dalam teknologi membolehkannya untuk


menyemak semula matematik tentang apa yang patut murid-murid belajar serta juga
bagaimanakah mereka dapat belajar dengan paling baik.
Bagi mengekalkan penggunaan teknologi digital dalam pendidikan matematik
secara

seimbang,

kritis

kita

juga

boleh

menggalakkan

guru-guru

mengikuti kursus latihan dalam Perkhidmatan (LDAP) yang berkaitan ICT.

untuk
Denga

kursus ini guru-guru di sekolah boleh mempelajari program-program tertentu yang


bertujuan untuk menghasilkan bahan pengajaran yang menarik. Antara contoh program
yang boleh dipelajari guru dalam menghasilkan bahan pengajaran seperti Flash
dan Dreamweaver. Tambahan ilmu pengetahuan ini akan menjana semangat guru
menggunakan ICT.
Penggunaan teknologi

memerlukan guru membuat persediaan yang rapi

sebelum mengajar kerana menyediakan ICT yang menarik memerlukan masa. Bahan
pengajaran boleh dibuat dalam bentuk power point, audio, video ataupun menggunakan
perisian-perisian yang lain.
Oleh yang demikian, pengekalan teknologi digital dalam pendidikan matematik
dapat mengubah corak guru mengajar dan kandungan matematik yang dipelajari murid.
Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang berupaya untuk
mengaplikasikan

apa

yang

dipelajari

dalam

situasi

harian

dan

seterusnya

berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah ditemui.


Di samping itu juga, pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam
kumpulan perbincangan elektronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar
bertukar pendapat tentang sesuatu topik dan hubungan elektronik dengan pakar.
Dengan langkah ini, ini akan dapat menggalakkan para pelajar untuk menyertai aktiviti
memandangkan mereka akan perolehi maklumat yang lebih terperinci apabila mereka
berhadapan dengan pakar yang lebih arif dalam bidang teknologi.

12

Penggunaan

teknologi

juga

membantu

dan

pemahaman

konsep

matematik..

Penglibatan murid-murid dengan idea-idea matematik yang abstrak dapat dipupuk


melalui penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran matematik.

JAWAPAN 2 SOALAN FORUM 2


Salam sejahtera rakan forum sekalian.Saya telah membaca pendapat rakan-rakan dlam
ruamgan forum ini dan saya sangat bersetuju dengan pandangan rakan-rakan
mengenai Teknologi digital yang perlu dikekalkan dalam pelajaran Matematik.
Penggunaan Teknologi Digital dapat mempertingkatkan pembelajaran matematik
Teknologi boleh menolong murid-murid dalam membelajari matematik. Sebagai
contohnya, dengan kalkulator dan komputer, murid-murid dapat mengkaji lebih banyak
contoh

ataupun

perwakilan

matematik daripada

kemungkinan

dengan

hanya

melaksanakannya dengan tangan sahaja. Hasil penggunaan teknologi ini, ianya dapat
membantu

murid-murid membina dan meneroka konsep-konsep lebih mudah dan

senang. Tambahan pula, kuasa grafik dalam alat teknologi memberikan suatu
hubungkait yang istimewa kepada model-model visual matematik yang begitu berkuasa
di mana murid-murid sendiri pun tidak sanggup ataupun tidak mampu menjanakannya.
Kapasiti untuk menjalankan komputasi dengan alat teknologi telah memperluaskan
pemikiran bentuk masalah matematik yang kini dapat dibawa masuk ke bilik darjah
untuk diperkenalkan kepada murid-murid. Keadaan ini membolehkan murid-murid
menyelesaikan prosedur-prosedur matematik

yang rutin dengan lebih pantas dan

tepat. Justerunya, lebih banyak masa dalam tangan murid-murid sekarang untuk
mengalih perhatian dan fokus mereka kepada permodelan serta konseptual matematik.
Pendekatan, teknologi di dalam pembelajaran matematik telah memerdekakan minda
murid-murid.
Teknologi memainkan peranan yang penting di dalam proses membuat,
menilai

serta

memurnikan

sesuatu

konjektur

bersama-sama

dengan

aspek

pembelajaran dan penaakulan matematik yang lain. Membuat dan menguji konjektur
adalah isipati kepada pembuktian dalam matematik. Seperti teknologi melukis graf dan
13

hamparan elektronik yang telah membuat konsep fungsi dan algebra mudah diperoleh
oleh murid-murid; teknologi kalkulator grafik dan perisian geometri dinamik juga telah
membawa kesan yang sama dalam membantu murid-murid membuat penaakulan
matematik.

JAWAPAN 3 SOALAN FORUM 2


Selamat malam dan salam sejahtera rakan-rakan di Kirkby. Saya ingin membuat
penambahan dalam ruangan forum ini.
Penggunaan teknologi digital banyak membantu pelajar dalam pemahaman konsep
matematik. Penggunaan kalkulator dan komputer dapat mambantu murid meneroka
matematik dengan lebih berkesan. Penglibatan murid-murid dengan idea-idea
matematik yang abstrak dapat dipupuk melalui penggunaan teknologi dalam proses
pembelajaran matematik.
Teknologi dapat memberikan satu fokus kepada murid-murid agar berbincang
di antara satu sama lain dan juga dengan guru tentang objek yang dipaparkan pada
skrin serta tentang pelbagai kesan-kesan transformasi yang dinamik yang dihasilkan
dengan bantuan teknologi. Untuk mengekalkan penggunaan teknologi digital dalam
pendidikan matematik, setiap bilik darjah perlu dilengkapi dengan komputer.
Penggunaan kalkulator adalah digalakkan dalam kalangan murid khasnya di kalangan
pelajar sekolah menengah.
Selain itu, penggunaan komputer riba, atau alat teknologi digital yang lain perlu
digalakkan dalam kalangan murid. Pengekalan teknologi digital dalam pendidikan
matematik dapat mengubah corak pengajaran guru dan kandungan matematik yang
dipelajari murid. Hal ini adalah berdasarkan kehendak matlamat pendidikan matematik
iaitu

melahirkan warga yang berupaya untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari

dalam situasi harian dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah yang belum
pernah ditemui. Oleh itu, untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia guru perlu
mengekalkan teknologi digital supaya anjakan paradigma dan cara berfikir serta
penggunaan teknologi dapat diimprovasi . Justeru itu
14

peranan guru dalam

mengaplikasikan

pengajaran

dengan

menggunakan

teknologi

digital

dapat

memangkinkan penggunaan teknologi teknikal dalam pendidikan matematik secara


seimbang, kritis dan terkini.
JAWAPAN 4 SOALAN FORUM 2
Salam 1 Malaysia. Bersua lagi di ruangan forum pada kali ini.
Saya juga bersetuju dengan pendapat rakan-rakan tentang penggunaan teknologi
dalam pembelajaran dan pengajaran matematik adalah serentak dengan perubahanperubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali sebagai Dunia
Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi

dalam pengurusan sistem pendidikan

khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan,


seterusnya dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran
abab ke-21 atau dengan kata lain cabaran era teknologi
Dalam dunia era digital ini, medium utama ke arah memperbanyakkan sumber
pengetahuan tersebut ialah teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) dan ianya
merupakan nadi dan tulang belakang kepada kejayaan sesuatu bangsa.
Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses
mengajar matematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu ditekankan ialah
menitik beratkan tentang konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan
dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Oleh yang demikikan, pengunaan teknologi-teknologi yang relevan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu mempertingkatkan
kefahaman pelajar dari segi pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995).
Contohnya ialah pengunaan teknologi komputer dapat mempengaruhi kehidupan
pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia dapat memperkembangkan minda
pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta lebih inovatif.

JAWAPAN 5 SOALAN FORUM 2

15

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat


memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih seabad yang
lalu NCTM (National Council of Teachers of Mathematics, 1980), mencadangkan
supaya pengajaran metematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer.
Crockroft (1982), menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran
matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah
penggunaan komputer juga boleh mengubah kepentingan sesuatu topik dalam sukatan
Sehubungan dengan itu, dapatlah disimpulakan bahawa multimedia adalah
teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio,
teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses
pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping
membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini
membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual, biasanya persembahan
grafik dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya.
Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik.
Antaranya ialah :
1.

Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan


masing-masing.

2.

Memudahkan dan mempercepatkan kefahaman dan pengetahuan kepada


pelajar

3.

Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menarik dan


menyeronokkan.

4.

Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar.

5.

Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali.

16

SOALAN 3
Mengapakah sebahagian pelajar gagal untuk mencapai kecemerlangan dalam
pembelajaran matematik? Adakah komunikasi antara pelajar dan guru merupakan
isu utama. Bincangkan.
JAWAPAN 1 SOALAN FORUM 3
Bersua lagi diruangan forum pada kali ini. Terlebih dahulu salam sejahtera dan salam 1
Malaysia rakan-rakan Kirkby.
Kamus Dewan Menyatakan bahawa komunikasi ialah cara menyampaikan buah fikiran,
bertukar-tukar idea atau maklumat.
Menurut Sillar (1988)komunikasi ialah Penghantaran, penerimaan atau penukaran
maklumat, pendapat atau idea dengan tulisan, pertuturan atau imej visual atau manamana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan dikomunikasikan difahami
dengan jelas.
Dalam bidang Matematik, terdapat 3 proses Komunikasi Secara Matematik iaitu
proses mendengar, membaca dan visualisasi. Proses mendengar ialah proses tentang
Individu bertindakbalas terhadap apa yang didengar dan menggalakkannya berfikir
menggunakan ilmu untuk membuat keputusan. Proses membaca pula ialah proses
bagaimana iIndividu mengumpul maklumat, menyusun dan menghubungkaitkan idea
dan konsep manakala proses visualisasi pula memerlukan seseorang Individu membuat
pemerhatian,menganalisis, mentafsir dan mensintesis maklumat ke atas bahan konkrit,
semi-konkrit dan simbol.
Mengapakah sebahagian pelajar gagal untuk mencapai kecemerlangan dalam
pembelajaran matematik? Hal ini sering menjadi persoalan kepada setiap guru
Sememangnya komunikasi sangat penting dalam pendidikan Matematik . Komunikasi
dilihat dapat membantu pelajar dalam membina hubungkait antara pengalaman tidak
formal dengan bahasa matematik. Ianya juga berupaya menolong pelajar membuat
17

hubungkait antara fizikal,grafik, gambar, perwakilan dan simbol dengan idea matematik.
Pelajar menggunakan bahasa matematik melalui aktiviti komunikasi. Aktiviti tersebut
penting supaya para guru memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan
pelajar yang lain bagi membina pengetahuan dan mempelajari daripada rakan tentang
cara

mereka

berfikir

dan

menjelaskan

sesuatu

masalah.Komunikasi

melalui

percakapan, pendengaran dan penulisan merupakan suatu aktiviti yang patut


digalakkan sewaktu pembelajaran matematik.
JAWAPAN 2 SOALAN FORUM 3
Salam perpaduan rakan-rakan di Kirkby sekalian. Saya ingin menambah sedikit
pendapat tentang soalan forum ini.
Komunikasi semasa pembelajaran Matematik khasnya dalam aktiviti kumpulan
biasanya sering menjadi masalah kepada guru dan pelajar. Apabila pelajar bekerja di
dalam suatu kumpulan kecil, mereka dapat berbincang dan menyelesaikan masalah
serta mengaitkan bahasa matematik yang mereka faham dengan yang kurang mereka
faham. Pelajar dapat mempelajari antara satu sama lain dan membuat refleksi semasa
mereka berkomunikasi. Dengan menghadirkan diri bersama pelajar yang sedang
berbincang, para guru dapat mengetahui tentang pelajarnya dengan lebih baik dan
seterusnya membantu guru dalam membuat keputusan tentang perancangan
pengajaran (Noraini 2005).Secara umumnya, matematik dalam ruang lingkup
komunikasi mencakup kemampuan pelajar dalam menulis, membaca, berbincang,
mengakses dan berwacana. Pressini dan Basset (dalam NCTM, 1966) berpendapat
bahawa tanpa komunikasi di dalam matematik, guru akan memiliki sedikit keterangan,
data dan fakta tentang kefahaman pelajar dalam melakukan proses dan aplikasi
matematik. Ini bererti, komunikasi dalam matematik menolong guru memahami
kemampuan siswa dalam menginterpretasi dan mengekspresikan pemahamannya
tentang konsep dan proses matematik yang mereka pelajari.
Sebahagian murid gagal untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran
matematik adalah disebabkan penguasaan kemahiran asas murid yang lemah. Masalah
ini menyebabkan murid hilang motivasi dan sukar untuk menguasai pelajaran
18

matematik. Sikap murid yang tidak minat dengan matematik juga menyebabkan mereka
tidak mahu belajar dan ini menyebabkan kegagalan mereka.
Selain itu sikap murid yang malas juga penyebab kegagalan mereka. Pada
pendapat saya komunikasi antara pelajar dan guru bukannya isu utama yang
menyebabkan kegagalan murid. Ini adalahg kerana setiap pengajaran matematik yang
dilaksanakan oleh seorang guru yang bertanggungjawab semestinya menggunakan
kaedah dan stretagi pengajaran yang sesuai memang dapat menyampaikan kemahiran
matematik secara berkesan.Cuma kejayaan ini bergantung kepada tahap penguasaan
asas matematik murid,kefahaman murid dan sikap murid itu sendiri.
JAWAPAN 3 SOALAN FORUM 3
Saya bersetuju dengan pendapat rakan-rakan. Pada pemerhatian saya, komunikasi
antara guru dan murid memang merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
pencapaian matematik agak kurang cemerlang.
Mengapa Komunikasi Secara Matematik Penting?
1.Menghubungkaitkan bahan konkrit dan gambar rajah dengan idea-idea dan situasi
matematik.
2. Membuat refleksi dan menjelaskan pemikiran terhadap idea dan situasi matematik
3. Menghubungkaitkan bahasa harian dengan bahasa matematik dan symbol
4. Mengolah situasi kehidupan harian kepada model matematik dengan menggunakan
bahasa matematik.
5. Membina pemahaman yang sama tentang

sesuatu idea matematik termasuk

definisi
6.

Menyedari bahawa

pengamatan

matematik

perwakilan,

perbincangan,

merupakan

aspek

penggunaan matematik
19

penting

pembacaan, penulisan dan


dalam

pembelajaran

dan

7. Membincangkan idea-idea matematik dan membuat konjektur dan hujah yang


kukuh.
8. Menghargai nilai dan peranan simbol matematik dalam mengembangkan idea
matematik
9. Melahirkan idea matematik secara lisan atau bertulis dengan kefahaman yang
mendalam.
10. Mengemukakan soalan lanjutan dan meminta penjelasan mengenai idea-idea
matematik berdasarkan pengetahuan sedia ada.
11. Mengungkap takrifan matematik dan membuat pengitlakan melalui penyiasatan.
JAWAPAN 4 SOALAN FORUM 3
Salam sejahtera rakan-rakan di Kirkby
Apabila guru berkomunikasi dengan pelajar dengan menggunakan aras bahasa yang
tinggi bagi murid-murid sederhana atau lemah, maka pemahaman konsep matematik
tersebut sukar difahami oleh murid-murid tersebut. Apabila kefahaman yang samarsamar ini tidak diperbetulkan atau masih lagi kurang jelas, maka apa yang mungkin
terjadi adalah berlakunya miskonsepsi. Miskonsepsi berlaku apabila pelajar mempunyai
kefahaman yang salah tentang konsep matematik yang diterangkan oleh guru dan
ianya beranggapan bahawa apa yang difahamimya adalah betul.
Miskonsepsi ini pula apabila terus dibiarkan atau tidak berlakunya proses
penyelesaian maka murid ini akan terus terusan membawa konsep yang salah.
Konsep-konsep yang salah inilah yang menjadikan murid tersebut tidak dapat
menguasai pelajaran matematik dengan baik.
Oleh itu, sebagai seorang guru, kita haruslah menggunakan komunikasi yang baik dan
berkesan. Ini adalah amat penting agar pemahaman murid terhadap konsep matematik
terutama perkara- perkara yang abstrak ini dapat difahami dengan mendalam dan
tepat.
20

JAWAPAN 5 SOALAN FORUM 3


Selamat bersua lagi rakan-rakan di Kirkby Kuching khasnya.
Hasil pencarian saya di internet saya kongsikan bersama-rakan-rakan.
Apa itu komunikasi?
Komunikasi tentang idea Matematik dapat membantu murid menjelaskan dan memperkukuhkan
pemahaman Matematik. Perkongsian pemahaman Matematik secara penulisan dan lisan
dengan rakan sekelas , guru dan ibu bapa , murid akan dapat meningkatkan keyakinan diri dan
memudahkan guru memantau perkembangan kemahiran Matematik mereka.
Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembelajaran
Matematik yang bermakna. melalui komunikasi, idea Matematik dapat diluahkan dan difahami
dengan lebih baik. Komunikasi secara Matematik, sama ada secara lisan, penulisan atau
menggunakan simbol dan perwakilan visual (dengan menggunakan carta, graf, gambar rajah
dan lain-lain). Ini dapat membantu murid memahami dan mengaplikasikan Matematik dengan
lebih efektif.
Berkomunikasi sesama sendiri atau dengan rakan sebaya, ibu bapa, orang dewasa dan
guru dapat membantu murid menggambarkan, menjelaskan dan memperkukuhkan idea dan
pemahaman Matematik mereka. Bagi memastikan berlakunya proses penjanaan, perkongsian
dan peningkatan pemahaman, murid perlu diberi peluang untuk membahaskan idea Matematik
mereka secara analitis dan sistematik. Komunikasi yang melibatkan pelbagai perspektif dan
sudut pendapat dapat membantu murid meningkatkan pemahaman Matematik dengan lebih
baik
Aspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam Matematik adalah keupayaan
untuk memberikan penerangan dengan efektif, memahami dan mengaplikasi notasi Matematik
dengan betul. Murid perlu menggunakan laras bahasa dan simbol Matematik dengan betul bagi
memastikan sesuatu idea Matematik dapat dijelaskan dengan tepat. Komunikasi secara
Matematik juga melibatkan penggunaan pelbagai media seperti carta, graf, manipulatif,
kalkulator, komputer dan lain-lain. Murid seharusnya dapat menggunakan media yang berbeza
tersebut bagi menjelaskan idea Matematik dan menyelesaikan sesuatu masalah Matematik
Komunikasi berkesan memerlukan persekitaran yang sentiasa peka terhadap keperluan
murid untuk berasa selesa semasa bercakap, bertanya soalan, menjawab soalan dan
21

menghuraikan pernyataan kepada rakan sekelas dan juga guru. Murid perlu diberi peluang
untuk berkomunikasi secara aktif dalam pelbagai suasana, contohnya berkomunikasi semasa
melakukan aktiviti secara berpasangan, berkumpulan atau memberi penerangan kepada
seluruh kelas.
Penilaian terhadap keupayaan murid untuk berkomunikasi secara Matematik dengan
berkesan perlu menunjukkan bukti bahawa murid dapat menjana, menjelaskan dan berkongsi
idea Matematik melalui pelbagai bentuk komunikasi dalam persekitaran. Murid yang sentiasa
diberi peluang dan galakan untuk bercakap, membaca, menulis dan mendengar semasa
pengajaran dan pembelajaran Matematik, akan dapat berkomunikasi untuk mempelajari
Matematik dan belajar untuk berkomunikasi secara Matematik.

SOALAN 4.
Pengetahuan guru tentang matapelajaran, pembelajaran dan perkembangan
pelajar serta kaedah pengajaran merupakan unsur yang sangat penting dalam
pembentukan guru berkesan. Bincangkan .
JAWAPAN 1 SOALAN FORUM 4
Salam sejahtera.
Dalam merealisasikan kualiti pendidikan negara, guru adalah tunjang utama dalam
memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini. Oleh yang demikian,
setiap guru matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan
ketrampilan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para murid (NCTM, 1980).

Kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah khususnya bagi pengajaran


dan pembelajaran matematik merupakan aspek utama yang diberi perhatian di
kebanyakan negara (Lampert, 2001). Shulman (1986) menegaskan bahawa teaching
necessarily begins with a teachers understanding of what is to be learned and how it is
to be taught(p.7). Oleh itu, keputusan yang dibuat oleh guru sebelum, semasa, dan
selepas pengajaran adalah amat penting untuk murid dan juga guru untuk
22

meningkatkan mutu pengajarannya. Keputusan yang dibuat seharusnya berdasarkan


kepada professional guidance yang mantap.
Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan
pelbagai program untuk memastikan para guru sentiasa menerima pengetahuan terkini
dan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu bagi meningkatkan kualiti pengajaran.
Oleh itu, pembangunan standard pengajaran merupakan evolusi dalam pengajaran
merupakan usaha rintis untuk memastikan guru-guru sentiasa bermotivasi dalam
meningkatkan kemahiran yang dapat membantu pengajaran yang lebih berkesan
(Zaharah, 2004). Ini kerana matlamat kurikulum matematik adalah untuk melahirkan
murid yang memahami konsep nombor dan kemahiran asas dalam pengiraan yang
boleh diaplikasikan dalam aktiviti harian.

Kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam proses pengajaran dan


pembelajaran antaranya berpunca daripada kepercayaan (Von Glasersfeld 1994) dan
tahap penguasaan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang lemah dalam
kalangan guru (Bromme 1994; Howey 1999; Wang, Guo, Chiang & Cheng 1999).
Beberapa kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru masih lemah PPIK
(Lampert 1986; Even 1993; Wilson 1994; Swafford, Jones & Thornton 1997; Ma 1999).
Di samping itu juga, terdapat perbezaan yang ketara antara guru baru dengan guru
berpengalaman dari segi tahap PPIK dan pengajaran mereka dalam bilik darjah (Marks
1990; Schempp, Manross, Tan & Fincher 1998). Di Malaysia, kajian tentang PPIK
dalam kalangan guru sekolah, sama ada rendah atau menengah, masih terlalu sedikit,
khususnya dalam pendidikan Matematik.

JAWAPAN 2 SOALAN FORUM 4


Guru berkesan adalah terdiri daripada mereka yang mampu menguasai serta
merealisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada dalam diri
mereka sebagai satu aset untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Salah satu cara untuk melahirkan guru berkesan ialah dengan
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
23

Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran haruslahdiberi


penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan denganpengajaran dan
pembelajaran bilik kuliah melibatkan pensyarah dan

pelajar inisememangnya

memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakanpendidikan komprehensif


dan efektif terhadap segala isi pelajaran yangdisampaikan.
Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal
haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Menurut Sharifah
Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran yangberkesan adalah merujuk kepada guru yang
dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini
melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta
mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru
yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti
aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai
nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada isi
pelajaran yang disampaikan.
JAWAPAN 3 SOALAN FORUM 4
Salam rakan-rakan. Saya juga bersetuju dengan pendapat rakan-rakan bahawa guru
adalah aset utama dalam bidang pendidikan.
Oleh yang demikian, guru-guru perlu menguasai teknik-teknik pengajaran terkini dan
berkesan serta dapat menarik minat pelajar. Justeru itu, pelajar akan berasa seronok,
bertambah minat, mudah faham, dapat menghayati bahan yang diajar, dapat
meningkatkan kemahiran dan dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses
pembelajaran yang dijalani.
Selain itu, guru juga perlu memiliki kompetensi dalam proses pengajaran dalam usaha
melahirkan pelajar yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan
untuk pembangunan negara. Soal selidik diperlukan bagi meninjau kompetensi guru
24

dalam pengajaran sabagai satu usaha meningkatkan prestasi pelajar untuk menangani
cabaran serta perubahan yang pesat.
Untuk melahirkan guru berkesan, guru mestilah diberi peluang untuk meningkatkan dan
mengubah diri ke arah yang lebih positif terhadap kualiti kerja seperti melanjutkan
pelajaran dalam bidang kepakaran yang diminatinya.
JAWAPAN 4 SOALAN FORUM 4
Berjumpa lagi di ruangan forum pada kali ini.

Penambahan dari saya . Guru yang berkesan menyediakan objektif pengajaran dengan
jelas. Tugas sebagai guru bukan mudah kerana guru akan berjumpa denga karenah
pelajar - pelajar yang berbagai tingkah. Oleh itu, sebagai guru , kita perlu perlu bijak
menyusun isi pelajaran dan aktiviti pengajaran

mengikut objektif berkenaan. Isi

pelajaran juga disampaikan mengikut urutan dan penerangan guru jelas dan boleh
difahami oleh pelajar. Ini seterusnya menyumbang kepada pencapaian pelajar yang
cemerlang.

Guru bukan sahaja merancang pengajaran dan melaksankannya tetapi harus bijak
menguruskan bilik darjah semasa pembelajaran dan pengajaran. Disamping itu guru
juga harus memantau kemajuan pelajar serta menyemai sikap sayangkan pelajar tidak
kira tahap penguasaan pelajar tersebut. Selain itu,

perbuatan, tuturkata dan

tingkahlaku guru yang mengambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling
menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktirafan, dapat
menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dengan perasaan gembira dan
menyeronokkan.

JAWAPAN 5 SOALAN FORUM 4


Salam sejahtera.
Seseorang guru yang berkesan perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
mendalam tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam dalam bidang pendidikan
25

membantu guru mengajar dengan penuh yakin. Guru yang mengetahui bidangnya
dengan mendalam juga dapat mengawal kelas dengan baik kerana beliau dapat
menggunakan kecekapan itu untuk merancang dan mengajar dengan baik.
Selain itu, guru juga perlu menyedari bahawa tidak semua yang dipelajari di
pusat pengajian, dapat memenuhi keperluan di sekolah. Bagaimanapun, guru yang
berkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk mempelajari perkara yang
beliau kurang mahir. Guru memerlukan kaedah pengajaran yang banyak kerana tidak
semua pelajar dapat menerima ilmu dengan cara yang sama. Pembelajaran pelajar
akan berlaku dengan baik jika guru mengetahui kaedah yang sesuai dengan isi
pelajaran. Kaedah pengajaran untuk mengajar teori adalah berbeza daripada kaedah
untuk mengajar kemahiran. Oleh itu, guru perlu berkemahiran dalam pelbagai kaedah
mengajar.
Pengetahuan guru tentang mata pelajaran, pembelajaran dan perkembangan
pelajar serta kaedah pengajaran merupakan unsur penting dalam pembentukan guru
berkesan. Oleh itu, guru berkesan adalah merupakan pembentukan penting bagi
melahirkan pelajar cemerlang yang menjadi aspirasi negara. Guru yang berkesan akan
berusaha untuk mewujudkan pengajaran yang berkesan. Antaranya ialah :
a. Memberi bantuan klinikal
Guru boleh mendiagnostik keupayaan pelajar secara individu dan bertindak sebagai
doktor untuk merawat dan menyediakan ubat untuk pelajar. Guru memainkan peranan
sebagai pembimbing sehingga pelajar berjaya
b. Merancang pengajaran
Pemilihan objektif pelajaran, memberikan pengalaman, pembelajaran yang sesuai
untuk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar. Perancangan yang
teliti diharap dapat menghasilkan kejayaan yang cemerlang
c. Melaksanakan pengajaran
Kaedah pengajaran dan pembelajaran menarik memberi kesan kepada pelajar
d. Pengurusan bilik darjah

26

Guru menyediakan suasana yang selesa di dalam kelas akan menyeronokkan pelajar.
Memudahkan guru melaksanakan pengajaran
e. Memantau kemajuan
Dilakukan secara sistematik. Penilaian bertulis digunakan oleh guru untuk mendapatkan
maklumat awal mengenai diri pelajar
f. Menyayangi pelajar
Perbuatan, tutur kata dan tingkah laku guru yang penyayang menolong dan membantu
guru melaksanakan tugas dengan gembira dan menyeronokkan.

SOALAN 5
Apakah kerelevanan perkaitan kemahiran berkomunikasi dengan kemahiran
mengajar matematik bagi seseorang guru?Bincangkan.
JAWAPAN 1 SOALAN FORUM 5
Salam sejahtera rakan-rakan seperjuangan di Kirkby Kolej. Saya teruskan lagi dengan
memberi huraian bagi soalan forum 5 ini.
Apakah kerelevanan perkaitan kemahiran berkomunikasi dengan kemahiran mengajar
matematik bagi seseorang guru?

Soalan ini berkehendakkan apakah kerelevanan

antara kemahiran berkomunikasi dengan kemahiran mengajar matematik.


Sememangnya komunikasi antara guru dengan murid yang baik memberi
banyak faedah kepada murid. Murid akan menjadi lebih berminat untuk belajar serta
meluahkan masalah dan pandangan mereka. Guru dapat memberikan respons yang
boleh diterima oleh murid. Komunikasi dua hala dan hubungan demokratik yang baik
dapat merangsang murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Murid mudah bekerjasama dengan guru. Komunikasi yang baik memberi
peluang kepada murid untuk rapat dengan guru. Dengan ini guru akan dapat mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan serta memberi peneguhan yang sesuai kepada murid.
Secara tidak langsung, ia dapat memperbaiki prestasi akademik murid.
Komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid akan memudahkan guru
mengawal murid semasa menjalankan aktiviti pengajaran. Keberkesanan komunikasi
27

antara guru dan murid akan dapat meningkatkan imej guru. Imej ini akan memberikan
kesan positif terhadap keyakinan ikendiri guru. Murid juga akan lebih bermotivasi untuk
belajar. Guru dapat membangkitkan motivasi instrinsik murid. Murid yang mesra dan
rapat dengan guru akan terdorong untuk belajar dengan lebih tekun. Jadi interaksi dua
hala merupakan kerelevanan perkaitan berkomunikasi dengan kemahiran mengajar
matematik bagi seseorang guru.

JAWAPAN 2 SOALAN FORUM 5


Rakan-rakan sekalian. Aspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam
Matematik adalah keupayaan

untuk memberikan penerangan dengan efektif,

memahami

notasi

dan

mengaplikasi

Matematik

dengan

betul.

Murid

perlu

menggunakan laras bahasa dan simbol Matematik dengan betul bagi memastikan
sesuatu idea Matematik dapat dijelaskan dengan tepat. Komunikasi secara Matematik
juga melibatkan penggunaan pelbagai media seperti carta, graf, manipulatif, kalkulator,
komputer dan lain-lain. Murid seharusnya dapat menggunakan media yang berbeza
tersebut bagi menjelaskan idea Matematik dan menyelesaikan sesuatu masalah
Matematik.
Komunikasi berkesan memerlukan persekitaran yang sentiasa peka terhadap
keperluan murid untuk berasa selesa semasa bercakap, bertanya soalan, menjawab
soalan dan menghuraikan pernyataan kepada rakan sekelas dan juga guru. Murid perlu
diberi peluang untuk berkomunikasi secara aktif dalam pelbagai suasana, contohnya
berkomunikasi semasa melakukan aktiviti secara berpasangan, berkumpulan atau
memberi penerangan kepada seluruh kelas.
Penilaian terhadap keupayaan murid untuk berkomunikasi secara Matematik
dengan berkesan perlu menunjukkan bukti bahawa murid dapat menjana, menjelaskan
dan berkongsi idea Matematik melalui pelbagai bentuk komunikasi dalam persekitaran.
Murid yang sentiasa diberi peluang dan galakan untuk bercakap, membaca, menulis
dan mendengar semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik, akan dapat

28

berkomunikasi untuk mempelajari Matematik dan belajar untuk berkomunikasi secara


Matematik
JAWAPAN 3 SOALAN FORUM 5
Saya juga ingin menambah isi bagi topik perbincangan kita pada ruangan forum ini.
Secara ringkasnya , saya senaraikan isi perbincangan seperti berikut.
TAKRIF KOMUNIKASI

Perkongsian makna.

Proses memberikan tindakan terhadap sebarang maklumat.

Mesej sebenar / mesej yang dihantar atau diterima.

MENGAPA PERLU BERKOMUNIKASI ?

Keperluan identiti diri.

Keperluan sosial.

Keperluan untuk mencapai matlamat.

KONSEP YANG SALAH MENGENAI KOMUNIKASI

Kata-kata semestinya membawa makna yang sebenar.

Lebih banyak berkomunikasi selalunya lebih baik.

Semua masalah boleh diselesaikan melalui komunikasi.

Komunikasi adalah suatu kebolehan semulajadi.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Membentuk perhubungan beretika berasaskan kemahiran berkomunikasi yang baik


serta hormat terhadap semua murid sebagai individu dan mengharapkan
penghormatan diberi sebagai balasan

RANGSANGAN & KESAN DALAM KOMUNIKASI


Dalam rangsangan komunikasi ia melibatkan pertuturan, penulisan, bunyi, perlakuan
fenomena alam fizikal, dan bahan visual.
Kesan berkomunikasi dapat dilihat melalui :(a) Interpersonal: Hubungan antara individu dengan individu.
29

i.

guru dengan murid

ii.

murid dengan murid

iii.

murid dengan masyarakat

(b) Intrapersonal: Hubungan antara ...


i.

murid dengan diri sendiri (refleksi / muhasabah diri)

ii.

murid dengan bahan ( termasuk komputer dan kalkulator)

JAWAPAN 4 SOALAN FORUM 5


Salam rakan-rakan. Setelah membaca isi perbincangan bagi soalan forum ini, saya
juga bersetuju dan bersependapat dengan rakan-rakan.
Kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu tonggak dalam pembelajaran dan pengajaran
Matematik iaitu Komunikasi dalam Matematik. Komunikasi ini boleh diwujudkan dalam
pelbagai persekitaran yang mana murid boleh menghubungkait media yang berbeza iaitu antara
bahan-bahan fizikal, gambar-gambar dan rajah, bagi menjelaskan idea matematik. Komunikasi
merupakan salah satu cara untuk menjelaskan konsep Matematik. Apabila komunikasi yang
berkesan

dicapai,

murid-murid

dapat

memperkukuhkan kefahaman

dan

pengetahuan

matematik mereka dengan lebih mendalam. Murid-murid juga akan menjadi lebih mahir dalam
aktiviti penyelesaian masalah. Seterusnya, murid boleh menerangkan konsep dan kemahiran
serta kaedah penyelesaiannya kepada rakan atau guru mereka.
Dalam kelas Matematik, komunikasi dapat dipupuk melalui proses mendengar. Murid-murid
mampu bertindak balas terhadap apa yang didengar menerusi penerangan guru. Seterusnya
murid akan berfikir menggunakan pengetahuan Matematik mereka untuk membuat keputusan.
Selain itu, komunikasi dalam Matematik dapat dipupuk melalui proses membaca. Hal ini berlaku
apabila murid-murid berjaya mengumpul maklumat, menyusun dan membuat hubungkait antara
idea dan konsep melalui bahan bacaan mereka. Komunikasi dalam Matematik juga boleh
dipupuk melalui aktiviti komunikasi verbal. Ini adalah melalui aktiviti perbincangan dalam
kumpulan dan soal jawab semasa sesi penerangan guru. Selain itu, komunikasi dalam
Matematik juga mampu dipupuk melalui aktiviti penulisan. Komunikasi ini berlaku apabila muridmurid membuat latihan pada lembaran kerja, buku aktiviti mahupun di papan tulis.

30

JAWAPAN 5 SOALAN FORUM 5


Bersua lagi rakan-rakan Kirkby.
Seseorang guru yang kekurangan kemahiran berkomunikasi dalam pengajaran subjek
matematik secara tidak langsung akan menyebabkan penyampaian isi pembelajaran
yang berlangsung itu kurang berkualiti ataupun tidak mencapai objektif yang
dikehendaki.
Sebagai seorang guru, perancangan yang baik tidak semestinya berjaya
sekiranya semasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan komunikasi antara
guru dan murid tidak berjaya , maka objektif pengajaran tidak tercapai. Komunikasi
berkesan berlaku apabila guru menggunakan suara yang jelas, arahan yang jelas
mengikut

perancangan,

pemantauan

dari

masa

ke

semasa

semasa

aktiviti

pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Disiplin murid juga dapat dikawal sekiranya
komunikasi antara guru dan murid dapat dipatuhi dengan cara yang disukai oleh pelajar
maka kemahiran yang diajar oleh guru dapat dikuasai oleh murid dengan mudahnya.
Sebaliknya berlaku sekiranya tiada interaksi dua hala dalam komunikasi antara
guru dan murid. Sebagai contoh, hal ini mungkin berlaku apabila guru tersebut tidak
cekap merancang dari segi penyusunan kemahiran-kemahiran yang ingin diajarkan
ataupun guru tersebut kurang cekap dalam pemilihan kaedah pendekatan yang
bersesuaian dengan tahap dan kecenderungan murid-muridnya.Seseorang guru juga
perlu mempunyai serta membina hubungan yang baik dengan murid. Ini merupakan
satu proses yang berterusan dan ianya juga memerlukan usaha dari kedua-dua pihak.
Hubungan baik antara guru dan murid terjalin apabila murid seronok dan
gembira menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, ini juga
akan menaikan motivasi dan semangat pelajar secara tidak langsung. Ianya memberi
impak kepada perjalanan rutin di dalam bilik darjah.

31

Anda mungkin juga menyukai