Anda di halaman 1dari 2

Generasi Y ini pula dianggap sebagai tenaga buruh yang berpotensi besar dan sangat

berupaya membentuk corak sosio-ekonomi dalam kalangan masyarakat majmuk pelbagai


generasi. Mereka hidup dalam dunia teknologi dan dunia internet, mereka sentiasa
inginkan sesuatu yang mencabar, rutin harian yang sama membosankan mereka, kegiatan
sosial menjadi kegemaran mereka dan yang paling penting mereka hidup dalam dunia
yang mana mereka dapat berhubung dan berinteraksi dengan secara global tanpa
sempadan.

Keunikan Gen-Y dan perbezaan generasi


Generasi Y hidup dalam keadaan yang tidak punya apa-apa kepastian tentang masa depan
mereka. Revolusi teknologi dalam komunikasi, maklumat , perubatan, pendidikan ,
keadaan politik ,sosial dan ekonomi zaman ini membentuk apa yang mereka fikir dan
percaya.
Zaman ini, tradisi turun temurun yang disampaikan kepada mereka oleh ibu bapa tidak
lagi menjadi kebenaran mutlak bagi mereka. Aktiviti sosial mereka bersama rakan sebaya
dalam dunia yang serba global ini mempercepatkan dan mendedahkan mereka dengan
dunia global memyumbang sebahagian besar kepada keterbukaan pandangan mereka.
Keadaan ekonomi yang tidak stabil dan cepat berubah-ubah juga membuatkan mereka
sendiri tidak pasti akan masa depan yang dipenuhi kadar pengangguran yang tinggi,
kadar jenayah yang meningkat dan berbagai-bagai lagi faktor ekonomi, sosial dan politik
yang membelenggu mereka.
Oleh itu, konsep pemikiran yang linear iaitu jika anda bermula dari satu titik , anda
akan berakhir pada satu titik yakni mempercayai satu masalah boleh diselesaikan dengan
jawapan yang mutlak tidak menarik minat mereka. Ini kerana mereka telah terdedah
kepada pelbagai maklumat yang menunjukkan sebaliknya. Kehidupan yang mereka lalui
tidak memberikan mereka satu jawapan mutlak. Keadaan seseorang di satu-satu tempat
dan masalahnya memerlukan jawapan yang berbeza dengan seseorang di dalam konteks
berbeza.

Kemiskinan yang dilalui rakyat marginal di Malaysia misalnya berbeza dengan


kemiskinan yang dilalui rakyat marginal di UK. Justeru, model sosio-ekonomi baru perlu
dibentuk bersesuaian dengan keadaan setempat dan jawapan-jawapan kepada pelbagai
permasalahan itu bersifat relatif.
Mahasiswa sebagai Gen-Y
Mahasiswa yang sebenar akan sentiasa menggunakan kapasiti akal dan rasional mereka
sebagai senjata bagi menapis segala bentuk tradisi keilmuan, budaya, fahaman agama,
bangsa yang berkepentingan. Mahasiswa yang sebenar juga tidak akan tertipu dengan
mana-mana kepentingan parti politik yang cuba mengesksploitasi tenaga dan
memanipulasi pemikiran mereka. Mahasiswa malah akan berperanan sebagai check and
balance kepada gelagat nakal agamawan dan politikus yang menjual agama, bangsa dan
negara demi kepentingan mereka.
Mahasiswa adalah kuasa ketiga yang benar-benar bebas daripada anasir yang cuba
memanipulasi isu-isu masyarakat untuk political mileage ahli-ahli politik. Mahasiswa
tidak akan terburu-buru dalam merespon satu-satu isu tanpa usul periksa dan
terperangkap dengan agenda pihak tertentu. Mahasiswa juga akan bersikap adil dalam
memberi pendapat dan tidak bertujuan menjatuhkan atau memalukan sesiapa tetapi hanya
berani mengatakan apa yang benar dan memperjuangkannya bukan sekadar protes di
jalanan, malah memaknakan idealisme mereka yang mandiri dan menatijahkan aktivisme
mereka di lapangan masyarakat yang memerlukan keberadaan mereka di saat tiada
sesiapa yang peduli.

Anda mungkin juga menyukai