Anda di halaman 1dari 24

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/20

KAB 3043 : PENGAJARAN LITERASI : AWAL MEMBACA DAN


MENULIS BAHASA MELAYU
TAJUK TUGASAN

TUGASAN INDIVIDU
TUGASAN 1

KUMPULAN
UPSI 02 (A121PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ABDUL RAHIM B. RAZALI


TARIKH SERAH: 19HB NOVENBER 2012

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

Pengenalan

3-4

Membaca dan Menulis (2M)

4-5

Kaedah Mengajar Murid-murid 2M di Peringkat Awal

5-6

Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)

6-11

Susunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran


Kaedah Gabungaan Bunyi Kata

11-12

Kaedah Seluruh Perkataan

12-14

Beberapa Variasi Pendekatan Mengajar 2M


Seluruh Perkataan

14

Kaedah pandang dan sebut Glenn Doman

15

Kaedah cerakin perkataan (word analysis)

15-16

Kaedah gambar : perkataan berasaskan gambar

16-17

Kaedah tema: Perkataan berasaskan tema

17-18

Kaedah Fonik

18-20

Kesediaan Membaca

20-21

Kesediaan Menulis

21-22

Rumuan

23

Bibliografi

24

Tugasan 1:
Proses dan perkembangan pembelajaran bahasa dan 2M adalah satu proses yang
berterusan (continuous). Secara terperinci huraikan Perspektif Pendekatan Kaedah berikut:
a. Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)
b. Kaedah Seluruh Perkataan
c. Kaedah Fonik

Pengenalan

Proses dan perkembangan bahasa memerlukan kemahiran pembelajaran dan


berkembang selari dengan kognitif dan sosio-emosi. Perkembangan bahasa berlaku sejak
lahir dan terus berkembang seiring dengan meningkatnya usia dan ianya merupakan satu
proses yang berterusan (continuous). Proses dan perkembangan bahasa ini bermaksud
proses untuk melihat kemampuan minimum murid membaca dan menulis dalam bahasa
Melayu iaitu 2M. Proses dan perkembangan bahasa ini juga boleh didefinisikan sebagai
seseorang yang dapat membaca dan menulis suatu penyataan pendek dan mudah dalam
kehidupan sehariannya. Proses dan perkembangan bahasa ini termasuklah kegiatan
mendengar, bertutur, membaca, menulis, dan berfikir. Ianya merupakan satu proses
membina makna iaitu menerusi interaksi antara seseorang individu dengan teks serta
konteks persekitaran yang dialaminya. Hal ini bermakna bahasa memberi peluang kepada
seseorang murid untuk menikmati dan menghargai keupayaan beinteraksi dengan teks,
persekitaran dan orang lain.

Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah ketika ini perlulah
melampui proses mendidik murid-murid supaya mahir membaca dan menulis (2M). Hal ini
terjadi kerana keperluan terhadap kemahiran yang lain seperti kemahiran mendengar
dengan berkesan, mendiskriminasikan maklumat yang didengar dan dibaca, mencatat
maklumat penting, berkomunikasi, berfikir dan berinteraksi guru dengan murid amat penting
di samping pendidikan membaca dan menulis yang asas.

Kesimpulannya, pendidikan bahasa merujuk kepada kemampuan murid menguasai


kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu secara minimum sebelum ke
peringkat yang lebih tinggi dan mantap.

Membaca dan Menulis (2M)

Mengikut fahaman dahulu, membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan


kepada suara. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah
dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya. Oleh itu pelajaran
membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat dan perhatian ditumpukan
semata-mata kepada suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan
tidak dihiraukan kerana murid itu membaca bahasanya sendiri dan daripada itu difikirkan
tentu mengerti apa yang dituturkannya.

Mengikut fahaman sekarang, membaca itu bukanlah memindahkan tulisan kepada


suara sahaja tetapi juga menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang
murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun,
jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidaklah boleh dihitung sebagai
pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan
kelancaran membaca.

Manakala tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi.


Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Seseorang individu akan dapat
menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya. Oleh itu,
pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan
segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu.

Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik


dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitulah juga

disebaliknya. Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang


terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari.

Kaedah Mengajar Murid-murid 2M di Peringkat Awal

Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat membaca
dengan lancar dan cekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. Hanya sejak
beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain, dan daripada
beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak serius.

Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca termasuklah menulis diberi


perhatian oleh semua pihak iaitu Kementerian Pelajaran, guru-guru, dan ibu bapa, kerana di
dalam sistem pelajaran formal, kedua-dua kemahiran itu saling berkaitan dan menjadi alat
yang asas untuk kanak-kanak mempelajari pengetahuan dan kemahiran lain.

Kemahiran 2M adalah alat asas untuk seseorang meneroka ilmu dan membuat
komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam menguasai 2M amat diperlukan,
lebih-lebih lagi untuk meneruskan kehidupan sehari-hari. Maksudnya, definisi had minimum
dalam kemahiran membaca setakat mengenal huruf sudah tidak memadai lagi. Taraf
minimum yang harus dianggab sebagai fungsi celik di Malaysia hari ini haruslah didasarkan
pada keupayaan seseorang itu membaca dan memahami tulisan.

Bagi memcapai taraf kemahiran ini, asas-asas yang kukuh perlu dibina secara
progresif sejak dari awal lagi. Barangkali bagi 90% daripada kanak-kanak dalam negara kita,
mula mengenal huruf hanya apabila mereka menjejakkan kaki di bangku sekolah.
Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kita bersekolah. Hal ini sengaja
ditekankan kerana sudah diterima sebagai mana biasa bahawa di antara tugas utama guruguru di sekolah ialah mengajar kanak-kanak supaya dapat membca dan menulis. Jika ini
belum dicapai, apa pun sebab-sebab yang mungkin diberikan, tugas guru belum dikira
sempurna.

Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita memberikan


kecekapan membaca, menulis, dan mengira kepada anak-anak, dan jika ramai yang tidak
mendapat kemahiran tersebut, maka sistem persekolahan itu dianggab gagal, dan harus
dikaji semula serta dipulihkan. Walau bagaimanapun, tidaklah dicadangkan apa-apa
pemulihan yang besar di dalam sistem pelajaran kita, hanya sekadar untuk meninjau kaedah
mengajar di peringkat awal dan dapatlah dibuat beberapa definisi dan andaian asas
antaranya ialah :

Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkat permulaan


membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid di prasekolah dan
tahun 1

Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah normal dari segi keupayaan atau
kebolehan mereka belajar

Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan walaupun
mungkin dalam bentuk dialek, menguasai perbendaharaan kata yang mencukupi
akibat daripada lahir di dalam keluarga Melayu, atau bercampur-gaul dengan orangorang Melayu. Dengan kata lain mereka belajar membaca bahasa Melayu sebagai
bahasa pertama.

Berdasarkan huraian ringkas di atas, kaedah pengajaran yang biasa dibuat dapatlah
dihuraikan secara terperinci lagi mengikut Perspektif Pendekatan Kaedah Pengajaran
seperti berikut iaitu :

a. Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)


b. Kaedah Seluruh Perkataan
c. Kaedah Fonik

Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)

Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK), merupakan pendekatan yang


menggabungkan pendekatan abjad-fonik iaitu bunyi dan pendekatan seluruh perkataan.

Pendekatan KGBK, menggabungkan secara sistematik untuk memudahkan pengajaran dan


pembelajaran 2M bahasa Malaysia.

Kaedah gabungan untuk mengajar membaca dan menulis bahasa Melayu kepada
murid-murid peringkat awal yang dicadangkan di sini adalah berasaskan perkara-perkara
seperti berikut iaitu :

Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik iaitu bermaksud
ada hubungan yang rapat di antara simbol atau huruf dan bunyinya. Setiap huruf
abjad a, b, c, x, y, z mewakili satu bunyi fonem kecuali huruf e. Hanya huruf e
mempunyai dua bunyi fonem, iaitu e taling untuk perkataan seperti emas, emak,
enam dan e pepet pula bagi perkataan seperti esok, ekor dan emu.

Sukukata perkataan-perkataan Melayu adalah jelas jika dibandingkan dengan


bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Contohnya; ba ju, ka ku, i tu, mi num,
pe ja bat, pa sir, sem bah yang dan sebagainya. Hal ini memudahkan setiap
sukukata dicantumkan untuk membentuk perkataan.

Tatabahasa bahasa Melayu lebih mudah berbanding bahasa lain seperti bahasa
Inggeris, Mandarin, dan Arab. Dalam bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk
bagi gender untuk lelaki dan perempuan, untuk menyatakan banyak iaitu plural, dan
untuk menyatakan perbezaan waktu iaitu past tense, present tense, past perfect
tense seperti dalam bahasa Inggeris.

Ciri-ciri yang baik daripada Kaedah Fonik dan Kaedah Pandang Dan Sebut atau
Kaedah Seluruh Perkataan boleh digabungkan.

Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke prasekolah atau Tahun 1 ratarata telah pun mempunyai pebendaharaan bahasa Melayu yang mencukupi untuk
terus belajar membaca

Kaedah yang dicadangkan ini menegaskan yang kita boleh menggabungkan terus
Kaedah Fonik dan Kaedah Pandang Dan Sebut atau Kaedah Seluruh Perkataan dalam
satu pelajaran membaca dan menulis pada peringkat awal. Kita tidak perlu menunggu
murid-murid mengetahui semua nama huruf, bunyi huruf dan sukukata sebelum mereka
disuruh membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan kita tidak begitu perlu
memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi dari a, b, c.x, y, z secara tertib atau
urutan biasa.
7

Pengajaran membaca dan menulis bahasa Melayu peringkat awal ini boleh dibuat
dengan menggabungkan

Pengajaran abjad-fonem huruf vocal a i u dan bunyi satu huruf konsonon


misalnya bunyi c, untuk membentuk sukukata ca ci cu.

Daripada sukukata ini, murid-murid diajar terus membentuk perkataan dan


membaca perkataan mudah dan bermakna seperti caca, cici, cucu, cuci, caci
dan frasa seperti cucu caca dan cici cuci

Murid-murid kemudiannya, menulis dan menyalin apa yang diajar iaitu ;


Huruf
Sukukata
Perkataan
Frasa

Jelaslah di sini, kaedah gabungan ini mencadangkan agar murid-murid diperkenalkan


kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudiannya terus membunyikan
suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna, dalam satu dua pelajaran. Dengan cara
begini dalam dua, tiga pelajaran sahaja mereka akan terus dapat membaca beberapa
perkataan dan ayat, dan merasa bangga yang mereka boleh membaca serta faham akan
apa yang dibaca.

Bagi menjelaskan maksud kaedah ini secara konkrit lagi, terdapat beberapa contoh
seperti :
a) Mulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal iaitu:
a

dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini
beberapa kali dan berselang- seli seperti :
a

b) Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya :
d

dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya murid
dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambing itu dengan jelas.
c) Gabungkan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi
sukukata :

da

di

du

ka

ki

ku

ma

mi

mu

seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna, misalnya


da

da

dada

ku

ku

kuku

ma

ma

mama

ulangkan ini beberapa kali, kemudiannya gabungkan dua perkataan menjadi ayat
dan latih murid-murid membacanya :
kuku

mama

bubu

baba

d) Perkenalkan gabungan lain seperti :


a

ku

aku

da

ada

ni

ini

tu

itu

bu

ku

buku

ba

ba

baba

bu

ka

buka

ba

ju

baju

Murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas :


aku

ada

buku

ini

buku

aku

itu

baju

aku

Kemudian gantikan aku dengan baba dan ulang membacanya.


Seterusnya baca ayat-ayat ini pula :
buku

dia

buku

baba

buku

aku

Gantikan buku dengan baju, dan kuku kemudiannya ulang bertubi-tubi dengan
kad imbasan.
e) Seterusnya perkenalkan gabungan bunyi lain pula :
i

bu

ibu

bu

di

budi

da

uda

budi

ibu

budi

ibuku

budi

uda

ka

ki

kaki

ku

da

kuda

kaki

kuda

kaki

ibu

Arahkan murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan


yang dicipta :
ibu

buku

baba

uda

bubu

udaku ada kuda


kaki kuda luka
buku uda

10

f)

Murid menulis dan menyalin apa yang mereka baca.

Begitulah beberapa contoh kaedah gabungan yang boleh diajar di dalam tiga, empat
hari dalam masa sejam. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a,
i, u, b, d, k dan membaca serta menulis sukukata, perkataan-perkataan dan ayat yang
dibentuk daripadanya. Dalam KGBK ini sesuatu unit mengandungi kemahiran membunyikan
huruf dan sukukata, serta membina perkataan dn membacanya. Ini bererti, unsur
membunyikan huruf dan membina serta membaca perkataan boleh digabungkan dalam
sesuatu unit pengajaran dan pembelajaran 2M. pada akhir setiap unit pelajaran, murid boleh
membaca da menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna. Ini didapati lebih mudah
dan cepat untuk murid membaca dan menulis. Murid tidak perlu mengenal dan menghafal
huruf sebelum belajar membaca.

Susunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Gabungaan Bunyi Kata

Pendekatan KBGK membolehkan penbinaan dan susunan bahan pengajaranpembelajaran dan peningkatan kemahiran 2M dibuat secara berturutan (sequential) dan
berkembang (developmental). Bahagian-bahagian utama dan susunan bahan pengajaranpembelajaran KGBK adalah seperti berikut :

Bahagian 1 : mengenal dan membunyikan huruf vocal utama iaitu a, i, u dan satu
atau dua huruf konsonon seperti b dan c.

Bahagian 2 : membentuk sukukata terbuka kv dan membina perkataan kv + kv, v +


kv. Contohnya ba + ba = baba, bu + bu = bubu; ba + ca = baca; i + bu = ibu; a + bu =
abu.
Membuat ayat frasa dan ayat menggunakan perkataan yang dibina: bubu baba, ibu
abu. Setiap unit membina memperkenalkan huruf konsonon baru dan bunyinya.

Bahagian 3 : membentuk sukukata tertutup: kvk. Membina perkataan kv + kvk, kvk +


kv, v + kvk.
Contohnya; kan kin, kat kit kut, lam lim lum.
Membina perkataan; ma + kan = makan, i + kan + ikan, sa + kit = sakit
Membina frasa dan ayat; Abu makan ikan. Sudin sakit kaki.

11

Bahagian 4 : memperkenalkan huruf vokal o dan e; membina sukukata dan


perkataan v + kvk, kv + kvk, kvk + kvk. Contohnya; ro + ti =roti, po + kok = pokok.
Huruf vokal e dikemudiankan kerana ia mempunyai dua bunyi, e pepet (e + mak =
emak) dan e taling (e + lok = elok). Mengikut kajian, ini lebih sukar dipelajari.

Bahagian 5 : diagraf atau konsonon gandingan dan sukukatanya seperti ng (bang


bing bung) ny (nya nyi nyu), ng (nga ngi ngu), sy (sya syi syu), kh (khabar)

Bahagian 6 : vokal gandingan: au ai ua di tengah perkataan: geluncuran (daun, buat,


baik). Vokal gandingan dihujung perkataan: diftong (pulau, sungai, amboi)

Bahagian 7 : penggunaan imbuhan mudah ber, me, men, meng. Contohnya


berjalan, bermain, melihat, mencari, menghantar. Membaca dan menulis ayat dan
cerita mudah.

Susunan bahan pengajaran dan pembelajaran secara berturutan dan developmental,


kumulatif dn sistematik ini memudahkan guru mengajar 2M dan memudahkan murid belajr
2M bahasa Melayu. Murid normal boleh membaca dengan lancar cerita mudah dalam
tempoh kurang dari tiga bulan, jika diajar sejam sehari, lima hari seminggu mengikut
susunan KGBK.

Kaedah Seluruh Perkataan

Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) juga dikenali Kaedah Pandang dan Sebut
(look and say), ini bolehlah dianggab sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang
terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah ini lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal
nama setiap huruf itu. Misalnya, batu, rumah, sekolah, budak, pondok, meja, kerusi, pensel,
dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna
daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. Jadi Seluruh Perkataan atau Kaedah Pandang dan
Sebut ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan
seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya.
Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, pensel dan sebagainya.
Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar dan perkataan.
Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba mengenal keseluruhan lambang-lambang itu untuk
membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh lambang perkataan sebelum boleh
membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan dan nama hurufhuruf yang mewakilinya.
12

Pendekatan Seluruh Perkataan ini dibuat berdasarkan andaian atau kepercayaan


berikut:

i.

Membaca ialah satu kebolehan semulajadi. Sejak lahir lagi kanak-kanak belajar
kemahiran berbahasa: bahasa lisan iaitu mendengar dan bercakap perkataan
dengan ibu bapa, abang, kakak, jiran dan sebagainya. Kanak-kanak bercakap
menggunakan perkataan yang bermakna. Mereka tidak pun sedar yang setiap
perkataan itu terdiri dari bunyi-bunyi atau fonem khusus.

ii.

Kanak-kanak juga belajar bahasa isyarat iaitu seperti mereka cuba membaca
isyarat emaknya; dan memberi erti kepada simbol-simbol gambar dan grafik di
sekeliling mereka. Misalnya kanak-kanak berumur tiga tahun sudah mula cam dan
kenal jenama motokar, simbol jenis makanan dan minuman, tanda-tanda jalan,
warna lampu isyarat dan cam jenama alat permainan mereka.

iii.

Jadi kanak-kanak dari awal setahun lagi harus diajar membaca seperti mereka diajar
bercakap, iaitu perkataan, ayat atau cerita.

iv.

Jadi kanak-kanak tidak perlu diajar huruf abjad dan sebutan bunyi dan sukukata
untuk mengajar mereka membaca dan menulis. Kanak-kanak boleh diajar terus
mengecam perkataan dan faham erti perkataan itu, kerana mereka sudah
mempunyai asas untuk member makna apa yang mereka baca. Perkataan baru
akan diberi makna mengikut konteks.

v.

Kanak-kanak berumur lima atau enam tahun ke atas yang belum boleh membaca
dan menulis harus diajar bermula dengan perkataan secara keseluruhan (seperti
bapa, meja, cawan, dan cerita) yang bermakna, bukan bahagian-bahagian bunyi
kecil perkataan itu. Kanak-kanak tidak perlu diajar huruf dan bunyi huruf dahulu
untuk mereka belajar membaca.

vi.

Ejaan tidak perlu diajar kerana ia tidak penting; apa yang lebih penting ialah supaya
kanak-kanak

mengecam

perkataan

dan

faham

makna

perkataan

secara

keseluruhannya.

Pada ketika dahulu, bahkan bagi sesetengah ahli pendidik sekarang pun, Kaedah
Seluruh Perkataan ini sangat ditegaskan. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli-ahli pendidik
mengajar membaca bahasa Inggeris. Di sebalik menggunakan kaedah ini untuk mengajar,
bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan fonemik yang sempurna,
bercelaru dari segi simbol-sound relationship. Kecelaruan ini menyebabkan ahli-ahli pendidik
bahasa menganggab Kaedah Seluruh Perkataan itu lebih sesuai dan bermakna untuk
13

mengajar permulaan membaca. Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini
dikritik semula, sebab didapati ramai murid biasa (terutama di Amerika Syarikat) yang tidak
boleh membaca. Kemahiran murid-murid mengenal perkataan-perkataan tidak dapat
menjelma dengan cepat. Bahkan ramai yang menghafal perkataan-perkataan berdasarkan
gambar daripada mengenal perkataan-perkataan, dan murid-murid ini sukar mengenal
perkataan-perkataan baru. Jadi baru-baru ini timbul semula hujah-hujah dan kajian-kajian
yang membuktikan bahawa Kaedah Fonik mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada
Kaedah Seluruh Perkataan untuk mengajar permulaan membaca.

Kaedah Seluruh Perkataan ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasabahasa yang memakai sistem tulisan ideografik atau lebih tepat lagi logografik seperti dalam
sistem ejaan bahasa Cina, yang melambangkan sesuatu benda, idea, dan sebagainya
sebagai satu morfem dengan satu perkataan.

Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satu huruf boleh
dikatakan melambangkan satu bunyi lebih fonemik daripada sistem ejaan bahasa
Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah bagi Kaedah Seluruh Perkataan ini digunakan
untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu, terutamanya mengajar murid-murid
Melayu. Kaedah ini akan menyusahkan dan melambatkan lagi murid-murid mencapai
kemahiran membaca bahasa Melayu.

Beberapa Variasi Pendekatan Mengajar 2M Seluruh Perkataan.

Terdapat beberapa variasi kaedah dan teknik dalam pengajaran 2M pendekatan ini.
Berikut ialah beberapa kaedah dan variasinya ;

1. Kaedah pandang dan sebut Glenn Doman


2. Kaedah cerakin perkataan (word analysis)
3. Kaedah gambar : Perkataan berasaskan gambar
4. Kaedah tema : Perkataan berasaskan tema

14

Kaedah pandang dan sebut Glenn Doman

Glenn Doman merupakan salah seorang pengkaji dan penganjur kuat kaedah ini
sejak 1964. Beliau menyatakan kanak-kanak boleh diajar membaca oleh ibu bapa mereka
pada umur dua tahun lagi melalui teknik pandang perkataan. Kanak-kanak ditunjukkan
perkataan, memandang perkataan dan mengecam perkataan. Kaedah ini mendedahkan
kanak-kanak kepada perkataan yang ditulis pada kad dalam huruf kecil yang jelas.

Terdapat beberapa langkah asas dalam kaedah ini antaranya ialah;


i.

Tunjukkan kad sesuatu perkataan kepada kanak-kanak, membacakan perkataan


tersebut dan kanak-kanak melihat perkataan itu dan menyebutnya.

ii.

Lakukan aktiviti pengulangan iaitu dengan mengulanginya beberapa kali dan pada
waktu yang lain juga.

iii.

Setelah kanak-kanak mengecam, kenal dan boleh membaca perkataan tersebut,


ajarkannya perkataan yang lain pula. Proses yang sama diulang seperti langkah (i)
dan (ii).

Begitulah langkah seterusnya kanak-kanak diajar dengan perkataan yang lain pula.
Jadi kanak-kanak lebih mudah belajar membaca (mengecam) perkataan, dan faham apa
yang dibaca, jika kanak-kanak diajar seluruh perkataan.

Kaedah cerakin perkataan (word analysis)

Kaedah ini mencadangkan setelah murid diajar mengecam dan membaca sesuatu
perkataan, mereka hendaklah diajar mencerakinkan atau menganalisis perkataan itu
supaya mereka tahu bunyi setiap huruf dalam perkataan. Kaedah cerakin ini dipopularkan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Kementerian Pelajaran dalam Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dalam 1980-an, untuk mengatasi masalah 2M murid sekolah
rendah.

15

Terdapat beberapa langkah asas dalam kaedah ini antaranya ialah;


i.

Guru memperkenalkan kepada murid suatu perkataan, misalnya perkataan meja


dan menunjukkan perkataan itu dalam kad imbasan atau papan tulis. (Gambar meja
juga mungkin diletakkan di sebelah perkataan meja)
meja
Murid disuruh melihat perkataan meja dan guru menyebut meja dan diikuti oleh
murid. Proses ini diulang beberapa kali untuk menentukan murid boleh mengecam
dan membaca perkataan meja.

ii.

Guru mencerakinkan perkataan meja menjadi sukukata


me

ja

Guru tunjuk dan sebut sukukat me dan ja, diikuti oleh murid. Mereka mengulang
menyebut sukukata ini beberapa kali sebagai latihan.
iii.

Guru mencerakinkan lagi sukukata supaya menjadi huruf.


m

iv.

Guru mengajar murid mengeja meja, supaya murid mengenal huruf dan bunyi
setiap huruf meja.
Ringkasnya langkah-langkah pengajaran cerakin boleh digambarkan sebagai berikut;
perkataan

sukukata

huruf dan bunyi

Kaedah gambar : perkataan berasaskan gambar

Di dalam kaedah perkataan berasaskan gambar, guru menunjukkan gambar. Melalui


gambar yang dilihat inilah akan lahir perkataan yang akan diajarkan kepada murid-murid.
Guru mempamerkan gambar yang di dalamnya terdapat pelbagai objek. Contohnya gambar
di dalam bilik darjah, di dalam rumah, hari sukan dan pemandangan kampung. Setelah
gambar dipamerkan, murid-murid diminta mengamati gambar atau melihat gambar tersebut.
16

Di sinilah akan berlangsung aktiviti soal-jawab di mana, guru menyoal murid; Apakah yang
ada dalam gambar ini? manakala murid-murid akan memberi respon seperti kerusi meja
buku pensel dan sebagainya.

Aktiviti seterusnya ialah, guru menulis perkataan yang disebut oleh murid di papan
tulis atau meletakkan kad perkataan. Kemudiannya guru memilih beberapa perkataan
misalnya buku untuk diajarkan kepada murid-murid secara lihat dan sebut. Guru menulis
perkataan itu pada kad dan mengajar murid melihat dan menyebut perkataan beberapa kali.

Guru kemudiannya mengajar murid mengeja perkataan buku. Guru menunjukkan


huruf b dan sebutan bunyi b; murid mengikut guru menyebut nama huruf dan bunyinya.
Seterusny, guru mengajar pula huruf dan bunyi u k seperti yang terdapat dalam perkataan
buku. Huruf dan bunyi huruf diajar dalam konteks perkataan setelah perkataan itu dieja dan
dicerakinkan. Setelah itu, murid diajar untuk menggunakan perkataan yang dipelajari itu
didalam ayat.

Ringkasnya, kaedah menggunakan gambar ini adalah untuk menarik minat murid
dan mendapatkan perkataan untuk diajar. Kaedah ini juga dikenali sebagai Kaedah PictureWord Inductive Model (PWIM). Kaedah ini telah dipopularkan oleh Emily Calhoun, 1999.

Kaedah tema: Perkataan berasaskan tema

Keadah tema atau perkataan berasaskan tema ini merupakan antara kaedah yang
menjadi fokus 2M yang disarankan Kementerian Pelajaran dan agensi kerajaan untuk
dilaksankan di kelas prasekolah. Ia berasaskan anggapan bahawa kanak-kanak akan
senang dan bermakna belajar perkataan-perkataan berhubung dengan sesuatu perkara
atau tema. Perbendaharaan kata mereka juga mudah diperluaskan.

Antara langkah-langkah pengajarannya adalah seperti;

17

1. Guru memulakan pelajaran dengan bertanya dan berbincang dengan murid menenai
buah (contoh untuk tema buah-buahan) yang mereka suka makan.
2. Kemudian guru boleh menunjukkan gambar atau buah-buahan sebenar dan
menyuruh murid menyebutnya; pisang, betik, durian, manggis, rambutan, ciku
dan tembikai.
3. Guru bersama murid berbincang mengenai rasa, warna dan bentuk buah itu.
4. Guru menulis perkataan pisang dan betik dan mengajar murid membacanya, dan
mengejanya.
5. Murid menyalin perkataan ini dalam buku atau lembaran kerja dan mewarnakan
gambar buah.

Dalam pengajaran bertema ini, pelbagai cara dan kaedah boleh digunakan guru untuk
menarik minat murid. Hal ini bergantung kepada kreativiti seseorang guru itu. Pengajaran
dan pembelajaran akan jadi lebih bermakna dan menarik sekiranya guru kreatif dalam
pengajarannya.

Kaedah Fonik

Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di
antara simbol iaitu huruf dan bunyi (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian
mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi.
Kaedah ini amat sesuai untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak yang baru
mengenal huruf. Penggunaan kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak
peringkat ini, malah menyusahkan kerana lambat untuk menguasainya, mengelirukan dan
membebankan memori mereka.

Kaedah Fonik berasaskan fonem setiap huruf dan berfokus kepada bunyi huruf
bukan nama huruf. Kaedah fonik menegaskan tentang pentingnya kanak-kanak diajar
dahulu bunyi setiap huruf, sebelum mereka diajar membaca perkataan dan ayat. Kaedah
ini juga dikenali sebagai kaedah bunyi

18

Kaedah ini juga memerlukan seseorang murid itu bersedia lebih awal seperti
mengetahui bunyi-bunyi huruf, menyebutnya dengan baik serta dapat mengingatinya dalam
tempoh yang lama. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf tetapi, diajar bunyi-bunyi
huruf. Hal ini bermaksud, lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya a
dibunyikan aa, t dibunyikan tah, s dibunyikan ss, u dibunyikan uu, z
dibunyikan zz, dan sebagainya. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan
bunyinya, sukukata pula dibina. Misalnya, ba, da, tu, ka, lu, mi, dan sebagainya.
Kemudian baru digabungkan sukukata-sukukata ini menjadi perkataan-perkataan seperti;
dada, batu, kata, lalu, dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca
ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini.

Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu ada
hubungan yang agak teratur di antara huruf dan bunyinya), dan oleh sebab sukukata
kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka Kaedah Fonik ini sesuai sekali digunakan
untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. Sekurang-kurangnya
kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan
Kaedah Seluruh Perkataan.

Terdapat beberapa kelebihan guru yang menggunakan kaedah fonetik dalam


pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah antaranya ialah; murid dapat mengaitkan
huruf yang dilihat dengan bunyi, mengurangkan bebanan kepada memori murid-murid, tidak
perlu perkenalkan semua huruf vokal dan konsonon sekaligus, penggunaan asosiasi bunyi
dan gambar dapat mempercepatkan proses mengingat.

Kelemahan kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang
kurang bermakna pada permulaannya. Dan biasanya masa yang agak panjang diambil
untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan sukukata sebelum mereka membaca
perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna. Murid-murid juga memerlukan
persiapan awal sebelum membaca. Selain itu, murid perlu mengetahui bunyi dan bentuk
huruf terlebih dahulu.

19

Kesimpulannya, Kaedah Fonik menekankan penguasaan murid terhadap hubungan


antara huruf dengan bunyinya. Kaedah ini hanya memerlukan mereka mengingat bentuk
huruf dan bunyinya tanpa perlu menghafal nama-nama huruf berkenaan. Kaedah ini
bermula dengan memperkenalkan huruf vokal dan diikuti dengan proses memperkenalkan
huruf konsonon, membatangkan sukukata dan pembentukan perkataan. Murid akan dapat
membaca beberapa perkataan dengan cepat serta memahami apa jua yang dibacanya.

Kesediaan Membaca

Kesediaan

membaca

bermaksud

kemampuan

seseorang

untuk

menerima

pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca melibatkan
sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada diperingkat
mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.

Secara khususnya, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan


sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membac merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan
mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. Dari segi fizikal kemampuan kanakkanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi
yang

akan diajarkan, keupayaan matanya mengecamm bentuk, dan keupayaan

pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi kemampuan kanak-kanak dapat


dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan
bacaan, membelek-belek bahan bacaan, dan berminat melihat orang disekitarnya
membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan, khususnya yang berupa cerita. Dari segi
mental, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa
yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.
Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawal umur empat tahun dan ada
pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. Selain
faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanakkanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan
bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang disekeliling membaca dan ada pula orang yang
membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan
kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat peluang sama.

20

Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat
penting. Menurutnya, jika tahap ini tidak dapat dicapai terleih dahulu, usaha untuk
mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh meimbulkan kesan
yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Beliau berpendapat, konsep
kesediaan membaca ini samalah dengan kesediaan semulajadi yang dialami oleh kanakkanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Upamanya sebelum mereka boleh
berjalan, mereka perlu meniarap, merangkak dan berdiri terlebih dahulu. Kebolehan
menggerakkan otot-otot tertentu mengikut turutan sebelum berjalan dapat dianggab sebagai
pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca,
Cuma bentuknya berbeza. Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar ini, dapatlah kita
rumuskan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-peringkat bacaan
seperti yang di bawah;

Meniarap (aktiviti kesediaan membaca) -> merangkak (aktiviti memdirikan kemahiran


asas membaca) -> berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca) -> berjalan (mahir
membaca peringkat redah) -> berlari (mahir membaca peringkat tinggi).

Kesediaan Menulis

Kemahiran mennulis merupakan kemahiran yang palin tinggi dalam senari


kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah
menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca.
Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikt dan mekanikal
semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penggemblengan aspek psikologi dan
kognitf. Hal ini kerana, penulian itu sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan
untuk menghasilkan tulisan yang baik.

Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun


berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat.
Ayat yang disusun ada kalanya pajang dan ada kalanya pendek berdasarkan beberapa
urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan bercetak.

21

Takrif lain menyebutkan menulis sebagai suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol


grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan yang seterusnya membentuk ayatayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan
wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis,
iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada
peringkat itu sahaja. Sebalikya, kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang
yang memerlukan penggemblengan aspek psiologi dan kognitif. Kamrudin Husin (1999)
mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik.
Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi bhasa yang dapat dibaca dan
difahami maksudnya.

Pada peringkat awal kanak-kanak, kemahiran menulis yang dikuasai adalah supaya
murid dapat menulis atau menghasilkan tulisn yang kemas dan mudah dibaca. Antara aktiviti
jenis ini termasuklah membuat corak, menekap dan membentuk huruf yang mudah di atas
kertas bergaris. Setelah kanak-kanak memperoleh kemahiran di peringkat awal, kanakkanak boleh menulis yang bertujuan melahirkan sesuatu untuk ditulis iaitu membentuk huruf
dan mengeja. Kemahiran ini banyak melibatkan mental dan terbahagi kepada empat
bahagian iaitu; penyataan fikiran atau pendapat, penyataan perasaan, penyataan kehendak
dan terakhir mengeluarkan pendapat yang asli.

Bagi seseorang kanak-kanak kesediaan menulis ini merupakan kesediaan kanakkanak menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk
membentuk huruf. Walau bagaimanapun, pada peringkat awal kesediaan menulis, aktiviti
contengan merupakan asas kepada aktiviti menulis. Contengan berkembang dari membuat
contengan bebas hingga peringkat contengan terkawal. Oleh itu, penguasaan menulis
bermaksud seseorang murid itu telah bersedia dari segi fizikal dan mentalnya untuk ativiti
penulisan.

22

Rumuan

Secara keseluruhan dan kesimpulannya, aktiviti 2M iaitu membaca dan menulis


merupakan aktiviti pembelajaran yang tidak dapat dipisahkan bergerak sering bagi
mencapai kemahiran berbahasa. Seperti mana yang telah diperjelaskan ianya merupakan
proses dan perkembangan pembelajaran bahasa yang berterusan. Bedasarkan kepada
pendekatan kaedah pembelajaran yang telah dihuraikan iaitu Kaedah Gabungan BunyiKata (KGBK), Kaedah Seluruh Perkataan dan Kaedah Fonik, aktiviti 2M iaitu membaca dan
menulis telah diterapkan mengikut aturan pembelajaran. Sebagai contoh dalam langkah
pengajaran dan pembelaran KGBK, setelah bunyi huruf vokal diperkenalkan ianya diikuti
pula dengan cara menulisnya. Begitulah seterusnya, setelah huruf bunyi huruf konsonon
diperkenalkan, ianya diikuti pula dengan cara menulisnya. Proses membaca dan menulis ini
turut diterapkan dalam semua pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran
termasuklah Kaedah Seluruh Perkataan ddan Kaedah Fonik.

23

Bibliografi

____________________. (2012). Modul KAB 3033 Pengajaran Literasi : Awal Menulis dan
Membaca Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam, Selangor. Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Mahzan Arshad. (2008), Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi perancangan dan
pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Pub&Distributors Sdn. Bhd.
Syed Abu Bakar Syed Akil. (1994). Panduan mengajar kemahiran membaca. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan tekik. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Zulkifley Hamid. (1994). Pembelajaran dan pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

24