Anda di halaman 1dari 3

3.

PENULISAN REFLEKTIF
Tugasan EDU3083 merupakan tugasan yang memerlukan saya melakukan
mengimbas kembali pengalaman di sekolah bagi mengupas topik mengenai
kepimpinan, isu di sekolah dan etika perguruan. Tugasan ini telah membuka minda
saya untuk meningkatkan kesedaran bagi memantapkan kualiti diri sebagai seorang
pemimpin apabila berkhidmat di sekolah kelak.
Dalam tugasan ini, saya dapat mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan yang
bersesuaian dengan profesion guru. Ciri-ciri kepimpinan ini merupakan kualiti yang
perlu ada dalam diri seorang guru bagi menjadi seorang pemimpin yang baik. Ciri
kepimpinan yang pertama ialah bertanggungjawab (Abdul Ghani Abdullah Ph.D.,
Abd Rahman Abd Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad, 2008). Seorang pemimpin
perlu bertanggungjawab terhadap dirinya, rakan sejawat dan tugasnya. Setiap tugas
yang diberikan mestilah dilaksanakan dengan baik, walau apa jua halangan dan
dugaan yang dihadapi.
Seterusnya, daripada tugasan ini juga, saya dapat melihat bahawa seorang
pemimpin mestilah mampu berkomunikasi dengan baik.

Menurut Sulaiman Md.

Yasin, Mohd Salleh dan Azlina Abu Bakar (2007), seorang yang boleh berkomunikasi
dengan baik ialah seseorang yang mampu menyampaikan maklumat dengan tepat,
mampu mendidik dan menghiburkan orang lain sama ada melalui komunikasi lisan
atau bukan lisan. Saya dapat melihat kepentingan berkomunikasi dengan baik
melalui cara guru besar berkomunikasi dengan guru lain di sekolah yang lalu. Jika
guru besar tidak pandai berkomunikasi dengan baik, tentunya guru-guru tidak dapat
menerima arahan dengan baik dan akhirnya menyebabkan berlakunya masalah
komunikasi, sekali gus menyebabkan kepincangan dalam komuniti sekolah yang
dipimpin.
Ciri pemimpin lain yang dapat saya peroleh melalui tugasan ini ialah seorang
pemimpin mesti yakin dan mampu memotivasikan orang lain (Khuzaimah Sulaiman,
2012).

Tanpa keyakinan, seorang guru, yakni pemimpin, tidak akan mampu

berhadapan dengan lain. Jika guru tidak yakin, bagaimana mungkin guru mampu
memotivasikan orang lain, sedangkan seorang pemimpin yang baik, harus mampu
menaikkan semangat dan motivasi orang yang dipimpin. Motivasi ini merupakan
perkara penting terutamanya jika sesebuah komuniti menghadapi masalah atau
tekanan.

11

Daripada ciri-ciri kepimpinan yang telah dinyatakan tadi, saya merenung


kembali diri saya. Sejauh mana kemampuan saya untuk menjadi seorang pemimpin
yang baik? Mampukah saya membentuk diri saya untuk memiliki ciri-ciri seperti di
atas? Persoalan ini merupakan perkara yang perlu muncul dalam benak setiap orang
guru, supaya kita berusaha meningkatkan kualiti diri kita.
Melalui tugasan ini juga, saya dapat melihat bahawa kepimpinan instruksional
mampu memantapkan kualiti kemenjadian murid di sekolah. Dalam kepimpinan
instruksional, pemimpin mampu menjadi instruktor dalam semua aspek di sekolah
(Che Hassan, 2009). Hal ini seiring dengan apa yang dikatakan oleh Syed Ismail dan
Ahmad Subki (2014) bahawa guru besar yang menjadi pemimpin instruksional
merupakan pemimpin yang menguasai aspek teknikal pengajaran dan pembelajaran,
melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah,
mentadbir dan mengurus perhubungan kemanusian serta melaksanakan inovasi
pendidikan ke arah membina generasi baharu. Apabila seorang pemimpin mampu
menyumbang dalam semua aspek di sekolah, maka, kita akan melahirkan pemimpin
yang serba boleh. Pemimpin serba boleh ini pastinya akan berusaha meningkatkan
prestasi kecemerlangan di sekolah.
Apabila prestasi kecemerlangan di sekolah ditingkatkan, hal ini bermakna
etika perguruan juga turut dijaga oleh para guru demi kegemilangan sekolah. Guruguru, terutamanya guru besar yang mengamalkan kepimpinan instruksional akan
melakukan apa sahaja untuk memastikan tahap kecemerlangan murid di tahap yang
memuaskan.

Justeru, pihak sekolah akan berusaha menyediakan kemudahan

secukup yang boleh bagi murid-murid. Hal ini selari dengan apa yang dikatakan oleh
Hafsah Mad Arif etc (2012)di mana, pemimpin yang mengamalkan kepimpinan
instruksional akan menyediakan berusaha untuk menyediakan sumber keperluan
kelompok yang dipimpin. Contohnya, jika sekolah tersebut kekurangan kerusi dan
meja, guru-guru di sekolah tersebut akan berusaha menyediakan keperluan itu bagi
memastikan murid-murid belajar dengan selesa. Bukankah ini, turut menunjukkan
bahawa etika perguruan yang mahukan guru mementingkan kepentingan murid
diakuri?
Selain itu, sekolah yang mengamalkan kepimpinan instruksional juga akan
peka dengan pencapaian kurikulum dan kokurikulum murid-murid kerana dalam
kepimpinan instruksional mereka perlu memantau kemajuan murid-murid. Hal ini
kerana kepimpinan instruksional mementingkan kesejahteraan anggotanya (Robiah
Sidin, 2003). Kesejahteraan anggota di sekolah pula merangkumi pelbagai aspek
12

seperti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan aktiviti kokurikulum.
Guru

besar

berkepimpinan

instruksional

akan

memastikan

guru-gurunya

memberikan yang terbaik sama ada aktiviti dalam kelas mahupun di luar kelas. Oleh
itu, murid-murid akan mendapat yang terbaik daripada guru-guru. Hal ini sekali gus
akan dapat membantu meningkatkan pencapaian murid-murid sama ada dalam
aktiviti kurikulum mahu pun kokurikulum.
Kepimpinan instruksional ini sememangnya dilihat mampu meningkatkan
kualiti murid-murid. Justeru, saya perlu memahat ciri-ciri pemimpin dalam diri saya
seiring dengan ciri kepimpinan instruksional.

Bagi seorang guru, murid adalah

nyawanya. Kecemerlangan murid, merupakan kepuasan bagi seorang guru. Oleh itu,
saya merasakan bahawa seorang pemimpin yang baik, sebenarnya secara tidak
langsung mempunyai gaya kepimpinan instruksional.

Saya berharap agar saya

mampu menjadi seorang pemimpin yang mematuhi etika perguruan dan sentiasa
mementingkan kemenjadian murid.
Di samping itu, semasa dalam usaha menyelesaikan tugasan ini, saya
tertanya-tanya sama ada saya mampu atau tidak menjadi seorang guru yang benarbenar berjiwa pendidik. Memetik kata-kata seorang pensyarah saya, seorang guru
mestilah seorang yang berilmu tinggi dan rajin membaca. Dengan adanya ilmu yang
tinggi, guru akan dapat memberikan kefahaman kepada murid-murid. Ilmu yang ada
mestilah dikongsikan dengan murid-murid tanpa mengharapkan balasan.
Dalam usaha untuk menjadi seorang pendidik yang baik, hati mesti dijaga agar
sentiasa ikhlas dalam mendidik generasi yang akan membina negara ini. Tanpa hati
yang ikhlas, mungkin apa yang ingin disampaikan kurang masuk ke dalam jiwa anak
didik kita nanti. Dengan adanya keikhlasan dalam hati, saya yakin, seorang guru
pasti akan berjaya menyentuh hati anak didiknya.
Sesungguhnya,

memang

banyak

pengalaman

yang

saya

perolehi.

Tambahan pula, ada orang bijak pandai yang mengatakan bahawa pengalaman itu
adalah guru yang terbaik. Jadi saya merasakan bahawa pengalaman yang saya
perolehi ini, merupakan satu pengalaman yang tidak boleh ditukar ganti kerana ianya
amatlah berharga.

Sesungguhnya, pengalaman ini tidak boleh dijual beli, hatta

dengan segunung emas dan selaut perak sekalipun.

13

Anda mungkin juga menyukai