Anda di halaman 1dari 2

1

PENGENALAN

 Interaksi manusia-komputer (Human-Computer Interaction-HCI) merupakan satu


disiplin ilmu yang mengkaji tentang komunikasi atau interaksi di antara pengguna
dengan sistem.
 Sistem: apa sahaja produk-produk yang digunakan oleh pengguna seperti
kenderaan, peralatan pejabat, peralatan rumah dan sebagainya.
 Peranan utama HCI adalah untuk menghasilkan sebuah yang sistem yang
bolehguna (usable), selamat, berkesan dan efektif.

Pengguna Sistem
Interaksi

Model interaksi manusia-komputer

 Model interaksi di antara pengguna dengan sistem melibatkan tiga komponen:


1. Pengguna
2. Interaksi
3. Sistem.
 Kunci utama dalam HCI adalah kebolehgunaan (usability): sistem mestilah mudah
digunakan, memberi keselesaan kepada pengguna, mudah dipelajari dan
sebagainya.

Antaramuka Pengguna Bergrafik-Bab I, Pengenalan


2

ANTARAMUKA PENGGUNA

 Antaramuka pengguna merupakan bahagian sistem yang akan dikendalikan oleh


pengguna, untuk mencapai dan melaksanakan fungsi-fungsi suatu sistem.
 Ia juga dianggap sebagai jumlah keseluruhan keputusan rekabentuk.
 Antaramuka juga secara tidak langsung, menunjukkan kepada pengguna tentang
kefungsian sistem.
 Antaramuka bagi sesuatu sistem menggabungkan elemen-elemen daripada sistem,
elemen-elemen daripada pengguna dan juga kaedah komunikasi atau interaksi di
antara kedua-duanya.
 Pengguna hanya boleh berinteraksi dengan produk tersebut melalui antaramuka
pengguna.
 Sebuah sistem antaramuka pengguna merangkumi:
1. Perisian itu sendiri, peranti input (seperti papan kekunci, tetikus dan skrin
sesentuh)
2. Peranti output (seperti monitor, pembesar suara dan pencetak), input daripada
pengguna (seperti baris-arahan, pergerakan tetikus dan bahasa tabii) dan output
yang dikeluar oleh komputer (seperti grafik, bunyi dan tulisan bercetak).

 Antaramuka pengguna perlu direkabentuk supaya ia lebih mudah dan jelas.


- Penggunaan komputer pada masa sekarang tidak lagi terhad kepada golongan
yang terlibat dalam bidang komputer secara langsung.
- Komputer telah menjadi salah satu keperluan penting dan digunakan oleh
pengguna-pengguna pada tahap kemahiran yang berbeza-beza.
- Kita tidak boleh lagi menganggap bahawa semua pengguna mahir
menggunakan komputer.

 Rekabentuk dan pembangunan antaramuka pengguna perlu dilihat sebagai salah


satu proses utama dalam keseluruhan pembangunan sistem.
 Rekabentuk antaramuka pengguna merupakan satu proses yang kompleks. Ia
memerlukan daya kreativiti yang tinggi, pengalaman, analisa tugas terperinci dan
kefahaman terhadap keperluan pengguna.

Antaramuka Pengguna Bergrafik-Bab I, Pengenalan

Anda mungkin juga menyukai