Anda di halaman 1dari 11

PERSEKITARAN YANG MERANSANG

Pekerja asuhan kanak-kanak perlu menyedari bagaimana pentingnya untuk menyediakan suatu
persekitaran dalaman dan luaran yang mampu meransang perkembangan kanak-kanak dalam jagaan
mereka. Mereka harus menyedari nilai memaparkan karya kanak-kanak dan mempunyai pengetahuan
tentang pelbagai teknik untuk memaparkan hasil kerja yang berkaitan.

BAGAIMANA CARA MEMAPARKAN HASIL KERJA KANAK-KANAK?


Penyediaan paparan-paparan dan meja-meja yang menarik merupakan suatu langkah yang berkesan
bagi mencipta suatu persekitaran yang menarik serta berupaya meransang perkembangan kanak-kanak.

NILAI-NILAI PAPARAN
Paparan mempunyai pelbagai nilai-nilai. Ianya boleh:

Digunakan sebagai stimulus untuk belajar.

Menggalakkan kanak-kanak untuk melihat, berfikir, bertindakbalas, meneroka, menyelidik and


berbincang.

Act as a sensory and imaginative stimulus.

Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak mereka dan
memperkukuhkan hubungan di rumah.

Mendorong nilai harga diri dengan memaparkan penghargaan terhadap karya kanak-kanak.

Menggalakkan kesedaran terhadap komuniti yang lebih luas, mencerminkan masyarakat dan
menyokong sebarang penerimaan terhadap perbezaan.

Mencipta persekitaran yang menarik.

Tempoh masa memaparkan suatu paparan atau hasil kerja kanak-kanak harus dipertimbangkan
dan dirancang. Setiap paparan atau hasil kerja yang telah lama atau pudar perlu digantikan
dengan yang baru.

DIMANA HARUS DIPAPARKAN


Setiap paparan atau hasil kerja tersebut perlu diletakkan ditempat yang senang dilihat atau mudah
disentuh jika perlu. Ada baiknya juga orang dewasa cuba untuk memahami setiap aspek menerusi
amatan terhadap perspektif kanak-kanak dan melihat persekitaran mereka dari posisi tersebut.

APA YANG PERLU DIMASUKKAN KE DALAM PAPARAN

Kepelbagaian akan membuatkan suatu paparan itu menjadi menarik. Paparan boleh merangkumi:

Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak atau individual lain.

Hasil usaha kerjasama kanak-kanak.

Jenis-jenis material berbentuk semulajadi atau tumbuh-tumbuhan.

Objek-objek yang menarik, foto-foto, gambar-gambar, kolaj dan objek sebenar.

Penggunaan warna yang berbeza, tekstur dan pelabelan.

Sumua kanak-kanak seharusnya berupaya untuk menyumbangkan hasil-hasil kerja mereka untuk tujuan
paparan dalam persekitaran tersebut. Apabila melihat keadaan persekitaran mereka, setiap kanak-kanak
sekurang-kurangnya mempunyai satu hasil yang dapat dipaparkan atau menyertai penghasilan kerja seni
tersebut dalam bentuk kumpulan. Hal ini akan membantu kanak-kanak merasai diri mereka adalah
sebahagian daripada tatacara dan juga hasil kerja mereka itu dihargai. Kanak-kanak seharusnya
melibatkan diri mereka dalam pemilihan hasil-hasil kerja yang akan dipaparkan dan seboleh-bolehnya
dalam proses penghasilan kerja dan pembuatan paparan tersebut.
Sebarang label dan keterangan mestilah jelas, mempunyai saiz yang sesuai, berhuruf kecil
melainkan di permulaan ayat dan kata ganti diri, dan termasuklah bahasa di rumah bagi setiap kanakkanak tersebut. Jija setiap label dan keterangan adalah bertulisan tangan, ianya mestilah
dihasilkan/dicetak dengan berhati-hati; adalah sangat penting untuk berlatih mencetak dengan
panduan-panduan tertentu bagi membantu anda, sehinggalah yakin untuk menghasikannya sendiri.
Paparan yang merangkumi orang haruslah mencerminkan imej positif orang ramai seperti yang
berkulit gelap, perempuan atau orang kurang upaya. Kanak-kanak seharusnya diberi peluang untuk
mewakili diri mereka sendiri dengan tepat. Pekerja pusat asuhan kanak-kanak harus menyediakan
cermin, alat lukisan seperti warna air dan krayon yang membolehkannya kanak-kanak memlih warna
yang menyerupai warna kulit mereka sendiri.
Laluan masuk ke persekitaran tersebut mestilah memberi suatu tanggapan kepada ibu bapa,
kanak-kanak dan pelawat memahami hasil kerja anda. Laluan masuk yang bersifat welcoming dengan
paparan hasil kerja kanak-kanak akan menyumbang kepada suuatu tanggapan yang positif.

PERANCANGAN PAPARAN
Adalah sangat penting untuk merancang paparan-paparan dan memikirkan segala-segalanya terlebih
dahulu. Selepas menentukan posisi/lokasi, pertimbangan yang sewajarnya harus diberikan kepada
penggunaan warna yang bersesuaian, latar belakang, tirai dan sempadan. Persembahan yang baik
adalah sangat penting, termasuklah mounting yang baik dan juga penghasilan huruf yang bagus. Kokot

dan bahan berbentuk pelekat harus digunakan secara hati-hati. Selain itu, penggunaa warna juga harus
dipertimbangkan dengan berhati-hati. Tiada undang-undang yang diperlukan- penggunaan warna yang
terang amatlah berkesan, tetapi warna hitam dan putih juga sesuai digunakan.

MEJA-MEJA YANG MENARIK


Meja-meja yang menarik boleh digunakan mengikut tema atau topic tertentu, atau utntu memaparkan
hasil kerja atau koleksi daripada aktiviti luar yang terkini. Ianya perlulah di paras ketinggian kanak-kanak,
dan diletakkan di tempat yang paling senyap dalam persekitaran tersebut.
Meja tersebut mestilah dilapik dan sebarang objek yang tidak dimaksudkan untu disentuh
haruslah diletakkan dalam bekas yang selamat, contohnya bekas plastik. Membantu kanak-kanak belajar
mengenai alam semulajadi adalah sangat penting, dan melihat bagaimana benda-benda tumbuh dan
berkembang adalah sebahagian daripada mempelajari tentang dunia ini. Kanak-kanak boleh mengumpul
dan memaprkan objek-objek semulajadi seperti daun-daun dan pokok-pokok (berhati-hati dengan
tumbuhan beracun yang merbahaya). Buku rujukan mestilah disediakan di atas meja untuk kanak-kanak
dan orang dewasa sebagai panduan mereka.

MENAMBAH TARIKAN PADA PAPARAN


Tarikan boleh ditambah menerusi penggunaan berikut:

Warna Latar belakang dan sempadan paparan yang dikoordinasikan dengan warna boleh
digunakan untuk memaparkan hasil kerja kanak-kanak dengan kelebihan yang terbaik.

Tekstur Termasuk benda-benda yang menarik untuk disentuh dan kontra antara satu sama
lain, sebagai contoh bertekstur lembut, batu kecil yang berkilat dan kertas pasir yang kasar.

Pergerakan Pertimbangkan penggunaan paparan dan objek yang digantung dan boleh
bergerak.

Bunyi shakers dan alatan muzik boleh dihasilkan oleh kanak-kanak.

Karakter yang kanak-kanak sudah kenali- daripada buku yang dibaca, orang yang mereka
berjumpa semasa lawatan atau yang telah melawat.

HASIL PAPARAN YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Menghasilkan kerja untuk paparan dan melibatkan diri dalam meletakkan hasil tersebut bersama-sama
akan memberi manfaat dalam pelbagai aspek perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.

ASPEK PERKEMBANGAN/PEMBELAJARAN

SKIL/KEBOLEHAN

fine motor (Pergerakan tubuh badan yang Perletakan, memotong, melekat, melukis
menggunakan otot kecil bagi tujuan kawalan dan
ketepatan )
gross motor (pergerakan tubuh badan yang Koordinasi, regangan, bengkokkan/bongkokkan.
menggunakan otot besar)

Keseimbangan

Kognitif

Berfikir,

menyelesaikan

masalah,

membuat

keputusan, menggunakan daya memori


Bahasa

Berbincang,

berunding,

menjelaskan,

idea

berkomunikasi, mempelajari kosa kata baru,


memperkembangkan penulisan
Matematik

Mengukur, menganggar, menghasilkan corak,


menggunakan bentuk, sudut, bekerja dalam tiga
dimensi

Emosi

Perasaan berprestasi, meningkatkan harga diri,


menghargai persekitaran yang menarik

Peribadi dan Sosial

Kerja

berpasukan,

bekerjasama,

berkongsi,

kebanggaan, kesedaran dalam persekitaran dan


masyarakat yang lebih luas

SEKARANG CUBA SOALAN-SOALAN INI


1. Apakah nilai-nilai sebuah paparan yang baik?
2. Kenapakah penting untuk memaparkan hasil kerja kanak-kanak?
3. Apa yang ada perlu fikirkan sebelum merancang sebuah paparan?
4. Bagaimana meja-meja yang menarik boleh digunakan?
5. Bagaimanakah pemahaman secara matematikal seorang kanak-kanak boleh diperkembangkan
melalui paparan?

PERSEKITARAN YANG MEYAKINKAN


Pekerja asuhan kanak-kanak perlu menyediakan suatu persekitaran yang meyakinkan untuk kanakkanak dalam jagaan mereka. Kanak-kanak akan berasa lebih selamat jika keperluan mereka disediakan di
persekitaran yang penuh ramah (friendly) dan asuhan (nurturing).

MENYEDIAKN PERSEKITARAN YANG AMAN


Dalam menyediakan suatu keyakinan yang cukup dan sesuai bagi kanak-kanak, ilmu tentang aspek
pembangunan sosial/emosi adalah diperlukan. Adalah penting untuk melihat dunia dari perspektif atau
pandangan kanak-kanak dan mengenalpasti ketakutan yang mereka ada, dimana boleh ditumpukan
kepada beberapa perkara termasuklah pengasingan, bunyi bising, kegelapan, labah-labah, orang asing,
binatang dan kegelisahan lain.
Semua kanak-kanak mestilah dipelihara dan dijaga dengan selamat daripada bahaya, tetapi
mereka juga harus berasa aman dan selamat dari segi emosi. Hal ini dapat membantu mereka
mengadaptasi dengan keadaan persekitaran fizikal sehingga sebuah ruang yang besar boleh dibahagikan
kepada ruang-ruang yang lebih kecil untuk aktiviti yang lebih senyap. Kanak-kanak pra-sekolah yang
berada di pusat jagaan harian juga boleh ditawarkan pengalaman yang lebih kurang sama seperti di
rumah, contohnya melawat kedai-kedai, taman, menghantar surat, masa tidur dan rutin harian.
Ianya adalah dinasihati supaya menyimpan objek-objek yang selesa serta dilabelkan dengan
nama kanak-kanak. Selain itu, ianya juga adalah perlu untuk memaparkan menyediakan suatu senarai
penawar-penawar atau bentuk hiburan yang khusus buat kanak-kanak di bilik pekerja.

KESELESAAN
Kanak-kanak mungkin akan menunjukkan ketakutan mereka menerusi tangisan, tidak mahu berenggang
dengan ibu bapa/penjaga, tidak mahu mencuba pengalaman baru, hilang selera makan atau mempunyai
masalah tidur. Oleh kerana kanak-kanak tidak akan selalu memberitahu orang dewasa punca
kegelisahan mereka, penjaga kanak-kanak mestilah cuba untuk mengenalpasti penyebab tersebut.
Berurusan dengan masalah, dan cara terbaik untuk melakukannya adalah bergantung kepada
penyebab kegelisahan tersebut. Sesetengah kanak-kanak mungkin memerlukan lebih keyakinan
daripada apa yang anda jangka dalam sesetengah situasi.
Secara umumnya, kanak-kanak akan memberi respon secara positif jika anda memberi sokongan yang
berikut:

Mempunyai prosedur induksi dan kemasukan ke persekitaran baru yang baik terhadap kanakkanak baru.

Memberi penerangan yang jelas dan jujur mengenai apa yang akan berlaku. Ini perlu diulang
dengan kerap disebabkan kanak-kanak yang muda susah untuk mengingati.

Dalam keadaan yang tidak dijangka, berikan satu penerangan yang jelas tentang apa yang
berlaku dan peluang untuk bercakap dan berbincang mengenai keadaan tersebut.

Yakinkan kanak-kanak dengan kerap.

Sediakan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan, seperti bermain dengan tanah liat, melihat
buku-buku atau melukis.

Kebanyakan kanak-kanak mempunyai objek atau benda yang mampu memberikan mereka
keselesaan contohnya selimut khusus, anak patung khususnya yang berumur di bawah dua
tahun. Objek-objek ini haruslah sentiasa ada.

DAYA KEINGINAN MEMILIKI


Kanak-kanak perlu membina daya keinginan/rasa untuk memiliki. Mereka akan berasa seperti berada di
rumah yang mempunyai objek-objek yang biasa mereka lihat di rumah dan hal ini akan mencerminkan
budaya mereka:

Kawasan bermain yang berimaginasi tinggi harus memiliki pelbagai jenis alatan memasak kuali,
penyepit kayu, begitu juga dengan periuk, cerek, pisau dan garfu.

Pakaian yang dipakai seharusnya mencerminkan kepelbagaian budaya

dan seharusnya

termasuk sari, rias kepala, selendang, jubah dan pakaian seragam.

Buku-buku yang disediakan haruslah menonjolkan imej yang positif bagi perbezaan antara
bangsa-bangsa, budaya, jantina dan mencerminkan kesamaan terhadap peluang-peluang.

Paparan harus mempromosikan masyarakat yang pelbagai budaya, dan kanak-kanak harus
digalakkan untu menghasilkan hasil seni dan/atau penulisan tentang rumah dan keluarga
mereka untuk dipaparkan.

Pelawat harus dijemput untuk datang dan berkominikasi dengan kanak-kanak, membantu
mereka untuk menyelami dan memahami kepelbagaian sosial dan budaya.

Penyangkut baju dan rak individu perlu dilabelkan dengan nama dan gambar kanak-kanak

MEMBERIKAN KEYAKINAN
Orang yang bekerja dengan kanak-kanak mestilah seorang yang berlemah lembut, bersifat ambil peduli
dan responsif. Kanak-kanak mampu mengesan sesiapa yang menghargai dan menilai mereka dengan
mudah. Sentiasa ingat fakta berikut apabila berurusan dengan kanak-kanak:

Bersikap tenang dan senyao serta cuba bercakap dengan lembut.

Mengekalkan hubungan mata ke mata apabila bercakap dengan kanak-kanak dan cuba untuk
berada di tahap mereka duduk bersama mereka atau membongkok ke bawah.

Cuba penuhi keperluan mereka dengan segera dan berkesan. Cuba fahami reaksi secara bukan
lisan dan menjangka keperluan mereka sebagai contoh, kanak-kanak yang melompat-lompat
dan perlu pergi ke tandas!

Sentiasa bersedia untuk melegakan kanak-kanak yang tidak gembira atau bersedih.

Galakkan perbualan dan beri kanak-kanak peluang untuk bercakap. Tanya soalan open-ended
yang tidak bole dijawab dengan Ya atau Tidak, untuk menggalakkan mereka memperkembang
penggunaan bahasa.

Sentiasa bersikap ceria, positif dan sopan dan nikmati hubungan anda dengan semua kanakkanak yang berada dalam jagaan anda.

SEKARANG CUBA JAWAB SOALAN-SOALAN INI


1. Bagaimana pekerja asuhan kanak-kanak boleh membantu kanak-kanak berasa selamat?
2. Apakah ketakutan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak?
3. Bagaimana orang dewasa boleh melegakan kanak-kanak yang dilanda tekanan?
4. Apakah objek-objek kelegaan/keselesaan?
5. Bagaimanakah suatu ruang bermain berimaginasi boleh mencerminkan kepelbagaian budaya?

LAWATAN LUAR KANAK-KANAK


Pekerja asuhan kanak-kanak mestilah mampu untuk merancang lawatan yang sesuai untuk kanak-kanak
dan memastikan keselamatan mereka sepanjang masa. Mereka mestilah memilih lawatan yang
konsisten dengan umur/tahap perkembangan kanak-kanak, sentiasa sedar tentang keperluan undangundang, dan melibatkan dan memberitahu kepada ibu bapa/penjaga.

MANFAAT DARIPADA LAWATAN

Kanak-kanak menyukai aktiviti lawatan, yang mana secara relative boleh jadi suatu lawatan pendek ke
kedai-kedai atau mengepos surat, atau lawatan panjang seperti ke lading pertanian atau taman yang
melibatkan satu atau separu hari. Dengan perancangan yang rapi, ianya boleh jadi suatu pengalaman
yang menyeronokkan dan berunsur ilmiah kepada kanak-kanak.
Lawatan memberikan kanak-kanak peluang untuk:

Memanfaatkan pengalaman baru atau yang tidak biasa dilihat atau dilakukan.

Belajar tentang kawasan yang khusus atau persekitaran yang umum.

Mengikuti topic yang menarik dan berilmiah tinggi.

Pertimbangkan isu-isu ini apabila merancang untuk membawa kanak-kanak menyertai lawatan:

Keselamatan

Mendapatkan kebenaran ibu bapa

Destinasi lawatan

Pengawasan

Pengangkutan

Makanan dan minuman

Pakaian

Kos

Melibatkan ibu bapa dan penjaga.

MEMILIH KE MANA MAHU PERGI


Membuat keputusan dimana mahu membawa kanak-kanak secara relatifnya suatu yang mudah
mungkin ada suatu lokasi/tempat yang telah dilawat dengan jayanya oleh kumpulan-kumpulan lain
daripada tempat anda. Walaubagaimanapun, apabila merancang suatu lawatan, pertimbangkan
perkara-perkara berikut:
1. Umur dan tahap perkembangan kanak-kanak - terdapat perbezaan dalam kebolehan fizikal
seorang kanak-kanak itu, daripada umur 1 hingga 7 tahun, begitu juga dengan variasi dalam
tahap tumpuan dan skil intelektual. Pilih destinasi yang memenuhi keperluan semua kumpulan
umur yang anda bawa. Jarak destinasi akan ditentukan sama ada ianya akan berakhir pada
waktu pagi, tengah hari atau sepanjang hari. Kanak-kanak yang lebih muda tidak suka
meluangkan masa yang lebih lama dalam suatu perjalanan jadi fikirlah mengenai hal ini terlebih
dahulu apabila membuat keputusan untuk membuat suatu lawatan kemana-mana.

2. Hasil pembelajaran fikirkan mengenai apa yang anda mahu kanak-kanak belajar daripada
lawatan tersebut. Sama ada lawatan ini ke perpustakaan atau ke lading, matlamat utama
lawatan ini mestilah memberikan manfaat kepada kanak-kanak.

BANTUAN ORANG DEWASA


Ianya adalah penting untuk mempunyai nisbahyang tinggi terhadap kanak-kanak:orang dewasa dalam
mana-mana lawatan yang dijalankan. Panduan umum bagi nisbah-nisbah untuk setiap lawatan adalah:

Kanak-kanak berumur 0 hingga 2 tahun 1 orang dewasa:1 kanak-kanak

Kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun 1 orang dewasa:2 kanak-kanak

Kanak-kanak berumur 5 hingga 8 tahun 1 orang dewasa:5 kanak-kanak

Risiko mungkin akan meningkat disebabkan oleh persekitaran yang kurang biasa dilawati (dan
kurangnya sempadan fizikal yang biasa dihadapi) dan perubahan daripada rutin normal. Ingat juga
bahawa anda mungkin memerlukan lebih lagi orang untuk mengangkat peralatan, seperti bekas
pertolongan cemas, makanan ringan dan bahan-bahan berunsur ilmiah.

KOS
Jika terdapat yuran atau kos perjalanan, ini akan menyebabkan lawatan tersebut mempunyai kos yang
mahal bagi sesetengah kanak-kanak tersebut. Semak jika terdapat sebarang pembiayaan yang cukup
untung menampung semua kanak-kanak yang terlibat dalam lawatan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai