Anda di halaman 1dari 2

KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN KESUSASTERAAN DALAM

KONTEKS FILEM MELAYU


Pemikiran Dalam Filem
Konsep pemikiran kreatif merujuk kepada cara kita menggunakan akal sebagai inspirasi
yang boleh digunakan setiap individu untuk menghasilkan pelbagai elemen perasaan
hati,rasa,emosi,ilusi dan juga imaginasi setiap individu. Ciri-ciri utama dalam konsep pemikiran
adalah agenda,ideaologi,falsafah dan juga pegangan untuk diilhamkan dalam kehidupan ini.
Contohnya seorang yang berbangsa melayu akan dididik dan diasuh tentang budaya dan adat
resam dan juga tentang sejarah ketamadunan sesuatu bangsa itu bersama untuk diberi
pemahaman tentang budaya melayu itu sendiri.

Seni
Seni adalah sesuatu produk,pertunjukan atau persembahan,objek atau apa-apa yang berseni
memilik ciri-ciri estetika,keindahan ataupun kecantikan dalam kesenian itu sendiri.Kesenian
terlahir dari sesuatu sentuhan nuansa atau nurani yang mendalam dan juga menyentuh perasaan
seseorang. Ianya terhasil untuk meninggalkan kesan kepada nurani manusia. Seni juga
menterjemahkan sebagai sensuatu jelmaan yang boleh dirasai indah yang terkandung dalam jiwa
manusia dan ia dilahirkan dengan perantaraan alat-alat komunikasi ke dalam bentuk yang dapat
ditangkap oleh pendengaran melalui seni suara,penglihatan dari segi lukisan dan gambar dan
juga dari pergerakan seni tari atau drama. Seni juga dapat didapati dalam filem-filem melayu
seperti Semerah Padi, Musang Berjanggut yang menunjukkan terhasil nya seni dalam sesuatu
karya.

Budaya
Budaya hanya wujud dengan adanya kelompok bangsa atau kaum.Budaya itu terhasil
apabila budaya sesuatu bangsa itu mempunyai nilai peradaban yang amat tinggi dalam sesuatu
bangsa itu. Kebudayaan mempunyai empat jenis komponen yang penting iaitu fikiran atau idea
seperti falsafah,mitos,lagenda,sastera,kepercayaan, dan juga bahasa yang dapat meningkatkan
maruah atau dipandang tinggi oleh bangsa lain. Dari segi kebendaan juga budaya menunjukkan
dari segi kebendaan contohnya seni bina,perkakasan,teknologi,dan juga alat-alat perubatan yang
lama terhasil. Kesenian dalam budaya juga dapat ditunjukkan dalam seni
lakon,tarian,nyanyian,seni,visual, dan lukisan. Norma dan nilai juga terhasil dari undangundang,adat resam,perlakuan,kesopanan dan kesantunan sesuatu bangsa itu,nilai-nilai
keagamaan dan pantang larang yang terhasil dari nenek moyang sendiri. Kebanyakkan filemfilem melayu P.Ramlee banyak mengajar tentang budaya dan adat resam Melayu yang
ditunjukkan dalam filem itu sendiri seperti Semerah Padi tentang agama banyak ditunjukkan

dalam filem ini tentang pentingnya pegangan agama untuk mentadbir sesebuah negara itu yang
membabitkan tentang undang-undang.

Sastera
Bahasa Melayu dan kesusasteraan berperanan mengerakkan kehidupan kebudayaan bangsa
melalui filem dan ia seolah-olah pengantaraan untuk berinteraksi antara satu sama
lain,Kesusasteraan tidak dapat dipisahkan dengan bahasa itu sendiri dan usul dari bahasa
lahirnya sastera. Keindahan sastera dapat dilihat pada bahasanya dan sastera umpama permainan
bahasa oleh itu hidupnya sastera bergantung kepada keupayaan bahasa itu sebagai penyampaian
pengucapan fikiran. Bahasa dan sastera juga mampu menunjukkan fikiran,kreativiti,dan aktiviti.
Bahasa ialah alat berkomunikasi utama untuk berinteraksi dan ianya juga asa pembinaan
sesebuah tamadun yang mengekalkan dan berkesinambungan melalui tradisi ilmu. Dalam filem
Semerah Padi menunjukkan bahawa bahasa itu penting untuk percakapan antara ibu bapa dan
juga pentadbir tempat tersebut kerana setiap cara yang disampaikan menunjukkan bahawa sikap
menghormati orang itu sendiri mampu juga menunjukkan adab-adab sopan. Bahasa dan
kesusateraan amat memainkan peranan dalam sesuatu skrip televisyen dan menghasilkan sesuatu
karya yang mampu menunjukkan budaya Melayu.

Kosmologi Melayu
Kosmologi adalah sistem kepercayaan yang berkaitan dengan sifat alam sejagat atau
kosmos. Tergolong di dalam sistem kepercayaan struktur,organisasi,dan cara berfungsi alam
semulajadi,alam supernatural dan alam sosial manusia.
Orang Melayu turut mempunyai konsep kosmologi yang dipengaruh oleh budaya
animisme,Hindu dan juga Buddha. Ianya seperti memuja semangat,penunggu dan saka melalui
pembacaan mantera atau memanggil sesuatu benda tentang asal kejadian alam dan makhluknya.
Orang Melayu silam seolah-olah memohon perlindungan dari sesuatu benda seperti pokok dan
gua untuk meminta pertolongan jin dan syaitan dalam pengunaan sihir. Contohnya wayang kulit
yang menjadikan watak-watak seperti Sri Rama,Siti Dewi,Raja Muda Laksamana,Hanuman Kera
Putih dalam penceritaan tersebut.