Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN KONSEP
Menurut Dr. Ismail Bin Said ( 2014 ) menjelaskan bahawa pemikiran sejarah melibatkan satu
set operasi mental yang dikenal sebagai proses. Proses ini merangkumi pembentukan konsep,
pembentukan prinsip, kefahaman, penyelesaian masalah, membuat keputusan, penyiasatan
dan penggabungan yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Pada peringkat awal proses
Tiada
perkaitan
antara
perenggan
dengan
perenggan.
Para 1:
Penerangan
brkaitan
pemikiran
sejarah.
Para 2 :
KPS
Ayat
berwarna
hijau boleh
mewujudka
n perkaitan
tersebut.

pemikiran lebih tertumpu kepada pemerolehan pengetahunan, manakala pada peringkat akhir
adalah lebih kepada penghasilan dan mengaplikasi ilmu. Proses ini pula memerlukan beberapa
elemen kemahiran yang perlu dikuasai bagi mewujudkan konsep pemikiran sejarah yang
sebenar.
Antara elemen kemahiran yang difokuskan bagi mata pelajaran Sejarah adalah
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS). Kemahiran ini merupakan proses kognitif yang
membolehkan murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. Selain
daripada

itu,

KPS

membantu

murid

memahami

bagaimana

seorang

sejarawan

menggabungjalin dengan menggunakan bukti-bukti sejarah bagi menentukan kesahihan


sesuatu peristiwa ke arah pemikiran kritis dan kreatif. Di samping itu juga, penerapan KPS
dapat membantu guru menghidupkan suasana pembelajaran yang dapat meningkatkan minat
murid. Terdapat beberapa kemahiran pemikiran sejarah yang digariskan dalam huraian sukatan
pelajaran sekolah menengah(2002) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK) untuk diterapkan oleh guru-guru sejarah. Antaranya adalah memahami kronologi,
meneroka bukti, membuat intepretasi, membuat imaginasi, membuat rasionalisasi dan
empati.Dengan adanya kemahiran-kemahiran ini akan membantu negara melahirkan para
pelajar yang kritis dan analitis.

satu bentuk pemikiran yang...............

Manakala pemikiran kritis pula adalah menggalakkan individu menganalisis, menyertaan

dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan. Di
samping itu, ia melibatkan satu proses intelektual yang melibatkan pembentukkan konsep,
aplikasi, analisis dan penilai maklumat yang terkumpul melalui pengalaman. Manakala
Buang
perkataan
ini

pemikiran analitis pula, adalah pemahaman berkaitan situasi atau masalah dengan
menghuraikan masalah tersebut menjadi bahagian-bahagian kecil.
Sebagai seorang guru kita harus berusaha untuk menggalakkan dan mengembangkan
kemahiran berfikir secara kritis dalam diri murid. Semasa proses pemudah caraan dan
pembelajaran

guru

harus

menekankan

elemen-elemen

seperti

mengkritik,

Ejaan dan yang


tepat proses
pembelajaran
dan
pemudahcaraa
n

Keseluruhan perenggan ini perlu ditukar kerana pengenalan konsep anda adalah berkaitan kemahiran pemikiran
sejarah bukan kemahiran berfikir secara kritis dan analitis.

berhujah,menghubungkait fakta-fakta sejarah. Guru juga harus mendidik murid-murid untuk


membuat tafsiran supaya mereka dapat membuat tafsiran yang baik dalam perkara.

2.0 JUSTIFIKASI KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (PERSOALAN


KAJIAN)
Konsep pemikiran sejarah merupakan salah satu elemen yang penting yang mana
mendorong murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran ini penting dalam
mata pelajaran sejarah kerana elemen ini akan mendorong murid untuk bergiat aktif
dalam mata pelajaran tersebut DAN SETERUSNYA MEMBENTUK PEMIKIRAN KRITIS
DAN ANALITIS. Terdapat beberapa elemen kemahiran YANG DAPAT MEMBANTU
PARA PELAJAR BERFIKIR BERDASARKAN KONSEP pemikiran sejarah iaitu :
2.1 Memahami Kronologi
Kronologi ialah melihat masa lalu, kini dan masa akan datang secara urutan sesuatu
peristiwa sejarah berlaku Kemahiran terhadap konsep ini dapat

meningkatkan

pemahaman terhadap matapelajaran sejarah dan membolehkan murid membuat


imaginatif serta melihat secara empati sesuatu peristiwa sejarah. Pemahaman tentang
konsep kronologi ini dapat membuktikan bahawa sejarah bukan bermakna menguasai
tarikh tetapi menguasai konsep pentarikhan bagi sesuatu peristiwa yang penting
sahaja.
Tujuannya adalah murid-murid dapat mengaplikasi istilah-istilah kronologi masa
dalam kehidupan seharian. Contohnya, murid-murid dapat mengetahui sejarah masa
silam mereka. Perkara ini dapat diaplikasikan dalam tajuk Mari Belajar Sejarah. Selain
itu, murid-murid juga dapat memahami dan menyusun peristiwa mengikut masa atau
tarikh mengikut tertib. Perkara ini dapat dilihat semasa murid mempelajari tajuk Zaman
Prasejarah. Ini adalah kerana murid-muird dapat

melakar

carta

masa

yang

menunjukkan kefahaman mereka berkaitan kehidupan masyarakat zaman prasejarah


seperti Zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam.
Malah, dengan adanya kronologi ini, murid-murid dapat menghubungkaitkan
peristiwa masa lalu dan masa kini berdasarkan informasi sumber yang mereka perolehi.
2

Di samping itu juga, melalui kemahiran ini, murid juga dapat memahami sesuatu
peristiwa sejarah. Dengan ini, murid dapat mengingati sesuatu tarikh peristiwa dengan
tepat dan juga dapat mengkaitkan dengan peritiwa yang berlaku. Selain itu, melalui
kemahiran ini juga murid-murid dapat mengenal pasti tarikh sesuatu peristiwa yang telah
berlaku dengan mudah dan cepat. Contohnya, dalam tajuk pengertian diri dan keluarga,
murid dapat mengetahui salasilah keluarga mereka sendiri.

2.2.Meneroka Bukti
Melalui elemen kemahiran ini murid dapat mengenalpasti sumber iaitu dari segi
keesahan sesuatu sumber. Apabila meneroka bukti murid dapat memahami dengan
melebih mendalam tentang apa itu sumber pertama dan kedua. Perkara ini dapat
merangsang pemikiran murid untuk membanding bezakan perbezaan antara kedua-dua

Kaitkan
konsep ini
dengan
pemikiran
kritis.
Tunjukkan
bagaiman
a
kemahiran
ini
membant
u pelajar
berfikir
secara
kritis dan
analitis.

sumber sejarah yang mana murid dapat menghasilkan sesuatu hasil penyelidikan
yang terbukti kesahihannya.
Murid perlu didedahkan dengan pelbagai jenis dokumen, khususnya sumber
pertama kerana ini akan mengubah cara murid-murid mempersembahkan dan membuat
penaakulan bahan-bahan dokumen dalan membuat penyelesaian masalah sejarah.
Antara insentif yang boleh dilakukan oleh guru adalah dengan mengadakan lawatan
sambil belajar ke muzium dan tempat-tempat bersejarah. Contohnya lawatan ke Muzium
Negara di mana murid boleh melihat bukti-bukti sejarah sama ada dari sumber pertama
atau kedua. Apabila murid meneroka pelbagai bukti, mereka dapat membuat
perbandingan antara sumber-sumber sejarah yang dipilih.
Melalui penemuan bukti-bukti sejarah yang konkrit dapat merangsang intelektual
murid-murid bahkan melalui kemahiran ini ia dapat menarik minat murid-murid terhadap
mata pelajaran sejarah. Di samping itu, sejarah bukan hanya berlandaskan kepada fakta
malah sejarah berlandaskan kepada sumber yang sah dan asli. Oleh itu, murid dapat
mengenal pasti punca dan kesahihan sumber tersebut dan juga dapat mengembangkan
ilmu meneroka bukti tanpa bimbingan guru. Antara kaedah yang boleh diaplikasikan
dalam elemen ini adalah guru perlu memberi tugasan projek yang mana murid mampu
mencari dan meneroka bukti tanpa bimbingan guru. Hal ini adalah kerana, konsep
pemikiran sejarah adalah berpusatkan kepada murid.

2.3 Membuat Interpretasi


3

Kaitkan
konsep ini
dengan
pemikiran
kritis.
Tunjukkan
bagaiman
a
kemahiran
ini
membant
u pelajar
berfikir
secara
kritis dan
analitis.

Interpretasi bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan


memberi ulasan dan kupasan. Melalui kemahiran ini, murid-murid dapat memahami
dengan lebih jelas perkaitan antara fakta dan tafsiran sejarah dengan lebih mendalam.
Selain itu, murid-murid juga dapat menyatakan perbezaan tafsiran dan perspektif yang
wujud di kalangan sejarawan. Malah, murid-murid juga dapat membezakan fakta sejarah
dengan tafsiran sejarah dengan menyedari bahawa kedua-dua ini adalah berkaitan
antara satu sama lain.
Tujuannya adalah supaya murid-murid dapat membezakan fakta sejarah dengan
tafsiran sejarah. Contohnya, semasa mereka mempelajari tajuk Tokoh-tokoh Terbilang
Kesultanan Melayu Melaka, mereka dikehendaki membuat tafsiran berkaitan sifat
kewibawaan Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah. Maka, dengan adanya tafsiran ini,
meraka dapat mengulas perbandingan sifat kewibawaan kedua-dua tokoh tersebut.
Oleh yang sedemikan, dengan adanya ulasan seperti ini, murid-murid akan sedar
bahawa fakta sejarah dan tafsiran sejarah berkait antara satu dengan lain.
Dengan adanya elemen ini, murid dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam
bidang penulisan. Apabila murid mengupas dan memberi ulasan murid akan menjadi
lebih mahir dalam bidang yang dikaji khususnya dalam bidang sejarah. Contohnya,
elemen ini boleh mendorong murid untuk menulis di surat khabar dan artikel. Hal ini
kerana, murid sudah pengetahuan dan kemahiran bagaimana hendak mengulas dan
mengupas sesuatu peristiwa dan dapat melahirkan ramai ahli sejarawan pada masa
kelak.

2.4 Membuat Imaginasi


Di dalam sejarah imaginasi merupakan satu aspek yang penting sebab sejarah
selalu dikaitkan dengan cerita atau naratif. Apabila guru mengajar sejarah boleh
menyebabkan murid menimaginasi tentang keadaan yang diceritakan oleh guru. Secara
semula jadi murid dapat melibat diri dalam sesuatu situasi melalui imaginasi.
Murid juga dapat gambaran sebenar sesuatu peritiwa melalui imaginasi. Keadaan ini
membolehkan murid dapat melihat sesuatu peristiwa sejarah secara konkrit. Kemahiran
ini dapat merangsang pemikiran murid untuk meletakkan diri di tempat orang lain.
Imaginasi juga dapat merangsang murid untuk berfikir bagaimana negara kita mendapat

kemerdekaan dan apakah perjuangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh negara kita
untuk mencapai kemerdekaan.
Dalam keadaan ini murid dapat mengembangkan nilai moral dan patriotisme dalam
diri murid. Contohnya, semasa murid belajar tentang tokoh-tokoh terbilang murid dapat
membelajari nilai-nilai yang terdapat dalam diri tokoh-tokoh yang dibelajarinya. Selain
itu, murid juga boleh juga menerangkan berkaitan dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang
mana guru boleh menceritakan apa yang berlaku semasa peristiwa itu. Murid akan
membuat imaginasi tentang peristiwa 13 Mei 1969 dan mengambil ikhtibar daripada
peristiwa yang berlaku, maka sekali gus dapat menyemai semangat perkauman di
antara satu sama lain bagi mengelakkan peristiwa ini berulang dan kembali dalam
kehidupan mereka.

2.5 Membuat Rasionalisasi


Membuat rasionalisasi adalah melibatkan penggunaan akal fikiran dan membuat
pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu persoalan yang timbul daripada
peristiwa sejarah. Usaha ini, memerlukan kemahiran murid-murid untuk mengumpul
data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens daripada
data yang dikumpul. Kemahiran ini dapat dilihat semasa murid-murid mempelajari tajuk
Zaman Air Batu yang membolehkan mereka menyatakan perubahan yang berlaku pada
Zaman Air Batu.
Tujuannya adalah supaya murid-murid dapat merangsang serta menjana pemikiran
murid-murid agar mereka mampu mentafsir sesuatu peristiwa sejarah. Misalnya, muridmurid dapat menjelaskan berkaitan Zaman Air Batu akhir iaitu zaman Plestosen dan
zaman Holosen. Malah, melalui kemahiran ini, murid-murid juga dapat membuat
rasionalisasi melalui pengkajian sumber sejarah dengan lebih kritis dan kreatif. Ini dapat
dilihat apabila murid-murid dapat menamakan benua dan lautan di dunia selepas proses
pencairan air batu terjadi.

2.6 Empati
Menurut Dr. Ismail Bin Said dalam bukunya Kaedah Pengajaran Sejarah pemikiran
sejarah memerlukan seseorang mempunyai daya imaginasi dan empati. Empati dalam

sejarah dimaksudkan sebagai suatu pencapaian pemikiran yang memahami sesuatu


peritiswa masa lalu daripada pelbagai perspektif.
Kemahiran empati ini telah menyebabkan murid dapat membina corak pemikiran
yang lebih terbuka, toleransi dan matang. Empati sejarah merupakan kesungguhan
seseorang untuk meningkatkan pemikiran supaya secocok dengan individu atau
kumpulan masyarakat masa lampau dalam usaha mereka untuk menghayati dan
memahami tindakan, pemikiran seseorang individu atau sesuatu kejadian daripada
pelbagai sudut pandangan. Unsur empati sejarah telah dikenalpasti dan diberi perhatian
oleh Ibn Khaldun kerana kewibawaannya untuk menghasilkan generasi yang berfikiran
terbuka, telus, dan matang. Pendidikan sejarah merupakan salah satu alat yang dapat
menghasilkan warganegara yang lebih bertanggungjawab.

3.0 RUMUSAN
Kemahiran pemikiran sejarah adalah aspek penting dalam mengenalikan mata pelajaran
sejarah. Jika elemen ini tidak diterapkan di dalam diri murid, pasti murid akan beranggapan
bahawa mata pelajaran akan membosankan mereka. Menerusi elemen ini guru dapat
mencungkil daya imaginasi murid dan juga dapat menyemai Guru harus menerapkan
kemahiran pemikiran sejarah ini adalah wajar dilaksanakan agar dapat mencungkil idea dan
kemahiran berfikir murid. Guru boleh mempelbagaikan alatan BBM supaya dapat menarik minat
murid dalam proses PdP. Sejajar dengan itu, guru harus merancang stategi dan kaedah yang
bersesuaian dengan tahap murid.
Corak pengajaran guru juga harus berpusatkan kepada murid. Ini memudahkan guru
tidak terlalu gantung kepada buku teks sahaja malah boleh membimbing murid untuk meneroka
pelbagai sumber. Ini kerana murid dapat meneroka bukti dengan sendiri supaya dapat
mengembangkan kemahiran mencari bukti dan bahan untuk menghasilkan sesuatu tugasan
yang sah. Jika berpusatkan kepada murid, murid akan bertindak untuk mencari bahan yang asli
iaitu dari segi sumber. Dalam keadaan ini, guru dapat membangunkan murid yang
berpengetahuan dan berlandaskan kepada elemen-elemen pemikiran sejarah.
Semasa menerapkan pemikiran sejarah guru juga mengalami beberapa masalah seperti
guru kurang berpengetahuan dan pengajaran hanya bergantung kepada buku teks semata6

mata. Malah, pengetahuan yang mendalam berkaitan sejarahbukan hanya melibatkan


pengetahuan yang lebih banyak, iaitu keupayaan menyebutkan lebih banyak tahun, mengenal
lebih banyak nama, dan mengingat semula lebih banyak peristiwa.
Murid juga mengalami kesusahan. Hal ini kerana, di dalam sebuah bilik darjah ada latar
belakang murid yang berbeza. Guru akan mengalami masalah dengan murid yang masalah
pembelajaran. Murid yang bermasalah sukar untuk memahami sumber-sumber sejarahdan juga
membuat banding beza antara sumber pertama dan sumber kedua.

KOMEN :
BUAT PEMBETULAN BERDASARKAN APA YANG TELAH SAYA HIGHLIGHTKAN.
KAEDAH

PENULISAN

KHUSUSNYA

BERKAITAN

PERSOALAN

KAJIAN

PERLU

DIBERI

PENEKANAN.APA YANG ANDA TULIS HANYALAH MENERANGKAN TENTANG ELEMEN-ELEMEN


KEMAHIRAN

PEMIKIRAN

SEJARAH

TANPA

MENGAITKAN

ATAU

MENUNJUKKAN

CARA

BAGAIMANA KEMAHIRAN2 INI MEMBANTU PELAHAR BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ANALITIS.
FAHAMKAN BETUL2 KONSEP PEMIKIRAN KRITIS DAN ANALITIS TERSEBUT.
RUMUSAN PERLU DIPERBAIKI LAGI DENGAN ENDING AYAT MESTI MENJURUS KEPADA TAJUK
PERSOALAN.