Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN

KALI KEDUA
Tarikh: 20.11.2014 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi
JAWATANKUASA LATIHAN (Sesi Pagi)
Pengerusi: Pn Sarifah Noraainon bt Syed Kamaruddin (Guru Besar)
Tim. Pengerusi : En. Faizulzaman b. Mohd Ali (PK HEM)
Naib Pengerusi 1: Pn. Asmah bt Zainal (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2: En Jasmaney b Saidin (PK Kokorikulum)
Naib Pengerusi 3: Pn Maznah bt Abdullah Kamar (PK Pendidikan Khas)
Setiausaha : En. Nik Hasrizan Mazran
AJK
LOCENG KEBAKARAN
Pn. Mardziah bt Hashim
PENCATAT MASA
En. Nik Hasrizan Mazran b Jamaludin
PEMANTAUAN / WAKIL BLOK
BLOK A - En. Mohd Imri b Abdul Majid
BLOK B dan C - En. Shahrul Nizam b Ishak
BLOK D dan E - Pn Wan Noriyah bt Wan Ngah
WAKIL PENDIDIKAN KHAS - En. Nor Hamidi b Saad
WAKIL PRA SEKOLAH - En. Muhammad Khusairi

Pn Zabedah bt Mat Nooh

PENCATAT KEDATANGAN MURID


Semua Guru Kelas
DISIPLIN DAN KAWALAN MURID
En Zainudin b Jaya
Semua Guru Kelas

PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN


Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA BERHENTI latihan mengosongkan bangunan telah
bermula. Semua murid hendaklah:
Berhenti daripada membuat semua kerja.
Membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat, senyap, tanpa
kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu sama lain.
Mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.
- Murid kelas 5P, 4I keluar mengikut tangga disebelah kiri kelas.Manakala 4P, 4D dan 4A keluar mengikut
tangga disebelah kanan kelas.
- Murid kelas 5K, 5I, 4K, 6A dan 6D keluar mengikut tangga disebelah kiri kelas. Manakala 5D, 5A, 6K, 6I dan
6P keluar mengikut tangga disebelah kanan kelas.
Guru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan bertanggungjawab untuk menutup suis dan
lampu serta semua pintu.
Semua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan.
Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah apabila meninggalkan kelas. Hanya dokumen
yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu diambil.
Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat yang telah ditetapkan dengan
kadar segera.a
Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman murid dalam pergerakan
menyelamatkan diri.
Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan (seperti
berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk
bersama-sama dengan murid yang lain.
Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut kedudukan seperti yang telah
ditetapkan.
Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat berpandukan buku Jadual Kedatangan Murid.
Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira murid-murid yang telah tiba di tempat yang ditentukan.
Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas hendaklah serta-merta
melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.
Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga SK Pasukan Polis Hutan juga harus berada
di tapak perhimpunan.
Kakitangan pejabat akan membawa semua buku kedatangan murid ke tapak selamat.
Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.
Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan.
Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh balik ke kelas.
TUGAS GURU KELAS
Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan.
Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama pada hari latihan.
Mengambil kehadiran murid semasa latihan berlangsung berdasarkan buku kedatangan murid.
Menolong mengawal disiplin murid semasa di berada di tapak selamat.
TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR
Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju ke tapak selamat
Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamat
Iringi murid ke tapak selamat.

Anda mungkin juga menyukai