Anda di halaman 1dari 15

1.

PENDAHULUAN

1.1

Latar Belakang Kajian

Islam merupakan agama yang syumul dimana ianya meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.
Islam juga merupakan agama tauhid iaitu agama yang berasaskan iman kepada ke-Esaan Allah
Yang Maha Kuasa, maka ukuran dan kesempurnaan atau tidak kesempurnaan Islam dan Iman
seseorang bergantung kepada kesempurnaan Tauhidnya. Oleh yang demikian, agama Islam
sepatutnya menjadi pembimbing kepada adat resam atau budaya Melayu agar berlandaskan
syariat agama dan tidak tersasar sehingga mengamalkan kepercayaan-kepercayaan karut, tahyul
khurafat dan syirik kepada Allah.
Namun demikian sehingga kini masih ada lagi masyarakat Melayu Islam yang kuat
berpegang dan mengamalkan adat resam yang bertentangan dan bercanggah dengan agama Islam
yang dianuti. Mereka telah mencampur adukkan fahaman khurafat dengan akidah mereka.
Perbuatan sedemikian merupakan perbuatan yang menyekutukan Allah s.w.t pada sifat
Uluhiyyyah dan Rububiyyah Allah.
Sebagaimana yang kita ketahui sifat Uluhiyyah Allah merupakan sifatnya yang berhak
disembah, dipatuhi perintahnya, dicintai dan dipohon untuk mendapat segala kebaikan dan
menolak segala keburukan. Keimanan kepada Allah merupakan babak yang paling penting
dalam Islam. Oleh itu, perbuatan-perbuatan yang menyesatkan seperti khurafat dan tahyul boleh
membawa kepada syirik dan sesungguhnya dosa itu tidak akan diampunkan oleh Allah.
Dalam tugasan ini, kajian dijalankan terhadap amalan khurafat dalam majilis cukur
jambul di sebuah kampung di Pantai Remis Perak. Amalan khurafat tersebut dapat dilihat apabila
seorang bidan kampung yang mengetuai majlis tersebut mengadakan upacara seperti pemujaan
dan membaca jampi serapah yang tidak difahami. Begitu juga dengan barang-barang untuk
pemujaan seperti kemenyan, pulut kuning, telur rebus dan banyak lagi. Jelas bahawa terdapat
unsur-unsur khurafat dalam majlis tersebut dan ini sangat bertentangan dengan syariat Islam.
1

1.2

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif dan tujuan seperti berikut:
1. Untuk mengetahui amalan-amalan khurafat yang masih diamalkan masyarakat Melayu
Islam dalam majlis cukur jambul bayi.
2. Untuk mengetahui jenis-jenis amalan khurafat yang boleh menjejaskan iman dan aqidah
individu.
3. Untuk mengetahui sejauh mana amalan khurafat tersebut memberi kesan terhadap iman
dan aqidah seseorang.
4. Untuk mengetahui tahap kefahaman masyarakat Melayu Islam terhadap amalan khurafat
dalam segenap aspek kehidupan.

1.3

Kaedah Kajian

Dalam tugasan ini, kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah pemerhatian dan temu bual.
Pemerhatian dijalankan semasa majlis cukur jambul itu berlangsung dari awal hingga
berakhirnya majlis tersebut. Manakala kaedah temu bual dilaksanakan terhadap beberapa orang
kampung yang telah lama menetap di tempat tersebut.

2.0

PERKARA YANG MEROSAKKAN IMAN

2.1

Definisi Khurafat

Akidah Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap umat
kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu fardu ain
yang wajib dituntut dan dipelajari. Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami dan dihayati,
namun masih ramai umat Islam terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut yang
diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang terdahulu. Walhal, amalan khurafat adalah

bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman seseorang atau menyebabkan
syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak diampuni Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari
itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan
dosa besar." (Surah al-Nisa, ayat 48)

Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati ketika menelusuri pentas
kehidupan global supaya tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan
ilmu akidah di samping mengenal pasti ciri amalan khurafat.

Khurafat dari segi bahasa bermaksud karut. Dari segi istilah pula bermaksud kepercayaan
karut yang bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah serta bertentangan dengan akal.
Menurut kamus bahasa Arab, khurafat ialah al-Mujam al-Wasit iaitu cerita-cerita yang
mempersonakan dan yang dicampur adukkan dengan perkara dusta manakala menurut kamus
dewan pula, khurafat ialah kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatanperbuatan dan kejadian-kejadian yang berlaku. Selain itu, pengertian khurafat dalam Islam ialah
semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat,
ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Syeikh Idris alMarbawi pula mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.
Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau
kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, bilangan tertentu sesuatu perkara, konsep, prinsip atau
aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin sebagai boleh mendatangkan
kebahagiaan, manfaat ataupun penderitaan atau mudarat kepada seseorang. Sedangkan semua itu
merupakan sesuatu yang tidak sekali-kali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang
suci, serta pada waktu yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga
bersandarkan reality. Oleh kerana itu, ia merupakan sesuatu yang batil, yang lansung tidak
mengandungi sebarang unsur kebenaran.
3

2.2

Jenis-Jenis Khurafat

Kebanyakan orang yang terjerumus ke dalam perbuatan khurafat dan tahyul yang boleh
membawa kepada syirik, melanggar persaksian syahadah mereka sendiri adalah disebabkan oleh
kebodohan dan kelalaian dari memahami tauhid, sebaliknya mereka lebih rela memilih untuk
taqlid buta (mengikut tanpa mempersoalkan) kepada adat kebiasaan nenek moyang. Firman
Allah dalam surah Yunus ayat 106.

Maksudnya : Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan
tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang
demikian), itu, Maka Sesungguhnya kamu kalau begitu Termasuk orang-orang yang zalim".

Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang


berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar Mati
Anak Jangan Mati Adat ". Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orangorang Melayu tentang adat istiadat mereka. Persoalannya golongan manakah yang mewujudkan
dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat
istiadat dan perkara Khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu?. Persoalan yang
lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu
bertepatan dan selari dengan hukum syarak atau bertentangan sama sekali dengan hukum
syarak.

Amalan khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak
yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan
4

yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat melayu itu seolah-olah telah
menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalam majlis-majlis atau perayaan
tertentu. Sebenarnya banyak perkara khurafat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu antaranya
ialah :

(1) Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat
dengan kehadirannya dan amalan buang sial seperti

tepung tawar, lenggang perut, mandi

bunga/mintok limau dan mandi safar. Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan
ada qadar buruknya dan sama sekali tidak wujud kesiaalan dalam diri seseorang. Begitu juga
cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan
segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial.

(2) Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau
memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat
tertentu. Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia
agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak
ada sekutu dengannya. Oleh itu manusia tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya
adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.

(3) Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang
mengamalkan jurus kebatinan. Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang
bercadang untuk menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam
amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi
mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang bukan asalnya dari Islam
seperti ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.

(4) Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami
maksudnya. Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan
bersumber dari al-Quran dan hadith kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak
mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Quran mahupun
hadith. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak
5

ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Misalnya seruan
kepada sesuatu, menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW, memperlekehkan ajaran Islam,
memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta kepada batu atau kayu dan
sebagainya.

(5) Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun sama ada terhadap perkara yang
telah lalu atau pada masa akan datang merupakan sebahagian daripada perkara yang haram,
berdosa besar bahkan salah satu syirik di dalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun.

(6) Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam
Islam seperti kata-kata Tabik Tok Nenek ketika melalui sesuatu tempat atau Minta simpang
Malaikat 44 ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.

(7) Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang
tersabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci. Pada
kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada tangkal dan
merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Oleh yang demikian, atas sebab
itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.

(8) Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alasan boleh menghindari dari
gangguan makhluk halus.

(9) Mengantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan
tulisan yang bukannya ayat al-Quran atau sesuatu yang berkaitan dengan agama.

(10) Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin, Khadam, Masuk Tok Nenek dalam
badan (menurun). Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah
lagi berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat
berbeza sama sekali dengan manusia.

(11) Mengamalkan ilmu pengasih. Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat
menawan hati seseorang samaada dengan tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan
tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk
dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran yang ditokok
tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.

(12) Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah
dan menjemput malaikat datang ke rumah. Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu
ialah perasapan kemenyan pada malam Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh
para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun
untuk menyepuh keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya
amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu
dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada
pelakunya.
(13) Meletakkan air di dalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat Air
Malaikat. Sesungguhnya Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT daripada nur atau
cahaya yang tidak pernah menderhakai Allah SWT walaupun mereka tidak mempunyai nafsu,
tidak makan, minum, tidur, berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang disebabkan
nafsu. Oleh itu, bagaimana mungkin air boleh disediakan untuk minuman para malaikat?
Fenomena ini melambangkan tentang kejahilan tentang perkara agama.

(14) Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau. Tujuan mereka
untuk menguji sejauh mana kehebatan ilmu yang dimiliki, membantu orang lain yang
bermusuhan dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil
hak milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat layak
diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.

(15) Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau bahagian lain. Merubah
sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram. Firman Allah
dalam Surah at-Tin, ayat 4 :
7

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan
berkelengkapan sesuai dengan keadaannya.

(16) Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk
kuatkan rangsangan seks. Pemakaian raksa boleh mengkategorikan sebagai merubah ciptaan
Allah SWT dan amaln sihir, kerana pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi
kuat, kebal, tidak penat bekerja berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk
memasukkannya seperti pemakaian susuk.

(17) Menggunakan objek untuk menakuti jin. Penggunaan sesuatu objek dengan alasan
golongan jin akan takut kepada benda tersebut ataupun bermain dengannya, seperti menabur
beras kunyit di dalam rumah, menabur kacang hijau atau lada hitam, menyembur air garam
ataupun cuka di rumah, meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam rumah.
(18) Kepercayaan

kepada

kebolehan

benda

memberi

mudharat

dan

manfaat.

Mempercayai sesuatu objek boleh memberi mudharat dan manfaat seperti batu zamrud, kayu
koka, kemuning hitam, raja kayu, teras kilo dan buluh tumpat.

(19) Kepercayaan kepada tuah keranda. Lari dibawah keranda seseorang yang kita terlalu
kasih supaya tidak teringat kepadanya. Sebahagian dari fahaman khurafat yang masih lagi
menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita ialah fahaman-fahaman seperti :

Jangan makan nasi di dalam periuk atau belanga nanti jadi fakir.

Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki.

Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki.

Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke
atas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.

(20) Menzalimi binatang seperti amalan memindahkan penyakit kepada binatang atau
menyihir seseorang dengan menggunakan katak atau binatang lain. Tindakan menzalimi
binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat diterima akal dan syarak,
bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati Allah SWT.

(21) Kepercayaan kepada kebolehan seseorang mendatangkan mudharat atau manfaat.


Mempercayai seseorang wali, keramat atau seseorang seperti bomoh dan dukun boleh
mendatangkan kemudharatan ataupun manfaat.

(22) Kepercayaan kepada kejadian alam sebagai isyarat masa depan. Mempercayai sesuatu
perkara atau bunyi yang berlaku ada kaitan dengan apa-apa perkara atau kaitan dengan orang
tertentu, seperti bunyi cicak atau burung, kucing atau biawak melintas dalam perjalanan akan
membawa malapetaka.

(23) Membaca ayat al-Quran secara songsang ataupun dihentikan pada tempat yang salah
dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak. Umpamanya membaca
surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan perubatan atau untuk
menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain. Amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran
Islam berdasarkan firman Allah SWT, yang mencela sikap golongan Yahudi yang mengubahubah ayat-ayat Allah di dalam kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat. Di antara
orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat),
dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): Kami
dengar, (sedang mereka berkata Dalam hati): Kami tidak akan menurut. (Surah an-Nisa, ayat
46)
(24) Kepercayaan kepada kebolehan wafaq. Mempercayai wafaq atau huruf Hijaiyah
yang tertentu, yang tertulis sama ada secara rajah ataupun tidak dan juga yang tidak dapat
difahami maksudnya, dapat mendatangkan sesuatu manfaat ataupun mudharat. Ini adalah
sebahagian dari amalan sihir yang menyesatkan. Apatah lagi jika dikaitkan dengan sesuatu
fahaman dan iktikad umpamanya boleh melariskan perniagaan, mendekatkan jodoh dan
menghindarkan penyakit.

(25) Pengubatan yang bercanggah dengan Islam. Berubat dengan kaedah yang salah dan
haram disisi agama seperti menyembelih ayam jantan/hitam, makan bara api, menilik di dalam
air atau asap, menitik lilin di dalam air untuk mengetahui sesuatu, mandi air najis, membuka,
melihat dan menyentuh aurat pesakit tanpa hajat, berdua-duaan dengan pesakit.
9

(26) Pengubatan dengan bahan harum. Berubat dengan menggunakan bahan-bahan yang
haram. Misalnya najis, darah, nanah, air longkang, kain lampin, tuala/modes wanita yang
mengandungi kesan darah, sesuatu dari cebisan tubuh badan manusia, seperti rambut, kuku, gigi
dan tulang manusia.

(27) Upacara memanggil roh. Mengadakan upacara Tahdhirul Arwah, kononnya untuk
memanggil roh-roh tertentu masuk kedalam badan seseorang, seperti memanggil roh Syeikh
Abdul Qadir al-Jailani dan sebagainya.

(28) Pengubatan tanpa sumber agama. Berubat dengan kaedah yang tidak ada asal usul
dalam agama seperti ilmu cungkil urat dengan digaris-garis di hadapan jari kaki dan tangan yang
diurut di atas sebuah papan dengan menggunakan pisau tumpul, menggunakan pahat atau
penukul. Kononnya sebagai isyarat untuk memulihkan sendi atau urat yang sakit. Selain itu,
perlakuan memaku paku di tiang rumah untuk menghilangkan sakit gigi, menggunakan keris,
pisau, pedang dan gambar.

(29) Pengubatan oleh bomoh bukan Muslim. Berubat dengan bomoh bukan Islam, seperti
sami Hindu, sami Buddha, paderi Kristian dan tok batin Orang Asli yang menggunakan kaedah
kepercayaan terhadap agamanya ataupun jampi serapah agamanya.

(30) Mendakwa diri sebagai seorang kasyaf. Mendakwa diri sebagai seorang wali yang
kasyaf dan boleh melihat jin dan sebarang makhluk halus dan boleh menyembuhkan sebarang
penyakit.

(31) Mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik. Contohnya mesti memberi benda tajam,
atau bayaran yang berjumlah suku seperti dua ringgit suku dan membawa pulut kuning dan telur
berwarna.

10

3.0 LAPORAN DAPATAN KAJIAN


3.1

Amalan Khurafat

Daripada apa yang diperhatikan kes ini memang dikategorikan dalam kes khurafat, kerana ia
telah melakukan sesuatu amalan cukur jambul yang menyimpang daripada amalan Islam yang
sebenar.
Salah seorang daripada ahli kumpulan telah mengikuti satu majlis mencukur jambul yang
telah di lakukan oleh seorang bidan kampung di salah sebuah kampung di Pantai Remis, Perak.
Kampung tersebut memang terkenal dengan adat resam dari segi pelbagai aspek sama ada dari
segi majlis perkahwinan ataupun majlis mencukur jambul bayi yang baru dilahirkan.
Bidan tersebut tidak melakukan seperti kebiasaan yang kita lakukan perkara-perkara yang
sunat dan yang disunnahkan dalam majlis bercukur, seperti selawat keatas nabi, bertahnid dan
sebagainya. Tetapi beliau telah

melakukan satu upacara seperti upacara pemujaan atau

penyeruan dengan menyediakan bahan-bahan seperti beras pulut yang telah digaul dengan
kunyit, pulut kuning yang telah dimasak dan dijadikan ketulan sebanyak tiga ketul, tiga biji telur
yang telah direbus, daun-daun dari beberapa jenis, kemeyan, dan beberapa jenis barang lagi yang
tidak dikenali.
Sebelum melakukan upacara mencukur jambul, bidan tersebut telah membalut bayi yang
hendak dicukur dengan sejenis kain putih,kemudian beliau telah membakar kemenyan. Semasa
di dalam proses membakar kemenyan beliau telah membaca sesuatu yang tidak didengari dan
diketahui di hadapan asap kemenyan tersebut. Selepas habis membaca jampi, beliau telah
mengambil satu persatu bahan yang telah disediakan dan memperasapkan bahan-bahan tersebut.
Akhir sekali beliau telah memperasapkan bayi yang hendak dicukur itu. Sebelum proses
11

mencukur rambut bermula beliau telah menaburkan beras pulut yang telah digaul dengan kunyi
tadi di sekeliling beliau dan ke atas bayi tersebut dan juga mengusap-ngusap bayi tersebut dari
kepala hingga hujung kaki dan membuangnya seolah-olah membuang sesuatu.
Selepas membuat semua proses tersebut barulah beliau mula mencukur rambut bayi
tersebut, tetapi beliau tetap memastikan asap kemeyan itu tidak padam. Selepas selesai mencukur
rambut bayi tersebut beliau telah meletakkan bedak sejuk di seluruh kepala dan badan bayi
tersebut sepertimana kebiasaan yang dilakukan oleh bidan-bidan yang lain.
Daripada maklumat yang diperolehi melalui temu bual beberapa orang kampung tersebut,
itu adalah amalan yang biasanya dilakukan oleh bidan tersebut semasa proseses mencukur
rambut mana-mana bayi yang baru dilahirkan. Apa yang telah disaksikan oleh salah seorang ahli
kumpulan ini hanyalah separuh daripada persiapan yang dilakukan, sekiranya ahli keluarga
memaklumkan dengan terlebih awal untuk mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan beliau
akan menyediakan dengan lebih banyak persediaan dengan bermacam-macam bahan lagi.
3.2. Golingan / Individu
Perkara khurafat atau menyalahi hukum Islam yang telah diamalkan dalam kajian ini telah
dilakukan oleh seorang individu yang juga dikenali sebagai seorang bidan yang sangat
berpengalaman. Beliau seringkali dijemput oleh orang-orang dari kampung yang sama dan
kampung-kampung lain di sekitar daerah Manjung dan juga Ipoh, Perak. Beliau juga seringkali
menjadi rujukan para jururawat masyarakat (perbidanan) di daerah tersebut. Beliau berusia
lingkungan lebih daripada 80 tahun dan memiliki fizikal yang kuat dan sihat, tetapi sebagai
seorang manusia dan hamba Allah beliau juga tidak lari daripada ujiannya.

12

4.0

RUMUSAN.

Secara tuntasnya, kepercayaan khurafat boleh membawa kepada kesan negatif kepada
seseorang manusia. Khurafat boleh menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah swt
kerana mempercayai sesuatu atau ada kuasa yang lain daripada Allah Taala yang mampu
memberi pertolongan kepada mereka. Ini menyebabkan seseorang itu terkongkong kerana
pantang larang yang diamalkan serta menyekat kebebasan berfikir yang mengakibatkan
seseorang itu lemah dan mundur dalam segala hal. Bahkan mereka sanggup menghabiskan wang,
tenaga dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Akhirnya perkara tersebut menyebabkan
berlakunya huru-hara dan perpecahan dalam masyarakat kita.
Untuk membenteras dan menghalang dari berlakunya kepercayaan khurafat di kalangan
masyarakat hari ini usaha-usaha dakwah dan penerangan kepada semua peringkat umat Islam
perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah
mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang melakukan perkara khurafat iaitu dengan
mengenakan hukuman yang berat serta menghapuskan tempat-tempat yang menjadi tempat
pemujaan mereka seperti bina-binaan di atas kubur yang dianggap keramat.
Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara
kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat
yang menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan
seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan
Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat.

13

RUJUKAN
Abdullah Bin Muhammad Bin Abdurrahman Bin Ishaqalusyaikh. (2008). Tafsir Ibnu Katsir Jilid
3 . Kuala Lumpur : Pustaka Imam Asy Syafi i.
Adil Akhyar. (2012) . Khurafat Alam Melayu . Johor Bahru : Pustaka Azhar.
Muhammad Jaafar Rahim. (2003). Bimbingan Aqidah Mukmin Menuju Jalan Yang Selamat.
Kuala Lumpur : Jasmin Enterprise .
Dr.Muhammad Naim Yasin. (2011). Iman,Rukun,Hakikat dan Pembatalannya. Kedah : Pustaka
Darussalam Sdn Bhd.
http://ping.busuk.org/v/212633/31-jenis-jenis-amalan-khurafat.html
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fdakwahwanita.wordpress.com%2Fkeperca
yaan-karut%2F1-pengertian-khurafat%2F&h=WAQFuVvQs

14

15