Anda di halaman 1dari 3

Cabaran guru menuntut ilmu

2012/11/03 - 08:37:54 AM Dr Norliza KushairiCetakEmel Kawan

Guru yang menyambung pengajian perlu bijak


bahagi masa antara tuntutan kerjaya dengan belajar.

Kurang kemahiran belajar, menguruskan masa


Institusi pengajian tinggi kini dibanjiri pelajar dewasa yang sebahagian besarnya adalah guru dalam
perkhidmatan. Ini berikutan dasar memartabatkan profesionalisme guru yang diterjemahkan
melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan.
Amalan pembelajaran sepanjang hayat

Guru bergelar pelajar dewasa berdepan pelbagai cabaran dan perlu memiliki kekuatan mental.
Kekuatan mental itu ialah keupayaan minda di bawah sedar untuk mengawal pergerakan
seharian supaya tidak mudah mengalah apabila keadaan tidak menyebelahi diri"
Amalan pembelajaran sepanjang hayat sudah menjadi budaya masyarakat kita. Suasana di kampus
pada hujung minggu dan waktu cuti sekolah menjadi hidup dengan gelagat guru yang dahagakan
ilmu.
Namun, dalam senario yang memberangsangkan ini, sering kali kita mendengar permintaan mereka
untuk lanjutan tempoh menghantar tugasan kerana pelbagai sebab termasuk terpaksa membawa
pelajar ke Karnival SUKMA dan menjaga anak sakit. Inilah antara cabaran menjadi pelajar dewasa
dan cabaran bagi tenaga pengajar yang mengurus mereka.
Sepanjang pengalaman mengurus pelajar dewasa, rayuan sedemikian kerap saya terima apabila
tarikh akhir sesuatu tugasan kian hampir. Sebagai orang berkeluarga, sedikit sebanyak timbul rasa

kasihan terhadap pelajar sebegini. Namun ada kalanya kelonggaran yang diberikan akan menggugat
prestasi akademik mereka.
'Belajar cara belajar'
Apa yang saya perhatikan ialah sebilangan guru ini kurang kemahiran belajar dan menguruskan
masa. Pesan saya kepada mereka ialah belajar cara belajar. Kemahiran ini tidak datang dengan
sendiri atau tercipta sejak azali. Walaupun umum menganggap guru sudah mantap kemahiran
belajarnya, realitinya sebilangan guru yang belajar tidak begitu. Ini kerana keadaan apabila kita
mengajar dan apabila kita menjadi pelajar adalah berbeza.
Menjadi pelajar benar-benar menguji kemahiran belajar yang sering kita nyatakan kepada pelajar.
belajar cara belajar adalah hakikat yang perlu dihadapi mereka yang menuntut ilmu. Ia adalah inti
pati pembelajaran sepanjang hayat. Bukanlah segulung ijazah yang patut diidamkan, tetapi
pengalaman diraih ketika bergelar pelajar. Menjadi pelajar dewasa menguji keupayaan kita
menguruskan tanggungjawab.
Dengan komitmen yang menggunung seperti bergegas menguruskan anak, tuntutan tugas pejabat
yang tidak berpenghujung dan tugasan pengajian yang menghambat, guru bergelar pelajar dewasa
berdepan dengan pelbagai cabaran dan perlu memiliki kekuatan mental. Kekuatan mental itu ialah
keupayaan minda di bawah sedar untuk mengawal pergerakan seharian supaya tidak mudah
mengalah apabila keadaan tidak menyebelahi diri.
Menurut pengamal perubatan alternatif, Prof Dr Ibrahim Ahmad, minda bawah sedar banyak
melakukan tugas untuk kita, iaitu apa saja yang terlintas dalam fikiran akan ditangkap dan
disimpan. Ia juga boleh bertindak menjayakan atau menggagalkan misi seseorang itu.
Pengalaman jadi pelajar dewasa
Pengalaman saya sebagai pelajar dewasa membuka perspektif tersendiri terhadap pembelajaran
sepanjang hayat. Berbanding pelajar bujang yang tiada komitmen keluarga, setiap detik masa saya
terasa sangat berharga. Saya perlu menyusun jadual untuk mencapai sasaran harian yang ditetapkan
iaitu memastikan setiap jam yang saya gunakan untuk diri dan setiap jam sama yang dikorbankan
keluarga, adalah benar-benar berbaloi.
Untuk tidak mengecewakan diri sendiri, tetapkan sasaran yang kecil, tetapi bermakna untuk hari itu
dan berkesan untuk jangka masa panjang. Saya juga sengaja mewujudkan ketegangan diri iaitu
dengan menyatakan pada diri bahawa saya tidak amanah dengan anak sekiranya gagal mencapai
sasaran harian saya.
Perlu kekuatan mental
Inilah satu daripada latihan menguasai minda di bawah sedar yang saya amalkan. Saya lakukan
begini kerana saya sangat bimbang Allah akan menyoal saya kelak mengenai masa mendidik anak
yang saya korbankan. Ia juga satu perjuangan dengan diri sendiri, orang lain dan persekitaran.
Kekuatan mental adalah senjata ampuh yang kita perlukan.

Secara umumnya, menuntut ilmu itu adalah amalan mulia di sisi agama. Nabi Muhammad SAW
bersabda: Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.
(Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi). Malah diriwayatkan malaikat mengerumuni orang yang
menuntut ilmu sehinggakan jika kita bersedekah kepada mereka, pahala digandakan sehingga 700
kali.
Maka janganlah rasa gusar dengan cabaran belajar kerana menuntut ilmu adalah amalan mulia.
?Penulis ialah pensyarah di Jabatan Sains Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman, Jitra Kedah.

Anda mungkin juga menyukai