Anda di halaman 1dari 63

EVALUATION OF TEACHING

SGDC5023
AHLI KUMPULAN:
MOHD AFRIZAL BIN ZAKARIA (812232)
NOORMAWATI BT CHE AZMI (812245)

INSTRUCTOR:
ASSOC.PROF. DR NURAHIMAH MOHD. YUSOFF

THE ROLE OF PRINCIPAL AS CURRICULUM


LEADER IN THE EVALUATION OF TEACHING,
SUPERVISION OF TEACHING,
STRATEGIES AND TECHNIQUES OF SUPERVISION
AS EVALUATION OF TEACHING.
Peranan Utama Sebagai Pemimpin Kurikulum Dalam
Penilaian Pengajaran, Penyeliaan Pengajaran, Strategi
Dan Teknik-Teknik Penyeliaan Penilaian Pengajaran

KANDUNGAN
Peranan Utama Sebagai Pemimpin Kurikulum Dalam
Penilaian Pengajaran
Penyeliaan Pengajaran
Strategi Dan Teknik-Teknik Penyeliaan Sebagai
Penilaian Pengajaran

Peranan Utama Sebagai Pemimpin Kurikulum


Dalam Penilaian Pengajaran

Penyeliaan Pengajaran

Strategi Dan Teknik-Teknik Penyeliaan


Sebagai Penilaian Pengajaran

Peranan Utama Sebagai Pemimpin Kurikulum Dalam Penilaian


Pengajaran

Fungsi Kepemimpinan Pengajaran


1.Penentuan matlamat sekolah
2.Penjelasan matlamat sekolah
3.Pencerapan dan penilaian pengajaran
4.Penyelarasan kurikulumPengawasan
kemajuan murid
5.Penjagaan masa pengajaran

Fungsi Kepemimpinan Pengajaran..samb


6. Sokongan dalam aktiviti pengajaran

7. Pemberian insentif kepada guru


8. Penggalakan perkembangan profesional
9. Penguatkuasaan dasar akademik
10.Pemberian insentif untuk pembelajaran

Kerangka Kepemimpinan Pengajaran oleh Hallinger dan Murphy (1985).

KONSEPKepimpinan pengajaran
Kepimpinan pengajaran ini didefinisikan sebagai
pengaruh dan kemampuan pengetua untuk
menghalakan daya usaha guru ke arah keberkesanan
pengajaran di sekolah untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan.
Konsep kepimpinan pengajaran yang dibawa oleh
Hallinger dan Murphy (1987) iaitu peranan pengetua
dalam kepimpinan pengajaran yang meliputi tiga
dimensi utama dan 11 fungsi kesemuanya

DIMENSIKepimpinan pengajaran
1.Dimensi Pentakrifan Misi dan
Matlamat
2.Dimensi Pengurusan Program
Pengajaran / Kurikulum
3.Dimensi Pemupukan Iklim Pengajaran
dan Pembelajaran
10

1) Dimensi Pentakrifan Misi dan Matlamat


Dimensi ini melibatkan peranan pengetua
dalam membuat dan memperkenalkan
matlamat sekolah. Dua fungsi dalamnya ialah :

11

1. Merangka Matlamat Sekolah


Usaha pengetua membina dan menetapkan
matlamat sekolah dengan jelas, jitu dan selari
dengan FPK. Matlamat ini hendaklah
dipersetujui oleh guru- guru.

12

2. Memperjelaskan Matlamat Sekolah


Usaha pengetua untuk berkongsi dan
menyebarkan matlamat sekolah dengan warga
sekolah dan stakeholders sekolah melalui
ucapan, penulisan matlamat sekolah di
bangunan sekolah, laporan, pertuturan,
penulisan dan sebagainya. Tujuannya agar
semua pihak dapat bekerjasama dengan
sekolah untuk mencapai matlamat itu.

13

2. Dimensi Pengurusan Program Pengajaran /


Kurikulum
Dimensi ini melibatkan peranan pengetua
menguruskan, mengadakan dan mengelola
program pengajaran untuk menambah baik
mutu pengajaran. Tiga fungsi terkandung iaitu :

14

1)Mencerap dan Menilai Pengajaran Guru


Merangkumi tugas pengetua untuk mencerap
dan menilai pengajaran dan pembelajaran di
sekolah melalui fasa-fasa penyeliaan yang
sepatutnya. Tujuannya agar masalah P&P
dapat dikenal pasti dari akar umbinya dan
pengetua dapat membimbing guru
mengatasinya.

15

2)Menyelaras Kurikulum
Peranan guru bagi memastikan pengajaran
guru selari dengan objektif kurikulum sekolah.
Juga menyelaras hal-hal berkaitan dengan
kurikulum, tanggungjawab guru dan bahanbahan pengajaran.

16

3)Memantau Kemajuan Akademik Murid


Memastikan dan memantau dari semasa ke
semasa proses kemajuan pelajar dalam
akademik. Setiap kelemahan pelajar dikenal
pasti dan membimbing pelajar bagi
mengatasinya. Kekuatan pelajar
dimaksimumkan agar matlamat sekolah
tercapai.

17

3. Dimensi Pemupukan Iklim Pengajaran


dan Pembelajaran
Dimensi ini melibatkan peranan pengetua
untuk membina sikap dan pemikiran guru dan
pelajar serta pembinaan suasana yang kondusif
ke arah usaha gigih untuk kecemerlangan
pengajaran dan pembelajaran. Enam fungsi
terkandung dalamnya iaitu :

18

1.Mengawal dan Melindungi Waktu Pengajaran


Bertanggungjawab bagi memastikan diri
sendiri dan pihak lain tidak mengganggu waktu
P&P seperti gangguan pembesar suara, guru
dan pelajar dipanggil ke pejabat, mesyuarat,
taklimat, spot-check dan sebagainya.

19

2.Memberikan Sokongan Dalam Aktiviti


Pengajaran
Menyokong dengan menyediakan sumber
material dan bukan material untuk
memudahkan guru menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan.

20

3. Memberikan Insentif Terhadap Usaha Guru


Usaha pengetua memberikan peneguhan /
ganjaran / pengiktirafan kepada usaha guru
untuk meningkatkan komitmen guru.
Contohnya seperti pujian, sijil, cenderahati,
alat bantu mengajar, anugerah prestasi
cemerlang dan sebagainya.

21

4.Membudayakan Perkembangan Staf


Peranan pengetua untuk menggalakkan guruguru untuk mengikuti program perkembangan
staf khasnya dalam peningkatan kualiti
pengajaran sama ada di sekolah atau di luar
sekolah. Juga tanggungjawab pengetua bagi
memastikan guru-guru menyebarkan input
yang diperoleh daripada program yang dihadiri
untuk diaplikasikan bersama-sama di sekolah.

22

5.Menetap dan Menguatkuasakan Dasar /


Standard Akademik

Tugas pengetua untuk menetapkan dan


memastikan dasar akademik dipatuhi oleh guru
dan pelajar. Contohnya, gred peperiksaan
sekolah, waktu mula P&P, waktu kokurikulum,
ujian, peperiksaan dan lain-lain.

23

6.Menyediakan Ganjaran Untuk Pelajar


Melibatkan tanggungjawab pengetua
memberikan insentif / pengiktirafan kepada
pelajar sama ada dalam bentuk lisan atau
bukan lisan sebagai cara untuk meningkatkan
motivasi pelajar supaya lebih gigih untuk
cemerlang dalam pembelajaran.

24

BAGAIMANA PENGETUA BEPERANAN DALAM


PENILAIAN PENGAJARAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 merupakan
arahan pelaksanaan penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah oleh pengetua sekolah
dan diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran di
bilik darjah merupakan satu tugasan yang penting.
Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah,
tanggungjawab utama pengetua ialah untuk
memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di
sekolahnya.
25

..samb
pengetua PERLU melaksanakan penyeliaan
yang sesuai untuk sesebuah sekolah, dan juga
setiap kategori guru kerana secara amnya, guru
adalah profesional pada tahap perkembangan
yang berbeza serta memerlukan pendekatan
penyeliaan yang berbeza (Glickman, Gordon
dan Ross-Gordon, 2004).

26

....samb
Maka adalah penting bagi seseorang guru itu dinilai
dengan betul, berkesan dan adil bagi menentukan
keperluan serta meningkatkan kemahiran mereka.
Justeru, proses penyeliaan yang berkualiti amatlah
diperlukan dalam usaha meningkatkan efikasi guru.

27

CIRI-CIRI PEMIMPIN KURIKULUM DALAM


PENILAIAN PENGAJARAN
Sullivan dan Glanz (2000: 23) menegaskan
penyelia memerlukan kepakaran pengetahuan
dan kemahiran bagi membolehkan mereka
menghadapi cabaran dalam bidang
pendidikan.

28

Pemimpin kurikulum juga perlu berinisiatif tinggi,


fleksibel, sabar, bekerjasama dan berfikiran positif.
Sebaliknya, dalam situasi penyeliaan yang kurang
meberangsangkan, pengetua perlu mempunyai visi,
tahap ketabahan dan kesabaran yang tinggi serta
konsisten (Nolan & Hover, 2004).

29

Menurut Light dan Cox (2001) penyeliaan


yang baik dapat memenuhi empat dimensi
utama, iaitu intelektual, personal, sosial dan
praktikal.
Inskipp dan Proctor (2001, dalam Murphy
2004) pula mengkategorikan fungsi penyeliaan
yang baik sebagai aktiviti mendidik,
membimbing dan menasihati.
30

Glickman et al. (2004: 9), menegaskan ukuran kualiti


penyeliaan adalah berasaskan keberkesanan amalan
penyeliaan. Menurutnya lagi, penyeliaan yang
berkesan memerlukan pengetahuan, kemahiran
interpersonal, dan kemahiran teknikal. Ketiga-tiga
faktor ini diaplikasi dalam tugasan penyeliaan yang
menawarkan bantuan langsung guru dan berupaya
untuk memenuhi keperluan mereka di samping
membantu meningkatkan kualiti pembelajaran.

31

Penyeliaan Pengajaran
Elemen prasyarat seseorang penyelia:
Berpengetahuan luas
Mempunyai kemahiran interpersonal
Kemahiran teknikal yang tinggi

32

33

34

35

36

Aspek pengetahuan
Memahami tentang kaedah pendidikan andragogi dan
perkembangan guru serta amalan penyeliaan alternatif yang
dapat membantu memecah kepompong amalan kebiasaan
yang terdapat di sekolah.
Oliva dan Pawlas (2004) pula menegaskan, untuk menjalankan
penyeliaan secara berkesan, seseorang penyelia itu perlulah
mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang yang
berkaitan dan berupaya untuk menterjemahkan pengetahuan
tersebut kepada kemahiran amalan penyeliaan

37

Menguasai kemahiran interpersonal


Bagi menggalakkan orientasi hubungan yang lebih
positif serta membawa kepada perubahan
Ediger (2002) menegaskan selaku penyelia utama di
sekolah, pengetua perlu merupakan seorang yang
berpengetahuan tinggi dan berupaya menyelesaikan
segala masalah yang timbul. Sifat optimis perlu sebati
dalam jiwa pengetua.

38

Kemahiran teknikal yang tinggi


Kemahiran teknikal untuk melakukan perancangan,
penaksiran, pemerhatian, dan penilaian peningkatan
pengajaran
Menurut Lovell dan Wiles (dalam Oliva & Pawlas,
2004) pengetahuan dan kemahiran penting dalam
penyeliaan bagi tujuan mencungkil potensi manusia,
kepimpinan, komunikasi, mengkoordinasi dan
memudahcarakan perubahan, perkembangan
kurikulum, dan sebagai pemudah cara bagi
perkembangan sumber tenaga manusia.

39

Strategi Dan Teknik-Teknik Penyeliaan Sebagai Penilaian


Pengajaran

Seliaan ialah fungsi yang kritikal dalam


kepemimpinan pengajaran guru. Menurut
Glickman (1985) dan Duke (1987), penyeliaan
merupakan the glue of a successful school.

40

Penyeliaan adalah proses pembangunan dan usaha


kerjasama kearah mengesan dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Penyeliaan yang melibatkan
pihak pengurusan sekolah dan guru ialah kunci
kepada keberkesanan proses P&P dalam bilik darjah
(Tanner dan Tanner, 1987). Penyeliaan penting bagi
membantu orang yang dinilai meningkatkan
kemahiran dan kebolehan mereka dalam bidang yang
diceburi Christenson et al., (1982).

41

Penyeliaan pengajaran (instructional


supervision) yang dijalankan secara bersama
dengan guru ialah kunci kepada keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah dan sekolah.

42

43

44

45

46

47

48

49

ASPEK PENCERAPAN PROSES P&P


1. Penglibatan pelajar
2. Penguasaan pembelajaran pelajar
3. Hasil kerja pelajar
4. Perancangan dan persediaan guru
5. Kaedah penyampaian
6. Kemahiran komunikasi

50

Komponen penyeliaan proses P&P...samb


7. Penggunaan sumber pendidikan
8. Penilaian
9. Peknik penyoalan
10.Penguasaan isi kandungan
11.Pengurusan kelas dan
12.Amalan profesionalisme keguruan

51

INSTRUMEN PENCERAPAN DAN BORANG


PELAPORAN
JENIS
BORANG

PIHAK TERLIBAT

CATATAN

INSTRUMEN
PENCERAPAN

SEKOLAH, PPD & JPN

PENCERAPAN P&P DALAM KELAS.


INSTRUMEN DISIMPAN PIHAK SEKOLAH

BORANG
PELAPORAN

SEKOLAH & PPD

LAPORAN HASIL PENCERAPAN SEKOLAH


DAN PPD.

52

PENGSKORAN DAN PENENTUAN TAHAP


KOMPETENSI GURU
1. Penentuan Tahap Kompetensi
2. Pengskoran

53

LAPORAN DAN ULASAN


1. Ulasan bertulis di ruangan instrumen pencerapan
tertumpu kepada kekuatan atau kelemahan P&P
seseorang guru yang
dicerap bagi tujuan rujukan
dan tindakan susulan pihak sekolah.
2. Pengskoran setiap aspek pencerapan ( Skor 1 6)
dilaporkan secara atas talian.
3. Ulasan secara on-line adalah merujuk kepada
cadangan pihak sekolah terhadap seseorang guru
berdasarkan hasil pencerapan.

54

LAPORAN DAN ULASAN


KOD ULASAN

CADANGAN PIHAK SEKOLAH

Coaching / Bimbingan
Golongan guru bertahap Cemerlang yang boleh dibimbing menjadi guru
sumber atau dicalonkan bagi sesuatu pengiktirafan.

Mentoring / Penyeliaan
Golongan guru bertahap Baik dan Harapan yang masih memerlukan
Latihan Dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan kompetensi dalam
profesion keguruan.

Counselling / Kaunseling
Golongan guru bertahap Memuaskan dan Lemah yang memerlukan
Latihan Dalam Perkhidmatan.
Golongan guru yang mempunyai masalah sikap yang memerlukan
bimbingan kaunseling.
55

56

INSTRUMEN KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL

57

58

59

60

RUJUKAN
Hallinger, P. & Murphy, J. 1985. Assessing the instructional management
behavior of principals. The Elementary School Journal 86(2): 217-247.
Glickman, C. D., Gordon, S. P. and Ross-Gordon, J. (2004). Supervision and
instructional leadership: A developmental approach (6th ed.). Boston:
Pearson.
Sullivan, S. and Glanz, J. (2000). Supervision that improves teaching: Strategies
and techniques. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.
Nolan, J. Jr. and Hoover, L. A. (2004). Teacher supervision and evaluation:
Theory into practice. Hoboken: John Wiley.
Light, G. and Cox, R. (2001). Learning and teaching in high education: The
Reflective Professional. London: Sage Publications.

61

Inskipp, F. and Proctor, B. (2001). Making the most of supervision (2nd ed.).
London: Cascade.
Ediger, M. (2002). The supervisor of the school. Education, 122(3), 602605.
Oliva, P. F., and Pawlas, G. E. (2004). Supervision for today's schools (7th ed.).
Hoboken: John Wiley.

62

63

Anda mungkin juga menyukai