Anda di halaman 1dari 11

1.

0
Pengenalan
Mungkin kita sering kali mendengar istilah kraf dalam kehidupan ini seperti kraf tangan dan
kraf tradisional yang merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran dunia seni visual.
Seni kraf, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil kerja atau
hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran
menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk.
Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang
tersendiri. Hasil seni kraf ini selalunya dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan
masyarakat di Malaysia.Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan
hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang
dihasilkan secara turun menurun.
Seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan
diri dan sebagainya.Kraf merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek
moyang suatu ketika dahulu.Hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas
tercermin melalui bentuk, gaya , sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang digunakan
tidak terhad.
Malaysia juga mempunyai sejarah kraftangan yang lama walaupun tidak mempunyai
rentetan yang jelas namun beberapa penemuan yang boleh dikaitkan kepada budaya
penemuan kraftangan tradisional yang boleh dibanggakan. Contohnya, pada tahun 1954
satu ekspidisi yang diketuai oleh Dr. G. de. G. Sieveking dari Muzium Kebangsaan
Persekutuan telah menemui beberapa peninggalan kraf orang zaman Neolitik di bukit kapur
Perlis dan Kelantan.
Objek yang ditemui termasuk pisau batu, barangan tembikar berkaki serta serpihan yang
jarang ditemui dirantau ini. (Beamish, 19:54.) Penemuan ini telah membuka mata
masyarakat dunia terhadap kesenian dan kraftangan tradisional tempatan. Menurut William
Hunt (1952:20) dalam bukunya An Introduetion to The Malayan Aboriginese mengatakan
bahawa budaya kraf dan seni di Malaysia dibawa oleh pendatang keturunan Melayu dari
Gugusan Kepulauan Melayu, serta pendatang asing dari rantanu Asia dengan asimilasi
budaya pribumi.
Pendapat ini disokong oleh penemuan ahli anthropologi Gustay Schenk (66:61) yang
mengatakan bahawa sebahagian kepulauan Indonesia misalnya merupakan tanah besar
yang bersambung dengan Austrlia dan Malaya menjadi jambatan diantara dua benua. Oleh
itu tidak hairanlah barang kraftangan agak serupa. Menurut Dato Sulaiman Osman (20:
1994) sebagai negara berbilang kaum, kraftangan tradisi juga turut dipengaruhi oleh budaya
kaum pendatang yang kaya bentuknya serta bercampur gaul dengan budaya purba mereka.
Definasi Dan Makna Kraf
Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan
dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri
atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf"."Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa
keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil
dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran

tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai
rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. sumber: Akta 222-Akta perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan
kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa kekuatan ini juga terletak pada keahlian,
kecekapan dan ungkapan seperti pengetahuan ialah kuasa . Menurut Paul J. Smith dalam
bukunya Craft Today Poetry of the physical, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya
mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi
elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf
tangan disamping melahirkan kraf tangan individu.
Kraf Tangan Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan ( kerja seni) yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turuntemurun Proses penciptaan seni kraf tangan itu juga memerlukan daya estetika yang tinggi
demi untuk menghasilkan reka bentuk yang indah dan menarik.
Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada tumbuhtumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula adalah berkisar
kepada serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan lain-lain. Bagi kraf yang
dihasilkan oleh orang Melayu yang beragama Islam, kebanyakan motif atau corak yang
dipilih lebih berunsurkan tumbuh-tumbuhan, geometri dan arabes yang tidak bercanggah
dengan apa yang dilarang agama.Unsur-unsur figura seperti manusia, haiwan seperti
harimau, singa, gajah dan sebagainya adalah tidak digalakkan dalam seni kraf Tradisional
Islam.
Ini berlaku kerana motif benda bernyawa yang dihasilkan dalam kraf seperti batik dan
sebagainya dikhuatiri mewujudkan unsur yang tidak diingini seperti pemujaan dan
sebagainya. Di dalam tugasan pada kali ini empat seni kraf yang akan dikupas bagaimana
proses menggarap idea, mentafsir idea dan memberi pengaruh makna kepada
Falsafah Islam Tentang Seni
Dari sudut pandangan Islam juga ada menyebut mengenai seni secara tidak langsungnya.
Ini kerana, Islam amat menyukai kepada keindahan dan kecantikan kerana sifat agama
Islam itu juga sangat indah di mana ia merujuk kepada keindahan yang zahir mahupun
keindahan yang batin.
Menurut Sidi Ghazalba, seorang seniman Islam menyatakan bahawa wujud perkaitan yang
nyata antara seni dan Islam. Kata beliau, `motif seni dalam Islam adalah kerana Allah untuk
manusia. Islam menghendaki supaya seni itu dilaksanakan berlandaskan akhlak Islam ( nilai
baik dan bebas dari nilai haram ). Islam menyatakan yang indah itu baik dan baik adalah nilai
akhlak ( etika ). Seterusnya akhlak dibentuk oleh ajaran al-Quran dan Hadith.
Selain itu , di dalam Kitab Al- Iman yang telah dipelopori oleh Imam Muslim ada menyatakan
dengan jelas tentang "kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara
seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui".

Dalam erti kata yang lain, Imam Muslim menerangkan bahawa seni itu sebagai suatu bentuk
ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni
tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap
sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni.
Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu
sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan
sejak berabad lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul, maka para
seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya
penuh dengan kesenian. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan,
ketauhidan kepada Maha Pencipta.
Kraf Tradisional
6 daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang
membentuk acuan yang tersendiri. Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang
berkembang secara organik, yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada
unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam
konsep tauhid itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap
perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak
selari dengan kehendak agama. Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian
Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan
Islam mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan
keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak
Islam. 2.1 Pandangan Tokoh Timur Dan Islam a) Muslim (Dalam kitab Al-Iman.) menjelaskan
orang yang mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam semulajadi dapat mencipta suatu
karya dan menghargai objek tersebut. b) Pandangan Al-Ghazali -Seni bersandarkan
daripada Allah kpd Allah. dimana Seni akan membawa dan memimpin kita menuju kepada
Al-Falah ( keredhaan Allah ) ia juga sebagai Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk &
beriman ) c) Sidi Ghazalba - Seni tidak melampui batas kesusilaan selagi mana Seni
bertunjang daripada Allah kepada Allah. Hasil seni itu haruslah bertunjang mardatillah (
diredhai Allah) dan Seni membentuk peribadi muslim
Seni Kraf Melayu
Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan
dan pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui dan menyedari
tentang keesaan tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan
yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di
akhirat.
Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di dunia dan
Keaslian pereka bentuk istimewa ini tidak dapat dinilai harganya secara khusus. Cetusan
ide yang diluahkan terus menjadi satu visual yang sungguh ekspresif dan unik hinggakan
ianya menjadi satu bahan komoditi seni yang berharga.
Masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman
berzaman. Tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah antara seni halus yang
begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan

kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap hasil kerja
tangan tradisional ini. Beberapa topik berkaitan bidang seni halus yang akan dipaparkan
dalam lama web ini adalah anyaman, seni batik, pua kumbu, songket, tekat, kain dastar, kain
tenun, manik, ukiran kayu, ukiran batu, ukiran logam dan tembikar.
Jenis Kraf Melayu
a) Alat Domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi
kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada
ketika itu. Teknik-teknik untuk menghasilkan alat domestik di atas ialah teknik luakan, teknik
asemble dan teknik ukir.
b) Alat Permainan - alat permainan disini bermaksud alat permainan tradisi yang
kebiasaannyadimainkan untuk mengisi masa lapang selepas kerja-kerja menuai padi.
c) Alat Pertahanan Diri - dipanggil senjata. Senjata adalah alat keperluan manusia di zaman
purba. Senjata digunakan untuk memburu dan juga untuk mempertahankan diri.
d) Batik - merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan
mewarnakan kain.
e) Seni Tekat - termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang
ke atas kain dasar jenis baldu.
f) Tembikar - adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat, dibentuk dan
dibakar.
g) Seni Anyaman - merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah
buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan
cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain.
h) Seni Ukiran Kayu - merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan
untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman
dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk
tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini.
Seni Kraf Melayu Melambangkan Hubungan Yang Erat Antara Orang Melayu Dengan
Kepercayaannya Iaitu Islam
3.1 Ukiran Kayu Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang
menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan
memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi.
Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu,
memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan
menggunakan pemahat dan pisau wali Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah
lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat
etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan
melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan
teknik pengukirannya.
12. HBAE3103:Kraf Tradisional 12 Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia
merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana

terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu j, kayu adalah bahan
alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Ukiran kayu
dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu
banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan
gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk
ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang. Seni ukiran kayu di
kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan
dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau,
wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot
seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata,
peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta
kuda dan kereta lem Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam
sekitar dan cara hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim,
geografi dan persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Terdapat banyak motif
ragam hias yang terdapat dalam ukiran. Motif flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh
tumbuhan. Motif Seni Khat pula terdiri daripada ayat- ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif
fauna seperti itik pulang petang. Motif Awan Larat, Kosmos seperti matahari,bulan,bintang
dan sebagainya juga amat terkenal dengan kraf ukiran. Terdapat juga ukiran kraf alat untuk
mempertahankan diri Contohnya, bentuk bilah keris berluk mesti mempunyai bilangan yang
ganjil iaitu luk 3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan dengan sifat tuhan yang ganjil dan
suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai tulisan daripada petikan
ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa dekatnya masyarakat Melayu itu
dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada kekuasaan mukjizat tuhan.. 3.1.1 sejarah
ukiran Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun
demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara
menunjukkan terdapatnya pengukir13. HBAE3103:Kraf Tradisional 13 pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti
ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal
mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah
Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad
ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur
Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu
digelar oleh rakyat Melaka sebagai Istana Hawa Nafsu. Seni ukir di negara ini telah pun
berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan
mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam
hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti,
sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan
Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780). Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah
adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan
ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa
dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid,
wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam.
Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari
selatan negeri Thailand iaitu Patani. 3.2 Hubungan diantara Seni Ukiran Melayu dengan
masyarakat Ukiran kayu tradisional jugaadalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu yang
mengagumkan. Ukiran ini kerap kita lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid,
istana, rumah makam, rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan

hiasan dan keperluan harian seperti bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan
sebagainya. Namun di Malaysia, ukiran bukan sahaja dihasilkan oleh orang Melayu
malahan, suku kaum di Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Teknik ukiran
yang dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkin agak berbeza. Ukiran
bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alat mengukir seperti
pisau wali, carving tool(Khairuddin Talib: 2011).Terdapat empat jenis ukiran iaitu, ukiran
layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan tembus. Seni ukir di Tanah Melayu
banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu yang menyatakan seni
ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang
Melayu
14. HBAE3103:Kraf Tradisional 14 sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni
ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman
dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana
seni ukiran. yang kini menjadi peninggalan yang amat berharga. Tambahan pula,
kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa AlQuran sebagai pegangan menjadi
sumber motif ukiran bercirikan Islam contohnya kaligrafi. Seni ukiran di Malaysia juga antara
seni kraf yang terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya
dengan kayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata, dan
hiasan. 3.3 GarapanIdea Motif dan Corak dalam Ukiran Melayu Terdapat pelbagai motif
yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif flora, motif fauna, Arabes,
motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafi yang
menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek disekeliling
mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri
daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat
Al Quran. Kebanyakannya melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan
agama Islam. Dikebanyakan rumah Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat
pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat keagamaan
seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati ayat-ayat Al Quran di ukir di kayu
dan diletakkan di dinding serta ukiran motif pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau.
Di bawah adalah contoh-contoh ukiran yang telah diambil untuk kita analisis bagaimana idea
motif itu digarap dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna kepada hasil
ukiran tersebut. BENTUK-BENTUK UKIRAN a. Ukiran Tebuk Tembus Ukiran tebuk berasal
dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan
gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak.
Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.
15. HBAE3103:Kraf Tradisional 15 Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumahrumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid.
Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat,
bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang
melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah
yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga
ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri. b. Ukiran Bunga
Timbul Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat.
Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu
serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk. c. Ukiran Arca Ukiran ini
banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak

nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan
kecil.
16. HBAE3103:Kraf Tradisional 16 d. Larik Melarik merupakan satu cara orang-orang
Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan
genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat,
gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya. d. Ukiran Kayu Hanyut Ukiran ini di anggap
masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini
hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian
tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari
kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.
17. HBAE3103:Kraf Tradisional 17 TOKOH-TOKOH UKIRAN 1.Encik Latiff bin Long Latiff
bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang
mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga yang mempunyai enam
keturunan tukang kayu yang handal. Bapa Latiff juga terkenal dengan seorang pengukir.
Ukirannya masih tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri
Terengganu. Latiff telah menerima pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima
tahun. Beliau pernah memenangi pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah.
Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis
silat dalam Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff Long
adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka bengkelnya di Pasir tumbuh Kelantan
dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara. 2. Tuan Haji Wan Su bin
Othman Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di daerah Besut
Terengganu. Ukirannya sangat halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su cukup mahir
dengan motif-motif ukiran kayu. Sehingga kini beliau telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan
Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu. Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh
kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak di Besut Terengganu dan banyak menerima
tempahan dari dalam dan luar negara. 3.4 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang
Berkonsepkan Kesenian Islam
18. HBAE3103:Kraf Tradisional 18 Ukiran di atas dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul.
Idea motif adalah dari motif arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri dan ada
ciri-ciri kosmos yang berbentuk bintang di situ. Corak disusun dengan indah dan teratur
menunjukkan bahawa motif yang dipilih menggambarkan bahawa pengukir cuba melihat
dunia ciptaan Allah. Konsep penting dalam penghasilan seni ukiran yang bercirikan Islam
kerana ia mewujudkan perasaan tenang, aman dan damai di hati dan merendah diri pada
Tuhan yang Esa.Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukiran
Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002). Dalam seni ukiran Islam, pengukir perlulah mengikut
syariat agama seperti tidak menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan manusia atau
makhluk bernyawa. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi seperti
unsur- unsur, penyembahan, pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan manusia..
Selain itu, seni ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya dipelajari kerana
mengandungi nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu
kaum (Norashikin Mhd Bani,2002)
19. HBAE3103:Kraf Tradisional 19 Di atas adalah foto ukiran jenis tebuk tembus yang
bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa seni khat
adalah keitimewaan seni ukiran yang sering menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid,

surau, sekolah agama, dan segelintir rumah orang Melayu Islam. Seni khat ini berasal dari
Negara-negara Timur Tengah.Wujudnya ukiran seperti ini adalah memberi kesan keindahan
yang mendekatkan diri manusia kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran-ukiran dari pelbagai
motif itu terjalin dengan keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat
yang dapat menambat hati dan perasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin etal 2001).
Budaya Melayu sendiri juga mengajar anak-anak agar mencintai ayat-ayat Allah dan
sentiasa menyemaikan jiwa dengan iman melalui penghayatan kepada agama Islam. 3.5
Analisi Seni Tenunan Songket Melayu dengan masyarakat Tenunan juga adalah salah satu
kraf tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di kalangan kaum Melayu. Songket
merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak dahulu lagi.
Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan
yang indah dan menarik hati sesiapa yang memandang. Kemahiran dan kreativiti penenun
terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.Kedatangan
pedagang-pedagang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu telah menggiatkan lagi
perkembangan tenunan tempatan terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan,
Pahang dan Terengganu. Pada zaman dahulu, motif dan warna yang terdapat pada songket
melambangkan kedudukan seseorang. Sebagai contoh songket yang ditenun menggunakan
benang sutera halus dan benang emas dipakai oleh kerabat raja dan golongan bangsawan.
Namun kini, songket ditenun dengan menggunakan benang kapas dan mula dipakai oleh
golongan rakyat biasa dalam majlis-majlis tertentu.
20. HBAE3103:Kraf Tradisional 20 3.5Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan
Songket Melayu Motif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsurflora seperti
Bunga Tanjung, Bunga Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain
lagi. Selain itu motif daripada haiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-kupu, Ayam
Jantan, Burung Merak juga menjadi sumber inspirasi para penenun menghasilkan karya.
Satu lagi motif yang popular ialah geometri, bintang pecah lapan dan mahkota. Menurut
Koordinator Batik International Research Design Access (Birda), International Institute of
Design Excellence, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr.
Norwani Md. Nawawi, corak dan motif pada kain songket memaparkan ciri-ciri unik identiti
orang Melayu. Beliau juga menyatakan penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di
persekitaran suasana kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buahbuahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh.Mereka sangat
kreatif dan mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya
kebanyakan motif songket adalah nama-nama daripada pokok, bunga, burung dan ada juga
daripada kuih-kuih Melayu yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan
tepung talam(Dr. Norwani Md Nawawi: Utusan Online). Sesungguhya tidak pernah terfikir
oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah memahami dan menghayati seni yang
dihasilkan oleh mereka terhasil dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang
dianugerahkan oleh Tuhan. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan
melalui idea dan sumber dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang
akan menjadi tenunan hebat yang tidak ternilai.Setiap karya yang dihasilkan mempunyai nilai
estetika yang tinggi dan memikat hati sesipa sahaja yang memandang. Setiap hasil tenunan
itu kebanyakannya tidak lari daripada bercirikan Islam, yang mana secara tersiratnya,
melalui motif-motif tersebut, penenun ingin menyampaikan perasaan mereka mengenai rasa
kesyukuran dan kekaguman dengan setiap apa yang diciptakan Allah di dunia ini. Dan setiap
apa yang diciptakan olehNya itu tidak pernah sia-sia. Itulah kehebatan kraf tradisional
Melayu yang bercirikan Islam yang menemukan keindahan bukan sahaja pada karya yang

dihasilkan malahan keindahan dan kasih sayang antara seorang hamba kepada
penciptaNya. Di bawah adalah salah satu contoh hasil tenunan songket yang akan di
analisis mengenai keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dengan budaya Melayu itu
sendiri.
21. HBAE3103:Kraf Tradisional 21 3.6 Analisis Mengenai Seni Tenunan Songket Melayu
Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Tenunan songket pada gambar tersebutmerupakan
kain samping songket yang menggunakan motif arabes yang menggabungkan unsur flora
dan geometri. Motif arabes sangat popular dalam kesenian Islamkerana ia lahir dalamsatu
budaya dan tamadun yangmasyarakat awalnya mahir dalam pelbagai ilmu matematik, logik,
astronomi, kosmologi, seni bina yang kesemuanya menjadi sumber nilai-nilai estetika.
Padanan motif geometri dan bunga tersebut sangat indah disusun. Sebenarnya pemilihan
bentuk-bentuk geometri, tumbuh-tumbuhan dan corak khat adalah antara alternatif kepada
larangan menggambar yang disebut dalam hadith-hadith contohnya figura manusia atau
motif haiwan. Selain itu juga, penenun mengolah dan mereka cipta bentuk-bentuk geometri
dan hiasan bermotifkan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan keseniaan yang harmoni dan
bernilai tinggi. Penenun juga menghasilkan motif bukan sekadar indah pada pandangan
mata malah ia penuh dengan makna tersirat. Contohnya motif arabes sering diguna pakai
dalam keseniaan Islam kerana selain bentuk, idea merupakan aspek penting yg perlu
dipertimbangkan dalam penjelmaan pelbagai motif arabes. Idea yang melahirkan pernyataan
kreativiti penenun Melayu Islam dalam percubaan dan usaha mereka menggali daripada al
Quran dan Hadith. (Fleurza, 2004: CARI Malay Forum) 4.0 Seni Anyaman Melayu Anyaman
bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan
satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam
ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya
mudah dikeringkan dan lembut.
22. HBAE3103:Kraf Tradisional 22 Anyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi
kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Terdapat anyaman ketupat, tikar
mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya telah banyak dihasilkan khususnya
penduduk di kampung-kampung. Terdapat beberapa jenis anyaman kaum Melayu seperti,
anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses
menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain.
Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk mencipta
sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan
mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. Anyaman berkembang sejak dahulu lagi dan
tidak mempunyai pengaruh dari luar. Orang dahulu menganyam daunan, tali rotan, untuk
menghasilkan barang keperluan hidup seperti tikar, bakul, tempat buaian, dan kini anyaman
sudah dikomersilkan dengan penghasilan barangan menarik seperti hiasan dinding, bekas
duit, bekas tisu, alas pinggan, kipas, bekas tembakau dan sebagainya. Sewaktu dahulu,
aktiviti anyaman ini dikatakan dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan
bukan sebagai mata pencarian utama. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagi terhad
kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak, teknik
dan bahan, seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna. 4.1 Garapan Idea Motif dan
Corak dalam Anyaman Melayu. Dalam anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan
dari alam sekitar. Motif anyaman yang sering digunakan terdiri daripada tumbuhan, nama
manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak yang dihasilkan bukanlah berbentuk
figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama penyedap bicara orang zaman dahulu

sahaja.. Begitu hebat orang zaman dahulu yang berpandukan alam sekeliling untuk dijadikan
sumber inspirasi lalu dijelmakan dengan pelbagai corak yang mempunyai makna tersendiri .
Lihat Rajah 2
23. HBAE3103:Kraf Tradisional 23 4.2Analisis Mengenai Seni Anyaman Melayu Yang
Berkonsepkan Kesenian Islam Foto dipetik dari Blog Work of Art:http://intanhmd.blogspot.com/ Anyaman di atas bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih
adalah berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes.
Motif ini banyak digunakan oleh seniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang
digarap mudah dan indah. Idea anyaman ini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan
tumbuhan di sekitar rumah mereka dan bentuk-bentuk geometri di rumah yang sering dilihat
dan menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan motif yang akhirnya di kenali dengan
pelbagai nama rekaan mereka sendiri. Motif-motif ini saling berkait antara budaya Melayu
dengan kesenian Islam. Ini kerana sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskan
ciptaan Allah yang Esa. Penghasil anyaman selalunya menitikberatkan unsur Islamik dengan
mengagungkan kebesaran Tuhan dan mengelakkan unsur yang bercanggah dengan syariat
agama. Kesimpulan Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan
hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran
menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada
huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu
dengan kepercayaannya iaitu Islam. Proses penggarapan idea bagi setiap jenis kraf
mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap daripada kraf mempunyai motif dan corak dari sumber
yang hampir sama seperti flora, fauna, geometri, arabes, abstrak dan sebagainya.Namun
begitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwandan figura berbentuk manusia dilarang dan
tidak digalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang
terdapat dalam
24. HBAE3103:Kraf Tradisional 24 Islam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk
figura dan haiwan boleh mewujudkan satu elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan
perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal. Ini dikira mencabar kuasa Yang Maha
Mencipta. Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dan geometri mempunyai
makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah diri hamba
kepada Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya
penglihatan dan pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan
sekitar kehidupan mereka untuk mendapat idea. Sumber idea itu digarap dan dijelmakan
dengan pelbagai bentuk corakyang akhirnya setiap satunya diberi nama yang memberi
gambaran tentang apa yang difikirkan oleh mereka. Oleh yang demikian, penghasilan kraf,
pengusaha dan tokoh-tokoh seni ini, bukan sahaja menghasilkan karya yang indah pada
pandangan lahiriah tetapi menyerapkan unsur- unsur keagamaan seperti kekaguman
dengan ciptaan Allah berdasarkan motif-motif yang dipilih.
25. HBAE3103:Kraf Tradisional 25 Rujukan Khairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf
Tradisional.Selangor:Meteor
Doc.Sdn
Bhd.
Anyaman
http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html
Batik
http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95 Contoh Ukiran Kayu
Melayu
http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea
Contoh
Kelarai
http://artgeng.blogspot.com/2010/04/contoh-kelarai.html Hukum Melukis Gambar Menurut
Pandangan
Islam
http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=929:hukum-melukis-

gambar- menurut-pandangan-islam-&catid=7:ilmiah&Itemid=69 Hukum Melukis Objek dan


Binatang http://www.padinno.com/2011/08/hukum-melukis-gambar.html Motif Songket
Bercirikan
Orang
Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=
keluarg a&pg=ke_04.htm&arc=hive Sarawak Bidayuh Handicrafts.Beautifully crafted. durable
and functional works of art. http://www.sarawak-vacation-destinations.com/sarawak-bidayuhhandicrafts.html Seni Lama Melayu http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lamaperak-yang-terbiar-old-and.html