Anda di halaman 1dari 2

Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu( Tajuk:

Semangat kejirana semakin luntur )


Sejak belakangan ini, semangat kejirana semakin luntur. Rakyat semakin mengabaikan kepentingan
semangat kejirana, hal ini dapat dibuktikan dengan hubungan yang kurang baik ataupun kurang
memahami antara jiran. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi masalah ini untuk menjadi
teladan yang baik kepada generasi yang akan datang supaya anak-anak ataupun cucu-cucu mereka tidak
mengabaikan semangat kejiranan. Bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing.
Pada zaman modenisasi ini, taraf hidup manusia semakin meningkat bagai cendawan tumbuh selepas
hujan. Oleh itu, setiap ahli keluarga pun sibuk dengan kerjaya masing-masing mencari rezeki untuk
menapung kehendak atau keperluan mereka. Pada masa yang sama, mereka tidak sedar bahawa mereka
telah mengabaikan kepentingan semangat kejiranan. Setiap orang bekerja pada masa yang berbeza, oleh
itu sesetengah mereka langsung tidak mempunyai peluang untuk bertembung dengan jiran mereka. Ada
juga yang tidak pernah bercakap dengan jiran walaupun telah tinggal di tempat tersebut selama sepuluh
tahun. Mereka mengamalkan sikap yang tidak ingin mengambil peduli terhadap hal jiran mereka. Hal ini
amat bahaya kerana tidak mudah disedari oleh jiran yang lain ketika rumah jiran dimasuki oleh pencuri
ataupun berlaku kecemasan seperti kebakaran.
Selain itu, sikap manusia pada zaman sekarang yang lebih mementingkan diri juga menyebabkan
semangat kejiranan semakin meluntur. Manusia pada zaman sekarang lebih realistik. Mereka
menganggap segala bantuan yang diberi kepada orang lain perlu mendapat kan balasan. Masyarakat
pada masa sekarang semuanya hanya mementingkan duit dan telah mengabaikan hubungan antara
manusia. Setiap perkhidmatan yang bideri perlu dibayar seperti mengupah pembersih sampingan dan
sebagainya. Hal yang sedemikian telah memupuk sikap manusia yang menganggap bantuan yang diberi
mestilah mendapatkan faedah dan sebagainya. Oleh itu, sikap manusia yang begitu pun telah menjadi
budaya pada zaman sekarang.
Untuk mengelakkan hal ini diteruskan, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing
untuk mengatasi masalah ini demi kesejahteraan hidup kita dan suku-sakat yang akan datang. Pihak
rakyat merupakan pengaruh yang paling penting. Rakyat haruslah mengamalkan sikap saling menolong
dengan jiran mereka. Hal ini bukan sahaja dapat memupuk hubungan yang baik dengan jiran bagai kuku
dengan isi,malahnya dapat memudahkan dan mempercepatkan pelaksanaan dalam hal yang berkenaan.
Bukan itu sahaja, rakyat juga haruslah bertegur sapa dengan jiran walaupun bertemu dengan jiran di
taman, komples beli-belah ataupun tempat yang lain. Hal ini dapat membantu dalam mengekalkan
hubungan yang baik dengan jiran.
Kecuali itu, penduduk dalam sesuatu kawasan juga boleh mengadakan aktiviti gotong-royong ataupun
aktiviti pertandingan seperti pertandingan memasak, pertandingan nyanyian dan sebagainya. Dalam
aktiviti gotong-royong bukan sahaja dapat membersihkan persekitaran malahnya dapat menyedarkan
rakyat bahawa semangat kejiranan adalah sangat penting. Oleh itu, mereka akan memupuk sikap yang
berpegang teguh pada prinsip ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.Di samping itu, hubungan mereka
boleh menjadi lebih erat.
Tuntasnya, semua rakyat Malaysia haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi
masalah ini untuk menjamin kesejahteraan hidup generasi yang akan datang supaya melahirkan
masyarakat yang sihat serta negara yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai