Anda di halaman 1dari 3

THURSDAY, OCTOBER 8, 2009

IKHLAS DALAM BERAMAL DAN BERJUANG

MEMBINA SIKAP IKHLAS


Oleh: Ust. Kamal Azhari Zuhra Aljavi
Pengertian IKHLAS
IKHLAS ialah menyengajakan perbuatan semata-mata mencari keredaan
Allah Swt dan memurnikan perbuatan dari segala bentuk kesenangan
duniawi.
IKHLAS mesti membebaskan hati dari dikuasai oleh keinginan-keinginan
yang bersifat sementara, seperti: kemewahan, kedudukan, popularity,
mengharapkan simpati dari orang lain, pemuasan hawa nafsu, dan
penyakit hati lainnya.
IKHLAS adalah dampak positif dari Tauhid yang sejati, iaitu tindakan
mengesakan Allah Swt. dalam peribadatan dan memohon pertolongan.
Keutamaan IKHLAS
Firman Allah Swt: Katakanlah, Sesungguhnya solatku, ibadahku,
hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. (Q.S.
al-Anam: 162).
Padahal mereka hanya diperintahkan menyembah Allah, dengan ikhlas
mentaatiNya semata-mata kerena (menjalankan) agama (Q.S. alBayyinah:5).
Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka

hendaklah ia mengerjakan amal soleh, dan janganlah ia


mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.
(Q.S.al-Kahfi: 110).
Tanda-tanda KeIKHLASan
1. Takut akan populariti.
Seseorang yang ikhlas sentiasa merasa khawatir dirinya popular di
kalangan masyarakat, dan berusaha agar reputasi yang menyangkut diri
dan agamanya tidak tersebar luas, apalagi jika ia tergolong manusia yang
disegani dan terpandang.
Oleh kerana itu, bersikap zuhud terhadap kedudukan, jawatan dan
populariti lebih berat daripada bersikap zuhud terhadap harta,makanan
dan keperluan seks.
2. Mengakui kekurangan diri.
Hatinya tidak pernah terjangkit penyakit bangga (ujub) terhadap amal
perbuatan mahupun status dirinya. Sentiasa khawatir bahawa kejahatan
yang pernah dilakukannya tidak diampuni Allah Swt. Ia selalu cemas
bahawa semua kebaikan yang dikerjakannya tidak diterima Allah Swt.
3. Cenderung menyembunyikan amal kebajikan.
Ia lebih suka tergabung dalam kelompok akar pokok. Akar itu merupakan
tunjang utama pokok, kerana hidup dan matinya sangat bergantung
padanya, sedangkan akar pokok itu sendiri tidak terlihat oleh manusia
kerana tertanam di perut bumi.
4. Menyamakan tugas seorang Jeneral dengan tugas seorang prajurit.
Sabda Rasulullah Saw.: Beruntunglah seorang hamba yang memegang
tali kendali kudanya di jalan Allah sementara kepala dan tumitnya
berdebu. Apabila ia bertugas menjaga benteng pertahanan,ia benar-benar
menjaganya. Dan jika ia bertugas sebagai pemberi minum, ia benarbenar melaksanakannya.
5. Mengutamakan keredaan Allah Swt. daripada keredaan manusia.
Firman Allah Swt: Katakanlah, Sesungguhnya solatku, ibadahku,

hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. (Q.S.
al-Anam: 162).
6. Cinta dan marah kerana Allah Swt.
7. Sabar terhadap panjangnya jalan.
Ia akan tetap berdakwah dan berjihad di jalan Allah Swt. Ia tetap tegar
meskipun jalan yang hendak ditempuh masih jauh, kemenangan yang
akan diperoleh masih belum pasti, kejayaan masih jauh dari harapan, dan
meskipun ia harus menghadapi pelbagai kesukaran kerana
kecenderungan dan sikap manusia yang berbeza-beza. Semua cabaran
itu tidak menyebabkan ia menjadi malas, letih dan putus asa sehingga
berhenti ditengah jalan.
8. Merasa gembira jika kawannya memiliki kelebihan.
Seseorang yang ikhlas selalu memberikan kesempatan kepada orang lain
yang mempunyai kemampuan. Ia memberi peluang orang itu tampil dan
berperanan tanpa merasa iri hati dan mendendam.
Ramai penguasa yang berusaha keras mempertahankan kekuasaannya
dengan dalih bahawa mereka lebih mampu memimpin kapal yang sedang
berlayar, dengan alasan demi kepentingan rakyat dan agama.

Anda mungkin juga menyukai