Anda di halaman 1dari 2

Kajian Kes Murid Disleksia

1.0 PENGENALAN
Pelbagai definisi diberikan kepada istilah disleksia. Namun secara umumnya di dalam
pendidikan, kanak-kanak disleksia adalah kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam
membaca, menulis dan mengeja tetapi ramai yang tidak menyedari akan hal ini dan yang
menjadi mangsa adalah kanak-kanak itu sendiri yang dilabelkan sebagai malas, bodoh dan
lembab. Hakikatnya hampir semua sekolah mempunyai kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri
disleksia cuma yang membezakan adalah tahap disleksia mereka sama ada ringan, sederhana
ataupun teruk.
Walaupun disleksia merupakan fenomena neurologi namun ini boleh diatasi melalui programprogram pendidikan. Oleh sebab itulah Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha
melaksanakan pelbagai program pendidikan di sekolah-sekolah agar murid-murid ini diberi
intervensi awal bagi mengawal kesukaran-kesukaran yang dialami oleh kanak-kanak tersebut.
Antara program yang dilaksanakan adalah Program Pendidikan Disleksia di mana terdapat dua
kelas diadakan untuk kanak-kanak disleksia iaitu kelas inklusif menempatkan murid yang
mengalami masalah dalam menguasai sebahagian besar kemahiran dalam mata pelajaran
manakala kelas khas disleksia dilaksanakan di dalam kelas pemulihan khas yang tidak
menguasai kemahiran 3M. Dalam program pemulihan khas, kanak-kanak ini diberi satu
intrumen untuk mengenalpasti mereka adalah disleksia dan perlu diberi perhatian sepenuhnya.
Selain itu satu program pendidikan pada hari ini yang sedang rancak dilaksanakan
adalah Program Linus yang telah diletakkan di bawah NKRA untuk menunjukkan bahawa
Kementerian Pelajaran Malaysia benar-benar menitikberatkan pendidikan awal bagi mengatasi
masalah pembelajaran kanak-kanak di peringkat awal dengan memberi saringan-saringan
yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan bagi mengesan kanak-kanak yang tidak berupaya
menguasai 3M disebabkan disleksia atau sebagainya.
Saya melihat program linus yang mula dilaksanakan pada tahun 2010 ini dapat mengatasi
murid-murid yang tidak berupaya menguasai 3M dengan cepat hasil kerjasama semua guru
yang terlibat, pegawai Linus serta pihak kementerian sendiri turun padang dalam melaksanakan
program ini. Malah murid yang didapati disleksia ( kebanyakan Linus Tegar ) dapat dikesan
awal dan diberi susulan lanjut bagi mengatasinya dengan meletakkan mereka di dalam kelas

pemulihan khas. Di sini mereka akan diajar oleh guru pendidikan khas yang menggunakan
pelbagai kaedah, pendekatan dan modul-modul yang sangat bersesuaian dengan penuh
ketekunan dan kesabaran bagi merangsang kanak-kanak ini minat untuk belajar.
Walaupun ada murid disleksia akan mengambil masa yang lama untuk benar-benar menguasai
3M, namun saya percaya kanak-kanak ini akan beroleh kejayaan yang tersendiri. Yang penting
guru berperanan melaksanakan intervensi awal bagi kanak-kanak ini supaya permasalahan
mereka dapat di atasi di peringkat awal dengan menempatkan mereka di tempat yang sesuai
dan diberi pendekatan yang sewajarnya.

Anda mungkin juga menyukai