Anda di halaman 1dari 21

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih Maktab
Perguruan Semasa Menjalani Praktikum
Shukri Haji Zain
Jabatan Penyelidikan & Pembangunan

Abstrak
Kertas kerja ini berasaskan penyelidikan yang telah dijalankan ke atas 220 guru pelatih Maktab
Perguruan Tun Abdul Razak. Maka, fokus kajian ini bertujuan menganalisis amalan penggunaan
media dan teknologi pengajaran secara teoritikal dan semasa guru pelatih menjalani praktikum.
Dapatan kajian menunjukkan tahap kesedaran guru pelatih terhadap penggunaan media dan
teknologi dalam P&P adalah tinggi. 72.9% mengakui keberkesanan penggunaaan media dan
teknologi dalam memupuk dan meningkatkan minat pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran di bilik darjah. Walau bagaimanapun, kajian ini turut mendapati persekitaran
sekolah dan sumber sedia ada yang tidak memberansangkan daripada segi infrastruktur dan
latihan pembangunan diri guru telah mempengaruhi kecenderungan pemilihan dan penggunaan
media pengajaran oleh guru pelatih. Media autoritatif merupakan pilihan paling kerap (53.6%),
manakala media futuristik hanya menjadi pilihan 7.3% guru pelatih. Secara khusus, ujian statistik
korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara penggunaan media
dan teknologi pengajaran dengan komitmen guru pelatih terhadap praktikum (r=0.61, p<0.05).
Hasil Ujian-t dan ANOVA pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap penggunaan media
pengajaran di kalangan guru pelatih berdasarkan ciri-ciri demografi terpilih. Berasaskan dapatan
melalui temubual, beberapa cadangan reflektif dan intuitif telah dikemukakan ke arah
mengintergiritikan teknologi dalam P&P secara lebih efektif.

Pengenalan
Sistem pendidikan negara ini sedang melalui tahap perubahan menuju era globalisasi.
Sehubungan itu Teknologi Maklumat (IT) merupakan agenda penting yang akan
diasimilasikan sebagai komponen dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran
(P&P) bestari di sekolah. Ini bermakna guru harus bersedia mengasosiasikan perubahan
ini sebagai teras sesuai dengan matlamat negara untuk melahirkan generasi pekerja ilmu.
Maka, penggunaan media dan teknologi pengajaran (MTP) adalah antara amalan guru
yang dapat dijana dengan optimum dalam acuan implimentasi P&P yang berkesan. MTP
dan guru adalah gandingan yang tidak dapat dipisahkan khususnya kepada guru pelatih.
Telah dibentangkan di Konvensyen Kebangsaan Teknologi Pendidikan ke-15, UPSI-PTPM 6-9 Sept. 2002,
Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis.

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

Media Pengajaran
Media pengajaran dapat diertikan sebagai apa sahaja bentuk alat, bahan atau sumber
sama ada konkrit atau abstrak sifatnya yang dapat diguna dan dieksploitasikan oleh
seseorang secara sistematik untuk menyampaikan mesej-mesej pengajarannya (Wan Zah
& Naim Hj Ahmad, 1997). Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) media
merupakan perantara dalam interaksi guru dengan pelajar. Dalam proses ini, interaksi
yang wujud adalah berbentuk amalan kemahiran berkomunikasi (Shukri, 1997) yang juga
merupakan media asas penyampaian kandungan dan mesej oleh guru kepada pelajar. Ini
bermakna guru boleh memanfaatkan media sebagai salah satu cara pengurusan P&P
secara berkesan. Misalnya, dengan menjayakan konsep P&P berpusatkan pelajar,
mengikut

gaya

progressive

education

saranan

Dewey

(Starr,

1999)

yang

mengintergrasikan media dan teknologi pengajaran dalam bilik darjah, maka ia dapat
membantu meningkatkan

kemahiran berfikir dan kreativiti (Badrul Hisham, 2000)

penyelesaian masalah oleh pelajar.

Media pengajaran dianggap sebagai inovasi daripada alat bantu mengajar (ABM) yang
menurut Wan Zah et. al.,(1997) pada era siber ini ABM dilihat sebagai sesuatu yang telah
usang. ABM pada konsepnya tidak memberikan apa-apa, ia hanya sekadar alat bantu
sahaja. Kalau perlu ia akan digunakan dan sebaliknya (Wan Zah et. al.,1997). Terdapat
beberapa alasan mengapa Wan Zah et. al. (1997) berpendapat bahawa ungkapan baru
yang harus digunakan bagi menggantikan ABM ialah media pengajaran.
pengajaran dikatakan mendasari konsep-konsep berikut:

Media

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

a. ia adalah sesuatu yang perlu untuk proses komunikasi (P&P) berjalan dengan baik
dan lancar
b. ia adalah sesuatu yang perlu ada sebagai perantara di antara guru sebagai
penyampai dengan pelajar sebagai penerima
c. guru secara langsung perlu berfikir, merancang dan bertindak secara sistematik
dan rasional sebelum sesuatu media pengajaran itu digunakan
d. media penegajaran memerlukan pengintergrasiannya ke dalam kurikulum. Ia perlu
disepadukan ke dalam kaedah-kaedah pengajaran secara sistematik dan
berperancangan
e. media pengajaran merupakan komponen penting yang digarap secara bersepadu
di dalam proses merekabentuk mesej pengajaran

Media mempunyai ciri dinamik dan inovatif yang akan terus mengalami perubahan
secara kualitatif. Era globalisasi telah mengemaskinikan sifat media dan melahirkan
konsep multimedia. Menurut Heinich (1996); multimedia refers to any combination of
two or more media formats that are intergrated to form a formal or instructional
program. Ia melambangkan gabungan beberapa media bergerak dan kaku (Badrul
Hisham, 2000) dalam menjana proses P&P. Pendekatan multimedia (Ely, 1963)
menghubungkan di antara alatan dengan program yang kemudiannya diadun sebagai
strategi interaktif dalam kaedah pembelajaran pelajar. Dari sudut teknologi pengajaran,
gabungan dua atau lebih media tersebut disepadukan secara sistematik untuk membentuk
kesatuan mesej-mesej maklumat atau program untuk pengajaran dan saling lengkap

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

melengkapi di antara satu media dengan media yang lain ke arah terbinanya pengajaran
yang efektif.

Kedudukan media pengajaran dari perspektif teknologi pendidikan dapatlah dirumuskan


seperti Rajah 1 berikut:

Media Pengajaran

Media Pembelajaran

Teknologi Pendidikan

AV
A

Teknologi Pengajaran

AVA

Teknologi Pembelajaran

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

Teknologi Pengajaran
Teknologi pengajaran adalah gabungan harmonis dan sistematik di antara perkakasan,
perisian dan seni penggunaan dan pengendalian untuk mencapai pengajaran yang
berkesan dan penuh bermakna (Wan Zah Wan Ali et. al., 1997). Ini bermakna, asas dalam
teknologi pengajaran merupakan kombinasi interaksi di antara alat/bahan dengan tatacara
aplikasi oleh individu yang menguruskannya dalam persekitaran bilik darjah khususnya.
Berdasarkan Rajah 2, jelas bahawa matlamat dalam teknologi pengajaran adalah untuk
mencapai pengajaran yang bermakna kepada pelajar.

Rajah 2: Model Konseptual Teknologi Pengajaran

GURU

PERKAKASAN

PERISIAN

SENI PENGGUNAAN

PENGAJARAN BERKESAN
Bahkan, teknologi pengajaran merangkumi penggunaan kemahiran dan teknik moden
dalam keperluan pendidikan. Ia meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan media
dan kaedahnya dan pengawasan persekitaran setakat mana ia boleh menimbulkan situasi
pembelajaran (Derek Unwin, 1976) dengan berkesan.

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

Penggunaan kemahiran merujuk

kepada semua kemahiran sedia ada dan yang

diperlukan sebagai guru terlatih untuk menghasilkan pengajaran yang terbaik. Antara
elemen-elemen yang membina fungsi kemahiran ini ialah seperti kemahiran
mengenalpasti, menganalisis dan menggunakan alat, keupayaan

mencerna dan

mengaplikasikan teori kepada pelajar dan proses-proses penegajaran serta kecekapan


mentadbir persekietaran pedagogi. Selain itu, penggunaan kemahiran turut mengambil
kira pertimbangan sahsiah dan sifat-sifat guru yang berkesan dan baik yang terterap
melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebagai pelengkap kepada
komponen ini, aspek kemahiran komunikasi berkesan turut memainkan peranan penting
dalam konteks menambah baik ciri-ciri sedia ada dengan tahap kualiti yang dijangkakan.

Teknik moden yang dimaksudkan ialah kemahiran penggunaan kaedan dan pendekatan
penegajaran terkini yang berdasarkan kerangka teori, kajian dan kaedah-kaedah sejaga
yang telah teruji secara signifikan sama ada melibatkan gabungan bersama alatan atau
sebaliknya. Menurut Wan Zah Wan Ali et. al. (1997) penggunaan yteknik moden ini turut
melibatkan pendekatan hasil daripada inovasi sendiri. Multimedia, Akhbar Dalam Darjah
(ADD), audio tutorial, pendidikan jarak jauh dan KBSR merupakan antara contoh
penggunaan teknik moden.

Media pula harus dilihat sebagai alatan yang berpotensi sebagai suatu wahana dalam
usaha menyampaikan mesej pengajaran dengan efektif. Ia melibatkan segala media
pengajaran dan Audio Visual Aid (AVA)

yang dianggap mampu menghidupkan

ransangan kelima-lima pancaindera pelajar ke arah memahami dan mentafsir mesej yang

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

terkandung dalam pengajaran tersebut. Tanpa media, proses pemafahaman dan


pentafsiran menuntut lebih banyak perancangan pedagogi bagi mencetuskan ransangan
berkesan kepada pelajar. Keupayaan sebegini tidak lazim berlaku, kecuali kepada
sebilangan guru yang memang berbakat semula jadi (born teacher), di samping
kelayakan ikhtisasnya.

Wujudnya media memberi makna perlu lahirnya tata cara penggunaan media tersebut.
Situasi ini mempunyai hubungan yang signifikan dengan kaedah penggunaan media
yang terangkum di dalamnya gelungan-gelungan proses, kaedah, strategi dan kemahiran
dalam menggunakan dan mengaplikasikan satu-satu alat media tertentu secara berkesan
kepada persekitaran P&P. Menurut Resier & Gagne (1983) pada tahap ini timbulnya
keperluan guru pendidik menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam teknologi
pendidikan. Pemilihan dan kaedah penggunaan media pengajaran memerlukan guru
pendidik menghubungkaitkan kesesuaiannya dengan keperluan dalam isi pelajaran dan
objektif-objektif yang dirancangkan.

Dari perspektif teknologi pengajaran, pengawasan persekitaran

merupakan tahap

tertinggi dalam mengusahakan implimentasi P&P sebenarnya. Di peringkat ini, cabaran


sebenar guru bermula apabila timbulnya keperluan penguasaan dan penghayatan disiplin
psikologi pendidikan bagi membina persekitaran dalaman P&P yang kondusif.
Persekitaran dalaman P&P merujuk kebolehcekapan guru menjana minat dan perhatian
pelajar supaya proses P&P dapat berjalan lancar. Pada masa yang sama guru perlu
mempertimbangkan persekitaran luaran P&P seperti kemudahan fizikal sedia ada untuk

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

melaksanakan proses P&P berasaskan media dan teknologi pengajaran yang dipilih.
Ruang kelas yang sesak kerana saiz pelajar yang besar mungkin menjadi faktor gangguan
kepada keselasaan pembelajaran pelajar. Persediaan pengawasan persekitaran dalaman
dan luaran P&P bakal menjadi penentu kepada keberkesanan pemilihan media dan
tatacara penggunaannya dalam bilik darjah.

Media dan Teknologi


Sesuatu media yang akan digunakan dalam proses P&P biasanya disokong oleh lebih
daripada satu jenis teknologi / peralatan (Chua, L.T., 1999). Contohnya, media televisyen
yang digunakan dalam sesi P&P boleh digabungkan dengan teknologi kaset video.
Pelajar dapat menonton televisyen, dan pada masa yang lain mereka berpeluang
menonton program dari pita video melalui kaca televisyen yang sama. Ini merumuskan
bahawa media pengajaran dan teknologi pengajaran adalah saling berkaitan dalam
gelungan fungsian teknologi pendidikan. Situasi ini boleh dilihat melalui contoh-contoh
yang terdapat pada Jadual 1 yang disesuaikan dari Chua, L.T. (1999).

Jadual 1: Hubungan Contoh Media dan Teknologi Pengajaran


Media
Komputer
Audio
Bahan Cetakan
Tiga Dimensi

Teknologi
CD-ROM, VCD, Modem, Telekonferens & e-mail
radio, kaset & telefon
mesin fotostat, tulisan tangan, ilustrasi & mesin taip
teater, slaid & topeng

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

Sorotan Kajian
Kajian-kajian berkaitan penggunaan media dan teknologi pengajaran dalam P&P secara
khusus ada yang berfokus kepada guru dan ada pula yang menjurus kepada situasi
pembelajaran pelajar. Christensen (1997) berpendapat bahawa pembinaan watak guru
adalah penting dalam konteks penggunaan teknologi komputer. Dengan itu, guru perlu
diberi latihan berkaitan kemahiran penggunaan komputer dan pada masa yang sama
meningkatkan pendekatan penggabungjalinan P&P berpusatkan pelajar. Pendapat ini
disokong oleh dapatan kajian yang dijalankan U.S. Department of Education (1993)
yang antara lain menyebut pentingnya kerjasama antara guru dengan teknologi ke arah
menyediakan cabaran terhadap peluang-peluang pembelajaran dengan lebih berkesan.
Dapatan kajian Shafie Mohd Daud (2002) yang menyentuh aspek keberkesanan P&P
melalui media sidang video dalam program pendidikan jarak jauh, turut menunjukkan
bahawa keberkesanan P&P melalui sidang video adalah setara dengan kaedah P&P
bersemuka. Hasil analisis antara ujian pos bagi kedua-dua kumpulan pelajar yang
mengikuti pengajaran secara bersemuka dan sidang video menunjukkan tidak wujud
perbezaan yang signifikan (Shafie Mohd Daud, 2002). Kajian yang dijalankan oleh
Treagust (1993), McNabb(1994) dan Simpson (1991) menunjukkan pencapaian dalam
peperiksaan anatara pelajar yang mengikuti kursus melalui sidang video dan pelajar yang
mengikuti kuliah biasa adalah sama dan tidak wujud sebarang perbezaan yang signifikan
dalam min markah ujian akhir mereka (Shafie Mohd Daud, 2002).

Menurut Schram (1977) tatacara atau bagaimana sesuatu media itu digunakan adalah
lebih penting daripada membuat keputusan memilih sesuatu media dalam proses P&P. Ini

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

berdasarkan hujah bahawa dalam proses P&P pelajar lebih dipengaruhi oleh apa yang
disampaikan dan bukannya oleh sistem penyampaian (Balakrisnan & Zainal Aalam,
1995).

Clark (1983), Jonassen (1985) dan Wilkinson (1980) yang membuat kajian

perbandingan media mendapati bahawa

media tidak mempengaruhi pencapaian

pembelajaran. Jika diintergrasikan secara teratur dalam proses P&P media mampu
mempengaruhi minat pelajar terhadap pembelajaran. Clark & Sugrue (1988), Jonassen
(1985) dan Clarks & Salamon (1986) melalui sorotan mereka menunjukkan pencapaian
dalam proses P&P bukanlah disebabkan oleh penggunaan media semata-mata. Aspekaspek lain yang perlu dititikberatkan ialah kerangka konseptual dan model-model yang
menyokong penggunaan dan pemilihan media tertentu (Balakrisnan et. al., 1995).

Dari perspektif

literasi aplikatif (celik guna) media dan teknologi komputer dalam

pengurusan pendidikan, kajian Shukri (2002a) mendapati tahap literasi aplikatif komputer
di kalangan 50 orang pensyarah institut perguruan di Sarawak adalah tinggi dalam keduadua dimensi pengurusan pendidikan; iaitu min

3.40 (kurikulum) dan min 3.58

(maklumat). Manakala sikap pensyarah terhadap penggunaan komputer adalah positif


(min 3.56) melalui dimensi kepuasan (min 3.53) dan keyakinan (min 3.65) walaupun
mempunyai peluang terhad mengikuti kursus berkaitan teknologi maklumat (Shukri,
2002). Keadaan ini berbeza dengan dapatan kajian Badrul Hisham (1999) yang
menunjukkan sebilangan besar guru matematik tidak berpeluang menggunakan komputer
dalam P&P dan kurang didedahkan dengan penggunaan komputer dalam P&P
berbantukan komputer. Namun begitu, beliau mendapati guru-guru mempunyai sikap

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

positif terhadap penggunaan media dan teknologi komputer dan bersedia menggunakan
komputer dalam membantu tugas harian mereka (Badrul Hisham, 1999).

Menurut Badrul Hisham (1999) di negara-negara maju, komputer dikatakan telah banyak
membantu P&P dan ini membuatnya amat sesuai digunakan di sekolah-sekolah. Ini
dijelaskan oleh Wyat (1984) :
Computer-assistant learning has already begun to fulfill its promise. One very
successful case history is in basic matematics. Here, instructional materials of drill-andpractice and tutorial type have consistently shown that they can significantly anhance
regular classroom instruction.

Dalam konteks Sekolah Bestari di negara ini, P&P berasaskan bahan IT yang semakin
interaktif membolehkan pelajar mengikut pembelajaran kenbdiri dengan diasuh dan
dimbing oleh guru. Bahan P&P yang disediakan sebagai perisian dapat diperingkatperingkatkan mengikut tahap kesukaran (Lee, O.K., 1999). Secara lebih luas, dimensi
teknologi pengajaran, khususnya teknologi maklumat (IT) dapat menyokong usaha dan
fungsi guru, termasuk fungsi membangunkan dan mencorakkan secara khusus bahan
pengajaran,

menjalankan

penilaian

pemebelajaran

pelajar

secara

berterusan,

memperluaskan kandungan dan pengetahuan guru dalam pengajaran, serta berkomunikasi


dengan ibu bapa (Means, 1993).

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

Analisis Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran


Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Shukri (2002b), terdapat trenda yang
tersendiri yang dikesan berkaitan pemilihan dan penggunaan media dan teknologi
pengajaran oleh guru pelatih (GP) semasa menjalani praktikum. Skop media telah
dibataskan hanya kepada empat bentuk , iaitu:
a.

media autoritatif - yang terdiri dari bahan-bahan cetak konvensional seperti kad
manila, kertas mahjong, lembaran dan keratan akhbar.

b. media characteristic yang terdiri dari bahan cetak yang lebih kreatif seperti
lukisan, poster, foto, majalah, risalah dan buku.
c.

media realistic yang terdiri dari media tiga dimensi seperti topeng, arca, model
dan akuarium; dan turut melibatkan media elektronik statik asas seperti Over
Head Projector (OHP), slaid, radio kaset dan telefon.

d. media futuristic yang melibatkan asas dalam kerangka teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) seperti komputer, internet, e-mail, tele-konferens, aplikasi
games dan program dalam bentuk CD-ROM dan CD.

Jadual 2: Tahap Pemilihan Media dan Teknologi Pengajaran


Media
Autoritatif

Kekerapan

Peratus

118

53.6%

Characteristic

65

29.5%

Realistic

21

9.6%

Futuristic

16

7.3%

220

100.0%

Jumlah

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

Berdasarkan Jadual 2, didapati trenda pemilihan media dan teknologi pengajaran oleh
guru pelatih lebih menjurus kepada media autoritatif. Daripada 220 orang responden yang
menjadi sampel kajian, 118 (53.6%) daripadanya lebih kerap menggunakan media seperti
kad manila, kertas mahjong, lembaran kerja dan keratan. Tahap penggunaan terendah
ialah melalui media futuristic yang hanya mencatatkan 16 (7.3%). Manakala media
characteristic menjadi pilihan 29.5% (65) guru pelatih dan media realistic

pula

menunjukkan pilihan 9.6%(21) sahaja daripada 220 orang sampel yang dikaji.

Dapatan yang diperolehi melalui temu bual secara thinking aloud antara lain responden
mengaitkan kurangnya dorongan mengaplikasi media dan teknologi pengajaran dalam
P&P adalah berkaitan persekietaran dalaman sekolah yang kurang memberansangkan.
Kemudahan infrastrktur di sesetengah sekolah masih di tahap rendah. Guru pelatih
melihat keadaan ini sebagai faktor penolak kepada aplikasi media:

. Encik, sekolah kami ok. cikgu-cikgu mesra. Tapi alatan yang ada tak berfungsi
rosak sebab tak dipakai [S5/TB-DPM]. Bukan semua kelas ada power point..dan yang
ada pulak belum tentu ok.. terkopak.. sumbat..alah rosaklah tu [S7/TB-DPM]. Bila kami
nak pakai OHPcikgu-cikgu situ pandang dan senyum semacam. Perlilah tu [S3/TBDPM]. Any way..kami bawa bahan sendiri dan cipta media kami sendiri. Nak harapkan
pusat sumber atau AVA room ..susah cakaphidup segan mati tak mau. Bahan lama aje..
so what..?. sabar ajelah[S2/TB-DPM]. Niat hati memang nak gunalah audio viseo aid
macam tv ke, VCD atau CD kan.. bila fikir balik lecehlah, kena prepare banyak
risikopun ada. Guru besar macam risau saja [S1/TB-DPM].

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

Jadual 3: Respons GP Kepada Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran


Item
01

Pernyataan

Saya seharusnya kerap mempelbagaikan

90

26

91

11

0.9%

41%

penggunaan media pengajaran


02

11.8% 41.3%

5%

Teknologi

pengajaran

tidak

dapat

21

126

63

membantu

mempertingkatkan

proses

9.5%

57.3%

3.6%

28.7%

0.9%

17

38

129

31

2.2%

7.7%

42

120

10

38

10

19%

54.9%

4.5%

17.1%

4.5%

45

135

20

15

9.3%

6.8%

2.2%

pengajaran guru
03

Penggunaan

media

penegajaran

membantu meningkatkan minat pelajar

17.2% 58.6% 14.3%

terhadap pembelajaran
04

Media

pengajaran

futuristic

hanya

berkesan untuk pembelajaran pelajar di


bandar
05

Saya

tidak

kemahiran

perlu

meningkatkan

dan

pengetahuan 20.4% 61.3%

menggunakan lebih daripada satu media


dan teknologi pengajaran
06

Menggunakan

media

pengajaran

konvensional (autoritatif) sudah memadai

22

132

18

42

10%

60%

8.1%

19.2%

2.7%

42

122

46

0.9%

21%

3.6%

untuk perkembangan pelajar


07

Persekitaran sekolah menggalakkan saya

memaksimumkan penggunaan teknologi 19.1% 55.4%


pengajaran
Item
08

Pernyataan

Bahan, alat dan perisian untuk teknologi

38

102

62

12

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

pengajaran mudah diperolehi dari Pusat 17.2% 46.4% 2.7% 28.2% 5.5%
Sumber
09

Pusat

Sumber

memotivasikan

yang
guru

lengkap

boleh

38

24

128

22

merancang

P&P

3.6%

17.2%

11%

58.2%

10%

22

133

1o

50

dengan lebih kreatif


10

Pengurusan Pusat Sumber sekolah saya


kelihatan kemas dan terancang

1 Amat Tidak Setuju.

2 Tidak Setuju.

10%
3 Tidak Pasti.

60.5% 4.5% 22.8% 2.2%

4 Setuju.

5 Sangat Setuju.

Berdasarkan Jadual 3, GP yang berpendapat perlunya mereka kerap mempelbagai


penggunaan media pengajaran hanyalah di tahap 46.3%. Manakala 41.9% daripada GP
tidak bersetuju dengan pandangan ini. Situasi ini timbul kerana mereka menganggap
penggunaan media pengajaran perlu disesuaikan dengan kehendak topik atau mata
pelajaran yang akan diajar. Tidak semua topik menuntut aplikasi kepelbagaian media dan
teknologi pengajaran (MTP). Malah dalam konteks sekolah di pedalaman, perkara ini
dilihat oleh GP sebagai membebankan.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna GP membuat penolakan mutlak dan pasif.
Kesedaran akan pentingnya (MTP) kepada proses pengajaran guru yang lebih berkualiti
diakui oleh 66.8% GP. Mereka menolak pernyataan pada item ke-2 yang merujuk MTP
tidak membantu guru meningkatkan proses pengajarannya. 65 orang (29.6%) GP
menunjukkan rekasi setuju dengan pernyataan item ke-2, banyak dipengaruhi oleh
amalan pedagogi yang mereka lihat daripada guru pembimbing dan guru-guru sedia ada
yang lebih cenderung kepada pendekatan konvensional. Persekitaran penolakan anjakan

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

paradigma baru oleh mereka kerap menimbulkan dilema kepada GP sama ada perlu
mencuba aspirasi pedagogi atau akur kepada persekitaran konvensional di sekolah.. Ini
ditunjukkan oleh sikap tidak pasti 3.6% GP.

Dari sudut teknologi pembelajaran, 72.9% dari GP mengakui keberkesanan penggunaan


MTP dalam memupuk dan meningkatkan minat pelajar untuk lebih partisipatif dalam
aktiviti P&P. Hanya 9.9% GP menolak pernyataan ini. Namun, peratus GP yang tidak
pasti lebih tinggi daripada peratus penolakan. Melalui dapatan temubual, GP percaya
minat pelajar turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti penmapilan guru, nilai
pemberatan topik dan suasana bilik darjah serta persekitaran.

Respons GP kepada pernyataan item ke-4 menunjukkan pentingnya pelajar di pedalaman


disediakan peluang dan kemudahan yang setanding dengan pelajar di bandar.
Terutamanya dalam penyediaan perkakasan dan perisian teknologi pendidikan terkini.
73.6% GP menyangkal pernyataan MTP berasaskan futuristic dan realistic hanya
berkesan untukpembelajaran pelajar bandar. GP mendapati adanya perubahan sikap
pelajar pedalaman apabila mereka dibawa melawat pusat sumber di maktab perguruan.
Ada asas bahawa GP di kawasan bandar dan di pedalaman yang gusar dengan kekangan
menguruskan MTP tahap tinggi ini mengambil sikap mudah dengan menafikan manfaat
penggunaannya (21.6%) jika dicuba kepada pelajar dengan pebuh iltizam.
Pernyataan bentuk negatif pada item ke-5 bahawa saya tidak perlu meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan menggunakan lebih dari satu MTP tidak dipersetujui oleh
81.7% GP. Signifikannya, GP bersikap positif terhadap self and content based

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

development. Situasi ini mempunyai hubungan yang signifikan dengan penolakan 70%
GP terhadap pernyataan item ke-6 bahawa menggunakan media autoritatif sudah
memadai untuk perkembangan pelajar. Ini bermakna, latihan ikhtisas di institut
perguruan memberi pengaruh kolektif kepada ketrampilan dan pemikiran reflektif GP
bahawa mereka perlu bersikap mesra ilmu walaupun 74.5% dari mereka mengakui
persekitaran sekolah tidak menggalakkan (item ke-7) serta sukarnya (63.6%)
memperolehi bahan, alat atau perisian dari pusat sumber sekolah (item ke-8).

Pengurusan pusat sumber yang lengkap dianggap oleh 68.2% GP sebagai berupaya
memotivasikan guru merancang aktiviti P&P dengan lebih kreatif (Item ke-9). Keadaaan
kekurangan tersebut diakui oleh 70.5% daripada GP terhadap pusat sumber di sekolah
mereka menjalani praktitkum (Item ke-10).

Secara khusus; dalam konteks pengaruh antara pembolehubah bebas dan bersandar dalam
kajian ini, ujian statistik korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan di antara penggunaan MTP dengan komitmen GP terhadap praktikum (r=0.61,
p<0.05). Ini bermakna GP beranggapan MTP mempunyai peranan yang tersendiri dalam
usaha menghayati amalan praktikum yang berkesan. Ujian t dan ANOVA pula
menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap penggunaan MTP di kalangan GP
berdasarkan jantina, umur dan kelayakan akademik.
Kesimpulan dan Cadangan
Secara keseluruhannya, MTP merupakan inti yang membina kerangka fungsian dalam
teknologi pendidikan. Sebahagian besar aplikasi dan sumber berkaitan MTP berupaya

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

memanfaatkan proses P&P khususnya yang berasaskan IT. GP di peringkat latihan


mengajar kelihatan telah mengusahakan penghayatan dan sikap mereformasikan MTP
dengan positif walaupun dalam situasi sukar dan terbatas dari segi ruang, sumber dan
frasana. Dapatan berdasarkan refleksi dan temu bual dengan GP menunjukkan wujudnya
persekitaran institusi pendidikan yang memerlukan langkah-langkah penambahbaikan
berterusan bagi memastikan amalan penggunaan MTP dalam P&P mampu terjana di
kalangan guru sedia ada di sekolah sebagai role model kepada GP.

Sehubungan itu, disarankan agar ada baiknya pembestarian kurikulum yang telah
diimplimentasikan menerusi konsep Sekolah Bestari bergerak serentak dengan
pembestarian frasarana terutamanya di pedalaman. Teknologi canggih masa depan
mungkin tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sumber elektrik dan premis, namun
mengusahakan persediaan sempurna di peringkat semasa akan menjamin generasi pelajar
kini tidak terlalu jauh tersisih apabila tibanya era masa depan tersebut.

Aspek pembangunan sumber manusia harus dimanfaatkan melalui latihan untuk guru
pelatih yang dapat menyediakan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan end user
dan software engineering. Elemen pembinaan dan pembentukan mental yang kuat juga
harus dimasukkan dalam kurikulum latihan perguruan agar ledakan era globalisasi tidak
menjadikan bakal guru ini sebagai penonton yang riuh dengan retorik tapi dangkal
dengan pengisian ilmunya.

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

MTP sekadar instrumen yang berfungsi sebagai wahana ke arah menyempurnakan proses
P&P yang asasnya digerakkan oleh manusia bernama guru. Dengan itu, faktor manusia
harus dipertimbangkan bagi menggalakkan penggunaan MTP sebagai budaya P&P alaf
baru. Ini bermaksud jati diri dan leluhur guru harus dipupuk dan dipertahankan agar
martabat bangsa akan terangkat dan pada masa yang sama dengan pemartabatan IT dalam
world view P&P bestari. Dengan perkataan lain, bahasa yang menjadi medium P&P
hendaklah bahasa yang berakar umbi dengan jati diri manusia Malaysia yang seseorang
guru itu hidup dan asimilasi di dalamnya dengan ceria. Keceriaan manusiawi mampu
mengasosiasikan guru kepada penerokaan MTP berasaskan multimedia masa depan
sekalipun dalam mana-mana bahasa yang harus mereka kuasai.

Penutup
Hasrat dan misi kerajaan ke arah mengangkat martabat pendidikan kebangsaan ke taraf
dunia sudah terbukti melalui asas yang sedang dibina bermula dari Sekolah Bestari
hinggalah kepada pelancaran Cyberjaya dan Koridoraya Multimedia (Multimedia Super
Coridor) sebagai pemangkin kepada pembangunan sumber manusia yang akan menerajui
era dunia tanpa sempadan. Jika hari ini MTP yang diamalkan sebagai wahana dalam
proses P&P masih terbatas dalam lingkungan media autoritatif, characteristic, realistic
dan futuristik, tidak mustahil dalam tempoh terdekat ia mungkin menjadi lusuh dan
muncul media terkini yang lebih efisen mengambilalih kedudukan itu. Malah e-learning
sendiri kelihatan berkembang pengaruhnya ke hampir seluruh pelusuk dunia.
BIBLIOGRAFI
Badrul Hisham Alang Osman (2000). Kesediaan guru dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer (PPBK) di sekolah menengah.
Jurnal Penyelidikan Bil. 1 2000. Ipoh : Maktab Perguruan Ipoh.

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

Balakrisnan, M & Zainal Aalam (1995). Perancangan, pemilihan dan penggunaan media
secara berkesan dalam proses pengajaran-pembelajaran Matematik dengan rujukan
kepada penggunaan OHP. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Pendidikan
Matematik ke-4, Grand Continental Hotel, 18-22 Dis. 1995.
Chan, Y.F. (1999). Teknologi maklumat dalam pendidikan di Malaysia. Jurnal
Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Jld. 08, Bil. 01 Jun 1998, Institut
Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Christensen, P.R. (1997). Educational technology and educational reform: lessons for
South Africa. Paper presented at The Future World Conference, Cape Town, South
Africa. [http://www.lumanet.org/phil/fwpaper.htm]
Chua, L.T. (1999). Media dalam pengajaran dan pembelajaran. Pukal Latihan Literasi
maklumat ke arah pendidikan sepanjang hayat : Peranan Pusat Sumber.
K.Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru, Kem. Pendidikan Malaysia.
Clark, R.E. & Solomon, G (1986). Research on instructional media, 1977-88. In Ely,
Broadbent & Wood, R.K. (ed.). Educational Media and Technology Yearbook. Vol.
14. Colorado: Libraries Unlimited, Inc.
Clark, R.E. & Sugrue, B.M. (1988). Research on instructional media, 1977-88. In Ely,
Broadbent & Wood, R.K. (ed.). Educational Media and Technology Yearbook. Vol.
14. Colorado: Libraries Unlimited, Inc.
Ely, D. (1963). Aiphabetical listing of technology. AV Communication Review II,
Supplement 6.
Heinich, R., Mollenda, M & Russel, J.D. (1990). Instructional media and the new
technologies of instruction. New York: Macmillan.
Jonassen, D.H. (1985). Learning strategies: A new educational technology. Programmed
Learning and Educational Technology. 22(1), 26-34.
Lee, O.K. (1999).Penguasaan kemahiran IT untuk abad ke-21: Fokus kepada pengajaranpembelajaran. Jurnal Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Jld. 09, Bil. 02
Dis. 1999, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
MacNab, J. (1994). Telecourse effectiveness: Findings in the current literature.
Techtrends. Vol. 39, no. 5, Oct. 1994.
Means, B. (1993). Using technology to support educational reform.
[http://www.ed.gov/pubs/EdReformStudies/TechReforms/title.html]
Schram, W. (1990). Big media, little media. California: Sage Publication, Inc.

Amalan Penggunaan Media dan Teknologi Pengajaran Oleh Guru Pelatih

Shaffe Mohd Daud (2002). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui sidang
video dalam program pendidikan jarak jauh. Kertas kerja Seminar Penyelidikan
Pendidikan IPDA 2002, 2-3 April 2002. Jitra: Institut Perguruan Darulaman.
Shukri Zain (1997). Amalan komunikasi dalam praktikum: Ke arah meningkatkan
kecemerlangan pengurusan komunikasi dalam konteks interaksi di antara institut
perguruan dan sekolah. Kertas kerja dibentang di Seminar kebangsaan Praktikum
Pendidikan Guru, Century Mahkota Hotel, Melaka, 19-21 Jun 1997. K.Lumpur:
Bahagian Pendidikan Guru.
___________ (2002a). Literasi aplikatif komputer dalam pengurusan pendidikan. Kertas
kerja dibentang di Seminar Penyelidikan Pendidikan IPDA, 2-3 April 2002. Jitra:
Institut Perguruan Darulaman.
___________ (2002b). Amalan penggunaan media dan teknologi pengajaran oleh
guru pelatih semasa praktikum. Kertas penyelidikan jabatan penyelidikan dan
pembangunan. Kota Samarahan: Maktab Perguruan Tun Abd. Razak.
Simpson, H.,Pugh, H.L & Parchman, S.W. (1991). An experimental two-way video
teletraining system: Design, development and evaluation. Distance Education.
Vol. 12, no. 2, 1991.
Starr, P.(1996). Computing our way to educational reform.
[http://www.princeton.edu/~starr/articles/27star.html]
Treagust, D.F., Wardrip, B.G. & Horley, J.R. (1993). Effectiveness of ISDN videoconferencing: A case study of two campuses and two different courses. Distance
Education. Vol. 14, No. 2, 1993.
U.S. Department of Education (1993). Technology and education reform. A Research
Project Sponsored by the Office of Education Research and Improvement, U.S.
Department of Education, conducted by SRI International.
[http://www.ed.gov/pubs/EdReformStudies/EdTech/welcome.shtml]
Wan Zah Wan Ali & Naim Hj Ahmad (1997). Teknologi pendidikan. Modul Program
Bacelor Pendidikan EDU 3030. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Wilkinson, G.L. (1980). Media in instruction: 60 years of research.
Washington DC: AECT.
Wyatt, D.H. (1984). Computers and ESL. New York: Prentice-Hall.

Anda mungkin juga menyukai