Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan, SMTPJB.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wrh...... dan selamat sejahtera.


Slmt dtg ke majlis Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan negara
yang ke-53, SMTPJB bagi tahun 2010.

Bagi memulakan acara kita pada hari ini, diminta semua guru dan
pelajar berdiri tegak bagi menyanyikan lagu Negaraku dengan
penuh semangat dan serentak.

Tetak buluh panjang 10,


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tgn jari 10,
Doa diminta biar selamat.

Seterusnya dijemput saudara Mohd Sollehin untuk mengetuai


upacara pembacaan doa bagi memberkati majlis kita pada hari ini.
Majlis dgn segala hormatnya mempersilakan.

Amin2 ya Rabbal alamin.

Semua pelajar dan guru dipersilakan duduk.

Hadirin-hadirat yang dihormati, sepanjang bulan kemerdekaan ini,


pihak sekolah telah merencana variasi program khas untuk
menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan negara yang
ke-53. Untuk itu, majlis menjemput saudari Dalina bt. Zakaria bagi
memberikan makluman lanjut mengenai aktiviti bulan kemerdekaan.
Majlis dgn segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudari Dalina bt. Zakaria atas


makluman sebentar tadi. Seterusnya majlis menjemput saudari Fatin
Syahirah bt Mastor untuk menyampaikan ucapan sempena Hari
Pahlawan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dengan makluman aktiviti kemerdekaan dan ucapan khas hari


pahlawan sebentar tadi, maka dengan rasmilah pelancaran bulan
kemerdekaan negara yang ke-53 peringkat smtpjb.

Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan ini,


dijemput saudari Norainn bt. Bahrain dari kelas 5pd3 dan Nor Fitri
Azwan dari kelas 5ka1 untuk medeklamasikan sajak yang bertajuk
Cerita Merdeka. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Bergetar atma apabila mendengarkan sajak yang dideklamasikan


oleh saudari norainn dan nor fitri sebentar tadi. Semoga semangat
yang dipancarkan melalui sajak itu tadi mengalir mesra disungai hati
kita semua.

Baiklah, hadirin-hadirat yang dimuliakan, kini marilah kita bersamasama menyaksikan tayangan video khas yang bertajuk
kemerdekaan malaya 1957. Pelajar diingatkan agar memberikan
sepenuh perhatian semasa sesi tayangan sebentar nanti kerana kita
akan menjalankan segmen kuiz berdasarkan video yang ditonton
sejurus selepas tamat tayangan. Hadiah yang menarik menanti
anda. Mari kita saksikan.
Baiklah, seperti yang dijanjikan kita akan bersama pn. Herlina bt.
Mohd Harun untuk mengisi slot seterusnya iaitu kuiz sejarah. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan..

Begitulah tadi tayangan video kemerdekaan berserta kuiz sejarah.


Diharapkan pelajar dapat mengambil iktibar daripada tayangan dan
kuiz sebentar tadi seterusnya menjadikan sejarah itu sbg benteng
dalam kehidupan seharian.

Seterusnya, diminta semua para pelajar dan guru berdiri tegak


untuk menyanyikan 3 buah rangkaian lagu patriotik.

Rangkaian lagu patriotik yang akan kita nyanyikan ialah Keranamu


Malaysia, Cemerlang Gemilang Terbilang dan Tanggal 31 Ogos.
Semua hadirin diminta berdiri tegak dan menyanyikan lagu dengan
penuh semangat serentak..

Dengan berakhirnya nyanyian rangkaian 3 buah lagu patriotik


sebentar tadi, maka lengkaplah majlis Sambutan Bulan
kemerdekaan negara yang ke-53, smtpjb. Setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan kepada semua guru dan pelajar atas
kehadiran dan kerjasama anda. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai