Anda di halaman 1dari 10

PENGGABUNGJALINAN ILMU ANTARA SAINS DAN

MATEMATIK
2.1 Hasil Pembelajaran
Di akhir unit ini, anda diharap dapat :
1. Mengetahui fungsi bagi setiap jenis penggabungjalinan.
2. Menjelaskan teori yang berkaitan dengan pendekatan penggabungjalinan.
3. Menjelaskan aktiviti yang boleh dilakukan dalam penggabungjalinan kemahiran
daripada mata pelajaran lain semasa proses PdP Sains Bahasa Malaysia

2.2 Pengenalan
Penggabungjalinan boleh didefinisikan sebagai suatu pengolahan dalam proses
pengajaran-pembelajaran bahasa yang melibatkan pengajaran beberapa aspek kemahiran
bahasa dikumpulkan dan diajar serentak dan berkait rapat di antara satu dengan lain
dalam satu waktu pengajaran. Penggabungjalinan juga meliputi penggabungan beberapa
mata pelajaran, aktiviti, pendekatan, dan media.
Konsep Penggabungjalinan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
penggabungjalinan

antara

berlainan

matapelajaran,

penggabungjalinan

pelbagai

kemahiran dalam subjek bahasa dan penggabungjalinan merentasi kurikulum.


Penggabungjalinan adalah proses dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyarankan supaya bidang-bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan-bahan
pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan.
Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek-aspek kemahiran saling memperkukuh dan
bahan-bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih bererti (Juriah Long, 1992:22).

Tiga bentuk penggabungjalinan boleh dilakukan iaitu :


1. Penggabungjalinan kemahiran
2. Penggabungjalinan bahan
3. Penggabungjalinan aktiviti
Penggabungjalinan dalam bentuk kemahiran adalah dengan menggabungkan dua
atau lebih kemahiran seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam satu
matapelajaran. Penggabungan ini adalah bertujuan supaya kemahiran ini tidak diajar
secara berasingan bagi tiap tiap satu kemahiran kerana ianya berhubung rapat bagi
membolehkan pelajar memahami topik yang dipelajarinya dengan lebih baik.
Penggabungjalinan dalam bentuk bahan tertumpu pada bahan atau tema
pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini boleh terdiri daripada bahan utama dan bahan
sokongan. Bahan yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap dan pengalaman murid
supaya pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung dapat diikuti oleh murid
dengan baik.
Bentuk

penggabungjalinan

aktiviti

pula

ialah

apabila

seorang

guru

menggabungkan dua atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian tahap murid dalam
kelas tersebut. Ini amat penting kerana aktiviti yang dipilih dan tidak bersesuaian akan
menyulitkan guru untuk melakukan aktiviti yang dirancang kerana murid memerlukan
lebih penjelasan dan tunjuk ajar dari guru. Ini akan menyebabkan berlakunya sedikit
gangguan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti boleh merangkumi aspek lisan,
bacaan dan kefahaman dan juga tulisan.

2.5 Model atau teori yang berkaitang dengan tajuk


Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Istilah konstruktivisme merujuk kepada idea bahawa pelajar membina
pengetahuan untuk diri mereka sendiri. Setiap pelajar secara individu membina makna
contoh seperti dia belajar membina makna bagi sesuatu pembelajaran. Konstruktivisme
juga berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia
berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seseorang individu.
Pembinaan ilmu adalah satu proses semulajadi. Menurut penyokong konstruktivis,
apabila manusia berhadapan dengan sesuatu yang tidak diketahui, mereka ingin
memahaminya. Naluri mereka akan mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan
yang sedia ada supaya ia menjadi satu informasi yang bermakna (Jonassen, 1996; Jones
et al, 1993). Jean Piaget, Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John Dewey dan Seymour Papert
adalah antara tokoh-tokoh mazhab konstruktivisme terdiri daripada ahli-ahli psikologi
dan pakar pendidikan. Menurut teori konstruktivisme, pengetahuan adalah produk minda
yang dibina dengan pengalaman dan input baru yang diterima melalui deria-deria sebagai
hasil persepsi.
Prinsip-prinsip Pembelajaran Konstruktivisme
Terdapat beberapa prinsip pemikiran konstruktivis yang mesti kita ingat apabila
kita mempertimbangkan peranan kita sebagai pendidik. Kesemua idea berikut adalah
berdasarkan pada kepercayaan bahawa pembelajaran terdiri seseorang individu itu sendiri
membina makna dan kemudiannya bagaimana mereka mempengaruhi pengetahuan sedia
ada masing-masing.
Prinsip yang pertama ialah pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana
pelajar menggunakan input deria dan membina makna daripadanya. Rumusan yang lebih
tradisional idea ini melibatkan istilah pelajar yang aktif (istilah Dewey) menekankan
bahawa pelajar perlu melakukan sesuatu di mana pembelajaran bukanlah penerimaan
pasif pengetahuan, ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam
minda berdasarkan pengalaman sebenar.

Kedua, manusia belajar cara belajar kerana mereka belajar, dimana pembelajaran
terdiri membina makna dan membina sistem makna. Sebagai contoh, jika kita belajar
mengenalpasti sela masa dalam jadual waktu dalam mata pelajaran matematik, kita akan
belajar makna jadual dalam masa yang sama. Setiap makna kita membina membuatkan
kita lebih berupaya untuk memberi makna bagi sensasi lain yang boleh dimuatkan dalam
corak yang sama.
Selain itu, peranan tindakan yang sangat penting dalam membina makna adalah
mental: ia berlaku dalam minda. Tindakan fizikal, pengalaman secara hands-on sangat
diperlukan untuk pembelajaran, terutamanya bagi kanak-kanak. Bagi mengukuhkan lagi
pembelajaran, kita juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan minda serta
fizikal (Dewey menyebut aktiviti ini sebagai reflektif).
Seterusnya, pembelajaran melibatkan bahasa, bahasa yang kita gunakan
mempengaruhi pembelajaran. Pada peringkat empirik, penyelidik telah mendapati
bahawa individu bercakap kepada diri mereka semasa belajar. Pada peringkat yang lebih
umum, Vigotsky menegaskan bahawa bahasa dan pembelajaran adalah saling berkaitan.
Perkara ini jelas ditekankan dalam merujuk kepada keperluan untuk menghormati bahasa
ibunda. Bahasa ibunda haruslah sebagai bahasa pengantar utama bagi memudahkan
proses pembelajaran.
Prinsip yang kelima pula menyatakan pembelajaran adalah aktiviti sosial, dimana
pembelajaran kita berkaitrapat hubungan kita dengan manusia yang lain, guru-guru,
rakan-rakan, keluarga serta kenalan kasual. Kita lebih cenderung untuk berjaya dalam
usaha kami untuk mendidik jika kita mengiktiraf prinsip ini dan bukannya cuba untuk
mengelakkan ia. Kebanyakan pendidikan tradisional, seperti yang ditegaskan Dewey,
lebih terarah kepada mengasingkan pelajar semua daripada interaksi sosial, dan ke arah
melihat pendidikan sebagai satu-satu hubungan antara pelajar dan bahan objektif yang
perlu dipelajari. Sebaliknya, pendidikan progresif (untuk terus menggunakan formulasi
Dewey) mengiktiraf aspek sosial pembelajaran dan menggunakan perbualan, interaksi
dengan orang lain, dan aplikasi pengetahuan sebagai aspek penting pembelajaran.

2.6 Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Mata pelajaran

: Matematik (menggabungjalin dengan Sains)

Tahun

: 2M

Bilangan murid

: 15 orang

Tajuk

: Bentuk Tiga Dimensi

Objektif Pembelajaran: Mengenalpasti bentuk tiga dimensi


Hasil Pembelajaran

: Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapati. Menamakan bentuk kubus, kuboid, sfera, piramid, silinder dan
kon dengan betul dan tepat.
ii. Membezakan bentuk tiga dimensi yang ada permukaan rata dan
permukaan melengkung dengan betul.
iii. Membezakan mana satu bentuk yang lebih stabil.

BBM

: bola ping pong, kotak tisu, set bongkah 3D, lembaran kerja, slaid
powerpoint

Pengalaman sedia ada: Murid-murid telah mempelajari nama bentuk tiga dimensi semasa
belajar Matematik Tahun 1 dan mereka juga mengetahui bentukbentuk bagi sesuatu objek dalam kehidupan seharian mereka.

Aktiviti
Langkah

Isi kandungan

Catatan

Aktiviti guru

Aktiviti murid

1. Guru meminta

1. Murid melihat apa

BBM:

induksi

murid memerhati apa

yang dilakukan oleh

Bola ping

(5 minit)

yang dilakukan

guru.

pong, kotak

olehnya.

2. Murid menjawab

tisu

2. Guru menjatuhkan

soalan guru.

bola ping pong dan

Contoh jawapan:

Set

KBKK:

kotak tisu ke atas

Membanding

meja.

dan membeza

Membezakan

3. Guru menanya

a) Bola ping pong

permukaan rata

murid:

berguling, kotak tisu

dan

a) Apa yang kamu

tidak.

melengkung

dapat lihat semasa


bola ping pong dan

b) Bola ping pong

kotak tisu terjatuh ke

berguling kerana ia

atas meja?

berbentuk bulat.

b) Mengapakah bola

Kotak tisu berbentuk

ping pong boleh

segi empat.

berguling ke depan,
kotak tisu tidak dapat?

c) Bola ping pong

c) Apa bentuk bagi

berbentuk sfera.

bola ping pong dan

Kotak tisu berbentuk

kotak tisu?

kubus.

d) Cuba kamu merasa


dan membuat

d) Permukaan bola

pemerhatian pada

ping pong licin dan

permukaan bola ping

melengkung.

pong dengan tapak

Permukaan kotak tisu

tangan. Apa yang

licin dan rata.

kamu rasa? Adakah

permukaannya rata

e) Tajam.

atau melengkung?
(diikuti dengan merasa f) Lurus.
kotak tisu)
e) Sekarang cuba
kamu merasa bahagian
Mengenali sisi

yang di hujung kubus.

dan bucu

Apa yang kamu rasa?


f) Pegang bahagian
tepi kotak tisu. Cuba
kamu rasa, adakah ia
lurus atau bengkok?

Langkah 1 Menamakan
(5 minit)

1. Guru menunjukkan

1. Murid menyatakan

BBM:

bentuk bongkah

bongkah 3D dan minta

nama bongkah yang

Set bongkah

3D

murid menyatakan

ditunjuk.

bentuk bongkah
tersebut.

Langkah 2

1. Guru mengagihkan

1. Murid membilang

BBM:

(30 minit)

murid kepada 5

bilangan permukaan

Set bongkah,

kumpulan. Guru

rata, melengkung, sisi jadual,

memberi set bongkah

dan bucu serta

dan satu jadual kepada

nyatakan kestabilan

setiap kumpulan.

bongkah.

2. Guru minta murid

powerpoint

Nilai:
Bekerjasama

membilang permukaan 2. Murid rekodkan


rata, permukaan

hasil dapatan di

KBKK:

melengkung, sisi dan

dalam jadual.

Mengelaskan

bucu bagi setiap


bongkah yang diberi

3. Murid melihat

serta menyatakan

powerpoint guru dan

mana satu yang lebih

mendengar

stabil.

penerangan guru.

3. Guru minta murid


merekodkan hasil

4. Murid menyemak

perbincangan mereka

jawapan.

dalam jadual yang


diberi.
4. Guru menggunakan
slaid powerpoint untuk
menerangkan bilangan
permukaan rata dan
melengkung, sisi dan
bucu serta kestabilan
bongkah.
5. Guru minta murid
menyemak jawapan.
Langkah 3 Memperihalkan

1. Guru mengedarkan

1. Murid menyiapkan

BBM:

(15 minit)

permukaan rata,

penilaian mengikut

latihan penilaian.

Lembaran

melengkung,

aras murid.

sisi dan bucu

2. Guru bincang

2. Perbincangan

serta kestabilan

jawapan bersama

jawapan.

bentuk 3D

murid.

Penutup

Teka-teki:

1. Guru menyatakan

1. Murid mendengar

(5 minit)

Menamakan

penerangan dan minta

dan menjawab soalan

bentuk 3D

murid cuba meneka

guru.

apa bentuk itu.

kerja

2.8 Peta Konsep


Penggabungjalinan

Penggabungjalinan
kemahiran

Penggabungjalinan
bahan

Menggabungkan
dua atau lebih
kemahiran dalam
satu sesi pengajaran

Menggunakan dua

Contoh
kemahiran :

mendengar
bertutur
membaca
menulis
mengira

atau lebih bahan


dalam satu sesi
pengajaran

Penggabungjalinan
aktiviti

Menggabungkan
dua atau lebih
aktiviti dalam satu
sesi pengajaran

Contoh bahan :

Contoh aktiviti:

Bahan utama
Bahan
sokongan

Aspek tulisan
Aspek lisan
Aspek bacaan

2.9 Kata Kunci


Antara kata kunci dalam modul ialah :
1. Penggabungjalinan
2. Elemen Merentas Kurikulum
3. Teori Kecerdasan Pelbagai
4. Statik
5. Penggabungjalinan Kemahiran
6. Penggabungjalinan Bahan
7. Penggabungjalinan Aktiviti

2.10 Penilaian Kendiri


1. Senaraikan jenis-jenis penggabungjalinan dan nyatakan fungsi setiap jenis
penggabungjalinan.
2. Huraikan perbezaan antara penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu
mata pelajaran dengan penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain?
3. Usaha memperkembangkan pelbagai kecerdasan yang ada pada murid jika
berjaya dilaksanakan akan melahirkan individu yang holistik, seimbang dan
harmonis. Huraikan bagaimana usaha ini dapat dilakukan dalam proses PdP di
kelas Sains?

Anda mungkin juga menyukai