Anda di halaman 1dari 39

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

1.

Konsep

Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual
yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ
menekankan pada kemampuan logikal matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang
mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang
dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperoleh
seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk
melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat
sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh
Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk
menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan
output yang efektif.
An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one
or more cultural setting
(Gardner 1983)
Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan
pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual
(SQ).
Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta membawa
kesan penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional
dengan proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia.
Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan
pemikiran logical atau matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang
membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ
tradisional.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia
mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua
kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang
dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri
dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner,
kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya,
persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori
Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan
perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia.
Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi
kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.
Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang
dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai
tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan
pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan
peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat
memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang
diperkenalkan oleh Gardner.
2.

Pelopor

Howard Gardner
Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan di
Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi
perkembangan yang mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang perkembangan kreativiti di
kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Gardner juga sangat dikenali melalui hubungannya
dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan perkembangan artistik. Minatnya dalam kreativiti
bermula pada awal tahun 1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan
manusia. Bukunya Artful Scribbles yang dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan
kreativiti di kalangan kanak-kanak dan kreativiti ini berkurangan apabila kanak-kanak itu

menjadi semakin matang. Gardner membuat kesimpulan bahawa pada peringkat akhir permulaan
kanak-kanak tersebut, mereka lebih memberi perhatian kepada kemahiran linguistik mereka yang
kian berkembang dan tidak lagi berminat untuk berkomunikasi dalam bentuk nonverbal seperti
melukis.
Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali melalui sumbangannya
dalam bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama Kecerdasan Pelbagai
(Multiple Intelligence). Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar kemahuannya untuk
melepaskan diri daripada ujian-ujian dan kolerasi antara ujian-ujian dan memandang di sebalik
sumber informasi semulajadi tentang bagaimana manusia di dunia memperkembangkan
kemahiran-kemahiran yang penting untuk kehidupan mereka.
Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya Frames of Mind menjadi titik permulaan
kejutan bagi pendidik. Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner melayari pelbagai sifat
kecerdasan manusia. Beliau menunjukkan terdapatnya tujuh kecerdasan manusia yang boleh
dibahagikan dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan berdasarkan perkaitan objek yang melibatkan
matematik dan logik, kecerdasan tanpa objek yang melibatkan muzik dan bahasa dan kecerdasan
personal atau persepsi psikologikal yang kita dan orang lain miliki. Masalah yang diketengahkan
oleh Gardner ialah sistem pendidikan kita tidak bersedia untuk memenuhi keperluan semua
kecerdasan manusia dan mengenepikan keperluan perkembangan beberapa perkara yang
berkaitan dengannya.
Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras kesatuan bukan
merupakan satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang sempurna. Gardner mendakwa
bahawa teori Kecerdasan Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa manusia wujud dalam satu
konteks yang pelbagai dan konteks ini digunakan untuk membajai kelainan-kelainan susunan dan
himpunan kecerdasan. Gardner seterusnya menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dalam
bukunya The Unschooled Mind: How Children Think and How Schools Should Teach (1991).
Dalam buku ini beliau membincangkan pelbagai gaya pembelajaran dan menyarankan supaya
meninggalkan pendekatan pintas dalam bidang pendidikan untuk mendidik semua kanak-kanak
dan melihatnya mudah untuk belajar secara tradisional.

Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize Fellowship pada tahun 1981 di Harvard
Universiti. Beliau merupakan murid kepada Piaget. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat
Piaget yang dianggapnya mempunyai pandangan yang sempit terhadap kecerdasan manusia.
Gardner menilai semula teori-teori yang dikemukan oleh Piaget sebagai too narrow a notion of
how the human mind works. Beliau tidak mempercayai kewujudan satu bentuk kognitif yang
menguasai semua bentuk pemikiran manusia. Gardner memerhatikan bahawa terdapat sekurangkurangnya tujuh kecerdasan manusia dan setiap satu kecerdasan itu mempunyai keupayaan
intelektual yang tersendiri.
Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian kecerdasan yang
kemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan, Rangka Minda yang
telah diterbitkan dalam tahun 1983. Teori Kecerdasan Pelbagai yang dicadangkan dalm bukunya
telah menjadi pusat perbincangan dan sebagai rangka kerja bagi strategi pendidikan kini yang
menjana kejayaan dalam mempertingkatkan pencapaian para pelajar. Gardner menyebut
walaupun ia tidak semestinya bergantung sesame sendiri, namun kecerdasan tersebut kerap
beroperasi secara berasingan. Setiap individu yang normal memiliki kadar yang berbeza-beza
terhadap setiap satu daripada kecerdasan ini, tetapi cara-cara bagaimana kecerdasan itu
bergabung dan bercampur adalah berbagai-bagai sama seperti bagaimana muka dan personaliti
individu tersebut berbeza-beza.
Dr. Gardner ialah Pengarah bersama Project Zero dan Pofesor Pendidikan di Sekolah Pendidikan
Siswazah Harvard. Beliau juga adalah Profesor Pendidikan Tetamu di Jabatan Neorologi di
Universiti Boston di bahagian Sekolah Perubatan dan pakar penyelidik psikologi Pusat Perubatan
Pentadbiran Vateran Boston. Dr. Gardner telah menghasilkan pelbagai penulisan yang berkaitan
dengan minda manusia seperti The Minds New Science, To Open Minds, The Unshooled Mind,
Multiple Intelligences, Creating Minds dan Leading Minds.
Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah atau fesyen
produk yang merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Beliau menolak pendapat
yang mengatakan bahawa kita boleh mempelajari tentang kecerdasan dengan mengkaji
bagaimana manusia menjawab soalan-soalan ujian. Bagi Gardner, kita hanya boleh belajar

tentang kecerdasan dengan mengkaji proses kognitif yang digunakan oleh manusia apabila
mereka menyelesaikan masalah budaya yang penting atau mencipta produk budaya yang penting.
Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian masalah dan
beliau mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah. Bagi Gardner,
penyelesaian masalah adalah penting untuk kecerdasan. Ini adalah konsisten dengan
kebanyakkan

pengetahuan

tradisional

terhadap

kecerdasan.

Bagaimanapun,

Gardner

menekankan bahawa penyelesaian masalah boleh dipelajari dengan memerhatikan manusia


menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang penting kepada mereka dan bukan dengan
memberikan ujian-ujian yang telah distandardkan. Namun pada 1997, Gardner telah menambah
satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis. Menurut Gardner, setiap insan mempunyai bukan
satu tetapi lapan kecerdasan yang berbeza. Pada 1999, Gardner menambahkan Existential
Intelligence yang berkaitan dengan keadaan kerohanian manusia. Beliau belum bersedia
menerima Spiritual Intelligence sebagai kecerdasan kesembilan dalm teorinya.
Gardner juga menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan konteks budaya kecerdasan
pelbagai. Umpamanya, Gardner (1983) membincangkan keupayaan spatial yang tinggi orangorang Puluwat yang tinggal di pulau-pulau Caroline yang menggunakan kemahiran-kemahiran
ini untuk menjelajahi lautan dengan kenu-kenu mereka. Gardner juga membincangkan
keseimbangan kecerdasan personal yang diperlukan dalam masyarakat jepun. Teori Kecerdasan
Pelbagai ini berkongsi beberapa idea umum dengan teori-teori lain yang menyentuh kelainankelainan individu seperti yang terdapat dalam saranan Carnbach & Snow, Guilford dan
Sternberg.
3.

Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai

3.1. Logikal Matematik


Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan
dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif
serta berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai
kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan
komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif yang lebih tepat kurang

penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai keupayaan penaakulan,
mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan penyiasatan dan keupayaan untuk
melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks berkait rapat kepada kepintaran bendalir
dan keupayaan umum.
Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang
besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagaibagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka menuntut penjelasan
logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah
mengira. Contohnya, saintis, jurutera, arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.
3.2. Spatial / Visual Ruang
Kecerdasan

ini

memperkatakan

tentang

penghakiman

ruang

dan

keupayaan

untuk

menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran
jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini
juga baik dalam puzzle. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di
bawahnya dalam model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan dan
menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objekobjek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan ideaidea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif.
Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam
koordinat ruang dan waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan
selalu berasa bingung untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal meskipun sudah
tinggal di tempat tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Individu yang tersesat di dalam
perjalanan adalah individu yang mengalami gangguan orientasi ruang. Individu ini termasuk
dalam golongan tidak cerdas ruang. Manakala individu yang cerdas ruang mampu menggunakan
warna secara sempurna, membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat.
Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga
termasuk pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin.

3.3. Linguistik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan
kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa.
Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata
bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk
memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca,
mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang
mereka pelajari. Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa
asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan
kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Verbal adalah
salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri kebanyakan individu.
Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca.
Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bererti
dan berkaitan dengan pemikirannya.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan,
penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah,
A.Samad Said dan di luar negara seperti William Shakespeare, dan Enid Blyton.
3.4. Kinestetik
Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk
mengendalikan objek mahir. Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa
kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama
dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti refleks.
Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik
dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman
pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian.
Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan, dan secara umumnya mereka
baik di bangunan dan membuat perkara-perkara. Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan

melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan membaca atau mendengar tentang hal
itu. Mereka yang mempunyai kuat badan-kinestetik perisikan seolah-olah menggunakan apa
yang mungkin diistilahkan sebagai memori otot mereka ingat perkara melalui badan mereka
seperti memori lisan.
Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit, juruterbang,
penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan askar. Walaupun
kerjaya ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan menghasilkan pembelajaran
sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini. Contohnya, Shalin Zulkifli, Nicole
David, dan Lim Chong Wei.
3.5. Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan
meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri
seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang
terdapat di persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada
bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara
alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang,
guruh serta suara-suara yang lain. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemenelemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu,
individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan
mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.
Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagaibagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai
menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara
dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan
menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya,
kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yang evergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan,
Beethovan, Kitaro, dan Kenny G.
3.6. Interpersonal

Kecerdasan ini merupakan

kemampuan individu dalam

mendiskriminasi antara pelbagai

petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik
terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami
perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan
mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu
yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya
memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.
Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah
laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan
seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Muridmurid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran,
bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor, jururunding dan
imam. Contohnya, Dato Dr. Fadzilah Kamsah.
3.7. Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan
berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang
tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal
yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan
tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi
kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka
pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat
serta boleh berdikari.
Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya
kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa
berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan lebih
menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang

mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya individu dengan tingkat
kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup.
Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang
berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi
konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam
persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat
yang diperlukan. Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.
3.8. Naturalis
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran
semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan
seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian
dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar
bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar
terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif
terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna.
Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula jadi seperti haiwan dan spesis
tumbuhan dan batu-batu dan jenis gunung dan pengetahuan yang digunakan semula jadi dalam
perladangan, perlombongan, dan lain-lain Kerjaya mereka dengan kecerdasan ini termasuk
alamiah, petani dan tukang kebun.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan
mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani, perancang
bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang
mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi.
3.9. Spiritual / Eksistensialisme
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya
mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami

kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah
diperkenal dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.
Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan
masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang.
Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan
menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara
mendalam.
4.

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanakan tanggungjawab bagi mendidik anak
bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.
Terdapat tiga peringkat dalam melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran. Antara peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan, percubaan dan
peningkatan.
Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan
kecerdasan pelbagai murid. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi
memudahkan proses pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah
kelas mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu melakukan aktiviti yang
melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menarik minat
pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah kecerdasan yang
dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza.
Pada peringkat pertama ini, guru mengenal pasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan
juga kekuatan murid. Melalui mengenal pasti ini, guru dapat memilih strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini guru boleh
memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah.
Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasn pelbagai dalam
pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana teori

kecerdasan pelbagai boleh di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Terdapat
persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi meyediakan rancangan pengajaran, melalui
verbal-linguistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahasa lisan ,
bacaan dan penulisan?. Selain itu, persoalan logik-matematik ialah bagaimanakah saya boleh
memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis?. Melalui
visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah saya boleh menggunakan alat bantu mengajar
visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik?. Seterusnya elemen muzik,
bagaimanakah saya boleh menggunakan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan
melodi?, elemen kinestetik pula bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan
seluruh badan atau aktiviti hands-on?. Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan
persoalan bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya,
pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya
boleh memberi pilihan kepada pelajar merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen
naturalis ialah bagaimanakah saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau
membawa murid ke luar ke alam semula jadi?
Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran
terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah dengan maklumat yang
boleh dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung kepada verballinguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa murid keluar dari
bilik darjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar, supaya guru dapat
memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan
pelbagai masing-masing.
Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai
dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid. Melalui peningkatan ini, murid dapat
mengaplikasikan apa yang di ajar dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, murid dapat melakar,
membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula,
murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesiakan masalah. Melalui muzik. murid
memahami ritma, harmoni, mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya. Peningkatn dari segi
interpersonal pula, murid mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai
masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan intrapersonal, murid membuat refleksi secara

mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir
sekali, naturalis, murid menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah
dan penyelesaiannya.
Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreatviti dan inovasi dapat di cungkil daripada pelajar.
Pelajar juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta mengaplikasi
pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan. Aktiviti bilik
darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk
peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.
5.

Kelebihan-Kelebihan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai .

Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini dilihat
adalah sangat baik untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai
ini adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia tidak terhad atau menjerumus
kepada satu-satu mata pelajaran sahaja contohnya terhad kepada mata pelajaran matematik.
Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada manusia,dan ia
mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Antara kelebihan dan
kepentingan penggunaan kecerdasan pelbagai ini adalah seseorang guru itu dapat melihat potensi
yang ada pada pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini bertindak sebagai petunjuk
kepada potensi pelajar. Apabila guru dapat mengenalpasti potensi yang ada pada murid itu, maka
ia dapat membantu guru untuk memperkembangkan lagi potensi yang ada pada pelajar.
Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang
kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu pelajar dapat mengukuhkan lagi
kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Maka modal
insan yang lengkap dengan segala kecerdasan yang ada dapat dilahirkan.
Pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu guru untuk merancang
pengajarannya. Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara
pengajaran, penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini

kerana guru dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar dan membolehkan guru
menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini.
Dengan adanya kecerdasan pelbagai ini, maka guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua
bidang akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini kerana,sebagaimana yang kita
tahu, kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga mencakupi
bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan
lain.
Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan teknik
pengajaran. Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan
kecerdasan dan potensi murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak menghadkan guru ke atas cara
pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini
akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh
guru dan diikuti oleh pelajar.
Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi kecerdasan
pelbagai ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan
mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf. Selain
itu, pelajar juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka
yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka.
Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini kerana,
sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan apabila
seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka pelajar
dikategorikan sebagai lemah. Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain yang ada
pada diri pelajar tidak diberi perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberI perhatian
terhadap kecerdasan selain logikal-matematik disamping kecerdasan logikal-matematik itu
sendiri. Maka pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat
memberi keyakinan yang jitu kepada pelajar. Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan
tertentu diberikan perhatian dan begitu juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini dapat

menaikkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk memperkembangkan lagi kecerdasan
mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka.
Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti kecerdasan
secara kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh memberi impak ke atas
pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam erti kata lain, kegagalan ini oleh
mengakibatkan pembaziran sumber manusia. Pengurusan modal insan yang sempurna adalah
amat penting untuk masa depan negara. Kegagalan pengurusan modal insan ini akan memberi
kesan ke atas Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang memfokuskan untuk
membangunkan modal insan.
Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua kecedasan pada
manusia, maka ia membolehkan pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar corot untuk
merealisasikan kebolehan mereka. Dengan menambahkan lagi penilaian disamping penekanan
terhadap verbal-linguistik dan logikal-matematik yang diorientasi oleh sistem pendidikan pada
hari ini, maka pelajar ini akan mendapat peluang untuk menonjolkan kecerdasan mereka masingmasing. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan lain yang lebih tinggi berbanding rakan lain
yang berada dalam kelas yang lebih baik.
Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan memberi peluang
kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka dilihat sebagai
satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua pelajar mendapat layanan
yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka mempunyai nilai dan berkepentingan. Maka,
semua pelajar akan berpeluang untuk bersama-sama berjuang untuk mambagunkan diri dan
negara.
Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan kerana ia juga
dapat mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah. Bagaimana teori
kecerdasan pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori kecerdasan pelbagai
dapat mengatasi masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar mengembangkan potensi
dalam diri mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat ditingkatkan kerana apa yang mereka
pelajari dapat mereka kembangkan berdasarkan apa yang ada dan sesuai dengan diri

mereka.Dengan adanya minat, pelajar akan sanggup untuk melaui apa jua kesukaran demi
mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka kerana telah timbul minat untuk
menguasainya.
Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem pembelajaran
sedia ada di sekolah. Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat penting dalam
pembelajaran. Ini kerana jika pelajar merasa pembelajaran yang mereka sedang lalui tidak
membawa apa-apa manfaat, maka mereka akan merasa bosan untuk mengikuti kelas terbabit.
Dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka perasaan bosan untuk belajar
dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi untuk belajar sebaliknya akan lebih berminat
untuk dating ke sekolah kerana beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah
untuk masa hadapan mereka dan bukannya sebagai satu bebanan.
Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasikan. Dengan
kepelbagaian ini, kita dapat memupuk dan mencungkil mana-mana kecerdasan yang diingini
malah jika kena dengan cara pengajarannya, seseorang pelajar itu tidak mustahil untuk dapat
menguasai kesemua kecerdasan yang diutarakan oleh Howard Gardner ini.
Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai ini, kita tentunya tidak perlu menghadapi
kemelut yang melanda sistem pendidikan negara baru-baru ini iaitu masalah pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika dari dulu kita
memahami dan melaksanakan teori kecerdasan pelbagai, kita tentunya tidak akan menukar
sistem pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana,
dalam sistem itu, adalah sangat jelas dimana ia hanya menekankan kecerdasan verbal-linguistik
dan kecerdasan logikal-matematik. Sedangkan terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menguasai
kecerdasan itu dan penekanan terhadap hanya dua jenis asas kecerdasan itu sebenarnya boleh
memudaratkan anak bangsa dan tentunya Negara pada masa hadapan. Maka langkah yang
diambil untuk tidak meneruskan PPSMI adalah satu langkah yang bijak kerana ia adalah adil
untuk semua yang sejajar dengan kecerdasan pelbagai Gardner.
Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa kecerdasan pelbagai ini adalah sangat adil kerana ia
tidak menekankan pada kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat dikuasai oleh pelajar atau

individu yang lain. Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar yang mempunyai kecerdasan tertentu
contohnya di sini kecerdasan verbal-linguistik dan logikal-matematikdibiarkan maju sendiri
tanpa perhatian malah mereka ini masih mempunyai peluang yangsama untuk mereka
memgembangkan potensi dalam asas-asas kecerdasan ini disampingpeluang untuk mengenalpasti
kecerdasan lain yang ada dalam diri yang tidak mungkin ditemuitanpa perhatian yang diberi
melalui kecerdasan pelbagai.
6.

Kelemahan-Kelemahan Teori Kecerdasan Pelbagai

Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini ialah guru perlu mengenalpasti
kecerdasan yang di hadapi oleh para pelajarmya. Oleh yang demikian guru perlu melakukan kaji
selidik terhadap kemampuan para pelajar, supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar.
Selain itu, cara pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan tertentu
juga merupakan salah satu masalah dalam mengaplikasikan teori ini dalam pembelajaran. Jika
guru menggunakan pendekatan secara tradisional seperti linguistik atau logikal sahaja, maka
pembelajaran tidak berkesan kerana pelajar merasa bosan. Hal ini di sebabkan pelajar terdiri
daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta mempunyai potensi yang berbeza, sekiranya guru
hanya menekankan kepada sesuatu aspek sahaja dengan tidak mempelbagaikan aktiviti
pengajaran, maka ianya menimbulkan perasaan kurang minat kepada pelajar untuk belajar.
Di samping itu juga, boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar pilih
kasih. Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta sering
memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan mengabaikan pelajar
lain, maka hal ini menimbulkan diskriminasi kerana potensi pelajar lain tidak dapat digilap. Guru
yang mudah tertarik kepada potensi seseorang pelajar akan mengganggu proses pembelajaran.
Guru tidak kreatif bagi wujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaikan ilmu, merupakan
salah satu faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang. Bagi menyampaikan sesuatu ilmu dengan

berkesan serta mengasah potensi atau bakat pelajar, kaedah pengajaran yang pelbagai juga perlu
dilakaukan. Sekiranya guru tidak kreatif bagi menyampaikan pembelajaran, sebagai contohnya,
hanya bercakap di dalam kelas, tanpa menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa
kini, seperti penggunaan power point, video dan lain-lain dalam pengajaran, maka tahap
kecerdasan pelajar tidak dapat berkembang.
7.

Kesimpulan

Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan jatuh
bangun sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan
yang sesuai untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai
kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan mereka meneraju masa
depan negara dengan baik.
Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah tamadun manusia
dan dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah merupakan satu bentuk teori yang memperjuangkan
keadilan dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat melihat dengan jelas betapa teori ini
memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidangbidang tertentu.
Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding pendidikan yang
menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logkalmatematik.
Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam dewandewan kuliah untuk tujuan peperiksaan semata-mata, maka kini telah sampai masanya kita
beralih kepada aspek pelaksanaannya pula. Walaupun belanja yang diperlukan adalah besar,
namun kejayaan projek ini berpotensi menghasilkan insan yang berkualiti tinggi yang dapat
menyumbang kepada pembangunan negara.

Biblografi
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada
Disember 2, 2011 daripada http://www.staripoh.com/muat_turun.
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada
Disember

2,

2011

daripada

http://www.docstoc.com/docs/19708001/APLIKASI-TEORI-

KECERDASAN-PELBAGAI-DALAM-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN
Berman, S.(1995). Multiple Intelligences Road To A Quality Classroom. Illinois: IRI/Skylight
Training and Publishing.
En. Ali Ab. Ghani . Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.Diakses pada 4 Disember 2011 daripada http://www.staripoh.com/muat_turun/
Bahan%20PPK/bsk/bpanduan/teori_kecerdasan.pdf.
Gardner, H. 2006. Multiple Intelligences: New Horizons. London: Basic Books.
Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory &
Zuraidah Zainol. 2011. Pemikiran Kritis dan Kreatif. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia
Sdn. Bhd.
Kagan, S. & Kagan, M. (1998). Multiple Intelligences. San Clemente: Kagan Coperating
Learning.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2011. Pedagogi: Asas Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kayazano Enterprise.
Kecerdasan

Pelbagai.

Diperoleh

pada

Disember

2,

2011

daripada

http://www.slideshare.net/normalaprasekolah/kecerdasan-pelbagai-8791485
R. Bruce William. (2002). Multiple Intelligences for Differentiated Learning. United States of
America: Corwin A Sage Company.

Siti Rahayah Ariffin, T.Subhan Mohd Meerah, Norasmah Othman & Ibrahim Mohamed Zain.
2004. Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) di kalangan Pensyarah di sebuah
Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Jurnal Teknologi, 41(E) Dis. 2004: 33-42.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Siri Pendidikan Guru:
Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Teori

Kecerdasan

Pelbagai.

Diperoleh

pada

Disember

2,

2011

daripada

http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/wanimira/teori_kecerdasan_pel
bagai.pdf
Teori

Kecerdasan

Pelbagai.

Diperoleh

pada

Disember

2,

2011

daripada

http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_psv/04kecerdasan_pelbagai.pdf
By studentcreative2012 Posted in Lain-lain
0
May 6 2012
Bagaimana mengenalpasti ciri pelajar gifted / disruptive dan menguruskan mereka
Huraikan bagaimana mengenalpasti ciri pelajar gifted / disruptive dan menguruskan
mereka. Huraikan tiga model pengurusan bilik darjah (model-model asertif, modifikasi
tingkah laku dan positive classroom discipline).
Pengenalan
Seringkali dijumpai seorang anak menunjukkan kemampuan perkembangan psikomotor dan
perkembangan kecerdasan yang luar biasa daripada usia sebenarnya. Permasalahan kanak-kanak
merupakan isu yang sangat kompleks dan pelbagai baik dari aspek mental, fisiologi, emosi,
tingkah laku sosial dan komunikasi. Namun permasalahan yang sering didapati pada kanakkanak ialah sering menunjukkan ketidakstabilan psikologi. Oleh itu, perkara ini perlu diketahui
supaya dapat menjadi panduan kepada ibu bapa dan pendidik. Memerhatikan dan mengenalpasti
individu pintar cerdas bukanlah susah, ringkasnya: golongan ini adalah golongan yang
memperlihatkan bakat/kebolehan tinggi dan dengan itu mampu dan mungkin mencapai

pencapaian yang tinggi. Ibubapa, guru dan pengasuh perlu mengenalpasti bakat dan potensi ini.
Semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanakkanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran.
Keadaan begini selalunya menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan
berhubung dengan orang lain.
Pelajar Gifted
Apa yang kita faham tentang golongan pintar cerdas adalah sebahagian besarnya datang dari
kajian Lewis Terman dari Universiti Stanford. Kajian longitudinal ini dijalankan pada 1920-an
terhadap 1528 subjek (pintar cerdas) dari peringkat kanak-kanak sehingga peringkat dewasa
mereka. Jurang IQ peserta adalah 130-190, purata adalah 140. Pada hari ini, Terman telah
meninggal dunia dan peserta kajian ini juga pada umur yang tua. Laporan kajian masih
dikeluarkan oleh rakan Terman selepas kematiannya.
Bercanggah dengan kepercayaan orang ramai pada masa itu yang menggambarkan golongan
ini sebagai lemah dari segi fizikal mahupun sosial; dapatan Terman menunjukkan golongan
pintar cerdas ini secara keseluruhan menunjukkan kelebihan mereka dalam semua domain
perkembangan seperti intelek, sosial, emosi, fizikal, kreativiti, moral / nilai dan personaliti
semasa kecil, mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi dan memperoleh kejayaan yang
signifikan dalam kerjaya mereka semasa peringkat dewasa. Kelebihan mereka ini agak stabil
sepanjang perkembangan hayat mereka. Antara satu lagi miskonsepsi yang didukung oleh
masyarakat adalah kebanyakan kanak-kanak yang pintar cerdas akan menjadi biasa atau
kehilangan keistimewaannya apabila mereka menjadi dewasa, mitos ini bercanggah dengan
prinsip perkembangan. Keadaan ini mungkin berlaku sebab kesalahan mengenalpasti kanakkanak biasa sebagai pintar cerdas ataupun potensi mereka disekat akibat persekitaran yang tidak
sesuai di mana ia akan menyebabkan penderitaan dan gangguan emosi kepada individu tersebut.
Dapatan Terman (dalam http://www.freewebs.com/truesenfa/bab1.htm) adalah sangat penting
dan menjadi asas kepada perkembangan psikologi pintar cerdas hari ini.
Walaubagaimanapun, ia selalu disalah tafsir sebagai bukti golongan pintar cerdas adalah
bebas dari masalah dan mencapai kejayaan / kesejahteraan dengan senang. Dengan kata lain,

hanya mereka yang seiring dengan deskripsi Terman dianggap sebagai pintar cerdas. Pada hari
ini, penyelidik psikologi pintar cerdas menganggap sampel Terman terlalu sempit dan
mengecualikan banyak kanak-kanak pintar cerdas mengikut kriteria sekarang. Masalah berlaku
apabila Terman memilih peserta / subjek kajian berdasarkan cadangan guru dan markat ujian IQ.
Seperti apa yang kita faham, mengenalpasti pelajar pintar cerdas tidak selalunya senang.
Kebanyakan buku yang membincangkan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas seolah-olah
menggambarkan mereka ini adalah golongan yang sempurna dan memiliki pelbagai kelebihan
dan keistimewaan. Konsep ini tidak begitu tepat. Apa yang boleh kita katakan adalah
kebanyakan individu pintar cerdas menunjukkan kebanyakan ciri-ciri ini secara keseluruhan.
Perlu diingatkan:

Bukan semestinya semakin tinggi kecerdasan, semakin banyak tingkah laku pintar cerdas
yang ditunjukkan.

Selalunya terdapat kekecualian dan perbezaan individu, keadaan ini lebih jelas kelihatan
dalam pergaulan seharian kita dengan golongan ini.

Banyak individu yang sangat tinggi kecerdasan tidak menunjukkan banyak ciri-ciri yang
disenaraikan. Contohnya dia belajar matematik tambahan semasa tingkatan satu dan
menunjukkan aptitut akademik yang sangat tinggi dalam semua subjek. Pada masa yang
sama, dia juga tidak memiliki mana-mana hobi, bukan seorang yang kreatif, dan bukan
tinggi dalam perkembangan moral dan etika. Kematangan pemikirannya juga di bawah
perkembangan akademiknya, dia tidak ada wawasan jangka panjang atau melakukan
sesuatu demi menunjuk-nunjuk semata-mata. Perkembangan tidak sekata bukan luar
biasa bagi golongan ini.

Kalau pelajar anda menunjukkan tanda-tanda berikut tetapi tidak menunjukkan


pencapaian akademik yang setimpal, dia adalah pelajar pintar cerdas pencapai rendah.
Keadaan ini menunjukkan masalah telah berlaku dan guru perlu memahami apakah punca
keadaan ini. Dia mungkin tidak berminat dengan akademik di sekolah atau menghadapi
masalah sosioemosi yang lain.

Menggolongkan semua individu pintar cerdas bersama tidak semestinya mewujudkan


persahabatan yang berkekalan. Disebabkan perkembangan mereka yang melampau dan
cenderung tidak seimbang, perbezaan antara satu sama lain mungkin membawa kepada

konflik. Prinsipnya adalah menggolongkan mereka mengikut kecenderungan atau jenis


mereka. Disebabkan perbezaan dan keunikan mereka, membantu mereka mendapat rakan
yang mirip kepada mereka adalah satu cabaran yang sukar. Bagi mereka yang terlampau
pintar cerdas, mereka adalah satu-satu bagi jenisnya.

Golongan pintar cerdas bukan kelompok manusia yang sempurna. Ada mungkin berasa
tertekan sebagai guru pendidikan pintar cerdas bukan sebab cabaran dari segi akademik
semata-mata, tetapi sikap dan tingkah laku mereka yang buruk. Kajian Terman mungkin
menggalakkan romantisisme terhadap golongan ini.

Pelajar gifted ini cemerlang dalam bidang akademik dan pembelajaran. Ciri-ciri kanak-kanak
berbakat ialah kanak-kanak yang bergeliga (giftedness). Banyak ahli psikologi meneroka tentang
kecemerlangan manusia atau zat keinsanan yang menjadikannya superior dari manusia lain.
Penerokaan ini lebih dikenali dengan geliga berpusat. Kanak-kanak yang bergeliga (gifted
children) ialah kanak-kanak yang mempunyai kepintaran cemerlang. Tingkah laku ini boleh
disaksikan dengan hasil kepintaran penaakulan dan penggunaan konsep-konsep abstrak. Kanakkanak yang pintar-cerdas secara amnya mempunyai:
1. Keupayaan mental am superior.
2. Bakat istimewa.
3. Pencapaian kreatif tinggi.
4. Dorongan untuk belajar dan pencapaian.
Definisi Marland, 1972, dalam S.Deborah, (1998: hal. 277) iaitu:
Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by
virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require
differentiated educational programs and services beyond those normally provided by the regular
school program in order to realize their contribution to self and society.
Children capable of high performance include those with demonstrated achievement and/or
potential ability in any of the following areas singly or in combination:
1. General intellectual aptitude

2. Specific academic aptitude


3. Creative or productive thinking
4. Leadership ability
5. Visual and performing arts
Rohani Abdullah (2003) pula mendefinisikan terhadap kanak-kanak cerdas, menurut beliau
kecerdasan merangkumi pengetahuan, kefahaman dan penaakulan. Ujian yang dicipta menyamai
kerja-kerja sekolah yang merangkumi ukuran perbendaharaan kata, kefahaman fakta-fakta dan
pertalian serta penaakulan matematik dan bahasa. Semua ujian tersebut merupakan kaedah
mengukur perbezaan individu dalam kuasa daya fikir. Keunikan anak berbakat membuatkan
mereka memerlukan perhatian lebih dalam pola pengasuhan, pendidikan dan bimbingan agar
lebih optimum.
Anak berbakat didefinisikan oleh USOE (United States Office of Education) sebagai anakanak yang dapat membuktikan kemampuan prestasinya yang tinggi dalam bidang-bidang seperti
intelektual, kreatif, artistik, kapasiti kepemimpinan atau akademik spesifik dan mereka yang
membutuhkan pelayanan atau aktiviti yang tidak sama dengan yang disediakan di sekolah
berhubungan dengan penemuan kemampuan-kemampuannya. Giftedness merujuk kemampuan
superior alami (yang disebut aptitutes atau gifts (kurnia)) yang sudah dimiliki seseorang secara
spontan tanpa bimbingan atau latihan minimal pada satu bidang tertentu yang menempatkan
seseorang tersebut 10% terbaik di antara teman-teman sebayanya.
Sementara bakat merujuk kepada penguasaan yang luar biasa (superior mastery) dan
merupakan kemampuan / ketrampilan ataupun pengetahuan yang dibentuk secara sistematik
dalam salah satu bidang tertentu yang juga menempatkan mereka termasuk di antara 10 %
terbaik antara teman sebayanya di dalam bidang yang sama. Seorang pintar cerdas yang
menunjukkan pemikiran matang dan bernas mungkin bertingkah-laku kebudak-budakan (sifat
humor). Sifat yang bercanggahan ini menjadikan mereka dikatakan bertindak akibat daya yang
bercanggahan. Sifat yang bercanggahan ini menjadikan mereka nampak seolah-olah misteri dan
susah difahami, sebahagian misteri ini adalah pertimbangan dan dorongan mereka yang berbeza
dengan orang biasa dalam tingkah laku dan pembuatan keputusan mereka sendiri.

Sebagai ibubapa atau guru kepada anak pintar cerdas yang sensitif, kita perlu berhati-hati
semasa berinteraksi dengan mereka. Kecerdasan yang tinggi dan sifat yang sensitif menjadikan
mereka senang dilukai dan perasan. Cara menangani pelajar pintar cerdas (gifted) ini adalah
melalui pelbagai pelan tindakan yang dicadangkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan iaitu :

Mewujudkan Sekolah Seni

Merintis program khusus bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat

Mewujudkan kerjasama dengan KPWKM & KDN

Menyediakan kemudahan pendidikan kepada pelajar yang kini berada di Pusat Pemulihan
Komuniti

Pelajar Disruptive
Tingkah laku mengganggu (disruptive) merupakan tingkah laku mengganggu aktiviti individu
atau kumpulan lain, pengajaran guru atau pergerakan yang tidak perlu. Pelajar disruptive
bercakap tidak mengikut peraturan, ketawa terbahak-bahak, bertepuk tangan, menjerit,
menyanyi, bersiul, terlalu membuat bising serta mobiliti melampau. Mereka juga melakukan
keagresifan fizikal seperti tolak-menolak, bertumbuk dan sebagainya. Hamzah (1996)
menggariskan beberapa tingkah laku kacau bagi kanak-kanak. Istilah kacau laku dicipta untuk
mewakili pelbagai bentuk tingkah laku yang tidak sesuai, Perlakuan ini juga dikenali dengan
kenakalan. Di Barat, tingkah laku seperti ini dinamakan (disruptive) atau tingkah laku
kacau(disturbed). Ciri-ciri tingkah laku seperti ini adalah:
1. Tidak mahu bekerja sama. Contohnya: degil.
2. Agresi. Contohnya: mengganggu dan menyakiti orang lain.
3. Sentiasa mahukan perhatian. Contohnya: mengada-ada.
4. Konsentrasi buruk . Contohnya: enggan mengambil bahagian dan menyendiri.
5. Ketidakupayaan mental. Contohnya: lembab.
Ciri-ciri kanak-kanak kacau laku dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sederhana dan
serius. Kanak-kanak yang sederhana kacau laku antara cirinya adalah:

1. Lemah dari segi pencapaian akademik.


2. Lemah dalam hubungan antara manusia.
3. Lemah dalam konsep kendiri.
Manakala kanak-kanak yang serius kacau laku pula antara cirinya adalah:
1. Pendiam dan enggan berbual.
2. Pertuturan yang tak bermakna dan mengajuk cakap.
3. Tingkah laku perangsangan kendiri yang berlebihan seperti sentiasa menggawanggawangkan tangan.
4. Tingkah laku pemusnahan kendiri seperti menghantuk kepala.
5. Kurang kemahiran mengemas diri dan menjaga kesihatan diri.
6. Enggan melayan seperti berpura-pura pekak atau buta.
7. Enggan menjawab soalan ujian.
8. Kemahiran antara manusia yang buruk dan berhati kering kepada orang lain.
9. Terlalu agresif tanpa provokasi.
10. Suka memusnah harta sendiri dan harta orang lain. 11.
11. Gopoh dan hiperaktif.
12. Mencari perhatian daripada rakan dan guru.
13. Mudah terganggu.
Kanak-kanak sukar belajar terdiri dari beberapa jenis di antaranya ialah pelajar panggilan
pencapai bawah (underachievers), pelajar lembam, pelajar lambat, murid benak (academically
difficult) dan terencat akal. Selanjutnya kanak-kanak yang bermasalah kognitif dan yang
bermasalah sosioemosi juga merupakan golongan sukar belajar. Secara amnya terdapat juga
kanak-kanak yang normal mengalami gangguan pembelajaran seperti ini. Ciri kanak-kanak sukar
belajar:
1. Kelemahan bahasa.
2. Kelemahan mengira.
3. Kelemahan dalam metaingatan.

Kanak-kanak yang sukar belajar juga didapati rendah dalam konsep-kendiri, harga diri dan
konsep kendiri akademik. Mereka tidak mempunyai dorongan dalaman dan harapan yang tinggi
kepada prestasi belajar. Dari segi interaksi sosial pula kanak-kanak sukar belajar didapati
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1. Kurang popular.
2. Disingkir dalam pergaulan.
3. Tidak begitu menarik perhatian guru dan rakan.
4. Kurang kerap berinteraksi dengan guru dan rakan.
5. Datang dari golongan kelas sosioekonomi lemah.
6. Tidak peka kepada perasaan orang lain.
7. Tidak berupaya melihat dari sudut pandangan orang lain.
8. Tidak berupaya membaca isyarat sosial seperti ekspresi muka dan pautan tangan.
9. Tidak berupaya mentafsirkan perbezaan dalam nada suara semasa mendengar perbualan.
Beberapa punca tingkah laku mengganggu (disruptive) telah dikenal pasti antaranya :
1. Teknik pengajaran guru membosankan, tidak kondusif, penyampaian kurang jelas serta
teknik pengajaran tidak sesuai.
2. Keadaan fizikal sekolah kurang memuaskan, bilangan murid terlalu ramai serta
kemudahan tidak mencukupi.
3. Suasana sosioemosi yang kurang sihat dengan wujudnya klik dalam bilik darjah.
4. Kesihatan pelajar kurang memuaskan.
5. Sifat guru yang kurang tegas : mengamalkan kepimpinan laissez-faire.
Cara guru menguruskan pelajar yang bertingkah laku disruptive:
1. Pastikan arahan jelas: guru memberi arahan yang jelas berkenaan tugasan bagi
memudahkan pelajar menjalankan tugas.
2. Jelaskan objektif setiap tugasan: kefahaman objektif tugasan dapat memotivasikan
pelajar.
3. Pastikan tugasan mencabar dan mencukupi: tugasan sesuai dengan kebolehan dan
peringkat pencapaian pelajar.

4. Memanggil nama: sebut nama pelajar apabila memintanya menjawab soalan.


5. Pastikan peraturan bilik darjah teratur: peraturan teratur dan mudah difahami untuk
diikuti.
6. Elakkan mengutuk dan menyindir: kondem pelajar di hadapan pelajar lain.
7. Elakkan menghukum keseluruhan kelas: jika disebabkan oleh hanya seorang pelajar.
8. Jangan menengking dan berleter: menyusahkan perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilim darjah.
9. Berikan pujian: apabila pelajar menunjukkan sesuatu yang baik.
10. Dengar cadangan pelajar: terima cadangan jika sesuai.
11. Bersifat tegas dan adil: laksanakan peraturan dengan tegas dan layan pelajar dengan adil
(sama).
12. Kenal pasti pelajar yang pemalu: kesan keperluan mereka dan berusaha memenuhinya.
13. Berikan pelajar peluang untuk meluahkan kehendak dan masalah mereka.
MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH
a) Model Asertif
Pengenalan
Disiplin asertif merupakan suatu pendekatan sistematik dan berstruktur untuk membantu guru
mengelola bilik darjah dengan berkesan. Falsafah disiplin asertif adalah berdasarkan kepentingan
pematuhan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran oleh guru dalam bilik darjah. Dalam
Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Lee Canter, beliau menekankan tentang hak guru
dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran yang
kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang
dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin
asertif Canter ini. Berikut merupakan cara-caranya: Menetapkan Peraturan Salah satu cara
disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas.
Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu
menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang
sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan keperluan guru

dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan
dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah. Misalnya, guru kelas Tahun Tiga
Merah dan murid-muridnya bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal
tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang
berkenaan ke sekolah, akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut
sambil berkongsi buku teks dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah
seorang murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa
Melayu ke sekolah.
Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira
pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum
Sally berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi buku teks dengan
rakan yang duduk di bersebelahannya. Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya
tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua
murid dalam kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan.
Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya
elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally. Peneguhan Peneguhan juga
merupakan salah satu cara disiplin asertif.
Model Teori Disiplin Asertif berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan
penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid-murid
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti
penghargaan, pujian atau ganjaran. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru
mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan
mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan. Sebagai contoh, dalam kelas Tahun
Empat Hijau, bukannya semua murid akan menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru
kelas dalam masa yang ditetapkan. Malahan terdapat beberapa murid dalam kelas tersebut yang
sering tidak menghantar kerja rumah mereka. Guru kelas tersebut haruslah memberi peneguhan
seperti pujian atau hadiah dalam kelas kepada murid-murid yang menyiapkan dan menghantar
kerja rumah dalam masa yang ditetapkan.

Dengan cara ini, murid-murid tersebut akan terus mengamalkan tingkah laku yang baik
tersebut pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, peneguhan tersebut juga diberikan
kepada murid-murid yang lain dalam kelas terutamanya mereka yang tidak menghantar kerja
rumah atau tidak menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan. Dalam masa yang
singkat, sesetengah murid yang tidak menghantar atau menyiapkan kerja rumah akan berubah
sikap seperti menghantar kerja rumah pada masa yang tepat atau menyiapkan kerja rumah
supaya mendapat pujian atau hadiah yang telah diberikan oleh guru.
Pada masa yang sama, guru kelas haruslah mengenakan peneguhan negatif terhadap mereka
yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah. Guru memberi amaran yang terakhir
kepada murid yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan
dan berjanji akan menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Sekiranya masih
terdapat segelintir murid yang enggan mengubah sikapnya untuk menyiapkan dan menghatar
kerja rumah yang diberi, guru harus menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah.
Dengan ini, murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan menghantar dan
menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan.
Pendekatan Asertif Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin
bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan
pendekatan asertif tahu apa yang diingin oleh daripada murid-muridnya. Mereka akan
menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan
mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan
perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Guru yang asertif membantu muridnya untuk
memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang
menyusahkan dan ke arah kegagalan. Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan
dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan
tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar
peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka
melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan
bukannya berbentuk ancaman. Murid- murid sedar dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan
tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi.

Guru asertif tidak akan membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka
dapat mengenalpasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa
yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid serta berlaku adil terhadap semua murid.
Guru yang asertif memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya, peraturan kelas kita
ialah angkat tangan untuk menjawab soalan atau angkat tangan dan tunggu dengan senyap,
cikgu akan memanggil awak. Secara ringkasnya, pendekatan asertif ini dapat menjamin
hubungan baik antara guru dengan murid dan dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih
konsisten. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan
menyokong perkembangan pembelajaran murid. Tindakan pembetulan Menurut Canter, akibat
atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid- murid yang mengganggu hak muridmurid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera
murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan
menimbulkan rasa kurang selesa murid.
Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua
murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada
murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh
mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu
dilaksanakan. Canter menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran
yang kondusif kepada murid-murid sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap
tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut. Apabila salah laku berlaku hal ini perlu
ditangani dengan tenang dan pantas.
Sehubungan itu, Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut
keutamaan berserta tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan. Setiap tindakan
pembetulan/ akibat dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya.
Kesimpulan Disiplin asertif merupakan suatu pendekatan sistematik dan berstruktur untuk
membantu guru mengelola bilik darjah dengan berkesan. Falsafah disiplin asertif adalah
berdasarkan kepentingan pematuhan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran oleh guru
dalam bilik darjah. Berikut merupakan aplikasi disiplin asertif yang digunakan oleh guru
terhadap pelajar:

Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanakannya dalam bilik darjah.

Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah.

Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi


ketegangan.

Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau
ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.

Mengorganisasikan suatu perjumpaan dengan pelajar-pelajar dan menjelaskan keperluan


untuk mematuhi peraturan bilik darjah. Sesungguhnya disiplin asertif amat penting untuk
diaplikasikan oleh seseorang guru dalam pengurusan bilik darjah. Berikut merupakan cara-cara
yang boleh digunakan oleh seseorang guru untuk memahirkan diri dengan teknik asertif:

Apabila tingkah laku yang tidak diingini berlaku, ambil tindakan mengikut peraturan
bilik darjah dengan serta merta.

Mengenal pasti sebab atau punca berlakunya sesuatu masalah dan memberi respons
dengan tingkah laku yang sesuai.

Belajar menggunakan teknik memecah rekod dengan mengulang arahan dua kali atau
lebih sehingga pelajar-pelajar mematuhi arahan guru.

Belajar mengaplikasikan teknik ulangan positif yang merupakan cara mengulangi


peraturan supaya semua pelajar mengetahui apa yang patut dilakukan.

Menggunakan pujian kedekatan dengan memuji yang terdekat dengan rakan sedarjah
yang bertingkahlaku buruk.

b) Modifikasi Tingkah Laku


Pengenalan
Modifikasi bermaksud proses (perbuatan atau tindakan) mengubah sedikit sesuatu (keadaan
atau sifat) supaya sesuai dengan keperluan (menurut Kamus Dewan edisi ke-4). Oleh itu, dalam
konteks pengurusan bilik darjah, guru berperanan mengubah tingkah laku pelajar dari tingkah
laku negatif kepada tingkah laku positif. Pengurusan bilik darjah adalah merupakan satu set
aktiviti yang menggalakkan tingkah laku positif. Sebagai contoh jadual tugas harian yang
disediakan oleh guru akan dapat memupuk sikap tanggungjawab dan mendisiplinkan pelajar.

Secara tidak langsung, pelajar akan melibatkan diri secara aktif mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Modifikasi tingkah laku juga merupakan langkah-langkah yang sistematik
berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif.
Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku negatif atau
salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif, menyelesaikan
tingkah laku bermasalah yang berlaku dan membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan
kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Langkah-langkah yang sistematik dalam modifikasi tingkah laku adalah:- Mengenalpasti
tingkah laku negatif yang perlu diubah Menetapkan matlamat Menentukan strategi bertindak
Merancang prosedur atau pelan bertindak Melaksanakan strategi mengikut pelan bertindak
Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu Memastikan pencapaian matlamat
yang telah ditetapkan Teknik Modifikasi Tingkah Laku Modifikasi tingkah laku adalah suatu
pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip
pelaziman. Berikut adalah teknik modifikasi yang dapat digunakan bagi menangani masalah
tingkah laku pelajar:Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif
Peneguhan positif adalah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yang diingini (atau
tidak diingini) ditambah. Peneguhan positif digunakan sebagai ganjaran untuk mendorong
pelajar memberi tumpuan semasa belajar seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan
sebagainya. Manakala peneguhan negatif ialah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan
ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang menggangu. Contoh:- guru
menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan peluang
murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa gangguan. Denda
Denda ialah tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku
negatif. Ianya menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh murid yang melanggar
peraturan dan memastikan hukuman itu sesuai dan berpatutan.
Menurut Skinner, denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.
Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula. Contoh:- guru juga boleh

memberhentikan tingkah laku yang tidak diingini yang dilakukan oleh pelajar dengan
menukarkan tempat duduknya atau berjumpa dengannya selepas waktu belajar. Reverse
Psyclogy Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku
negative kepada positif. Ia memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi pelajar yang
berkenaan serta mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya. Ia bertujuan untuk
menginsafkan pelajar sekaligus membuang tingkah laku negatif dan membentuk tingkah laku
yang baik. Shaping Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui
beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur kepada tindakbalas yang diharapkan. Proses
shaping adalah tentukan matlamat tingkah laku, tentukan langkah untuk mencapai matlamat,
kenalpasti langkah pertama dan teguhkan setiap langkah sehingga tingkah laku baru telah
dipelajari. Teknik ini perlu digunakan apabila pelajar itu tidak melakukan dengan sendiri tingkah
laku yang diingini.
Token Economy Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik
yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah dan
peratus. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan
disiplin pelajar. Pelajar-pelajar diberi token apabila bertingkah laku seperti yang diingini dan
token tersebut boleh ditukar dengan benda/ aktiviti lain yang berperanan sebagai peneguh. Lamakelamaan token menjadi sesuatu peneguhan yang berharga dan ingin diperolehi. Kontrak (Lisan
atau Bertulis) Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah
satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Contoh:membuat kontrak formal dengan guru besar dapat menyakinkan pelajar bahawa dia akan
dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan sebagaimana perjanjian yang
telah dibuat.
Kawalan Kendiri Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah
laku sendiri. Mengawal diri dari tekanan situasi yang timbul secara tiba-tiba. Ia merujuk kepada
kemampuan menahan diri dari godaan dan menangguhkan keseronokan. Ia dilakukan seperti
berikut:- a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan b) Mengumpulkan data c)
Merancang program tindakan d) Menilai program e) Menamatkan program c) Positive
Classroom Discipline Terdapat dua jenis tingkah laku bermasalah, iaitu tingkah laku bermasalah
positif dan tingkah laku bermasalah negatif.

Tingkah laku bermasalah positif merujuk kepada tingkah laku yang ingin tahu, cepat belajar,
proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku bermasalah positif juga boleh menjejaskan
kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa tingkah laku bermasalah positif ialah
ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan juga proaktif. Contoh berdasarkan situasi dalam kelas
1 Amanah iaitu pasangan kembar Shira dan Shirin yang saling bersaing dan bergaduh sematamata untuk menarik perhatian guru dalam kelas. Kelakuan pasangan kembar ini menggambarkan
sikap yang proaktif di dalam kelas. Mereka berdua saling bersaing cuba menonjolkan diri dalam
pelajaran demi menarik perhatian guru di dalam kelas. Walaupun tingkah laku saling bersaing
dalam pelajaran ini dilihat sebagai satu tingkah laku yang positif tetapi ia boleh menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ditambah lagi apabila persaingan di
atara pasangan kembar diselangi dengan perasaan dengki antara mereka berdua dan
menyebabkan berakhir dengan pergaduhan di dalam bilik darjah.
Mengikut pendekatan teori tingkah laku, iaitu yang dipelopori oleh Pavlov, Thorndike dan
Skinner berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka
mengaitkan perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah
laku. Setiap rangsangan menimbulkan tindak balas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan
dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang
lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Guru yang kurang daya
inisiatif dari segi strategi dan teknik pengajaran akan gagal untuk menarik dan meransang minat
murid-murid untuk mengikuti proses pembelajaran semasa di dalam bilik darjah. Begitu juga
dengan rangsangan dalam bentuk arahan guru semasa di dalam bilik darjah juga membawa
kepada terjadinya tingkah laku bermasalah ini. Arahan guru yang kurang jelas, tidak mudah
difahami dan suara yang kurang kuat boleh menyebabkan murid-murid berasa keliru dan tidak
tahu apa yang hendak dilakukan.
Menurut Teori Tingkah Laku Behaviourisme, rangsangan dalam bentuk arahan guru telah
gagal untuk menarik motivasi murid-murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Selain faktor guru yang menyebabkan berlakunya tingkah laku bermasalah,
peranan keluarga juga memainkan peranan. Keluarga merupakan orang yang paling dekat
perhubungan degan murid. Pengalaman daripada keluarga mempengaruhi perlakuan murid. Ibu
bapa yang kurang meluangkan masa di rumah untuk anak-anak lantaran sibuk bekerja, begitu

juga murid yang miskin juga kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapa di rumah kerana adikberadik yang ramai mendorong terjadinya tingkah laku bermasalah ini di sekolah. Anak-anak
yang tidak mendapat cukup perhatian di rumah selalunya cuba mendapatkan perhatian daripada
guru di sekolah. Seseorang anak selalunya mendapat perhatian daripada ibu bapa apabila
berkelakuan tidak senonoh. Jika mereka tidak mengganggu ibu bapa selalunya dia tidak diberi
perhatian.
Situasi ini menggalakkan mereka berkelakuan negatif dan tidak menggalakkan mereka
berkelakuan positif. Murid ini beranggapan bahawa perlakuan tidak senonoh adalah cara untuk
mendapatkan perhatian guru. Keadaan inilah yang terjadi di dalam kelas 1 Amanah di mana
pasangan kembar yang saling bersaing dalam usaha menarik perhatian guru. Disebabkan Cikgu
Rozana tidak menyedari masalah ini maka mereka melayan dan mengganggu murid yang lain.
Faktor psikologi, sosial dan nilai diri pelajar juga merupakan salah satu punca masalah tingkah
laku bermasalah. Ada di kalangan pelajar yang berasa seolah-olah dibenci kerana mereka merasa
banyak kekurangan apabila memasuki sekolah yang mempunyai set peraturan yang berbeza
antara sekolah atau alam sekitarnya yang jauh berbeza. Pelajar kurang dorongan dan kurang citacita untuk mengejar kejayaan dalam bidang akademik.
Di dalam kelas, mereka kurang mendapat perhatian jika guru sudah ada pra-anggapan bahawa
kelas ini atau pelajar ini bodoh, degil atau nakal dan sebagainya. Keadaan inilah yang berlaku di
dalam kelas 1 Amanah. Murid-murid dalam kelas tersebut yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang keluarga ditambah lagi dengan tahap pembelajaran yang lemah dan sering tidak
membawa buku. Murid menyangka seolah-olah benci terhadap mereka dan reaksi mereka
terhadap segala peraturan menyebabkan ingin memberontak. Kadangkala murid-murid tidak
merasa puas hati apabila guru memuji dan mementingkan pelajar-pelajar yang berpakaian kemas
dan mempunyai buku teks yang lengkap. Dalam mengatasi masalah tingkah laku bemasalah ini
menjadi semakin ketara, oleh itu langkah-langkah mengatasi haruslah segera diambil. Setiap
pihak memainkan peranan dalam menangani masalah tingkah laku di kalangan murid-murid.
Dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan
minat murid dalam bilik darjah maka guru harus mengenali latar belakang murid dan mengkaji
kebolehan dan minat mereka. Dengan ini pelajaran yang disampaikan sejajar dengan kebolehan

dan minat, dengan ini komunikasi berkesan akan wujud. Guru harus memanggil nama pelajar
semasa menyoal dan ini membentuk suasana yang mesra antara guru dengan pelajar . Di
samping itu, penyampaian arahan dan pengajaran guru hendaklah jelas dan mudah diikuti oleh
murid-murid agar mereka terangsang dan tertarik untuk meneruskan proses pembelajaran. Selain
itu juga, kemahiran komunikasi yang berkesan haruslah dikuasai oleh guru-guru. Ini kerana
amalan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah akan membawa hasil pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan.
Untuk mengamalkan komunikasi berkesan dalam bilik darjah, guru harus menguasai
kemahiran-kemahiran penggunaan kaedah dan teknik mengajar, khasnya teknik menyoal.
Sebagai seorang penyampai ilmu pengetahuan, guru dikehendaki berkomunikasi secara lisan dan
bertulis dengan murid-muridnya agar dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan. Guru
yang mempunyai komunikasi yang berkesan ialah guru yang boleh bertutur atau menulis dengan
jelas dan tepat. Kemahiran komunikasi ini membolehkan murid-murid mengikuti pelajaran yang
diajarkan dengan lebih tepat. Guru hendaklah bertutur dengan intonasi yang sesuai agar tidak
membosankan murid. Guru juga perlulah bersemangat tinggi dalam penyampaiannya.
Penggunaan pergerakan fizikal, gerak isyarat dan memek muka semasa menerangkan sesuatu
pelajaran akan memudahkan pemahaman dan menarik minat perhatian pelajar untuk terus
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, tingkah laku guru
yang membenarkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti tetapi pada masa yang sama
dapat mengekalkan disiplin bilik darjah.
Guru perlu merangsang pelajar untuk mengemukakan soalan-soalan dalam bilik darjah.
Suasana bilik darjah akan lebih mesra dan tenang jika guru dapat menyelitkan humor dan unsurunsur kecindan semasa proses mengajar dilakukan. Guru harus bersikap positif dan bertutur
dengan bahasa yang baik serta bercakap tentang perkara-perkara yang baik dan benar. Guru
seharusnya mengelak daripada mengkritik idea atau pendapat pelajar yang salah atau tidak tepat.
Malah guru perlu memberi peneguhan positif dan cuba memperbaiki jawapan murid yang kurang
tepat dan menggalakkan mereka mencuba lagi jika jawapan salah. Dengan ini, suasana
sosioemosi bilik darjah akan lebih tenang dan relaks dan menggalakkan penglibatan murid secara
aktif dan komunikasi guru dengan pelajar lebih terbuka. Oleh itu, dengan adanya kemahiran

komunikasi yang berkesan dalam kalangan guru-guru menyebabkan murid-murid tidak


terdorong ke arah melakukan tingkah laku yang bermasalah dalam bilik darjah.
Dalam pengurusan disiplin dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan dengan memberi
peneguhan kepada pelajar samada dalam bentuk peneguhan positif atau peneguhan negatif.
Peneguhan positif terdiri daripada memberi ganjaran, pujian, hadiah untuk hasil kerja pelajar dan
supaya pelajar mewujudkan tingkah laku yang membina dan positif serta dikaitkan dengan
perasaan kegembiraan. Mengubah tingkah laku dengan memberi ganjaran kepada tingkah laku
yang diingini dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Penggunaan peneguhan yang
sistematik boleh membentuk tingkah laku seperti yang dikehendaki. Tingkah laku menjadi
kurang atau lemah jika tidak diikuti dengan pengukuhan. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya,
dapatlah dirumuskan bahawa terdapat berbagai-bagai tingkah laku masalah di kalangan pelajarpelajar sekolah rendah semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Tingkah laku bermasalah ini adalah disebabkan oleh berbagai faktor yang menyebabkan
berlakunya salah laku ini. Faktor fizikal bilik darjah, faktor persekitaran rumah dan juga faktor
peranan yang dimainkan oleh guru itu sendiri semasa melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, berbagai cara dan langkah telah diambil dalam
membantu guru dalam menangani masalah tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid di
dalam bilik darjah dari terus mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
RUJUKAN
Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang: Bentong Pts Publication &
Distributors

Sdn

Bhd.

Disiplin

Asertif

(2010).

Dicapai

pada

20/12/2010

dari

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/disiplin-asertif
html Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Nota PISMP: Disiplin
asertif. Dicapai pada 20/12/2011 dari http://notapismp.blogspot.com/2010/05/disiplin asertif.
html.

Merapatkan

jurang

pendidikan.

(2007).

Dicapai

pada

20/01/2012

dari

http://www.bppt.com.my/resources/download.php?id; Modifikasi tingkah laku. Dicapai pada

15/01/2012

dari

http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=modifikasi%20tingkah%20laku&source=web&c
d=2&sqi=2&ved=0CC8QFjAB&url=http%3A%2F%2Fmysalawati.21classes.com%2Fpub%2F
mysalawati%2Ftingkahlaku_bermasalah.doc&ei=oZU
NordinTahir.

(2011).

Modifikasi

tingkah

laku.

Dicapai

pada

15/01/2012

dari

http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/moditifikasi-tingkahlaku-kpli.pdf
Perkembangan fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak cerdas pintar. (2010). Dicapai pada
23/01/2012 dari http://www.fskpm.upsi.edu.my//strategi_pengajaran_dan_pembelajaran.php
Rahsia individu pintar cerdas dan masalah mereka. (2010). Dicapai pada 22/01/2012 dari
http://www. freewebs.com/truesenfa/bab1.htm/
Topik

7:

Pengurusan

bilik

darjah.Dicapai

pada

15/01/2012

dari

http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=modifikasi%20tingkah%20laku&source=web&c
d=7&ved=0CFoQFjAG&url=http%3A%2F%2Fwww.freewebs.com%2Foum1%2FBilikDarjah.p
pt&ei=N

Anda mungkin juga menyukai