Anda di halaman 1dari 22

KEPENTINGAN DAN KEBERKESANAN KITAR SEMULA DI MALAYSIA

MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Definisi Kitar Semula


Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007
( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi
maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses
dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang
sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia
menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan
seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke
pusat

pemprosesan

untuk

ditukarkan

kepada

produk

atau

bahan

baru.

Faedah faedah kitar semula


Setiap hari kita menghasilkan 15,000 tan sampah, tetapi kita semakin
kesempitan ruang untuk menampungnya. Kita biasanya tidak memikirkan di manakah
sampah sarap kita dibuang atau apakah yang terjadi kepadanya sebaik sahaja ia
dipungut. Hakikatnya lori sampah tidak dapat menghapuskannya begitu sahaja. Ia
biasanya akan diangkut ke tapak pelupusan sampah. Kapasiti tapak pelupusan sampah
kita semakin terhad. Di masa yang sama kita terpaksa menghabiskan jutaan ringgit
untuk mengangkut dan melupuskan sampah. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul
rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah
dan isu isu keselamatan yang berkaitan. Sudah tiba masanya kita menangani masalah
ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang. Jadikan amalan mengitar semula
sebagai sebahagian hidup kita.

Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia
akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui
1

kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya
mengawal penyakit daripada merebak.

Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran. Longgokan bahan buangan di


dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca
pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan
ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.
Kitar semula untuk menjimatkan kos. Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah
lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah
atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang
perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda
kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.

Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kirakira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20
hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah ynag dibuang. Sebaik
sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka.
Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup
kita.

Kitar semula untuk menjimatkan tenaga Tenaga yang dapat dijimatkan untuk
mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan
untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur
untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk
pengeluaran

kaca.

Kitar semula untuk menyelamatkan hutan Untuk menghasilkan satu tan kertas,
sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan
mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan
kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.

Barang yang boleh di kitar semula


Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula. Itemitem

tersebut

adalah

plastik,

kertas,

aluminium

dan

kaca.

KACA
Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan
bekas

kosmetik.

Cara kaca di kitar semula

1. Kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna


asalnya masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca hijau, kaca
coklat akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih akan kekal
menjadi kaca jernih

2. Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan


dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk
dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan dipanaskan sehingga cair
dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas akan dibentuk
untuk dijadikan botol.
3. Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang
keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah siap akan
dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana kaca ini akan diisi
dengan makanan dan minuman.
Kelebihan gelas
Boleh dikitar semula 100% - boleh dikitar semula misalnya. Botol jem boleh dikitar
semula hari ini menjadi botol jus pada bulan hadapan, kemudian menjadi botol susu
hingga seterusnya.

ALUMINIUM
Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh
dikitar

semula.

Cara aluminum di kitar semula:

Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan untuk


diangkut ke pusat kitar semula.
Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing.
Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin
yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding
memproses kitar semula barangan lain seperti kertas.

KERTAS

Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti
suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat
dan

kotak

boleh

dikitar

semula.

Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul dari seluruh
negara

akan

dibawa

ke

kilang

memproses

kertas

terpakai.

Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan di mana pada


mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia akan dilaksanakan untuk
membantu dalam proses penghancuran sebelum dibersihkan daripada kotoran yang
nyata. Kertas yang dihancurkan tadi dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya,
sebelum menjalani proses pembersihan selanjutnya, proses penapisan dan pencerahan.

Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air
lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas kemudiannya
diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi satu gulungan kertas
yang besar.
6

Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz, bergantung


kepada kehendak pelanggan

PLASTIK
Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik,
botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses
untuk dikitar semula.

Cara plastik di kitar semula


Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya diasingkan mengikut
kategori.
Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan ringkas. Plastik
akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang bersaiz lebih kurang 1
sentimeter. Kemudian ia dicuci untuk membuang segala kotoran. Serpihan yang telah
dibersihan itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara panas.
Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual (dalam bentuk
serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru.

Pelbagai bentuk Plastik


Terdapat berbagai jenis plastik boleh didapati. Ia mesti diasingkan sebelum dikitar
semula kerana setiap plastik cair pada suhu yang berbeza. Industri plastik sendiri telah
mewujudkan kod identifikasi bagi melabel pelbagai jenis plastik yang berbeza. Antara
jenis-jenis plastik ialah :

Type 1 - Polyethylene Terephthalate (PET)


Kegunaan : Botol minuman ringan dan mineral. Jenis yang paling banyak dikitar
semula. Kebanyakan pusat kitar semula memerlukan anda mengasingkan penutupnya
dan meleperkan botol tersebut.

Type 2 - High Density Polyethylene (HDPE)


Kegunaan : Botol detergen dan minyak masak, beg runcit serta mainan plastik

Type 3 - Vinyl/Polyvinyl Chloride


Kegunaan : Paip plastik, perabut luaran. Pusat kitar semula jarang mengambil bahan
ini untuk dikitar semula

Type 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)


Kegunaan : Beg plastik, pelapik tin, bekas pengisi makanan. Jarang di gunakan

Type 5 - Polypropylene (PP)


Kegunaan : Penutup plastik, penyedut air minuman, pembalut makanan, permaidani.
Jarang dikitar semula. Biasa nya di tanam di tapak pelupusan.

Type 6 - Polystyrene (PS)


Kegunaan : Palet pembungkus, cawan polystyrene. Kebanyakan stor
perkapalan/pembungkusan akan menerima bahan ini untuk digunakan semula.
Type 7 - Lain-lain
Kegunaan : Sesetengah jenis pengisi makanan dan tupperware.

Terdapat berbagai cara untuk kita mengurangkan kadar pengeluaran bahan-bahan


plastik yang tidak diperlukan. Di sini disertakan beberapa contoh:
Elak/Kurangkan
Apabila anda membeli barang keperluan, bawalah beg anda sendiri. Jika perlu,
pilihlah beg kertas bagi menggantikan beg plastik.
Guna Semula
9

Jangan buang beg plastik yang terdapat di rumah anda. Simpan beg ini kerana ia
boleh di guna semula.

Kitar Semula
Jangan buang bahan-bahan plastik kerana ada sesetengah bahan plastik yang boleh
dikitar semula. Bahan-bahan permainan daripada plastik yang tidajk boleh digunakan
lagi boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan. Ini adalah sebahagian dari
cetusan idea bagaimana kita boleh menguruskan bahan-bahan plastik. Jika anda
mempunyai cadangan/idea berkaitan isu ini, kami mengalukan-alukannya dari anda.

APA YANG TIDAK BOLEH DIKITAR SEMULA


Kertas
Kotak pizza atau apa-apa yang disaluti dengan minyak/bekas makanan
Pinggan kertas
Tisu muka
Kertas carbon
Lampin
Buku berkulit tebal
Kotak susu
Kertas disaluti lilin/plastik
Bekas makanan beku
Tuala kertas
Aluminium
Tin aerosol
Tin cat
10

Penggantung baju
Bahan perubatan
Penapis minyak

Kaca
Gelas minum
Kaca tingkap
Cermin Mentol
Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta.
Kaca tahan suhu tinggi - Pyrex, Corning Ware, Vision Ware
Botol legap putih
Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan perubatan.
Cermin tingkap, Mentol, Cermin muka, pinggan mangkuk yang pecah, kaca untuk
ketuhar, gelas minuman, kaca kristal, seramik dan tiub lampu berwarna.

Plastik
Bahan plastik yang bukannya botol seperti bekas yogurt dan bekas marjarin
Bekas makanan yang dibuat dari plastik
Botol plastik yang ada sisa minyak, racun serangga atau bahan-bahan beracun

Styrofoam

11

Lain-lain
Bahan letupan
Asbestos
Lampu kalimantang
Bateri
Bahan perubatan
Bahan-bahan radioaktif

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA


Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan
kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting
bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah
bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari
semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
-

Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang


ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan
lebih banyak sisa .

Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi


ini yang menghasilkan sisa .

Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini


di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat
dilupuskan (bahan tidak biodegradasi)

12

Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan


sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut
makanan yang dibuat dari kertas minyak.

Kepentingan Terhadap Alam Sekitar


Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif
yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.
-

Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana


(methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak
pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran
yang disebabkan oleh sisa pepejal.

Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada


pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan
terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat
disimpan dan dikekalkan.

Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan


mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara
tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan
pemeliharaan alam semula jadi.

Kepentingan Terhadap Manusia


Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup
di dalamnya.
13

Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga,


kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai
untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi
kawasan tadahan air.

Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada


bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada
bahan-bahan kitar semula.

Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang.


Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan
menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari
sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi
yang akan datang.

Kesan Pengurusan Sisa Pepejal Yang Tidak Terurus


Boleh mengakibatkan banyak masalah kesihatan kepada manusia dan fenomena alam
yang tidak stabil kepada alam sekitar. Longgokan sampah yang serius boleh
mengakibatkan berlakunya banjir kerana air tidak dapat mengalir dengan lancar.
Sampah yang menghalang air daripada mengalir menyebabkan air terus melimpah ke
daratan dan mampu menenggelamkan suatu kawasan yang terlibat jika hujan
berterusn. Sebagaimana yang dijelaskan dalam teori probabilisme, alam akhirnya
bertindakbalas secara semulajadi terhadap semua kerosakan yang dilakukan oleh
manusia. Banjir yang berlaku bukan disebabkan alam, tetapi kita harus melihat
dengan lebih mendalam lagi seperti teori probabilisme, manusia yang memulakan
perperangan dengan alam. Bencana banjir mengundang masalah kesihatan seperti
menularnya penyakit taun, penyakit tangan dan kuku, penyakit demam denggi dan
seumpamanya. Sumber air turut tercemar dan mengakibatkan kurangnya bekalan air
bersih kepada penduduk setempat dimana fenomena ini mengakibatkan krisis air
sehingga mengganggu aktiviti harian kita. Sumber minuman dari air yang kotor boleh
mengakibatkan keracunan dan membawa maut kepada manusia. Kerugiaan ratusan
14

ribu ringgit bagi keluarga yang terlibat, kerajaan juga turut membelanjakan jutaan
ringgit untuk bantuan dan kos bina semula kediaman bagi membantu mangsa yang
terlibat. Banyak sungguh kerosakan yang timbul hanya disebabkan manusia tidak
mengambil kisah tentang sisa pepejal yang dianggap kecil dan tidak membawa
kemudaratan kepada alam dan sikap ambil mudah inilah yang menyumbang kepada
fonomena banjir disebabkan saliran yang tersumbat.

15

16

Sisa pepejal yang menyebabkan Masalah longgokan sampah berpunca daripada kilang
iaitu kira-kira (30 peratus) serta berpunca daripada penempatan setinggan (25
peratus), penjaja (17 peratus), persekitaran (10 peratus) dan individu (18 peratus)
Pembuangan sisa pepejal ke dalam sungai boleh menyebabkan hidupan akuatik mati
kerana pencemaran (Statistik Alam Flora). Isu longgokan sampah kita dengar hampir
setiap hari. Bau yang dihasilkan daripada longgokan sampah amat sukar digambarkan
dengan kata-kata, tidak hairanlah kerana Inilah budaya dan amalan rakyat di Negara
kita. Selain terkenal dengan kehebatan pemimpin Negara yang bijak dan berwibawa,
Malaysia juga terkenal dalam kalangan pelancong dari luar Negara kerana sampah
sarapnya yang tidak terurus. Sebagai contoh petikan akhbar di bawah :

Sangat menyedihkan dan mengharukan sekali, sampah ada dimana-mana, tetapi itulah
realiti keadaan yang berlaku di dalam Negara kita sekarang. Sampai bila krisis ini
akan selesai, tidak dapat dipastikan.
Selain itu, pembakaran

Incinerator adalah sejenis alat yang digunakan untuk membakar sisa pepejal
atau bahan buangan. Kaedah ini mewujud ancaman kepada alam sekitar kerana ia
melibatkan pembakaran yang boleh menghasilkan bahan toksik seperti dioksin ,furan
17

dan merkuri. Dioksin, furan dan merkuri yang dibebaskan boleh menyebabkan
kemandulan dan penyakit kanser. Bahan kimia tersebut juga boleh merosakkan sistem
ketahanan/Imun badan dan mengganggu fungsi hormon lalu menyebabkan pelbagai
jenis penyakit. Dua bahan kimia yang dikait rapat dengan incinerator, iaitu bahan
berklorin

akan

membebaskan

dioksin

manakala

bahan

berhalogen

akan

membebaskan Furan. Penggunaan incinerator mempunyai keburukan dan kebaikan


kepada penduduk setempat.

Rumusan
Pusat-pusat kitar semula harus disediakan dengan banyak dan sentiasa
beroperasi bertujuan bagi menyalurkan bahan-bahan kitar semula kepada pengilangpengilang yang berkaitan. Pusat-pusat kitar semula memudahkan pengilang
mendapatkan input masing-masing. Selain itu, dengan adanya pusat-pusat kitar
semula yang beroperasi akan menarik minat masyarakat untuk menghantar barangbarang kitar semula. Pemberian insentif atau hadiah kepada sesiapa yang menghantar
bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula akan menggalakkan orang ramai
untuk menghantar bahan buangan terutamanya kanak-kanak. Contohnya dengar
memberikan wang sebanyak 10 sen untuk 3 atau 4 botol kaca, seekor anak patung
yang sudah dibersihkan untuk 10 kg kertas lama atau bermacam-macam lagi.
Di samping menjalankan program sebegini, peranan media massa cetak dan
elektronik masih dan tetap diperlukan. Media massa harus memaparkan kepentingan
kitar semula dan faedah kitar semula dengan cara yang lebih kreatif dan menarik.
Contohnya, RTM atau Radio Televisyen Malaysia sering memaparkan lagu-lagu kitar
semula dan visual yang agak menarik malah ada yang ditayangkan dalam versi kartun
dan cerita. Komputer juga boleh digunakan bagi menjayakan program kitar semula
dengan membuka halaman atau homepage berkenaan alam sekitar dan proses kitar
semula. Sebagaimana yang diketahui kebanyakan masyarakat dan orang ramai
menghabiskan masa dengan komputer, jadi dengan animasi, fakta dan maklumat
18

tentang kitar semula yang menarik dan menakjubkan akan menarik minat orang ramai
untuk menyertai program kitar semula ini.
Selain itu, peranan pihak berkuasa amat penting untuk menjayakan program ini.
Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan tegas terhadap sesiapa yang
membuang sampah sarap sesuka hati terutamanya di tempat-tempat awam, sungai dan
longkang patut dikenakan denda yang maksimum atau di kompaun atau dipenjarakan.
ini kerana mereka bukan sahaja mencemarkan alam malah menyebabkan penyakit
kerana pembiakan lalat, lipas dan tikus. Ekosistem hidupan akuatik dan flora fauna
akan terjejas jika mereka tidak berubah sikap.
Justeru itu, masyarakat patut memainkan peranan mereka dan memberi kerjasama
untuk menjayakan program kitar semula yang bukan sahaja membantu mengurangkan
penggunaan bahan baru malah menyelamatkan beratus-ratus spesis hidupan dan
pokok di serata dunia.

19

Lampiran
ARKIB : 21/11/2013

Kitar semula pulihara alam sekitar


Oleh NURSURAYA ZULKIFLI
pengarang@utusan.com.my

Abd. Hapiz A. Samad (kiri) dan Sazali Muhd. Din (tengah) memasukkan minyak terpakai ke dalam tong
secara simbolik dalam perasmian Majlis Penempatan Tong Kitar Semula di Ayer Keroh, Melaka, barubaru ini.

MELAKA 20 Nov. - Kitar semula adalah proses mengolah bahan buangan untuk
mendapatkan bahan yang boleh diguna pakai semula.
Sisa-sisa buangan yang tidak di kitar semula hanya menyumbang kepada berlakunya
pencemaran dan mewujudkan ketidakselesaan.
Hakikatnya, kitar semula merupakan cara terbaik bagi masyarakat dunia mendapatkan
kesan positif kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada
alam sekitar.
Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan
namun, menerusi proses kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan
mentah dan sumber asli seperti kayu balak dapat dikekalkan untuk generasi akan
datang.
Kitar semula juga hanya memerlukan sedikit tenaga yang secara tidak langsung dapat
membantu dalam mengekalkan pemuliharaan berbanding menghasilkan produk
daripada bahan mentah yang memerlukan tenaga lebih besar.
Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan yang diadakan pada 11 November setiap
tahun adalah untuk mempromosikan kesedaran kepada orang awam bagi menjalankan
aktiviti kitar semula.
20

Menjelang tahun 2020, kerajaan telah menyasarkan sebanyak 22 peratus pengurangan


sisa pepejal melalui pelaksanaan kitar semula.
Bagaimanapun, berdasarkan kajian National Strategic Plan for Solid Waste
Management, kadar kitar semula bagi sisa pepejal di negara ini adalah sangat rendah
iaitu sekitar lima peratus daripada jumlah keseluruhan sisa pepejal.
Dalam erti kata lain, majoriti sisa pepejal perbandaran yang dihasilkan dibuang ke
tapak pelupusan sampah.
Menurut Malaysia's Second National Communication (NC2) to United Nations
Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) pula, jumlah sisa pepejal
yang dihasilkan di Semenanjung Malaysia semakin meningkat.
Atas kesedaran itu, kerajaan negeri melalui Perbadanan Teknologi Hijau Melaka telah
menganjurkan kempen Penebusan Minyak Masak bagi menarik minat komuniti untuk
menyertai program Biodiesel Melaka iaitu menukarkan minyak masak terpakai
kepada biodiesel.
Program tersebut bagi menyokong Rangka Tindakan Teknologi Hijau Negeri Melaka
dan Dasar Biodiesel Negara.
Dalam usaha menyokong usaha kerajaan negeri mencapai hasrat menuju Negeri
Bandar Teknologi Hijau dan Melaka Maju Fasa Kedua, Menara Persekutuan telah
mula mengamalkan konsep kitar semula dalam kalangan warganya.
Simbolik penempatan tong kitar semula di bangunan itu bagi membolehkan aktiviti
kitar semula dilaksanakan di 25 pejabat di Menara Persekutuan secara berterusan.
Selain tong kitar semula sisa pepejal, satu tong bagi mengisi sisa minyak masak
terpakai turut disediakan di tingkat dua berhampiran kafetaria.
Timbalan Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Sazali
Muhd. Din berkata, usaha penempatan tong kitar semula di bangunan itu mampu
menjadi contoh dan teladan kepada bangunan atau menara lain.
Katanya, kesedaran orang awam adalah penting terutama dalam kalangan penjawat
awam yang memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan kepentingan
mengitar semula.
"Kesedaran mengenai pembuangan sampah yang betul, perlu dimulakan dengan
menjadi dan mengamalkan tabiat membuang sampah dengan lebih teratur terutama
pengasingan sampah yang dapat di kitar semula ke tempat yang betul.

21

"Oleh itu, semua pihak sama ada jabatan dan agensi kerajaan perlu lebih prihatin,
peka dan berpandangan jauh bagi menyokong usaha-usaha ini di samping memelihara
alam sekitar.
"Orang ramai juga perlu memberikan kerjasama erat untuk menggunakan tempattempat pembuangan sampah yang telah disediakan dan dengan adanya tindakan
bersepadu itu, ia memberikan jaminan persekitaran yang bersih lagi sihat," katanya di
sini baru-baru ini.
Yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Abd. Hapiz A.
Samad.
Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20131121/ws_01/Kitarsemula-pulihara-alam-sekitar#ixzz2waKmfZjj
Utusan Melayu (M) Bhd

22