Anda di halaman 1dari 8

D20102044427

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


35900 TANJUNG MALIM
PERAK DARUL RIDZUAN
FAKULTI PENDIDIKAN

UJIAN 1
PENGAJARAN DAN TEKNOLOGI PENAKSIRAN
KPD 3016

Disediakan Oleh :

Nama Pelajar

No. Matrik

No. H/Phone

SURIANA BINTI ABDUL RAHIM

D20102044427

012-4104954

KUMPULAN EL-A13

Program Pendidikan Jarak Jauh(PJJ)


Semester 1 Sesi 2011/2014
Untuk Perhatian :
Professor Madya Dr. Sopia binti Md Yassin
0

D20102044427

Pensyarah
Falkulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Tugasan 1
Teknik penyoalan merupakan satu kaedah pembelajaran yang paling lama dan kerap
digunakan didalam bidang pendidikan. Ianya merupakan satu cara interaksi diantara guru dan
murid-muridnya. Disamping itu, teknik penyoalan juga merupakan satu cara yang paling
efektif untuk mengenalpasti kefahaman murid-murid mengenai isi pelajaran yang diajar
kerana murid dikehendaki memberi tindak balas mengenai soalan yang diajukan oleh
guru.Salah satu perkara yang paling penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan
menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatu
maklumat tetapi dapat membantu kita membina suasana komunikasi yang positif dan
memupuk sikap saling memahami dan berkerjasama.
Diantara tujuan-tujuan teknik penyoalan adalah untuk mengesan pengetahuan
berbahasa pelajar, untuk mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif,inovatif,logik dan juga
kritis dan untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Langkah penyoalan yang pertama adalah mengajukan soalan kepada seluruh
kelas. Guru akan mengajukan soalan secara umum kepada semua murid didalam kelas. Guru
perlu memastikan soalan yang diberikan adalah bertepatan dengan tahap murid yang diajar.
Soalan yang diberikan perlulah menjurus kepada pemikiran secara kritis dan kreatif. Sebagai
contoh seorang guru Bahasa Melayu Tahun 1 mengajar topik tentang pekerjaan. Guru akan
bertanyakan soalan seperti,Jika kamu sedang sakit siapakah orang yang akan merawat
kamu? Murid akan memberikan respon terhadap soalan yang diberikan. Murid akan
menggunakan pengetahuan sedia ada, perkara yang pernah dilalui,perkara yang pernah
didengar dan keadaan persekitaran sebagai pencetus idea untuk memberikan jawapan
terhadap soalan. Bagi murid yang mempunyai kecerdasan minda yang tinggi soalan yang
diberi hendaklah lebih mencabar sebagai contoh, Siapakah yang akan kamu jumpa jika
kamu sakit.
Langkah yang kedua adalah guru akan memberi masa berfikir yang sesuai (waittime) kepada murid-murid. Di samping itu guru boleh juga membantu murid dengan
memberikan sedikit petunjuk bagi membantu murid itu untuk berfikir. Sebagai contoh,Orang
ini selalunya memakai baju berwarna putih ke paras peha. Murid akan mengaplikasikan
1

D20102044427

pertunjuk guru bagi memikirkan jawapan. Pada ketika ini guru boleh berlegar di sekitar kelas
sambil mendengar perbualan dan perbincangan murid-murid sesama sendiri dan guru tersebut
boleh memberi galakkan terhadap aktiviti yang bersifat positif iaitu perbincangan sesama
rakan,berkumpulan dan interaksi dengan guru. Murid juga digalakkan bertanyakan soalan
untuk mendapatkan lebih maklumat tentang soalan guru tadi. Dua langkah awal ini akan
secara spontan mengaktifkan pemikiran dan pergerakan murid-murid. Masa berfikir dan
berbincang akan ditentukan oleh jenis kesukaran soalan yang diberikan.
Langkah yang ketiga memilih murid untuk menjawab. Dalam proses ini guru akan
memberikan peluang kepada murid yang sukarela ataupun sebaliknya dengan ini murid akan
lebih memberikan perhatian. Guru juga boleh memanggil nama murid-murid yang pintar
terlebih dahulu untuk mengalakkan penglibatan murid secara positif. Jika penyertaan murid
sewaktu proses ini berjalan tidak begitu aktif maka guru haruslah melaksanakan beberapa
perkara supaya penglibatan murid untuk memberikan jawapan secara prompting dapat
dijalankan. Sebagai contoh guru mugkin boleh memberikan satu insiden yang mungkin telah
berlaku di sekolah dan telah disaksikan oleh semua murid, Dulu sewaktu Amin jatuh tangga
siapakah orang yang kita panggil untuk merawat Amin? Guru juga boleh memberikan
beberapa bentuk petunjuk lain yang ada kaitan. Pada peringkat ini guru tidak akan
memberikan respon benar atau salah bagi jawapan yang diberikan di mana guru akan terus
bertanyakan soalan pada murid-murid yang agak lemah dan sederhana untuk menunjukkan
keperihatinan guru terhadap mereka. Dalam proses ini guru akan memastikan peraturan
seperti mengangkat tangan semasa ingin menjawab serta menunggu sehingga giliran mereka
dipanggil untuk menjawab sebagai salah satu cara untuk memastikan keadaan kelas akan
lebih terkawal.
Langkah yang keempat adalah dengan memberi respon atau reaksi yang
bersesuaian kepada jawapan yang diberikan oleh murid. Sebagai contoh Amir menjawab
Ibu saya, cikgu. Guru tidak akan memberikan jawapan mandatori betul atau salah tetapi
guru akan mentafsirkan jawapan murid tersebut. Guru akan membuat probing bagi
mengerakkan pemikiran murid sebagai contoh ,Memang benar, ibu kamu yang menjaga
kamu sewaktu kamu sakit dan dia juga yang memberikan kamu makan ubat, tetapi siapakah
yang mencadangkan rawatan seperti ubat dan suntikan yang kamu terima?. Setiap jawapan
murid perlulah diterima untuk mengelakkan murid tersebut hilang keyakinan walaupun
jawapan tersebut terbukti 100 peratus salah. Sebagai contoh seorang murid menjawab jika dia
sakit maka orang yang menjaga adalah seekor lembu maka di situ seorang guru harus
menimbulkan keraguan yang boleh membina pemikiran murid tersebut sebagai contoh, Pada
2

D20102044427

pandangan kamu boleh atau tidak lembu tersebut memberi kamu makan ubat? Soalan ini
akan mengerakkan pemikiran murid tersebut untuk berfikir secara lebih logik ataupun
mendalam. Guru seterusnya boleh juga membuka soalan kepada murid-murid yang lain pula.
Ini bertujuan untuk merangsang murid-murid lain supaya turut sama berfikir. Ini adalah untuk
memastikan bahawa setiap respon yang diberikan oleh murid itu boleh diperbincangkan
dimana jawapan yang salah itu tidak semestinya 100 peratus salah dan kita boleh mencari
sesuatu yang positif bagi setiap perkara.
Langkah yang kelima adalah guru perlu memberi penekanan atau membuat
ringkasan mengenai jawapan yang tepat ataupun yang boleh diterima.Sebagai contoh
Azman menjawab, Doktor cikgu, Maka guru tersebut perlu memberikan kata-kata
penghargaan seperti Bagus Azman. Jika jawapan yang diberikan oleh murid itu salah atau
kurang tepat maka guru boleh menggunakan jawapan murid lain yang lebih tepat dengan
tidak menidakkan jawapan yang salah sebagai contoh jika Abu menjawab, Lembu cikgu
maka guru akan menjawab, Lembu ye, apa kata kita dengar jawapan dari Ali pula.
Seseorang guru boleh memberikan jawapan terhadap sesuatu soalan secara muktamat dengan
menunjukkan gambar seorang doktor.

D20102044427

Tugasan 2a
Kaedah inkuiri induktif terbimbing merupakan satu cara dimana murid melakukan
penyelidikan berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan oleh guru, dan pemilihan
langkah-langkah penerokaan ditentukan sendiri oleh murid(Heron,1971). Hasil pembelajaran
bagi setiap domain yang disenaraikan boleh dicapai melalui kaedah inkuiri induktif
terbimbing.
Tema

: Dunia Sains dan Teknologi

Tahun

: 1 Bestari

Tajuk

:Apa Rasanya

Standard Kandungan: Sains Fizikal


7.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai rasa.
7.2 Menghargai deria rasa.
Objektif

:Hasil Pembelajaran

a. Domain Kognitif( Pemikiran )

Menjelaskan pemerhatian secara lakaran,penulisan atau lisan.

b. Domain Psikomotor (Kemahiran fizikal)

Mengenalpasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan deria rasa.

Mengenal pasti masin,manis dan masam

c. Domain Afektif (Sikap & Nilai)

Menghargai deria rasa

Tugasan 2b
Justifikasi hasil pembelajaran :Pada pendapat saya hasil pembelajaran melalui Kaedah inkuiri induktif terbimbing boleh
dicapai kerana murid diberi bimbingan daripada guru. Guru bertindak sebagai
pemudahcara dalam aktiviti ini. Murid dapat memahami isi pembelajaran kerana bahan
yang digunakan adalah tidak banyak dan murid mendapat pengalaman sendiri dengan
merasai bahan yang disediakan. Murid dapat merasai sendiri pengalaman tersebut setelah
mereka menyertai aktiviti yang dijalankan. Guru juga cuba untuk mengasah sifat ingin

D20102044427

tahu

murid-murid

dengan

menyediakan

bahan-bahan tersebut

dan juga dengan

mengemukakan soalan-soalan yang merangsang minda murid-murid.

Tugasan 2c
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa fasa kedua pengajaran (menstruktur/menstruktur semula
idea) mengikut model pengajaran fasa 4.
Tema

: Dunia Sains dan Teknologi

Tahun

: 1 Bestari

Tajuk

:Apa Rasanya

Standard Kandungan

: Sains Fizikal
7.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai rasa.
7.2 Menghargai deria rasa.

Sumber

: Air garam, air gula dan air limau nipis.

Objektif

Hasil Pembelajaran
i.

Domain Kognitif( Pemikiran )

ii.

iii.

Menjelaskan pemerhatian secara lakaran,penulisan atau lisan.

Domain Psikomotor (Kemahiran fizikal)

Mengenalpasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan deria rasa.

Mengenal pasti masin,manis dan masam

Domain Afektif (Sikap & Nilai)

Menghargai deria rasa

Fasa
Fasa 2

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
1.

Guru menyediakan 3 gelas air mineral

1.1 Murid melihat 3 gelas air mineral

Menstruktur/

yang dicampurkan dengan gula,garam dan

yang dicampur gula, garam dan

Menstruktur

jus limau nipis-ditandakan P,Q dan R.

limau nipis. (Domain psikomotor)

semula idea
(30minit)

2.

3.

Guru meminta murid melihat dan

2.1 Murid cuba meneka dan mengenal

meneka/mengenalpasti bahan dalam gelas

pasti bahan dalam gelas P,Q dan R

P,Q dan R. (untuk mengenalpasti

dengan secara melihat dengan

kefahaman murid terhadap arahan guru)

mata kasar. (Domain psikomotor)

Guru meminta murid menghidu dan kenal

3.1 Murid menghidu menggunakan

Nota

D20102044427
pasti bahan P,Q dan R. (merangsang

hidung dan cuba untuk mengenal

pemikiran murid dan mengenalpasti

pasti bahan yang disediakan oleh

kefahaman murid terhadap arahan guru)

guru. Murid menulis jawapan


dalam kertas soalan yang diberikan
oleh guru.(Domain psikomotor)

4.

Guru bimbing murid buat rumusan bahawa

4.1 Murid membuat rumusan dengan

tidak semua bahan boleh dikenal pasti

bantuan guru dan menjawab

dengan hanya melihat dan menghidu

soalan.(Domain kognitif)

sahaja. Guru memberikan soalan.


Apakah yang kamu dapat hidu dari bekas
P,Q dan R? (untuk mendapatkan jawapan
logik dari murid)
5.

Guru meminta murid merasa dan kenal

5.1 Murid menggunakan sudu untuk

pasti bahan P,Q dan R. Guru memberikan

merasa bahan P,Q dan R. (Domain

soalan Cuba rasa bahan dalam P,Q dan R?

kognitif & Psikomotor)

(merangsang pemikiran murid supaya


berfikir dan mengenalpasti kefahaman
murid terhadap arahan guru)
6.

Guru meminta murid mengenalpasti


bahagian badan yang digunakan semasa

6.1 Murid menjawab soalan dari guru.


(Domain kognitif)

merasa.Guru memberikan soalan Apakah


bahagian badan yang kamu gunakan untuk
merasa? ( supaya murid dapat
mengaitkan dengan fungsi anggota badan
dan kegunaannya)
7.

Guru perkenal perkataan Lidah dan Rasa.


Guru memaparkan gambar kepada murid
dan member penerangan.(untuk
memastikan murid memahami
pembelajaran)

Tugasan 2d
Ciri utama dalam aktiviti ini(2c) yang menunjukkan pengajaran dan pembelajaran itu
mengaplikasikan pendekatan inkuiri induktif terbimbing ialah aktiviti ini dapat memupuk dan
membina rasa ingin tahu murid tentang rasa adalah murid diberi peluang untuk merasai atau
6

D20102044427

menyiasat sendiri rasa dalam gelas yang disediakan. Guru bertindak sebagai pemudahcara.
Dengan jelas menunjukkan bahawa berlaku pengaplikasian pendekatan inkuiri terbimbing
yang mana guru telah merangsang murid untuk berfikir dengan meminta murid membuat
rumusan sendiri berpandukan soalan-soalan yang diberikan.

Tugasan 2e
Kaedah inkuiri terbimbing yang tidak melibatkan penyiasatan perhubungan antara pembolehubah.
Langkah yang pertama guru boleh memberi tajuk atau gambar dan meminta murid untuk
berbincang untuk mendapatkan maklumat serta membuat kesimpulan di dalam kumpulan. Guru boleh
membantu murid-murid dengan memberikan soalan-soalan yang berbentuk petunjuk untuk
merangsang pemikiran murid supaya lebih kreatif dan kritis. Setelah itu guru boleh meminta muridmurid untuk memberikan pandangan. Jika masih tidak mendapat jawapan yang dikehendaki guru
boleh menunjukkan gambar-gambar yang berkaitan. Akhir sekali guru boleh membuat rumusan.

Anda mungkin juga menyukai