Anda di halaman 1dari 1

Diharapkan projek

penambahbaikkan ini dapat meningkatkan lagi fungsi bilik sains yang

sepatutnya selain menjadikkannya lebih

teratur dan lebih ceria. Bilik sains merupakan salah

satu ruang kerja untuk pelajar melakukan aktiviti aktiviti yang melibatkan penyiasatan. Dengan
pertambahan bahan bahan sains yang baru membolehkan murid-murid untuk merasai dan
meneroka bidang sains dengan lebih mendalam. Semoga bilik sains yang bersih dan ceria dapat
meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek sains dengan suasana yang selesa.
Alatan dan bahan merupakan elemen utama dalam pembelajaran sains melalui kaedah
eksperimen. Murid-murid akan memahami fenomena dengan lebih konkrit, lebih berkesan dan
lebih merasai dan yakin dengan konsep yang diperolehi jika menggunakan alatan dan bahan
yang lebih sempurna. Selain daripada itu, ketiadaan alatan dan bahan juga boleh menyebabkan
eksperimen tidak dapat dijalankan. Manakala jika kuantiti alatan dan bahan yang diperlukan
tidak mencukupi, ia perlu dikongsi antara pelajar yang ramai. Proses penambahbaikkan alatan
dan bahan meliputi perancangan, pengendalian, pengarahan, pemantauan dan pengawalan. Hasil
daripada penambahbaikkan yang sempurna membawa kepada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.