dengan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Selepas
itu , penjajahan diikuti dengan Belanda , Inggeris , Jepun dan Portugis semula. Negeri
Siam juga pernah menjajah beberapa negeri utama di Tanah Melayu. Di kalangan
penjajah ini , secara perbandingannya , penjajah akan meninggalkan pengaruh yang agak
kuat ke atas Negara ini , khususnya yang berkaitan dengan sistem pentadbiran , ekonomi ,
dan pendidikan. Penjajah Inggeris dan Jepun juga meninggalkan kesan pada hubungan
etnik di negara ini. Oleh yang demikian pengetahuan tentang penjajahan adalah penting
untuk memahami situasi negara sekarang.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun
inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke
tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun
1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan
paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang
sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar
negeri. Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah membawa
kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada pegawaipegawai yang dilantik oleh pihak British untuk mentadbir dan menguruskan semua aspek
pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan agama Islam dan juga adat resam
orang-orang Melayu.
Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya
negeri-negeri Melayu di bawah penguasaan British. Penyerahan kuasa ini dibuat secara
rela oleh raja-raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian
pencen kecil yang diberikan oleh kerajaan British.
British mencampuri hal ehwal negeri-negeri Melayu di atas dorongan ekonomi.
Pihak British perlukan keamanan dan kemakmuran di Tanah Melayu khususnya dan di
Selat Melaka amnya, untuk mempastikan perdagangan mereka berkembang dengan
pantas. Selat Melaka mula menjadi laluan penting dengan peningkatan jumlah dagangan
antara negeri China dengan Eropah dan negeri China dengan India.
Penjajahan Inggeris telah banyak meninggalkan kesan ke atas negara ini. Dari
segi sejarah , pada tahun 1600 , pedagang-pedagang Inggeris telah menubuhkan Syrikat
Hindia Timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China. Lama
kelamaan Syarikat tersebut mula berminat dengan gugusan kepulauan Melayu setelah
perdagangan dengan China tidak begitu menguntungkan , selain dari tujuan unutk
mencari pangkalan yang bebas daripada serangan lanun. Pada 11 Ogos 1786 , Francis
Light menduduki Pulau Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan Kedah.
Pada 6 Februari 1819, Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura setelah
membuat perjanjiandengan Temmengung Abdul Rahman. Bermula dari sini dari masa ke
semasa penjajah Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu.
Kesan daripada pengambilan Singapura telah menimbulkan kemarahan oleh pihak
Belanda lebih-lebih lagi apabila Singapura menjadi sebuah pelabuhan yang maju. Namun
masalah dengan Belanda dapat diselesaikan apabila temeterai perjanjian antara pihak
British dengan Belanda pada 17 March 1824. Perjanjian Inggeris-Belanda telah
meninggalkan kesan penting sehingga hari ini , antaranya:
Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua linkungan pengaruh iaitu pengaruh British
dan pengaruh Belanda. Perjanjian ini mempengaruhi corak tanah jajahan Inggeris dan
Belanda di Kepulauan Melayu dalam abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Perpecahan Empayar Johor-Riau . Empayar Johor berakhir apabila Singapura dan Tanah
Besar Johor jatuh ke tangan British , sementara itu Kepulauan Riau jatuh ke bawah
pengaruh Belanda.
Persaingan kuasa antara Belanda dan Inggeris semakin bertambah senang lebih-lebih
lagi apabila Singapura bertambah maju menjadi sebuah pelabuhan bebas antarabangsa
dan pelabuhan entreport yang penting di Gugusan Kepulauan Melayu.
Adalah jelas bahawa akibat Perjanjian Belanda-Inggeris , Kepulauan Melayu telah
dipecahkan mengikut kehendak penjajah dan kesannya pada hari ini ialah terdapatnya
negara Malaysia dan Negara Indonesia yang berbekal dari segi politik dan kesan
pengaruh penjajah.
sekiranya mereka meninggalkan kesan yang sangat mendalam ke atas budaya fikir
tempatan. Walau pun terdapat sedikit kebenaran di sini, namun kita akan lihat nanti
bahawa dalam sejarah pembentukan budaya fikir tradisional, pengaruh Inggeris langsung
tidak kelihatan. Hanya pada abad ke-20 barulah budaya fikir Inggeris didapati
meninggalkan kesan yang agak ketara ke atas minda Melayu. Lagi pun penguasaan
politik yang sekian lama sahaja belum cukup untuk mendatangkan kesan kepada tradisi
dan budaya fikir setempat. Alasan lain yang lebih menarik ialah penguasaan British
tersebut dilakukan bukan sahaja melalui kuasa ketenteraan dan politik malahan dengan
pelbagai cara yang melibatkan penguasaan mental serta budaya fikir. Tegasnya, mungkin
yang paling menarik tentang penjajahan British ialah penggunaan instrumen pendidikan
dan intelektual bagi meluaskan dan memantapkan kolonialisme mereka di Tanah Melayu.
Ketika orang British menjejakkan kaki di Nusantara Melayu, beberapa perubahan
penting berlaku yang menentukan arus perjalanan sejarah intelektual British, khususnya,
dan Eropah amnya. Kepulauan British merupakan satu-satu tempat yang menjadi pusat
dan punca revolusi ilmiah, yang di kenali sebagai revolusi saintifik. Revolusi ini pada
awalnya diasaskan pada tulisan dan pemikiran tokoh-tokoh antaranya seperti Francis
Bacon (1561-1626), Thomas Hobbes (1588-1679), Robert Hooke (1635-1702) John Ray
(1627-1705), John Locke (1632-1704), Issac Newton (1642-1727) dan David Hume
(1711-1776). Revolusi mental tersebut merubah keseluruhan budaya fikir barat, dari
kaedah mencari ilmu, punca ilmu dan matlamat ilmu hingga ke persepsi terhadap asal
usul manusia dan alam. Proses perubahan ini berlangsung dan dimantapkan lagi pada
abad ke-19. Perubahan yang ketara pada budaya fikir ketika itu ialah penghayatan
positifisme dan materialisme sebagai teras falsafah dan metafizik sains. Perubahan ini
pula membuka jalan bagi pemupukan logik simbolik sintatik dan emperisme logikal.
Kesemua itu seolah-olah bagi menyediakan tapak kemunculan epistemologi Turing
(epistemologi komputer). Epistemologi ini berakar umbi dari pemikiran tokoh ilmiah dan
matematik Inggeris seperti Alan Turing (1912-1954), Charles Babbage (1719-1871) dan
juga George Boole (1815-1864). Epistemologi Turing merupakan teras kepada
epistemologi Teknologi Maklumat abad ke-20.
Pemikiran yang diasaskan oleh tokok-tokoh Inggeris yang tersebut tadi menguasai
budaya fikir Inggeris. Sehinggakan tidak ada mereka yang terpelajar dan cendekiawan
semasa Inggeris yang tidak dipengaruhi sedikit sebanyak oleh tradisi pemikiran tersebut.
Manakala penghantaran para pegawai kolonialisme yang terlatih dan terpelajar semakin
bertambah berbanding dengan jumlah pegawai tentera. Para pengkaji ilmiah seperti AR
Wallace (1823-1913) yang bertanggungjawab bersama-sama C.Darwin (1809-1882)
mencetuskan faham dan "teori evolusi" merupakan antara ribuan pegawai kolonialisme
ilmiah yang turut datang ke rantau ini. Di samping itu masyarakat Melayu mula dikaji
secara saintifik: dari rangka sosial hingga ke rangka tenggorak mereka. Dalam masa yang
sama, Masyarakat Melayu mula dikawal secara saintifik sebagaimana alam tabii di kawal
oleh orang british melalui kaedah saintifik. Perubahan dalam falsafah sosial, misalnya
kepada falsafah liberal seperti yang dipopularkan oleh Jeremy Bentham (1748-1832)
(juga pengasas Universiti London) pula turut meresap ke dalam doktrin sosial dan politik
abad ke-19 British. Walau pun pada mulanya kesan doktrin liberal tersebut hanya
berlegar sekitar kepulauan British, tetapi sedikit demi sedikit ianya turut membawa kesan
kepada corak politik di tanah jajahan. Di semenanjung perubahan ini dapat dikesan
apabila sekolah-sekolah kolonial mula dibuka kepada anak-anak tempatan. Hal ini
menjadi lebih ketara pada akhir abad ke-19 dan awal ke-20 apabila sistem pendidikan,
perubatan dan saintifik terus diperluas kepada orang Melayu. Perubahan ini merupakan
antara punca yang membawa kesan ketara dalam pertembungan budaya fikir Melayu
dengan Inggeris.
Kedatangan British semenjak awal abad ke-18 lagi berbekalkan jentera berat;
dari kelengkapan tentera hingga ke kelengkapan awam. Semenjak zaman itu lagi orang
Melayu kerap dipegunkan dengan jentera dan teknologi yang dibawa bersama mereka.
Kapal laut besi, jentera wap, kapal korek (perlombongan) dan keretapi merupakan antara
artifak teknologi yang mendatangkan kesan mendalam dan mengubah lanskap fizikal
serta sosial semasa. Di samping itu perubatan kolonial (yang mampu menyembuhkan
pelbagai penyakit dengan cepat) dan sains pertanian kolonial (yang mampu menyuburkan
tanaman seperti pokok getah dari Amazon yang tidak pernah tumbuh di semenanjung).
Hal-hal seperti itu mampu bukan sahaja memukau sesetengah daripada masyarakat
Melayu terutama dari kelas bangsawan malahan juga menyakinkan mereka betapa
hebatnya budaya fikir Inggeris. Dari kelas ini datangnya anak Melayu yang pertama
terdidik dalam budaya fikir Barat, manakala masyarakat awam lain masih lagi
berpendidikan tradisional yang berteraskan agama. Kembali kepada hal teknologi
kolonialisme tersebut, adalah jelas ianya telah dapat mendatangkan perubahan yang
ketara dalam gaya hidup dan rentak kerja ketika itu terutama mereka yang tinggal
berhampiran bandar-bandar besar. Jentera wap dapat melakukan kerja-kerja lebih cepat
dan lebih kuat daripada puluhan dan ratusan pekerja dan haiwan, manakala keretapi dapat
mengangkut lebih berat daripada gajah dan berlari lebih laju daripada kuda. Bagi
golongan masyarakat yang terdedah kepada artifak teknologi tersebut pandangan dan
budaya fikir mereka adalah amat berbeza daripada mereka yang tidak terdedah.
Mengenang kembali perubahan yang telah berlaku kita dapati budaya fikir
sekularis tidak berjaya mempengaruhi kosmologi tradisional Melayu. Namun bermula
pada awal abad ke-20 konsep sains dan falsafah moden telah semakin mendapat tempat
dalam kerangka pemikiran Melayu. Sekurang-kurang hal ini berlaku di kalangan
segelintir kelompok elitis Melayu yang kemudiannya menguasai arus politik dan
ekonomi negara. Kita perhatikan bahawa pembudayaan sains dalam kerangka budaya
fikir Melayu pada mulanya berlaku dalam program kolonial dan berterusan selepas pasca
kolonial. Pembudayaan tersebut terutamanya bertambah giat lagi dibawah program
pendidikan pasca-Merdeka. Terutamanya pada akhir 60an dan awal tujuh puluhan,
program-program pendidikan sains secara intensif kepada anak-anak Melayu digiatkan
lagi. Menjelang akhir tahun 70an dan awal 80an program tersebut boleh dikatakan telah
berjaya melahirkan satu masyarakat saintis Melayu dan komuniti cendekiawan Melayu
yang mempunyai scientific literacy atau scientific consciousness yang tinggi. Kita boleh
menjangkakan bahawa dikalangan mereka inilah biasanya konsep sains dan falsafah
moden mendapat tempat yang paling istemewa. Di kalangan mereka juga mudah berlaku
keadaan dimana konsep sains dan kosmologi sekular moden telah menggantikan
kerangka idea dan kosmologi tradisional Melayu (lama?).