Anda di halaman 1dari 12

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

KOTA PUTRA
JALAN BUKIT KELUANG, 22200 BESUT
TERENGGANU
BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

NAMA: MUHD FARID TAQIUDDIN ZULKIFLY


TINGKATAN: 2 B
NO. MAKTAB: 08147

Karangan 1 : LAPORAN
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT CADBURY

Persatuan Geografi Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra telah mengadakan lawatan
sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008.
Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang
guru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawal
lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khas
oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahaja
kerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer.
Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami disambut dengan tangan
terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telah
membawa kami ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat tiga Wisma Cadbury. Di
dalam bilik mesyuarat itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan kilang coklat
secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan pun bersemangat
tinggi dan menanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kilang coklat tersebut. Hal
ini demikian kerana mereka perlu menyediakan laporan lawatan ini.
Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami
dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi
pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan
yang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat
mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu
makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan
sebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang
diimport khas.
Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang mencapai
kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke
bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat melihat
pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya
menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat
pembungkusan mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak
diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir,
penyimpanan.
Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah mengemukakan soalan tentang
kepentingan penyediaan makanan yang selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasa
teruja dan berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun,
kami berasa penat kerana kawasan pemprosesan kilang ini amat besar. Di bilik
mesyuarat, kami diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang
coklat ini. Daripada taklimat multimedia ini, kami berasa kagum akan semangat
pengurusan syarikat ini yang memegang para prinsip genggam bara api biar jadi abu.
Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury telah meluangkan masa
untuk berjumpa dengan ahli rombongan sekali gus menyampaikan cenderahati kepada
kami. Selain itu, kami juga diberi baucar istimewa untuk membeli coklat dengan

potongan harga sebanyak dua puluh hingga empat puluh peratus. Selepas bersalam
dengan tuan pengarah, kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di sebelah pintu
besar kilang itu. Ahli rombongan yang selesai membeli coklat bersiap sedia menaiki bas
untuk pulang ke sekolah.
Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari. Cikgu Saloma yang
bertugas menjaga disiplin pelajar berpuas hati dengan kelakuan ahli rombongan
walaupun ada segelintir daripada mereka yang mulut murai. Akhirnya, murid-murid pun
pulang ke rumah masing-masing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaat
kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya menimba
pengetahuan tentang pengurusan kilang. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air.
Kami berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan Geografi
Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra.
Laporan disediakan oleh,

Farid
(MUHAMMAD FARID TAQIUDDIN ZULKIFLY)
Setiausaha Persatuan Geografi
Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra

Karangan 2 : SURAT KIRIMAN RASMI

6 JUN 2009.

Soalan :
Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa buah buku cerita dalam surat
khabar. Tuliskan sepucuk surat kepada pengurus pemasaran untuk memesan buku-buku
tersebut.
Kampung Tanjung Alir,
22000, Jerteh,
Terengganu.
______________________________________________________________________
Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,
64 & 66, Jalan Pingai,
80400, Johor Bahru.

6 JUN 2009

Tuan,
Memesan Buku
Merujuk kepada perkara di atas, saya Muhammad Farid Taqiuddin Zulkifly telah terbaca
iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan.
2. Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti
berikut :

Bil.

Judul Buku

Kuantiti

1.

Misteri Kapal Tenggelam

RM 3.60

2.

Misteri Patung George

RM 3.60

3.

Rahsia Rumah Tua

RM 4.00

Jumlah

Harga Seunit

RM 11.20

3. Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 107 yang
bernilai RM 11.20. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku
tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

Farid
(MUHAMMAD FARID TAQIUDDIN ZULKIFLY)

Karangan 3 : SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


Soalan :
Anda baru sahaja berpindah ke sekolah lain kerana mengikut ayah anda yang ditukarkan
tempat bertugas . Tuliskan sepucuk surat kepada rakan karib anda yang berada di sekolah
lama untuk menceritakan tentang keadaan sekolah baru anda .
21, Kampung Selang,
36000 Teluk Intan ,
Perak Darul Ridzuan.
25 Oktober 2008 .
Menemui saudara Linda Chin yang kini berada di Sintok , Kedah dengan harapan
semoga saudara berada dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu .
Saudara ,
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh memohon maaf
kepada saudara kerana tidak memberitahu saudara tentang perpindahan saya ke sekolah
baru . Untuk pengetahuan saudara saya berpindah ke sekolah yang baru kerana mengikut
ayah yang ditugaskan di sini . Maklumlah kerja ayah sebagai pegawai polis mempunyai
banyak tanggungjawab .
Sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sandakan dalam Tingkatan Tiga Merah .Sudah sebulan saya mengikuti pembelajaran di
sekolah ini . Syukur alhamdulilah , setakat ini saya tidak mempunyai masalah untuk
mengikuti pembelajaran .
Kawasan sekolah ini juga sangat cantik dan begitu luas . Terdapat kolam ikan dan
air terjun buatan di hadapan kawasan sekolah .Di Sekolah ini terdapat pelajar-pelajar dari
tingkatan satu hingga ke Tingkatan enam atas . Jumlah pelajar di sekolah kira-kira lima
ribu orang dan mempunyai tiga ratus orang guru .
Sekolah ini mempunyai enam buah blok bangunan yang masing-masing
mempunyai lima tingkat . Blok bangunan sekolah ini meliputi blok pentadbiran , pejabat ,
dewan dan asrama untuk para pelajar yang tinggal jauh .
Di sekolah ini , saya mendapat ramai rakan baru yang terdiri daripada pelbagai
kaum seperti Kadazan , Sino-Kadazan , Dusun , Bajau dan banyak lagi .
Baiklah setakat ini saja yang dapat saya ceritakan kepada
saudara untuk kali ini . Semoga bertemu kembali dalam warkah yang
akan datang . Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan di sana .
Sekian, terima kasih .

Yang ikhlas ,

Farid
Muhammad Farid Taqiuddin Zulkifly

Karangan 4 : PERBAHASAN
MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH BUKAN HANYA BERPUNCA DARIPADA
KURANGNYA KASIH SAYANG IBU BAPA

Cahaya matahari menyilau mata,


Rasa pedih berusaha menahan;
Lafaz bismllah pembuka kata,
Gelanggang pertandingan segera dimulakan.
Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,
TuanPengetua Sekolah Menengah Kebangsaa Perempuan Temenggung Ibrahim, barisan
hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pembangkang, guru-guru, dan rakan pelajar
sekalian. Terlebih dahulu. kami barisan pencadang tetap berpendirian bahawa tajuk
perbahasan ini, "Masalah Remaja Lari dari Rumah Bukan Hanya Berpunca daripada
Kurangnya Kasih Sayang Ibu Bapa" memang tepat dan tidak pcrlu dipersoalkan lagi.
Sebelum saya membahaskan lebih lanjut. elok sekiranya saya menyimpulkan makna
remaja lari dari rumah. Remaja yang lari dari rumah ialah remaja yang meninggalkan
rumah tanpa restu daripada ibu bapa menuju ke satu lempat yang biasaanya tidak
diketahui oleh ahli keluarganya. Mereka bertindak sedemikian kerana perasaan tidak puas
hati atau didorong keinginan memperoleh sesuatu. Manakala kurangnya kasih sayang
meliputi perhatian dan belaian kemesraan. Dewasa ini, akhbar-akhbar menyiarkan berita
tentang remaja yang lari dari rumah. Walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk
membendung masalah ini. tetapi nampaknya sehingga kini masalah remaja lari dari
rumah belum juga berakhir.
Hadirin yang dimuliakan,
Hujah saya yang pertama, remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21 tahun
merupakan golongan yang menempuh alam kritikal; penuh perasaan. menganggap segala
tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain, dan suka mencuba sesuatu yang
baru. Dalam meniti usia ini, golongan ini menganggap segala tindakannya adalah benar
dan tiada sesiapa yang holeh melarang. Kata-kata orang yang lebih dewasa dan
berpengalaman, baik ibu bapa, guru, mahupun saudara mara tidak diendahkan. Mereka
tidak takut untuk meninggalkan rumah kerana banyak tempat yang boleh didiami; rumah
rakan ataupun bekerja yang diyakini majikan mereka akan menyediakan tempat tinggal.
Berbekalkan keyakinan yang tidak semua benar, mereka akan berasa selamat tinggal di
luar rumah. Atas alasan yang longgar mereka tidak berasa bersalah meninggalkan rumah,
mengecewakan ibu bapa, sakali gus menepikan masa depan. Mereka tidak kisah sama ada
ibu menangis atau meratap, ayah kecewa atau marah,. Yang penting, kata hati perlu
dituruti.
Hujah saya yang kedua, faktor rakan-rakan boleh dibahagikan kepada dua; rakan
yang sama aliran atau teman lelaki bagi remaja perempuan. Rata-rata dipengaruhi oleh
teman lelaki. Teman lelaki mereka mempunyai kedudukan yang baik dari segi fizikal:
bergaya dengan pakaian berjenama, berketerampilan menarik. dan berkereta mewah.
Pemuda yang kita tidak tahu hati budinya, biasanya bagaikan musang berhulu ayam, akan
memerangkap remaja dengan kata-kata yang indah, selain memberi hadiah. Remaja

perempuan yang tidak pernah menikmati kemewahan akan mudah terperangkap dengan
pujuk rayu yang boleh menggetarkan perasaan. Mereka dijanjikan dengan pekerjaan yang
menarik dan gaji melebihi RM2,000.00 sebulan, berpeluang melancong, dan mendiami
rumah mewah. Remaja yang akalnya Cuma sejengkal dan bosan pula menghadapi
timbunan buku, tanpa berfikir panjang akan terpengaruh dengan pujukan jejaka idaman
hati. Kata orang, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turuti.
Hadirin yang dikasihi,
Hujah saya yang ketiga, kurangnya didikan agarna. Sebaik-baiknya, anak yang
berusia selewat-lewatnya tujuh tahun telah dihantar ke sekolah agama dan diajar
membaca al-Quran. Tetapi disebabkan ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan menghadapi
kesukaran untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah agama, mereka berasa
cukup menghantar anak ke sekolah kebangsaan. Sebenarnya agama yang dipelajari dan
jika dihayati di hati dan di jiwa boleh menjadi benteng seseorang itu daripada melakukan
sesuatu perkara yang buruk. Apa yang berlaku sekarang, sudahlah pendidikan agama
kurang, ibu bapa pula tidak memberi teladan yang baik kepada anak-anak. Mintalah anak
hersolat dan berpuasa sebagai contoh, tidak akan dituruti oleh sianak jika si ibu atau ayah
tidak melakukannya. Disebahkan kurangnya didikan agama, anak-anak yang terabai ini
tiada sempadan dalam bertindak lalu perbuatan lari dari rumah dianggap perkara biasa
bagi remaja yang jiwanya telah kosong dengan roh keagamaan.
Hujah saya yang keempat ialah pengaruh media massa. Media massa kita, baik
televisyen, akhbar, dan majalah sering menyiarkan berita dari Barat yang memaparkan
remaja yang rosak akhlaknya. Jika pun tidak berita dari Barat, paparan artis tempatan
yang berpakaian menjolok mata sudah cuknp membuatkan pembaca yang terdiri daripada
golongan remaja memikirkan hal-hal yang negatif. Keadaan diburukan lagi dengan
paparan daripada internet; paparan maklumat seluas-luasnya dan apa sahaja yang ingin
dicapai hanya perlu menekan butang pada papan kekunci. Bagi remaja dari Barat. hidup
bersama kekasih tanpa nikah bukanlah sesuatu kesalahan. Malah, perbuatan lari dari
rumah, terutamanya golongan artis Barat juga sesuatu yang lazim. Disebabkan bahan
yang dihaca selalu memaparkan unsur yang negatif, sedar atau tidak, segala tindakan
yang bakal diambil sering bertentangan dengan nilai-nilai hudaya tempatan.
Hadirin yang dikasihi,
Hujah saya yang kelima, sikap masyarakat juga menyebabkan remaja lari dari
rumah. Jika dulu. terutamnnya apabila anak-anak dara herkelakuan tidak senonoh,
masyarakat kampung akan menegur ataupun rnembuat aduan terus kepada ibu bapa
mereka. Kini, keadaan ini boleh dikatakan tiada lagi, bukan sahaja berlaku di bandarbandar besar, malahan di kampung-kampung. Sikap seperti enau dalam belukar yang
melepaskan pucuk masing-masing menjadi amalan sesetengah masyarakat. Ini berpunca
daripada kesibukan menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan masalah jiran
di sebelah rumah pun tiada siapa yang tahu. Jika mereka mengamalkan sikap seperti aur
dengan tebing, sudah tentu mereka akan tegur sekiranya terlihat seorang pemuda yang
tidak dikenaii berbual-bual dengan anak dara jiran sehingga larut malam. Sikap
masyarakat yang negatif ini seakan-akan memberi ruang kepada remaja melakukan

perkara yang dirasakan betul, tetapi sebenarnya bersalahan daripada nilai kehidupan
masyarakat madani.
Izinkan saya membidas hujah pembangkang pertama tadi. Menurutnya, ibu bapa
yang kurang memberi perhatian terhadap anak mereka menyebabkan anak menjadi liar.
Sebenamya, dalam kesibukan ibu bapa memberi tumpuan terhadap kerjaya, anak-anak
memang kurang diberi perhatian. Kalaulah ini menjadi asas remaja lari dari rumah, sudah
tentu ribuan lagi remaja saban hari akan meninggalkan rumah. sebab boleh dikatakan
rata-rata ibu bapa sekarang menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan anak
terasa terabai. Kalau sekadar alasan ibu bapa kurang memberi perhatian, tiada sebab si
anak mahun lari dari rumah. Anak tahu ibu bapa mereka bekerja untuk mencari nafkah
dan menyediakan yang terbaik untuk masa depan mereka. Jadi, mengapakah remaja lari
dari rumah? Inilah persoalan yang pihak kami barisan pencadang hujahkan. Mereka lari
kerana ada faktor-faktor di luar rumah yang sudah tersedia menanti.
Hadirin yang dimuliakan,
Berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, sudah terang lagi bersuluh, kini
sudah terbukti bahawa masalah remaja lari dari rumah bukan hanya berpunca daripada
kurangnya kasih sayang ibu bapa, sebaliknya banyak faktor-faktor lain yang berpunca
daripada faktor di luar rumah. Jadi, kami menyeru barisan pembangkang agar menyertai
barisan kami yang lebih berani mengemukakan hujah yang benar, tepat, dan meyakinkan.
Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Hujah saya ini akan disambung oleh
rakan saya yang lain. Sebelum saya menangguhkan perbahasan ini, izinkan saya lafazkan
serangkap pantun yang berbunyi,
Dari runtuhnya kota Melaka,
Bersama kita dirikan Putrajaya;
Hujah palsu bohong belaka,
Akan ditangkis seberapa daya.
Sekian, terima kasih

Karangan 5 : SYARAHAN
Soalan :
Tulis sebuah syarahan yang bertajuk Vandalisme dan Penyelesaiannya .
Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis , barisan panel hakim yang
bijaksana , dan hadirin yang saya hormati . Assalamualaikum dan salam sejahtera
saya ucapkan .Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialah Vandalisme dan
Penyelesaiannya .
Para hadirin yang saya muliakan ,
Tahukah anda , apakah yang dimaksudkan dengan vandalisme ? Menurut
Kamus Dewan , vandalisme dapat didefinisikan sebagai perbuatan membinasakan
atau merosakkan harta benda awam atau persendirian . Vandalisme merupakan suatu
perbuatan yang tidak bermoral dan kurang sihat . Lazimnya , perbuatan ini dilakukan
oleh golongan remaja yang bermasalah . Antara contoh-contoh vandalisme ialah
merosakkan pondok telefon , paip bomba serta menconteng dinding bangunan ,
tandas , lif , dan juga perhentian bas .
Para hadirin sekalian ,
Banyak punca yang mengaitkan fenomena ini dengan tingkah laku remaja . Hal
ini demikian kerana golongan remaja merupakan golongan yang kuat memberontak .
Sebagai jalan keluar , mereka bertindak merosakkan harta benda awam bagi
melahirkan perasaan tidak puas hati mereka . Golongan remaja ini biasanya terlibat
dengan pelbagai gejala sosial yang kurang sihat seperti menagih dadah , merokok ,
mencuri , melepak , dan ponteng sekolah .
Perbuatan vandalisme banyak menyusahkan pihak berkuasa dan juga
masyarakat . Semua kemudahan awam yang dirosakkan memerlukan perbelanjaan
yang besar untuk dibaiki atau diganti dengan yang baru . Orang ramai juga turut
mengalami kesukaran untuk menggunakannya terutama ketika kecemasan .
Bagi mengatasi masalah ini , kerjasama semua pihak amatlah diperlukan .
Masyarakat tidak boleh meletakkan beban ke bahu pihak berwajib semata-mata .
Ibu bapa perlulah mengawasi gelagat anak-anak di samping menerapkan nilai moral
dan agama kepada mereka .
Para remaja harus belajar mendidik diri mereka agar benci akan perbuatan
yang tidak berfaedah ini . Mereka perlu sedar tentang kepentingan menjaga harta
benda awam .
Hadirin yang dihormati ,

Pihak sekolah pula perlu mengadakan kempen antivandalisme dan menyediakan


pelbagai program untuk disertai oleh para pelajar di sekolah . Dengan kerjasama
semua pihak , sudah pasti gejala vandalisme akan dapat dibendung .
Hadirin sekalian ,
Demikianlah syarahan saya untuk kali ini . Semoga perkara yang telah saya
katakana dapat dijadikan pedoman . Sekian , terima kasih .

Anda mungkin juga menyukai