Anda di halaman 1dari 36

KBC 3023

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK


PINTAR CERDAS
TAJUK TUGASAN 2 :
PERBANDINGAN PERKEMBANGAN ANTARA RESPONDEN A DAN
RESPONDEN B
DISEDIAKAN OLEH :
Kumpulan 5
SEMESTER 3 SESI 2010/2011
NAMA

NO MATRIK

AIN HAZWANI BINTI ABU KASIM

D20101037219

NOR SYAZANA BINTI ABD HALIM

D20101037217

NOORAFIDAH BINTI ZAKARIA

D20101037213

NORAZUWANA BINTI ISMAIL

D20101037215

DISEDIAKAN UNTUK :
DR. MD. NASIR MASRAN
1

SENARAI KANDUNGAN
BIL
1.0
2.0

3.0

4.0
5.0

PERKARA

MUKA
SURAT

PENGENALAN
PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF
2.1 DEFINISI PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF
2.2 CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS, BERBAKAT
DAN KREATIF
2.3 CIRI-CIRI NEGATIF DAN CABARAN YANG DIHADAPI
OLEH KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
DEFINISI PERKEMBANGAN KOGNITIF, EMOSI,
FIZIKAL DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR
CERDAS
3.1 DEFINISI PERKEMBANGAN KOGNITIF
3.2 DEFINISI PERKEMBANGAN EMOSI
3.3 DEFINISI PERKEMBANGAN FIZIKAL
3.4 DEFINISI PERKEMBANGAN SOSIAL
PERKEMBANGAN KOGNITIF, EMOSI, FIZIKAL DAN
SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
TEORI DAN MODEL KANAK-KANAK PINTAR
CERDAS

6.0

BIODATA RESPONDEN B
7.0
PERKEMBANGAN KOGNITIF RESPONDEN B
8.0
PERKEMBANGAN EMOSI RESPONDEN B
9.0
PERKEMBANGAN FIZIKAL RESPONDEN B
10.0 PERKEMBANGAN SOSIAL RESPONDEN B
11.0 PENCAPAIAN ATAU ANUGERAH YANG

DICAPAI OLEH RESPONDEN B


12.0 PERBANDINGAN PERKEMBANGAN ANTARA
RESPONDEN A DAN B
13.0 RUMUSAN
14.0 BIBLIOGRAFI

5-7
8-9
10

11
11
12
13
14-16
17-19
20-21
22-23
24
25
26
26
28-33
34-35
36

1.0

PENGENALAN

Kanak-kanak pintar cerdas merupakan satu golongan yang mempunyai tahap

perkembangan

yang berbeza dengan rakan sebaya yang lain dari pelbagai aspek seperti perkembangan kognitif,
fizikal, emosi dan sebagainya. Oleh yang demikian, golongan pintar cerdas ini sebenarnya
menghadapi kesukaran untuk mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran yang diajar oleh
guru sekolah biasa yang berpandukan sukatan pelajaran. Majoriti dalam kalangan golongan ini
akan menunjukkan sikap tidak minat untuk belajar dengan mengganggu rakan dan guru yang
sedang mengajar di dalam kelas. pendekatan yang bertepatan dan sesuai amat diperlukan bagi
golongan pintar cerdas. Disini, peranan pihak-pihak yang terdekat adalah sangat perlu bagi
menanam minat pelajar ini untuk kesekolah dan belajar seperti kanak-kanak normal yang lain.
Dari segi perkembangan pula, setiap mereka yang hidup akan menempuh dan mengalami
proses perkembangan dengan mengikut proses-proses tertentu. Pekembangan merupakan satu
perubahan yang besifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak boleh diukur secara kuantiti
tetapi ternyata perubahan berlaku dengan pemerhatian terhadap perubahan yang berlaku daripada
peringkat terdahulu. Crow and Crow pula memberi takrifan terhadap perkembangan adalah
perubahan secara kualitaitf dan cenderung ke arah yang lebih baik sama ada dari segi pemikiran,
rohani, moral dan sosial. Selain daripada itu juga, perkembangan terhasil daripada daripada
sesuatu tindakan yang berkait rapat di antara dua perkara penting iaitu perkembangan jasmani
dan pembelajaran seperti yang telah di jelaskan oleh Karl E. Garrison.
Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku
ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang
sejagat. Secara ringkasnya, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling
berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan
yang dijangkakan. Tahap perkembangan bagi kanak-kanak cerdas kebiasaannya akan lebih
dahulu melalui proses perkembangan dari segi fizikal, emosi dan sosial. Proses perkembangan
juga adalah cepat dan sentiasa lebih berbanding kanak-kanak normal yang lain. Oleh itu, proses
perkembangan kanak-kanak sememangnya harus di sokong dan di bantu oleh mereka yang lebih
dewasa terutama ibu dan bapa.

Adakalanya, terdapat beberapa faktor yang boleh mengakibatkan proses perkembangan


tersebut menjadi terbantut. Dalam masa yang sama, golongan pintar cerdas akan menunjukkan
kelebihan dalam berfikir, matang dalam banyak hal, dan sebagainya. Kebolehan mereka boleh
dilihat pada peringkat awal kelahirannya. Maka, pendidikan yang tepat dapat membantu
perkembangannya.Memang tidak dinafikan, kanak-kanak pintar cerdas berbakat dan kreatif ini
tidak boleh lari daripada mempunyai masalah-masalah dalam perkembangan fizikal, sosial dan
emosi.
Oleh hal yang demikian, IQ mereka amat berguna untuk masyarakat.program yang
bersesuaian amat perlu di kerapkan dan lebih banyak program yang boleh menjana minda
mereka. Setakat ini ada beberapa agensi swasta yang membuat ujian-ujian IQ untuk mereka.
Terdapat satu program di mana menempatkan semua pelajar pintar cerdas setelah melalui
beberapa ujian kecerdasan, iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Program ini
memberi pendedahan kepada pelajar ini untuk mengembangkan bakat serta kreativiti mereka
dalam bidang yang mereka minati.Program ini lebih dikenali Permata Pintar.
Bagi tugasan dua kumpulan kami ini ialah berfokuskan kepada perbandingan
perkembangan kognitif antara Responden A dan Responden dan dalam masa yang sama biodata
antara kedua-dua responden turut kami membuat perbandingan. Terdapat banyak perbezaan
antara kedua-dua responden.Hal ini demikian kerana mempunyai bakat dan minat yang
berbeza.Tambahan pula, tahap kecerdasan IQ antara kedua-dua responden juga amat berbeza.
Secara intihanya, terdapat banyak perbezaan dari segi perkembangan kognitif bagi kedua-dua
responden di samping turut ada perbezaan bagi perkembangan yang lain.

2.0
2.1

PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF


Apa itu yang dimaksudkan dengan pintar cerdas, berbakat dan kreatif ?

Kanak-kanak yang pintar cerdas

kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam

perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Pintar cerdas
seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi
iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. Kamus Dewan Edisi keempat telah mengistilahkan
pintar sebagai cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam membuat sesuatu
pekerjaan.Cerdas pula membawa bermaksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar.Menurut
Kamus Dewan edisi keempat, berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi.Ini
bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai
kebolehan yang ada secara semulajadi.
Howard Gardner pula mendefinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat
dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau produk
daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi
hasil sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar
cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus, antaranya ialah potensi pengasingan oleh
kerosakan otak, kewujudan golongan individu luar biasa, operasi teras yang boleh dikenal pasti
sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan, sejarah evolusi
dan evolusi yang boleh diterima akal, disokong dari kajian psikologi, disokong oleh penemuan
psikometrik dan kerentetan untuk merekod sistem simbol.
Beliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara berfikir
yang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat yang akan
diproses ( Sousa D.A. , 2003). Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto (1999), ramai orang
yang telah ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan pintar cerdas.
Aspek yang pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka
akan melihat masalah itu dari pelbagai sudut, memberi sebab-sebab yang logik dan dengan
fikiran yang terbuka.

Aspek yang kedua pula ialah kebolehan lisan yang mana boleh menangani sesuatu topik
perbualan dengan baik, membaca dengan kerap dan baik. Pintar cerdas juga boleh dilihat dari
aspek sosial yang mana memahami konsep sosial, mengakui kesalahan yang telah dilakukan,
mempunyai minat yang umum kepada dunia. MenurutIstilah Persekutuan Amerika Syarikat
maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak, pelajar atau belia adalah mereka yang
mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti,
artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang
mengagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain
atau istimewa yang tidak dapat di perolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan
mereka.
Golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza dengan atau
perkhidmatan yang ke tahap lebih tinggi berbanding dengan program-program yang dianjurkan
oleh sekolah untuk pelajar-pelajar normal yang biasa. Program yang khusus adalah perlu bagi
menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan negara.Kanak-kanak yang mempunyai
pencapaian yang cemerlang termasuk individu yang berpotensi serta berkebolehan dalam manamana enam bidang kecerdasan yang dinyatakan. Bagi definisi kecerdasan berdasarkan sekolah
yang baru pula mencadangkan kecerdasan seorang kanak-kanak pintar cerdas berlaku dalam
kalangan seluruh masyarakat dalam pelbagai budaya dan tidak semestinya berpandukan
keputusan peperiksaan sematamata, tetapi secara dilihat dalam kebolehan individu tersebut yang
tinggi dalam intelektual, kreatif dan artistik alam.
Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan iaitu lebih kepada
satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan kebolehan perkembangan (Jane Piirto,
1999).Sternberg dan Kaufman mendefinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih
berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus
kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan
kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan
mereka serta meminimumkan kelemahan mereka.

Menurut Moira Thomson (2006) pula, di New Zealand mendefinisikan pintar cerdas dalam
terma bersifat pembelajaran yang menunjukan kebolehan yang luar biasa dalammencapai
prestasi yang menyerlah. Tiada definisi yang spesifik dan khusus yang dapat dinyatakan terhadap
kecerdasan tetapi banyak buku panduan telah diterbitkan, dan kebanyakan sekolah membina
definisi merekasendiri berdasarkan kepada prinsip yang dinyatakan di kebanyakan buku yang
diterbitkan.Kebanyakan guru juga bersetuju bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas adalah
individu yang memerlukan perancangan aktiviti yang memerlukan tahap penguasaan
pembelajaran yang tinggi dan diberi peluang yang luas dalam kokurikulum bagi
mengembangkan lagi kebolehan mereka.
Definisi berdasarkan sekolah mengikut kepada Moira Thomson (2006) manyatakan bahawa
pembelajaran seorang

yang pintar cerdas dalam sekolah seharusnya dalam keadaan yang

sistematik untuk membentuk satu corak intervensi untuk membantu perkembangan proses
perkembanan bakat individu tersebut. Intervensi seperti ini tidak hanya bergantung kepada
arahan guru sahaja untuk mana-mana definisi yang tertentu trhadap pintar cerdas tetapi memberi
langkah berjaga-jaga yang mana sesetengah individu itu adalah sememangnya pintar cerdas dan
di situlah guru memainkan peranan untuk membantu perkembangan mereka.
Oleh hal yang demikian, sekolah seharusnya membina definisi kecerdasan yang
membenarkan pengenalpastian kedua-dua potensi dan prestasi, dapat mengenal pasti bahawa
individu tersebut berkemungkinan pintar cerdas dalam satu atau lebih kecerdasan, memberi
makna pendekatan kepada kecerdasan pelbagai yang merangkumi kadar kebolehan yng luar
biasa, mengakui bahawa pintar cerdas dan berbakat menunjukan pengecualian dalam hubungan
dengan rakan sebaya yang berlatar belakang sama dan menyediakan peluang pembelajaran yang
berbeza untuk individu pintar cerdas, berbakat dan kreatif termasuklah untuk sokongan sosial
dan emosional.

2.2 Ciri-ciri pintar cerdas, berbakat dan kreatif.


1. Pengamatan tinggi.

Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya
dengannya yang mungkin akan terlepas pandang.

2. Keinginan untuk tahu tinggi.

Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

3. Minat mendalam.

Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan
atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut.

4. Menerima informasi dengan pantas.

Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak.

5. Ingatan yang tinggi.

Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik
serta mampu mengingati semula dengan cepat.

6. Mungkin dapat membaca lebih awal.

Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun.

7. Kerap membaca serta meluas.

Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan
pantas.

8. Tatabahasa yang tinggi.

Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan
perkataan yang baru dan unik.

9. Tahap penumpuan yang lama.

Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama
dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran.

10. Kebolehan menyelesaikan masalah.

Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar
untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi.

11. Suka bertanya dengan lebih teliti.

Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku.

12. Keupayaan imaginasi yang tinggi.

Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta
cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

13. Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial.

Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu


alam sekitar.

14. Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku.

Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata
apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup
untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan.

15. Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan.

Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah
untuk orang lain.

16. Bersemangat dan bertenaga.

Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu
dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian.

17. Pandai berjenaka

Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan
sebayanya langsung tidak memahami

18. Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan

Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat
dilakukan dengan sempurna

19. Perkembangan asynchronous

Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan social adalah tidak sekata sebagai contoh
kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya,
kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi
emosinya.

2.3 Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas.

1. Bermasalah dari segi perkembangan asynchronous.


Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara
abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang
mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti
dan isu-isu yang lain. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan
membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran
intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah
kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global
untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka
diambil oleh seseorang.
2. Bermasalah dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan.
Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa
perkara.Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul
sungguhpun mereka itu bijak. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang
dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu
mempengaruhi orang lain kearah keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai
terhadap ibu bapa dan guru
3. Bermasalah dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang
sensitif.
Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka
menjadi seorang yang putus asa.Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum
manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri
kerana mereka malas untuk bersosial.Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka
mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidakadilan dan
keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah
introverted dan mungkin menjurus kearah existential depression.

10

3.0

DEFINISI PERKEMBANGAN KOGNITIF, EMOSI, FIZIKAL DAN SOSIAL


KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

3.1 Definisi Perkembangan Kognitif


Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,
memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.Ia
melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan
masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk
kelangsungan hidup seseorang individu.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi
penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.Ia berpusat kepada perubahan pemikiran
kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Untuk
mengkaji perkembangan kognitif kita akan membincangkan dua teori utama perkembangan
kognitif oleh ahli psikologi Switzerland, Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky.
Teori-teori ini telah memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanakkanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan
kognitif kanak-kanak.
3.2 Definisi Perkembangan Emosi
Emosi

adalah di dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi iaitu dari aspek mempunyai

perasaan yang tenang dan berfikiran waras. Aspek rohani dan jasmani dari segi tingkah laku
yang menekankan tingkah laku yang terkawal serta memiliki dan memupuk sifat kasih saying,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992.Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa,
kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta
menggerakkan arah hidup manusia.Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek emovere
yang membawa maksud untuk keluar. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi
memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh
manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi, Mohmood
Nazar Mohamad, 1992.

11

Emosi adalah penggerak utama bagi menggambarkan tingkah laku kanak-kanak khususnya
semasa peringkat pertengahan dan akhir. Hal ini kerana melalui emosi yang dilahirkan oleh
kanak-kanak dapat memaparkan segala bentuk yang dirasai dan difikirkan. oleh yang demikian,
segala situasi yang berlaku di sekeliling bari dari aspek perubahan biologi akan mendorong
pembentukan emosi dalam sesuatu masa yang sama ada perasaan sedih, marah dan kecewa.
Manusia sememangnya dilahirkan dengan pelbagai perbezaan.Cara mereka meluahkan emosi
juga berbeza-beza. Ada yang suka meluahkan perasaan mereka kepada orang lain dan ada juga
yang lebih suka memendam perasaan tersebut.
3.3 Definisi Perkembangan Fizikal
Dari segi kamus dewan, fizikal bermaksud bukan dengan badan, jasmani atau bukan dengan
kebendaan atau keadaan alam semula jadi.Hurlock 1978 pula mendefinisikan perkembangan
fizikal adalah perubahan-perubahan yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara
langsung dan tidak langsung. Oleh hal yang demikian, maksudnya disini adalah melalui
perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, contohnya
keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya yang lain dalam sukan atau permainan. Secara
umumnya, perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz, fizikal atau bentuk badan,
kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perwatakan
manusia. Semasa proses tumbesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian,
berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih
kompleks. Manusia akan mengalami proses perkembangan fizikal dan perkembangan akan
berhenti apabila mencapai kematangan.
Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheildo
(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek
yang berbeza-beza dengan rakan sebaya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh
diperhatikan daripada prestasi pelajar di dalam sebuah kelas melalui penerimaan dan tindak balas
mereka di dalam kelas.Seterusnya, kajian ahli psikologi juga turut menyatakan, perkembangan
ini banyak di pengaruhi oleh genetik atau baka daripada ibu atau bapa. Baka atau keturunan ini
merupakan ciri-ciri yang akan diwarisi oleh anak-anak seperti warna kulit, saiz fizikal dan
sebagainya.

12

Baka ini juga boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental.Malahan ada juga yang
menyatakan tahap kebolehan intelektual anak-anak turut diwarisi daripada genetik ibu atau bapa.
3.4 Definisi Perkembangan Sosial
Sunarto dan Hartono (1999), Hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang saling
memerlukan.Hubungan sosial mulai dari tingkat sederhana dan terbatas yang didasari oleh
keperluan yang sederhana.Semakin dewasa dan bertambah umur, keperluan manusia menjadi
kompleks dan dengan demikian tingkat hubungan sosial juga berkembang secara kompleks.
Syamsu Yusuf, 2007, menyatakan bahawa Perkembangan Sosial merupakan pencapaian
kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial dapat pula didefinisikan sebagai
proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan tradisi bagi
meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan bekerjasama.
Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji berdasarkan beberapa aspek penting
seperti aspek peniruan, aktiviti ketika bermain, persahabatan dan hubungan di antara rakan
sebaya yang lain. perbincangan berkaitan dengan sosial ini sebenarnya tidak akan lengkap jika
tidak dikaitkan dengan teori yang sangat berkait rapat dengan sosial iaitu teori yang di bawa
oleh Erik Erikson atau lebih dikenali dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson
menerangkan bahawa perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri
daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang
berkonflik. Setiap peringkat perkembangan mengikut usia mempunyai cerita dan kita dapat
ketahui setiap perkembangan manusia sejak lahir.

13

4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF, EMOSI, FIZIKAL DAN SOSIAL KANAKKANAK PINTAR CERDAS
Seperti yang telah diketahui umum dan tambahan pula perkara ini semakin mendapat tempatdi
hati masyarakat, perkataan pelajar pintar cerdas kini tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Namun, mungkin hanya segelintir masyarakat sahaja yang mengetahui akan hal ini
dengan lebih mendalam dan sejauh mana pendidikan yang sempurna diberikan kepada mereka.
Pelbagai takrifan dan anggapan penduduk terhadap pelajar yang dikatakan pintar ini. Mereka
mungkin dapat lihat yang mereka merupakan golongan yang sangat sempurna dan tidak ada yang
boleh menandingi kepintaran mereka kerana kecekapan, kebolehan, dan kematangan mereka
dalam perkara-perkara tertentu menjadikan mereka golongan yang lebih menonjol daripada
pelajar biasa atau golongan normal yang lain. Mereka mempunyai proses perkembangan yang
lebih maju dan cepat. Tahap keintelektualan mereka juga adalah tinggi. Hal ini yang
membezakan di antara golongan mereka dengan yang lain.
Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek perubahan yang
dihadapi oleh individu yang berubah mengikut peredaran masa.Namun, pelbagai pendapat telah
dikemukakan mengenai konsep dan definisi perkembangan itu sendiri.Salah satunya ialah
daripada Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, yang
mengatakan perkembangan adalah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif
tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih awal. Berbanding Santoock
( 2008 ), baginya perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi,
kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir
hayat. Kesimpulannya, perkembangan dapat diklasifikasikan sebagai suatu perubahan yang
bersifat kualitatif, tersusun, bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula semenjak
percambahan sel sehingga ke akhir hayat organisma hasil dari kombinasi pembelajaran,
pengalaman dan kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi, mental dan sosial.

14

Terdapat banyak aspek yang memungkinkan perkembangan kanak-kanak itu berlaku,


Salah satunya ialah sifat perkembangan itu sendiri yang bersifat kualitatif dan perubahanperubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral.Perubahanperubahan itu adalah stabil dan berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu. Sebagai
contohnya, seseorang kanak-kanak akan mula mengenal objek, memberi nama kepada objek,
mengenal huruf, mengaitkan huruf dengan objek, mengenal perkataan dan mengaitkannya
dengan objek. Justeru, perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan
melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu.Kematangan pula merujuk kepada perubahan
semulajadi dan ditentukan oleh genetik.Ia biasanya dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Oleh
itu, perkembangan adalah hasil daripada kematangan dan pembelajaran.
Bagi Siti Hawa Munji dan Marof Redzuan dalam buku mereka, Pengantar Psikologi
pula, perkembangan kognitif dikatakan sebagai perkembangan fikiran dan intelek manusia.
Selain

itu,

perkembangan

kognitif

kanak-kanak

dalam

dalam

carian

laman

web

http://www.anakku.my/artikel menyifatkan perkembangan kognitif sebagai proses peningkatan


keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual kanak-kanak. Dalam kata lainnya, proses ini
melihat kepada kemampuan kanak-kanak dalam menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti
penyelesaian masalah disamping memahami dan menganalisa masalah tersebut.Secara amnya,
bidang ini mementingkan siasatan ke atas bagaimana seseorang kanak-kanak dapat berkembang
dari satu usia ke usia mental yang lebih tinggi. Dalam usia tersebut, kanak-kanak biasanya mula
membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Justeru,
perkembangan kognitif ini merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh
setiap kanak-kanak.
Aspek perkembangan emosi menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku
Perkembangan Kanak-kanak membincangkan aspek kemahiran mengurus dan mengawal
emosi.Menurut hasil carian laman web http://www.mycreche.com.my/services.htm pula,
perkembangan emosi kanak-kanak disifatkan sebagai keupayaan kanak-kanak bergaul ,
berinteraksi dan meluahkan perasaan mereka. Bagi hasil carian dalam laman web
http://permatahati.wordpress.com, perkembangan emosi lebih dikaitkan dengan perasaan iaitu
suatu aspek penting dalam dalam kehidupan seseorang termasuk negatif atau positif kerana ia
membantu kanak-kanak membina idea baru, matlamat dan perancangan.
15

Tambah pensyarah Psikologi Perkembangan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut


Pendidikan Universiti Antarabangsa Malaysia, Dr. Mastura Badriz, berkata ilustrasi emosi yang
terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk
memberitahu dan menyatakan keperluan mereka. Justeru, perkembangan emosi merupakan salah
satu aspek dalam perkembangan kanak-kanak.Merujuk kepada Haliza Hamzah dan Joy N.
Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, perkembangan fizikal adalah proses
perkembangan kemahiran psikomotor dalam diri individu. Kemahiran tersebut biasanya
memerlukan penggunaan anggota badan, misalnya seorang kanak-kanak yang bermula dengan
kemahiran mengenal huruf, menulis dan kemudian membaca. Berbeza dengan pendapat di dalam
carian laman web http://www.scribd.com, perkembangan fizikal dapat ditakrifkan sebagai
perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota
badan dan perawakan manusia.
Selain itu, hasil carian di dalam lawan web http://www.mycreche.com.my/services.htm
pula mentakrifkan perkembangan fizikal sebagai perubahan dari segi bentuk, saiz, kebolehan
mengawal pergerakan motor kasar dan motor halus serta koordinasi anggota badan.Secara
huraiannya, pembentukan manusia adalah hasil daripada satu sel persenyawaan benih ibu dan
bapa yang akan membesar menjadi janin dalam kandungan ibu selama sembilan bulan sebelum
dilahirkan. Kemudiannya, bayi itu akan berubah secara beransur-ansur manjadi seorang kanakkanak yang membesar. Maka, proses perubahan yang dilalui bayi itulah dipanggil proses
pertumbuhan dan perkembangan.Berbeza dengan aspek perkembangan fizikal sambil merujuk
sumber buku yang sama, perkembangan kognitif mengupas isu kemahiran yang merangkumi
kemahiran membaca, menulis, mengira, berfikir secara kreatif dan kritis.
Aspek perkembangan sosial pula menurut sumber buku yang sama, membincangkan
kemahiran menjalin perhubungan sosial dan menunjukkan perlakuan baik dan sesuai mengikut
norma-norma masyarakat. Hasil dapatan maklumat melalui laman web http://www.geocities.com
pula berpendapat perkembangan sosial sebagai satu proses apabila kanak-kanak belajar
berhubung dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat dan budayanya.
Proses ini meliputi cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial.

16

Pendapat ini turut disokong oleh Ainee binti Hajah Ahmad , pelajar Pra-syarat bagi mata
pelajaran Psikologi Perkembangan dalam laman webnya, http://aineehjahmad.blogspot.com. Hal
ini disebabkan perkembangan ini melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak
mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka.
5.0

TEORI DAN MODEL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

1.

Teori Daniel Goleman


Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal

perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan
baik ketika berhubung dengan orang lain. Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba
menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap
sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ. Dalam menerangkan
konsep kecerdasan emosi, Goleman (1995) telah membahagikan kecerdasan emosi kepada lima
komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua
komponen berbentuk kompetensi sosial. Berdasarkan model yang diperkenalkan oleh Goleman
ini iaitu The Emotional Competency Inventory (ECI), yang dicipta pada tahun 1999 dan The
Emotional And Social Competency Inventory (ESCI), yang dicipta pada tahun 2007. Satu lagi
yang diperkenalkan ialah The Emotional Intelligence Appraisal, yang dibina pada 2001 yang
mana boleh diambil sebagai self-report atau 360-degree assessment . Terdapat lima komponen
yang terkandung dalam model tersebut iaitu mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri
sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubungan.
Komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat
merasai apakah keadaan emosinya pada waktu itu berupaya untuk membuat keputusan yang
rasional, mempunyai penilaian yang realistik serta mempunyai keyakinan diri sendiri yang
kukuh.Tiga subkompetensi yang dikenalpasti ialah kesedaran emosi, ketepatan menilai diri
sendiri dan keyakinan kendiri.

17

Komponen kedua ialah kebolehan mengatur emosi serta keupayaan menangani


kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih terkawal. Terdapat lima subkompetensi iaitu
kawalan kendiri, amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi. Bagi Goleman, mereka yang
cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri dan dapat menggiatkan lagi kehidupan
dalam mencapai matlamat hidup, lebih berhemah dan dapat mengawal sesuatu keinginan yang
mendesak. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa peraturan emosi diri sendiri yang baik
dapat membantu seseorang mengawal perasaan kebimbangan yang dihadapinya, kemarahan dan
dorongan dari melakukan tingkah laku yang tersasar.
Komponen ketiga ialah berkaitan dengan keupayaan untuk menggerakkan dan
mendorong diri sendiri untuk bertindak atau disebut sebagai motivasi.Terdapat empat
subkompetensi

yang berkaitan iaitu

dorongan, pencapaian, komitmen, inisiatif dan

optimisme.Individu yang mempunyai emosi yang cerdas berupaya untuk bertindak, mengambil
inisiatif dan berusaha ke arah pencapaian matlamat hidup.Kebolehan ini membantu seseorang itu
untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih maju dan berupaya bangkit dari kegagalan.
Komponen keempat dalam model Goleman ialah empati iaitu keupayaan untuk
memahami dan merasai apa yang orang lain rasakan serta dapat mewujudkan hubungan yang
baik dengan masyarakat. Contohnya, kanak- kanak yang berusia dua tahun sudah mula dapat
memahami perasaan teman yang sedang menangis.Keupayaan dan kemahiran sedemikian boleh
membantu seseorang mewujudkan suasana hubungan yang baik dengan semua orang. Kemahiran
ini dapat memberikan panduan kepada seseorang mengenai perbuatan, tutur kata dan perasaan
yang akan disusuli kemudian.
Komponen kelima ialah kemahiran sosial iaitu melibatkan pengendalian emosi bagi
mewujudkan dan membina hubungan sosial yang baik. Seseorang yang cerdas dikatakan
berupaya mengurus dan memahami situasi serta emosi orang lain dengan tepat. Kebolehan ini
akan dapat membantu seseorang berinteraksi dengan baik.

18

2.

Teori overexcitabilities Dabrowski


Dabrowski menerangkan bahawa intelektual kanak-kanak dan dewasa yang pintar cerdas

cenderung mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap persekitarannya dan kapasiti yang tinggi
untuk

bertindakbalas

terhadap

pelbagai

intelektual,

emosional

ataupun

rangsangan

fizikal.Dabrowski menamakan kecenderungan ini sebagai overexcitabilities. Dabrowski


mengenalpasti lima overexcitabilities iaitu intelektual, emotional, imaginasi, sensual dan
psikomotor. Dabrowski percaya bahawa emosi adalah pusat kepada OE yang dihasilkan.
Menurut Silverman 1993, kanak-kanak yang mempunyai tahap yang tinggi dalam intelektual OE
akan cenderung untuk pintar dalam akademik.
Kanak-kanak yang mempunyai OE dalam emosi akan mengalami emosional yang teruk.
Sebagai contohnya, kanak-kanak mungkin akan merasakan tahap sensitiviti yang luar biasa
terhadap perasaan kanak-kanak lain mahupun orang dewasa.
Dalam OE imaginasi pula, ia dapat dilihat melalui satu bakat yang besar untuk membuat
cerita dan fantasi seperti membina teman yang tidak nyata, kebolehan dalam mengingat kembali
visual yang jelas dan gambaran yang terperinci dan juga dalam cinta dengan puisi dan drama.
Manakala dalam OE sensual, ia ditunjukkan dalam kesedaran yang tinggi dalam deria yang mana
dalam menghargai estetik terhadap objektif yang cantik, lirik muzik dan perkataan. Psikomotor
overexcitabilities pula dapat diwujudkan dalam kegelisahan fizikal yang timbul dari tenaga
berlebihan.

19

6.0

BIODATA RESPONDEN B

BIODATA RESPONDEN B
Nama

: Responden B

Tarikh Lahir

: 8 Mac 1962

Umur

: 49 Tahun

Tahap IQ

: 210

Tempat Asal

: Dari Korea

Kelebihan

: Semasa berumur 2 bulan, sudah boleh bercakap.


: Ketika berusia 6 bulan, boleh berkomunikasi dengan lancar dan mampu
membaca bahasa Korea, Jepun, Jerman dan Inggeris ketika hari jadinya yang
kedua.( mempunyai 1 bulan untuk mempelajari 4 bahasa tersebut)
: Ketika berumur 4 Tahun, boleh membaca bahasa Korea, Jepun, Jerman dan
Inggeris dengan fasih.
: 7 bulan telah belajar konsep perkalian yang mana beliau boleh memahami
konsep perbezaan kalkulus.
: Semasa berumur 5 tahun (2 November 1967), beliau dapat memecahkan soalan
Kalkulus yang rumit bagi perbezaan konsep kalkulus dan masalah integral
Kalkulus di televisyen, Jepun dalam pelbagai bahasa seperti Cina, Jerman,
Tagalog, Vietnam, Sepanyol, Korea, Jepun dan Inggeris
: Sudah mula menulis puisi dan seorang pelukis yang menakjubkan.

Pekerjaan

: Seorang mahasiswa Fizik di Tamu Audit Program dari Universiti Hanyang


semasa berumur dari 3 tahun sehingga 7 tahun.
: Pada tahun 1970, beliau diundang ke Amerika Syarikat oleh NASA ketika
berusia 8 tahun bagi menyelesaikan kajian di universiti.
: Semasa berumur 11 tahun, beliau telah tamat belajar di kolej.

20

: Pada tahun 1974, semasa menyelesaikan kajian di universiti beliau turut


bekerja penyelidikan di NASA dan meneruskan pekerjaan tersebut sehingga
kembali ke Korea pada tahun 1978.
Gelaran

: Kembali di Korea, beliau memutuskan untuk bertukar-tukar dari Fizik ke


Kejuruteraan Awam dan akhirnya menerima gelaran doktor dalam bidang
tersebut di Universiti Antarabangsa Colarodo. Mendapat Ph.D sebelum
berumur 15 tahun.
: Dia akhirnya diterbitkan sekitar 90 makalah pada hidrolika dalam jurnal
ilmiah.

Jawatan

: Pada tahun 2007 beliau juga menjawat jawatan sebagai pensyarah tetamu di
Chungbuk National University.

Pencapaian

: Guinness Book of World Records.

21

7.0

PERKEMBANGAN KOGNITIF RESPONDEN B

Kecerdasan ialah istilah umum yang digunakan untuk menjelaskan sifat pikiran yang mencakup
sejumlah kemampuan, seperti kemampuan menalar, merencanakan, memecahkan masalah,
berpikir abstrak, memahami gagasan, menggunakan bahasa, dan belajar.Kecerdasan erat
kaitannya dengan kemampuan kognitif yang dimiliki oleh individu.Kecerdasan dapat diukur
dengan menggunakan alat psikometri yang biasa disebut sebagai tes IQ. Ada juga pendapat yang
menyatakan bahwa IQ merupakan usia mental yang dimiliki manusia berdasarkan perbandingan
usia kronologis.
Distribusi Normal disebut juga Distribusi Gauss.Distribusi probabilitas yang juga
mewakili sifat2 natural. Misalkan sebaran tinggi badan , tingkat kecerdasan , rupawan ,
kewarasan dan lain lain. Dari penelitian , distribusi IQ adalah sebagai berikut:

Rajah 1.1
* 50% dari nilai IQ jatuh antara 90 dan 110
* 70% dari nilai IQ jatuh antara 85 dan 115
* 95% dari nilai IQ jatuh antara 70 dan 130

22

* 99,5% dari nilai IQ jatuh antara 60 dan 140


* Nilai dari 132 sama dengan top 2%
* Sebuah skor 134 sama dengan atas 1%
* Nilai dari 68 sama dengan bawah 2%
* Nilai dari 66 sama dengan bawah 1%
Hasil itu menunjukkan bahawa orang genius sama langkanya dengan orang tidak genius.
Mayoritas adalah IQ rata-rata.Hal yang menarik adalah IQ dari tokoh tokoh terkenal baik di
masa lampau dalam sejarah atau tokoh yang masih hidup.
Responden B merupakan satu-satunya orang genius yang masih hidup pada saat ini.
Nama beliau tercatat dalam Guinnes Book of record sebagai pemilik IQ tertinggi dunia saat ini,
dengan IQ 210. Beliau berbangsa Korea ini lahir pada 7 Mac 1962. Bagi perkembangan kogntif
responden B ini amat pantas dan sungguh efisyen sekali.Hal ini demikian kerana pada usia 4
tahun, beliau sudah boleh membaca dan menulis dalam 4 bahasa (Inggeris, Korea, Jepun,
Jerman). Semasa berumur 4 bulan, sudah boleh bercakap.
Ketika berusia 5 bulan, boleh berkomunikasi dengan lancar dan mampu membaca bahasa
Korea, Jepun, Jerman dan Inggeris ketika hari jadinya yan kedua( mempunyai 1 bulan untuk
mempelajari 4 bahasa tersebut) Manakala ketika berumur 4 Tahun, boleh membaca bahasa
Korea, Jepun, Jerman Inggeris dengan fasih. Semasa berumur 2 tahun 7 bulan telah belajar
konsep perkalian yang mana beliau boleh memahami konsep perbezaan kalkulus.Semasa
berumur 5 tahun (2 November 1967), beliau dapat memecahkan soalan Kalkulus yang rumit bagi
perbezaan konsep kalkulus dan masalah integral kalkulus di televisyen, Jepun dalam pelbagai
bahasa seperti Cina, Jerman, Tagalog, Vietnam, Sepanyol, Korea, Jepun dan Inggeris
Responden B juga sudah mula menulis puisi dan seorang pelukis yang menakjubkan.
Beliau juga seorang mahasiswa Fizik di Tamu Audit Program dari Universiti Hanyang semasa
berumur dari 3 tahun sehingga 7 tahun. Dalam masa yang sama, pada tahun 1970, beliau telah
diundang ke Amerika Syarikat oleh NASA ketika berusia 8 tahun bagi menyelesaikan kajian di
universiti. Semasa berumur 11 tahun, beliau telah tamat belajar di kolej.Pada tahun 1974, semasa
23

menyelesaikan kajian di universiti beliau turut bekerja penyelidikan di NASA dan meneruskan
pekerjaan tersebut sehingga kembali ke Korea pada tahun 1978. Pihak NASA telah memutuskan
untuk bekerjasam dengan Responden B supaya dapat memberikan perkara-perkara yang inovatif
dan idea-idea baru untuk kegunaan pada masa akan dating untuk pelbagai kajian yang dijalankan
oleh mereka. Kembali di Korea, beliau memutuskan untuk bertukar-tukar dari Fizik ke
Kejuruteraan Awam dan akhirnya menerima gelaran doktor dalam bidang tersebut di Universiti
Antarabangsa Colarodo.Beliau mendapat Ph.D sebelum berumur 15 tahun.Pada tahun 2007,
beliau juga menjawat jawatan sebagai pensyarah tetamu di Chungbuk National University.
8.0

PERKEMBANGAN EMOSI RESPONDEN B

Responden B terkenal kerana mempunyai IQ 210 dan mampu untuk menyelesaikan persamaan
matematik yang rumit pada usia empat tahun, tetapi menurut beliau lagi, rupa-rupanya, media
memperkecilkan akan bakat yang beliau peroleh yang mana beliau memilih untuk bekerja di
sebuah jabatan perancangan perniagaan di Chungbuk Perbadanan Pembangunan. Beliau berkata
media mengecam beliau sebagai "genius gagal" tetapi beliau tidak mempunyai idea mengapa
hidupnya, yang difikirkannya berjaya, terpaksa dipanggil kegagalan. Orang mengharapkan beliau
untuk menjadi seorang pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan atau syarikat besar, tetapi
beliau tidak fikir hanya kerana saya memilih untuk tidak menjadi dijangka ia memberi sesiapa
hak untuk memanggil kehidupan sesiapa kegagalan menurut pendapat beliau.
Responden B menyatakan hidupnya adalah satu kejayaan yang besar.Apabila beliau
memutuskan untuk meninggalkan NASA, memasuki sebuah universiti yang terletak di luar Seoul
dan menjadi pekerja syarikat biasa, media membawanya kepada kerja-kerja.Beliau berkata, dia
masih pahit dengan memori dan emosinya kurang stabil. Dalam masa yang sama, beliau turut
mempersoalkan, "Saya cuba untuk memberitahu orang ramai bahawa saya gembira dengan
cara saya. Tetapi kenapa orang telah memanggil kebahagiaan saya gagal?. Beliau turut
dijemput oleh NASA pada usia lapan tahun, yang mana beliau bekerja di sana selama 10 tahun
tetapi sepajang tempoh masa yang digunakan di sana merupakan tahun kesunyian beliau.
Pada masa itu, beliau mengetuai hidupnya seperti mesin. Responden B untuk bangun
menyelesaikan persamaan harian yang diberikan, makan, tidur, dan sebagainya.Di samping itu,
beliau benar-benar tidak tahu apa yangdia lakukan, dan dia kesepian dan tidak mempunyai
24

kawan-kawan. "Responden B berasa sakit dan letih menjadi pusat perhatian sekali lagi. Beliau
berasa seperti monyet di zoo, "katanya. "Pada masa itu,tidak terdapat sebarang twitters mahupun
mesej pesanan ringkas, supaya memberikan surat khabar kuasa yang lebih,beliau rasa perkataan
pergi begitu sungguh pantas. Malah, sesetengah orang mula memanggil beliau menderita keran
mendapat penyakit Skizofrenia untuk dihimpunkan di dalam bilik.Tambahan pula, beliau mahu
mengelakkan sebarang perhatian ke arahnya supaya beliau dapat diberikan ketenangan dan
emosinya menjadi stabil.Masyarakat tidak perlu menghukum sesiapa sahaja yang mempunyai
piawaian unilateral. Hal ini demikian kerana semua orang mempunyai tahap pembelajaran yang
berbeza-beza dalam kalangan masyarakat, harapan, bakat, dan impian dan kita seharusnya
menghormati antara satu sama lain.
9.0

PERKEMBANGAN FIZIKAL RESPONDEN B

Responden B mengalami perkembangan fizikal yang cepat berbanding dengan kanak-kanak


normal. Perkembangan kemahiran motor kasar dan halus responden B adalah sangat berbeza
dengan kanak-kanak normal yang lain. Semasa berumur dua tahun empat bulan, responden B
sudah pandai menulis diari mengenai keadaan di luar rumahnya, falsafah dan ketidaksabarannya
dengan kerenah orang ramai yang berasak-asak berjalan di hadapan kediamannya. Hal ini
menunjukkan bahawa responden B telah menguasai kemahiran motor halus lebih cepat kerana
responden mampu menulis ketika berumur dua tahun empat bulan. Responden B juga berjaya
menguasai kemahiran motor kasar dengan cepat. Responden B mampu berjalan pada usia dua
tahun. Hal ini menunjukan bahawa perkembangan fizikal sangat cepat berbanding dengan
perkembangan fizikal kanak-kanak normal yang lain.

25

10.0

PERKEMBANGAN SOSIAL RESPONDEN B

Perkembangan sosial responden B adalah lebih cepat. Hal ini dapat dilihat apabila pada usia 3
tahun, responden B telah melanjutkan pegajian di universiti Hanyang dan pada 8 tahun,
responden B telah dipanggil oleh NASA untuk menjalankan penyelidikan. Hal ini membuktikan
responden B mampu berkomunikasi dengan orang dewasa dan berupaya mengemukan pendapat
kepada orang dewasa walaupun ketika itu responden A masih lagi kanak-kanak. Daripada
penelitian, didapati bahawa perkembangan sosial responden B adalah lebih cepat berbanding
dengan responden B. Responden B telah menghabiskan masa selama 10 tahun bersama dengan
ahli NASA membuat penyelidikan di sana. Dari sini kata dapat lihat bahawa tempoh selama 10
tahun ini semestinya dapat meningkatkan perkembangan sosial responden B kerana dalam
tempoh tersebut tentunya responden B banyak berhubungan dan wujud komunikasi antara
responden B. Hal ini telah memberi peluang kepada responden B mempelajari tingkah laku
orang dewasa seterusnya mempelajari cara berinteraksi dengan orang dewasa. Hal ini
menunjukan bahawa responden B telah mengalami perkembangan sosial sejak kanak-kanak lagi.
11.0

PENCAPAIAN ATAU ANUGERAH YANG DICAPAI OLEH


RESPONDEN B

Ketika berusia empat tahun iaitu pada 2 November 1967, responden B telah berjaya
menyelesaikan perbezaan yang rumit masalah kalkulus dalam sebuah rancangan televisyen di
Jepun. Responden B

berjaya menunjukkan kemahirannya kepada dunia luar iaitu Jerman,

Inggeris, Jepun, dan Korea dengan mengarang puisi dan namanya telah dimasukkan di dalam
Guiness Book of World Records di bawah Highest IQ. Semasa berumur tiga tahun, responden
B telah didatangi oleh beberapa orang pelawat dan menawarkannya memasuki sebuah kolej di
Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran yang bersesuaian dengan tahap IQ responden B.
Ibu bapanya telah memilih sebuah kolej di Amerika Syarikat untuk responden B melanjutkan
pelajarannya.
Semasa berumur tujuh tahun, responden B telah ditawarkan pekerjaan dari Amerika
Syarikat dibawah kelolaan NASA. Responden B akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya di
universiti dan seterusnya mendapat pangkat Ph.D dalam bidang fizik di Universiti Colorado
State sebelum dia berumur 15 tahun. dalam tahun 1974, semasa melakukan kajian-kajian di
26

universiti, responden B telah mula bekerja di NASA sebagai seorang penyelidik. Responden B
meneruskan pekerjaannya ini sehinggalah dia pulang ke Korea pada tahun 1978.Responden B
juga memberitahu bahawa dia sangat bosan menjadi tumpun umum dan media kerana memilik
IQ yang tinggi.Dia mengibaratkan dirinya tidak ubah seperti seekor monyet yang berada di
dalam zoo.Responden B juga tidak mengetahui daripada mana berita tersebut disebarkan dengan
begitu cepat tanpa pengetahuannya.Terdapat segelintir masyarakat yang telah menganggapnya
menghidap penyakit skizofrenia kerana sering sahaja berkurung seorang diri di dalam bilik
walaupun hakikatnya responden B melakukan tindakan tersebut untuk mengelakkan dirinya
daripada menjadi tumpuan orang ramai.
Responden B berasa sangat tertekan dengan masalah tersebut lalu mengambil keputusan
pulang ke Korea dan menjalani kehidupan seperti kebanyakan orang lain. Respnden B juga
menjelaskan semasa memohon pekerjaan dengan sebuah syarikat, mereka memintanya
mengemukakan diploma dari sekolah tinggi, malangnya responden B tidak mempunyai diploma
tersebut dan memerlukannya bermula daripada bawah semula untuk mendapatkan pekerjaan
tersebut.Responden B berkhidmat dengan NASA kira-kira sepuluh tahun tetapi dia merasakan
bahawa dia telah membazirkan masanya dengan begitu lama ketika bekerja dengan NASA.
Kehidupannya diibaratkan seperti sebuah mesin iaitu dia perlu menyiapkan tugasan harian yang
telah ditetapkan, makan, tidur, dan lain-lain juga telah ditetapkan.Responden B merasakan
dirinya agak terkongkong dengan kehidupannya dan dia juga merasakan kesunyian kerana tidak
mempunyai rakan-rakan.Respnden B meneruskan juga pekerjaannya bersama NASA kerana
memikirkan ibunya yang selama ini memberikan kekuatan kepadanya untuk terus berkhidmat
bersama NASA.

27

PERBANDINGAN
ANTARA
RESPONDEN A
DENGAN
RESPONDEN B

28

13.0

PERBANDINGAN PERKEMBANGAN ANTARA RESPONDEN A


DAN RESPONDEN B

13.1 PERBANDINGAN PERKEMBANGAN KOGNITIF


Responden A

Responden B

Mula menyebut perkataan pertama ketika Boleh bercakap ketika berumur 4 bulan dan
berusia 2 minggu iaitu ayer yang bermaksud fasih bercakap ketika berumur 5 bulan.
air.
Boleh membaca dengar lancar ketika berusia -Boleh
setahun

membaca

ketika

berusia

tahun.Ketika berusia 4 tahun boleh membaca


dan menulis empat bahasa iaitu bahasa
Inggeris, Korea, Jepun dan German.

-Ketika berusia 6 tahun menunjukkan minat -Semasa berusia 2 tahun 7 bulan, responden B
yang mendalam dalam bidang Kimia dan mula belajar konsep perkalian dan memahami
memahami buku tesk kimia yang dibacanya.

konsep perbezaan kalkulus.

-Ketika ini juga responden A menjalani ujian -semasa berusia 5 tahun, responden B
Kimia yang dilakukan sendiri oleh ibu ibu menjawab soalan kalkukus yang rumit bagi
kandungnya dan ibu saudaranya. Responden A perbezaan konsep kalkukus dan masalah
menjawab betul semua soalan kimia yang integral kalkukus di kaca televisyen Jepun.
diberikan.
- Ketika berusia 9 tahun responden A berjaya
menghafal dan mengingati angka sebanyak 518
digitdalam beberapa minit.
-Semasa

berusia

tahun,

responden

A Responden A belajar Fizik ketika berusia 3

mengambil peperiksaan Kimia peringkat 0 tahun hingga 7 tahun di Universiti Hanyang.


Level.
- Semasa berusia 9 tahun, responden A
mengambil A- level dalam bidang kimia.
-Ketika berusia 9 tahun, Responden melanjutKan pengajian di Politeknik Singapura dalam

29

Bidang Kimia.
Ketika berusia 9 tahun ketika berada di -Ketika berusia 8 tahun, Responden B telah
Politeknik, Responden A melakukan ujian dijemput oleh NASA bagi menyelesaikan
Kimia seperti penyelidikan Isomyl, acetate ( kajian

Universiti

dan

berkerja

sebagai

minyak Pisang ) dan pengasingan Limeonene penyelidik di NASA bermula pada tahun 1070
daripada buah-buahan Sitrus dan Penyediaan hingga 1978.
dan Penghabluran asprin.
-Ketika

berusia

10

tahun,

melanjutkan pengajian di

responden

A -Responden B tamat belajar di Kolej ketika

Universiti HELP berusia 11 tahun

dalam bidang Fizik Matematik di bawah - Menukar pengajiannya daripada Fizik ke


program ijazah Amerika.

Kejuruteraan Awam di Colorado Universiti


State dan menerima ijazah kedoktoran dalam
bidang tersebut.
-Menjawat jawatan sebagai pensyarah tetamu
di Chungbuk National University.
-Mengambil PHD ketika berusia kurang 15
tahun.

Responden A mencapai IQ sebanyak 160.

Responden B mencapai IQ sebanyak 210.

Jadual 1.1
Berdasarkan kepada jadual diatas, Kami mendapati bahawa peratusan perkembangan kognitif
responden B adalah lebih cepat dan tinggi berbanding responden A iaitu sebanyak 30 %. Dari
segi IQ kami melihat reponden B mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding dengan responden
A. Responden B juga bukan sahaja dapat menguasai bidang Matematik tetapi juga menguasai
Fizik dan Kimia. Manakala Responden A perkembangan kognitifnya lebih menonjol dalam
bidang Kimia sahaja. Responden B juga mengalami perkembangan bahasa yang cepat
berbanding dengan responden B. Responden B mampu menguasai 4 bahasa seperti Bahasa
Inggeris, Jepun, Korea dan German. Tetapi responden A tidak dapat menguasai banyak bahasa.

30

13.2 PERBANDINGAN PERKEMBANGAN EMOSI


Perkembangan emosi responden A dan responden B adalah berbeza dengan kanak-kanak
normal yang lain. Bagi responden A, perkembangan kognitifnya yang begitu cepat telah
mempengaruhi perkembangan emosinya. Semasa berada di sekolah, responden A merasa sangat
bosan mengikuti sistem pendidikan perdana. Memandangan responden A merupakan seorang
pintar cerdas, responden A sudah dapat menguasai subjek yang diajar di sekolah. Hal ini
menyebabkan responden A hilang minat terhadap pendidikan di sekolah.
Manakala, Responden B terkenal kerana mempunyai IQ 210 dan mampu untuk
menyelesaikan persamaan matematik yang rumit pada usia empat tahun, tetapi menurut beliau
lagi, rupa-rupanya, media memperkecilkan akan bakat yang beliau peroleh yang mana beliau
MEmilih untuk bekerja di sebuah jabatan perancangan perniagaan di Chungbuk Perbadanan
Pembangunan. Beliau berkata media mengecam beliau sebagai "genius gagal" tetapi beliau tidak
mempunyai idea mengapa hidupnya, yang difikirkannya berjaya, terpaksa dipanggil kegagalan.
Orang mengharapkan beliau untuk menjadi seorang pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan
atau syarikat besar, tetapi beliau tidak fikir hanya kerana saya memilih untuk tidak menjadi
dijangka ia memberi sesiapa hak untuk memanggil kehidupan sesiapa kegagalan menurut
pendapat beliau.
Responden B menyatakan hidupnya adalah satu kejayaan yang besar.Apabila beliau
memutuskan untuk meninggalkan NASA, memasuki sebuah universiti yang terletak di luar Seoul
dan menjadi pekerja syarikat biasa, media membawanya kepada kerja-kerja. Beliau berkata, dia
masih pahit dengan memori dan emosinya kurang stabil. Dalam masa yang sama, beliau turut
mempersoalkan, "Saya cuba untuk memberitahu orang ramai bahawa saya gembira dengan cara
saya. Tetapi kenapa orang telah memanggil kebahagiaan saya gagal?. Beliau turut dijemput oleh
NASA pada usia lapan tahun, yang mana beliau bekerja di sana selama 10 tahun tetapi sepanjang
tempoh masa yang digunakan di sana merupakan tahun kesunyian beliau.
Pada masa itu, beliau mengetuai hidupnya seperti mesin. Responden B untuk bangun
menyelesaikan persamaan harian yang diberikan, makan, tidur, dan sebagainya. Di samping itu,
beliau benar-benar tidak tahu apa yang dia lakukan, dan dia kesepian dan tidak mempunyai
kawan-kawan. "Responden B berasa sakit dan letih menjadi pusat perhatian sekali lagi. Beliau
31

berasa seperti monyet di zoo, "katanya. "Pada masa itu, tidak

terdapat sebarang twitters

mahupun mesej pesanan ringkas, supaya memberikan surat khabar kuasa yang lebih, beliau rasa
perkataan pergi begitu sungguh pantas. Malah, sesetengah orang mula memanggil beliau
menderita kerana mendapat penyakit Skizofrenia untuk dihimpunkan di dalam bilik. Tambahan
pula, beliau mahu mengelakkan sebarang perhatian ke arahnya supaya beliau dapat diberikan
ketenangan dan emosinya menjadi stabil. Masyarakat tidak perlu menghukum sesiapa sahaja
yang mempunyai piawaian unilateral.
Hal ini demikian kerana semua orang mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza-beza
dalam kalangan masyarakat, harapan, bakat, dan impian dan kita seharusnya menghormati
antara satu sama lain.
13.3 PERBANDINGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan fizikal antara responden A dengan responden B adalah berbeza.
Perkembangan fizikal Responden A adalah sangat cepat. Responden A ketika berusia empat
bulan sudah dapat merangkak dan ketika berusia enam bulan dapat berjalan dengan bebas.
Responden A juga ketika berusia lima bulan responden A mampu memanjat tangga ke tingkat
dan pada usia lapan bulan responden A berani menurun tangga ke bawah ketika berada di
rumahnya. Responden A bukan hanya mengalami perkembangan fizikal yang cepat dari segi
lakuan motor kasar tetapi juga turut mengalami perkembangan motor halus yang cepat.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi ketika berusia enam tahun responden A sudah mampu
menulis. Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran motor halus responden telah berkembangan
lebih awal.
Manakala bagi responden B pula, turut mengalami perkembangan fizikal yang cepat.
Semasa peringkat awal kelahiran, perkambangan mental dan fizikalnya sangat berbeza dengan
kanak-kanak yang sebaya dengannya. Semasa berumur dua tahun empat bulan, responden B
sudah pandai menulis diari mengenai keadaan di luar rumahnya, falsafah dan ketidaksabarannya
dengan kerenah orang ramai yang berasak-asak berjalan di hadapan kediamannya. Hal ini
menunjukkan bahawa responden B telah menguasai kemahiran motor halus lebih cepat kerana
responden mampu menulis ketika berumur dua tahun empat bulan. Responden B juga berjaya

32

menguasai kemahiran motor kasar dengan cepat. Responden B mampu berjalan pada usia dua
tahun.
Namun terdapat perbezaan perkembangan fizikal antara responden A dengan responden
B. Perkembangan motor halus responden B lebih cepat berbanding responden B. Hal ini dapat
dilihat bahawa responden B dapat menguasai kemahiran menulis pada usia dua tahun empat.
Ketika ini responden B sudah pandai menulis diari. Manakala responden A mengikut cacatan
yang diperoleh, Responden A dapat menjawab ujian kimia ketika berusia enam tahun. Hal ini
menunjukkan bahawa responden B mengalami perkembangan motor halus lebih cepat
berbandingan responden B.
13.4 PERBANDINGAN PERKEMBANGAN SOSIAL
Dari segi perkembangan sosial pula, responden A dan responden B mengalami perkembagan
sosial yang memberangsangkan. Hal ini kerana kedua-dua responden mampu berinteraksi
dengan persekitaran baru dengan mudah. Responden A dan responden B berupaya berinteraksi
dengan orang dewasa walaupun masih lagi kanak-kanak. Bagi responden A bukan hanya suka
bermain bersama- sama adik-beradiknya ketika berada di rumah tetapi juga mampu untuk
berinteraksi dengan orang dewasa. Hal ini dapat dilihat bahawa ketika berusia 10 tahun
responden A telah melanjutkan pengajian di HELP University dan ini membuktikan bahawa
responden A mampu untuk menjalinkan hubungan orang dewasa di persekitaran baru.
Namun begitu, perkembangan sosial responden B adalah lebih tinggi ataupun dikatakan
lebih cepat berbanding dengan responden B. Hal ini dapat dilihat apabila pada usia 3 tahun,
responden B telah melanjutkan pegajian di universiti Hanyang dan pada 8 tahun, responden B
telah dipanggil oleh NASA untuk menjalankan penyelidikan. Hal ini membuktikan responden B
mampu berkomunikasi dengan orang dewasa dan berupaya mengemukan pendapat kepada orang
dewasa walaupun ketika itu responden A masih lagi kanak-kanak. Daripada penelitian, didapati
bahawa perkembangan sosial responden B adalah lebih cepat berbanding dengan responden B.

33

14.0

RUMUSAN

Secara konklusinya, individu yang pintar cerdas lazimnya disifatkan mempunyai tahap
kecerdasan yang tinggi dalam semua aspek.Banyak teori yang dikemukakan untuk menerangkan
tahap kecerdasan mereka. Walaupun demikian, mengenali kanak-kanak pintar cerdas tidak
lengkap tanpa mengetahui masalah lain yang di hadapi oleh mereka. Walaupun seorang pintar
cerdas mempunyai tahap perkembangan yang tinggi daripada orang normal, namun kadang-kala
mereka mempunyai masalah dalam emosi dan sosial mereka. Responden juga menghadapi
beberapa masalah emosi dan sosial .Adalah sangat penting untuk mengenali sifat-sifat emosi
yang telah dikaitkan dengan pintar cerdas, kerana ada beberapa daripadanya boleh menghalang
pengenalan tentang pintar cerdas (Kitano 1999).Sifat-sifat ini seringkali menampilkan ketidak
matangan dalam sosial dan emosi, dan ini boleh disalahertikan sebagai tidak pintar cerdas.
Di samping itu, individu yang pintar cerdas sering disalah ertikan dalam kehidupan kita
pada hari ini.Tidak kira di sekolah, rumah mahupun masyarakat sekelilingnya. Pintar cerdas
sentiasa dianggap sebagi pintar dalam semua perkara, walhal sebenarnya dia juga adalah sama
seperti orang normal dan memerlukan ruang untuk dirinya sendiri. Malah ada juga pintar cerdas
yang bermasalah emosi akan dianggap sebagai pembawa masalah. Jadi, sebagai guru pintar
cerdas, haruslah menjadi sumber rujukan bagi guru-guru lain dan ibu bapa untuk mengenali
pelajar dan anak-anak yang pintar cerdas.Tambahan pula, menjadi cermin kepada individu pintar
cerdas untuk mereka mengenali diri mereka sendiri yang juga kabur tentang dirinya.Individu
pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara.Kegagalan membantu inidividu
pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang
besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi
perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat
berkembang. Dalam masa yang sama, pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka
akan menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat
belajar.
Personaliti terutamanya watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran
mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai. Jika dipupuk
bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan
kepada mereka.Selain guru, ibu bapa dan masyarakat juga memainkan peranan penting dalam
34

usaha melahir dan mendidik anak pintar cerdas.Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta
keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar
cerdas.Salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang
sekeluarga.Oleh hal yang demikian, hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni dan
aman adalah antara perkara dan keperluan yang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada
anak-anak pintar cerdas.

35

15.0

BIBLIOGRAFI

Christine Macintyre. (2008). Gifted and talented children 4-11: Understanding and supporting
their development. Amerika Syarikat. David Fulton Book.
Clark, B. 1997 Growing up gifted 5th edn, Merrill, Upper Saddle River, NJ
David George. (2003). Gifted education: identification and provision. London. David Fulton
Publishers Ltd
Davis, G. A, & Rimm, S.A (1998). Education of the gifted and talented (4th ed.). Boston,
MA:Allyn.
Gogel, E.M., McCumsey, J., & Hewett, G. (1985, November/ Disember). G/C/T. Issue Number
41, 7-9.
Goleman, D. (1995). Emotional intelligence. New York: Bantam.
Piirto J.(1999) 2nd ed. Talented Children And Adult Their Development And Education.United
States of America: Prentice-Hall. Inc
Thomsom N. (2006).Supporting Gifted And Talented Pupils In The Secondary School. London:
Paul ChairmanPublishing.
Schuler P. (2002). Perfectionism in gifted children and adolescents.In M.Neithart, S.M. Reis, N.
M. Robinson & S. M. Moon (Eds.). The Sosial and emotional development of gifted
children:What do we know? (pp.71-79). Waco, TX:Prufrock Press.
Sousa D. A. (2003). How the gifted Brain Learns. California: Corwin Press.Inc.
Sutherland M. (2008). Developing the gifted and talented young learn

36

Anda mungkin juga menyukai