Anda di halaman 1dari 2

Senaman Kemutan ( Kegel ) Bagus Untuk

Wanita

Amal Senaman Kegel (Senaman Kemutan)


Senaman adalah untuk kecergasan tubuh badan. Apabila kita melakukan senaman, otot kita
bergerak cergas dan membina protin dalam otot berkenaan.Gerakkan otot melancarkan darah
dan meningkatkan degupan jantung serta pernafasan selain membebaskan kimia seperti beta
endorfin untuk memberi kesegaran.
Senaman juga dapat membantu memantapkan otot yang menjadi benteng
anggota perempuan seperti senaman Kegel atau senaman kemutan.Senaman kemutan
membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau
mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air
besar dan ia dilakukan secara serentak.
Senaman ini jarang dilakukan secara sengaja dan jika dilakukan, biasanya dalam keadaan
tertentu seperti menahan kencing apabila tandas penuh.Jadi jika senaman kemutan ini
dilakukan oleh mana-mana individu, perasaan kurang selesa akan berlaku.
Bagi wanita jika senaman kemutan itu dilakukan, dia akan rasa terangsang, lebih lagi jika
kedua-dua paha itu dirapatkan. Jika paha direnggangkan sedikit mungkin perasaan terangsang
itu kurang.
Kelebihan amalan kemutan dapat melangsingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan
pembukaan faraj yang renggang itu.
Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita
bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi seperti angin keluar-masuk!Amalan

mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan


hubungan silaturrahim dengan pasangan. Hubungan seksual menjadi lebih seronok dan lebih
memberangsangkan.