Anda di halaman 1dari 9

Hubungan Interetnik Dan Intraetnik Di Malaysia

Hubungan etnik dapat dikategorikan kepada dua iaitu hubungan interetnik dan hubungan intraetnik. Ia
berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat. Manakala tiga konsep penting yang
ditumpukan di Negara ini ialah masyarakat, budaya atau ras dan integrasi atau perpaduan. Masyarakat
menurut Roucek dan warren (1979), masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung
secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara bersama dan merasakan bahawa mereka
adalah hidup bersama. Menurut J.S. Furnivall pula, masyarakat majmuk adalah terdiri daripada pelbagai
kaum yang mempunyai budaya, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Budaya dapat
didefinisikan sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak,
berkelakuan dan berfikir. Manakala perpaduan pula adalah sebagai satu proses menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.(Paimah Atoma, 2011)

2.0 Esei Hubungan Interetnik Dan Intraetnik Di Malaysia

2.1 Konsep

Interetnik atau juga disebut dengan segregasi bermaksud pemisahan bermaksud pengasingan atau
pemisahan yang meletakkan had-had dan sekatan-sekatan tertentu ke atas hubungan, sosial, kontrak
dan komunikasi. Dapat difahami bahawa ianya lebih menjurus kepada beberapa aspek seperti
sosial,adat,tradisi,agama dan tempat.Segregasi boleh berlaku atas dasar ras,budaya,agama dan pelbagai
ciri-ciri etnik yang lain.
Intraetnik pula lebih sinonim dengan perkataan integrasi yang membawa maksud penyatuan antara
etnik dengan mengikat kontrak sosial tanpa lagi mengiras unsur ras dan ataupun identity etnik itu
sendiri.Integrasi sememangnya menjadi satu cabaran kepada Malaysia untuk merealisasikannya namun
usaha kearahnya terus dilaksanakan bagi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai.Secara
terperincinya,Intraetnik merujuk kepada penghapusan diskriminasi dan unsur prejudis antara golongan
majoriti dan minoriti.Unsur kebersamaan adalah menjadi teras dan wujudnya satu identity nasional
yang menunjukkan rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang utuh dan cintakan Negara.Perbezaan
adat,agama,bahasa,budaya dan sebagainya tidak dipandang sebagai masalah bahkan ianya menjadikan
Malaysia sebuah Negara yang unik dengan identity rakyatnya yang tersendiri.

Didalam memastikan hubungan interetnik dan intraetnik mencapai objektif yang ingin dicapai,maka
perpaduan menjadi teras utama.Perpaduan bermaksud penyatuan sesuatu kumpulan.Dalam konteks
Negara Malaysia,perpaduan lebih menjurus kepada ideologi negara didalam membentuk satu identiti
yang menunjukkan kebersamaan tanpa mengambil kira agama,bangsa,kaum mahupun warna
kulit.Selain itu Perpaduan juga dapat disebutkan sebagai satu hubungan erat yang bersifat tolenrasi
dalam masyarakat majmuk.Oleh hal demikian,penelitian terperinci hendaklah dilakukan didalam
mengenalpasti kepelbagaian etnik dalam Negara agar setiap nilai kepelbagaian tersebut dapat
menjadikan Malaysia sebuah Negara yang lebih unik dan mempunyai rakyat yang bersatu padu dibawah
satu naungan.Dapat disimpulkan disini bahawa perkongsian budaya dan amalan sesuatu etnik dalam
masyarakat adalah satu perpaduan yang boleh dibanggakan.

Mengikut data yang diperolehi melalui media dan internet, jumlah penduduk Malaysia adalah sebanyak
28.3 juta. Manakala pecahan mengikut etnik pula, daripada 28.3 juta penduduk Malaysia yang terdiri
daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara, kumpulan etnik yang terbesar
ialah bumiputera iaitu 67.4 peratus, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7). Data ini menunjukkan
Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai tiga tiga etnik utama iaitu Melayu,China dan
India.Ketiga-tiga etnik ini memainkan peranan yang sangat besar dan menjadi tulang belakang kepada
Negara Malaysia.

2.2 Elemen-elemen hubungan intraetnik dan interetnik

Dalam kehidupan masyarakat yang terdiri daripada intraetnik dan enteretnik perlunya satu garisan
kesamaan bagi menjamin kesatuan dan kesejahteraaan.Beberapa elemen perlu dijadikan tonggak dan
garis pandu agar matlamat tersebut dapat dicapai.Antara elemen-elemen yang perlu diketengahkan
ialah persefahaman, bekerjasama, persaudaraan, kemesraan, budaya ziarah menziarahi, dan hormatmenghormati

1. Persefahaman

Persefahaman merupakan elemen terpenting didalam membina perpaduan yang utuh dan
berpanjangan.Persefahaman dapat ditakrifkan sebagai sikap penerimaan dan memahami antara satu
sama lain sama ada berkaitan fizikal,budaya,amalan,dan sebagainya.Persefahaman juga merujuk kepada
pemikiran yang lebih terbuka terhadap seseuatu tindakan orang lain.Jelas bahawa elemen

persefahaman mampu mewujudkan toleransi antara etnik.Tidak dinafikan bahawa kepelbagaian etnik
dalam sesebuah Negara khususnya Negara Malaysia akan menyebabkan wujudkan pelbagai
budaya,perayaan,amalan keagamaan,kepelbagaian bahasa dan sebagainya.Hal ini sedikit sebanyak
memberi kesan kepada segelintir individu didalam sesuatu kumpulan etnik

Punca berlakunya rasa tidak selesa,tidak berpuas hati mahupun iri hati terhadap
amalan,budaya,perayaan etnik yang lain adalah karana kurangnya persefahaman.Oleh hal demikian
perlunya inisiatif mengenali dan mendalami adat dan amalan etnik yang lain.Memahami dan
mengetahui tujuan sesuatu amalan dilakukan pastinya membuatkan fikiran lebih terbuka dan
rasional.Sebagai contohnya,Kaum China sangat meraikan sambutan tahun china sehinggakan saban
tahun perayaan ini disambut dengan begitu meriah di Malaysia.Mereka mempercayai beberapa amalan
yang wajib dilakukan semasa perayaan tersebut atas beberapa tujuan seperti memohon
rezeki,membuang malang dan sebagainya.

Antara amalan kaum china yang sering dilakukan ialah membakar mercun.Apabila tibanya sambutan
perayaan tahun baru china,seluruh ahli keluarga berkumpul dan melakukan amalan tersebut.Bunyi
letupan mercun yang berulang kali sudah pastinya akan memberikan gangguan kepada komuniti
setempat.Namun kerana memahami bahawa amalan tersebut dilakukan dengan tujuan yang baik
mengikut kepercayaan mereka,maka etnik lain menerima dengan penuh tolenrasi dan
terbuka.Kesefahaman sebeginilah yang perlu diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai
etnik khususnya golongan belia.

Persefahaman tidak seharusnya dilihat pada ruang yang kecil bahkan ianya perlu dilihat secara
menyeluruh.Penerapan elemen persefahaman mestilah secara holistik dan menyeluruh.Elemen
persefahaman perlu diamalkan dalam pelbagai bidang seperti politik,ekonomi,pendidikan dan
sosial.Politik yang sihat dengan persefahaman yang baik akan menjadikan ianya satu pertandingan yang
sihat dan telus.Ekonomi yang terbina berteraskan kesefahaman akan memanifestasikan pelbagai idea
dan meningkatkan tahap kualiti sesuatu pengeluaran.Dalam bidang pendidikan pula,persafahaman
antara etnik amatlah relevan diterapkan seawall bangku sekolah.Nilai-nilai persefahaman jika diterapkan
sewaktu kecil pastinya menjadi kebiasaan seterusnya melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu dan
memiliki modal insan kelas pertama.Bab kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

2. Bekerjasama

Bekerjasama sememang satu elemen yang sentiasa diketengahkan dalam setiap perkara.Perkataan
Kerjasama adalah gabungan dua patah perkataan iaitu kerja dan bersama.Hal ini jelas menujukkan
bahawa amalan atau pekerjaan yang dilakukan dengan cara berkerja dalam satu kumpulan.Selain itu
ianya juga merujuk kepada sesuatu sumbangan daripada pihak yang tertentu sebagai bantuan dan
pertolongan.Dalam konteks interetnik dan intraetnik pula,bekerjasama merupakan elemen didalam
mewujudkan interaksi antara etnik didalam melaksanakan sesuatu perkara.

Kerajaan Malaysia sendiri sangat menekankan aspek kerjasama dalama kalangan rakyat yang pelbagai
etnik.Pelbagai program terutamanya dari segi ekonomi diberi penekanan dan bantuan supaya ianya
dapat dimajukan.Contohnya,program latihan dan bimbingan usahawan yang diperkenalkan bagi
memberi pendedahan tentang ekonomi dan perniagaan.Usaha-usaha ini adalah untuk mewujudkan
hubungan dua hala diantara pembekal,pengeluar dan pengguna.Ibarat roda yang berputar kerana
ketiga-tiga pihak tersebut terdiri daripada pelbagi etnik.Amalan kerjasama ini bukan sahaja dapat
memupuk perpaduan malahan dapat memajukan ekonomi Negara ditahap yang dapat dibanggakan.

Berbalik kepada elemen bekerjasama,ianya bukan sahaja merujuk kepada bantuan melalui kewangan
dan harta benda semata-mata bahkan skop bekerjasama adalah lebih meluas dan perlu diberikan
penekanan yang serius.Kerjasama juga boleh disifatkan dengan penyumbangan idea dan tenaga.Jika
digabungkan idea-idea bernas dan bersatu padu didalam mencapainya pasti akan membuahkan hasil
yang amat lumayan.Elemen bekerjasama ini memerlukan kedua-dua pihak memainkan peranan dan
saling melengkapi.Sebagai contoh yang mudah difahami,seorang pelajar india mahir dalam bidang
teknologi manakala pelajar melayu pula mahir dalam bidang perniagaan.Jika mereka bekerjasama sudah
pastinya mereka dapat memperluaskan perniagaan secara online dimana ianya menjadi kegilaan pada
masa kini.

Elemen bekerjasama tidak sewajarnya dilihat sebagai garis panduan untuk mencapai kejayaan sematamata bahkan perlunya elemen ini untuk membanteras segala unsur-unsur negatif dalam Negara
Malaysia.Peningkatan jenayah dalam Negara sudah pastinya menjadi isu hangat dan sering juga
didengari dalam media elektronik mahupun media cetak.Saban hari pelbagai masalah jenayah yang
berlaku dan kebanyakkan pihak hanya menuding jari pada pihak yang lain.Sepatutnya,masyarakat dan
komuniti yang pelbagai perlu mengembleng tenaga dan kudrat didalam membantu dan bekerjasama
dengan pihak yang sepatutnya.

3. Persaudaraan

Persaudaraan merupakan satu elemen yang terpenting dalam merealisasikan sasaran mengintegrasikan
rakyat Malaysia. Persaudaraan bermaksud perhubungan seperti bersaudara atau pertalian yang rapat
bak kata pepatah isi dengan kuku.Mencapai tahap persaudaraan bukanlah sesuatu yang mudah dan
senang sebaliknya ianya memerlukan usaha yang pelbagai dari segenap aspek.Elemen persaudaraan
bukan sahaja disyariatkan dalam agama islam bahkan setiap agama mengajarkan penganutnya untuk
berlaku baik dan menghormati hak orang lain.

Menyemai elemen persaudaraan antara etnik hakikatnya adalah satu cabaran terutamanya kepada
pihak kerajaan didalam memastikan perpaduan terus gah dan kukuh.Tan Sri Najib Tun Razak,Perdana
Menteri Malaysia memperkenalkan 1 Malaysia untuk menyatukan etnik yang pelbagai di Malaysia
dengan satu perpaduan.1 Malaysia mengajarkan nilai penerimaan terhadap kewujudan pelbagai etnik di
Malaysia tanpa mengira agama,bangsa,warna kulit dan budaya.Usaha ini adalah salah satu inisiatif
menguatkan nilai persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain itu,Sistem pendidikan yang bermatlamatkan untuk membina jati diri nasional, memupuk
semangat kebangsaan dan cinta kepada negara juga sedikit sebanyak berperanan menjalinkan
persaudaraan antara kaum. Semangat perpaduan boleh diterapkan kepada masyarakat Malaysia
terutamanya bermula dalam lingkungan usia muda di samping menanam sikap dan nilai semangat cinta
dan bangga kepada negara dan perpaduan antara kaum.

Didalam merealisasikan kemenjadian elemen persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia,amalan


rumah terbuka pelbagai perayaan hendaklah diraikan tanpa mengira kaum dan bangsa.Rakyat Malaysia
sangat bertuah kerana dapat merasakan pelbagai perayaan dan sambutan rumah terbuka.Melalui
amalan mengadakan rumah terbuka,masyarakat khususnya etnik yang berlainan dapat mengenali dan
memahami budaya dan amalan sesuatu etnik.Bukan itu sahaja,makanan tradisi dan adat resam juga
dapat dipelajari disamping merapatkan hubungan antara satu sama lain. Penganjuran rumah terbuka ini
mampu merealisasikan hasrat Malaysia untuk menyemai sikap persaudaraan sesama masyarakat tanpa
mengira agama, bangsa dan warna kulit selaras dengan kehendak kerajaan yang menginginkan negara
Malaysia menjadi sebuah rumah yang dipenuhi dengan kaum kerabat yang bahagia walaupun berasal
daripada pelbagai tempat asal yang berasingan.

4. Kemesraan

Kemesraan dapat didefinisikan sebagai perasaan selesa dan tenang. Walaupun mempunyai
kepelbagaian dari segi ideologi, kepercayaan, kebudayaan dan tradisi sesuatu bangsa, kita melihat

adanya persamaan dari aspek nilai dan norma yang boleh dikongsi bersama bagi memupuk perpaduan.
Garis persamaan yang terdapat antara seorang manusia dengan manusia yang lain walau berbeza
agama ini jika ditekankan akan mampu mencapai dan mempertingkatkan nilai perpaduan dalam
masyarakat. Antara nilai-nilai yang ada adalah sikap toleransi, sikap bersederhana, berkasih-sayang
dalam hubungan kemanusiaan, dan kemesraan.
Elemen kemesraan sewajarnya diamalkan dalams setiap kalangan rakyat Malaysia kerana elemen ini
dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan tenang.Kemesraan merupakan komponen yang penting
didalam memupuk perpaduan kerana melaluinya,akan dating perasaan tenang dan selamat.Perasaan
tenang,selesa,dan selamat semasa berada dalam sesebuah komuniti membolehkan kita ingin mendekati
orang disekeliling.Hal ini kerana nilai kepercayaan mula mula terbit dan lama-kelamaan lahirnya
kepercayaan yang sebenar.

Salah satu amalan yang boleh diamalkan didalam mengaplikasikan elemen kemesraan dalam
masyarakat majmuk ialah budaya senyum.Dengan mengukir senyuman pada wajah dengan penuh ceria
pastinya akan membuatkan orang lain turut tersenyum.Senyuman adalah penawar yang dapat
berjangkit sehinggakan semua orang boleh tersenyum dalam satu masa.Dengan senyuman yang
menawan pastinya dapat memikat hati dan menjalinkan kemesraan secara tidak langsung.Pada tahun
2013 Malaysia tidak terlepas didalam melancarkan kempen senyum.Hal ini kerana senyum merupakan
satu tingkah laku yang cukup mengembirakan hati.

5. Ziarah-menziarahi dan hormat-menghormati

Ziarah-menziarahi bermaksud kunjung-mengunjungi ataupun lawat-melawati. Ia merupakan satu


amalan yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga dan juga sanak
saudara walaupun berlainan kaum.Manakala hormat-menghormati ialah menghargai dan memuliakan
seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang sopan.Kedua-dua budaya ini saling berkait
rapat dan ianya perlu dijadikan kebiasaan dalam masyarakat majmuk.

Melalui amalan ziarah-menziarahi,ianya dapat mengeratkan hubungan dan ukhuwah antara satu sama
lain.Amalan ini kebiasaannya dilakukan sewaktu perayaan dan majlis tertentu.Semasa menziarahi jiran
yang pelbagai etnik,ada sopan mestilah dijaga.Perasaan hormat-menghormati antara satu sama
lain.Tuan rumah hendaklah menyambut tetamu dengan layanan yang baik dan mengambil kira aspek
keagamaan.Sesetengah agama mempunyai pantang larang atau perkara yang diharamkan seperti agama
Islam.Islam mengharamkan khinzir dan anjing apatah lagi memakan dagingnya.Justeru itu,aspek ini perlu
dijaga termasuklah Jenis makanan dan minuman lain yang dihidangkan.

Walaubagaimanapun kewujudan pelbagai agama seperti agama Islam, Kristian, Buddha dan pelbagai lagi
sebenarnya bukan halangan bagi kita sebagai rakyat Malaysia untuk bercampur gaul sebaliknya ia
melambangkan rakyat di negara ini saling bersatu-padu serta hormat-menghormati antara satu sama
lain walaupun kita berbeza anutan agama.Melalui perbezaan agama ini jugalah,masyarakat akan saling
berhati-hati dan menjaga isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan pergaduhan dan perkelahian.

2.3 Cabaran hubungan Intraetnik dan Interetnik

1. Politik

Kewujudan intraetnik dan interetnik memberikan cabaran yang besar kepada Malaysia terutamanya dari
sudut politik.Politik bukanlah sesuatu perkara yang remeh bahkan ianya adalah sesuatu yang besar dan
penentu masa depan Negara.Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing dan
mempertahankan kebajikan kaumnya.Setiap parti pula kebanyakkan berusaha berjuang dan menuntut
pelbagai hak keistimewaan untuk memastikan nasib kaumnya terjamin.Hal ini sedikit sebanyak
menimbulkan rasa tidak puas hati dan boleh menimbulkan rasa tidak berpuas hati.

Sikap hasad dan dengki yang timbul akhirnya menjadi hasutan dan mewujudkan fitnah.Hal sebegini
kerap berlaku berpunca daripada hal politik.Konsep keadilan disalah ertikan oleh sesetengah pihak dan
membuat spikulasi yang tidak berasas.Isu ini tidak sewajarnya dibiarkan berterusan kerana ianya boleh
menimbulkan perpecahan.Setiap kaum dan bangsa juga inginkan seorang pemimpin dalam kalangan
bangsa mereka dan mustahil bangsa melayu diketui oleh india.Setiap kaum mahukan yang terbaik untuk
membela bangsa dan masa hadapan bangsa mereka.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa politik adalah cabaran terbesar didalam merealisasikan hubungan
interetnik dan intraetnik.Politik yang tidak sihat akan menyebabkan semangat perkauman yang menebal
dalam kalangan rakyat seterusnya hasrat perpaduan yang ingin dicapai melayang begitu sahaja.

2. Ekonomi

Ekonomi yang mungkin menjadi peransang kepada hubungan enteretnik dan entraetnik juga merupakan
cabaran yang besar.Melihat senario ekonomi Malaysia pada masa kini,jelas terdapat unsur
perkauman.Sesetengah bidang dikuasi dan dimonopoli oleh satu etnik sahaja.Hal ini menyebabkan tidak
wujudnya kerjasama antara satu sama lain.Mengingatkan kembali pada sejarah zaman kedatangan
british dimana setiap kaum dipecahkan ketempat yang berbeza dan mengusahakan ekonomi yang
berbeza.Perkara sebegini menyebabkan tiada interaksi berlaku dan akhirnya mendorong kepada sikap
pentingkan diri sendiri.
Selain itu,persaingan yang tidak sihat dalam bidang ekonomi akan menjejaskan semangat perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia.Setiap kaum mahukan dominasi dan kejayaan dalam sesuatu
pengusahaan dan akhirnya berlaku jurang yang terlalu jelas.Hal ini sangat membimbangkan kerana ianya
boleh merosokkan nilai-nilai dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

3. Sosial

Sosial kehidupan masyarakat majmuk yang berbeza menyebabkan berlakunya perasaan dan semangat
kekitaan dalam sesuatu komuniti etnik.Ini berlaku disebabkan cara hidup setiap etnik yang
berbeza.Sesetengah etnik yang mencampur adukkan pelbagai urusan dengan budaya,adat resam dan
agama akan menyebabkan timbulnya rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat.Hal ini menyebabkan
berlakunya diskriminasi sosial.

Sosial jua merujuk kepada fizikal setiap etnik.Setiap etnik memiliki keunikan rupa yang tersendiri.Unsur
pemakaian mengikut adat yang diamalkan dalam kalangan masyarakat juga mendorong kepada
pengasingan sosial.Kelemahan didalam hubungan sosial antara etnik sudah pastinya meninggalkan
impak yang negative kepada Negara.

4. Pendidikan

Dari sudut pendidikan pula sudah pasti akan adanya pengasingan sistem pendidikan mengikut etnik.Di
Malaysia wujudnya Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis China (SKJC) dan Sekolah
Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT).Penubuhan SKJC dan SKJT dikhuatiri akan menyebabkan hilangnya
perpaduan yang sepatutnya dipupuk dalam kalangan anak-anak. Sistem persekolahan akan bercelaru
kerana wujudnya penggunaan bahasa ibunda. Walaupun ada sekolah kebangsaan namun interaksi
pelajar akan kebiasaannya mengikut etnik masing-masing dan tiada percampuran yang wujud. Ia juga
menyebabkan semangat perkauman yang mendalam dan menimbulkan prasangka antara etnik.

Selain itu,kepelbagaian etnik juga mempengaruhi tahap pendidikan.Etnik yang terdedah dengan
kehidupan yang lebih terbuka akan mengalami proses pembelajaran yang aktif berbanding etnik yang
tinggal di pendalaman.Tidak dapat dinafikan bahawa kecerdikan seseorang itu dipengaruhi oleh faktor
genetik namun unsur-unsur yang lain turut mempengaruhinya.Sebagai contoh,anak orang China lebih
cemerlang dalam pelajaran jika dibandingkan dengan anak Melayu dan India.Hal ini kerana cara hidup
dan jadual harian yang sangat berbeza.Pencapaian yang cemerlang oleh kaum minority sudah pastinya
memberikan tamparan hebat kepada bangsa majoriti. Isu sebegini sedikit sebanyak menyebabkan
wujudnya ketegangan dalam hubungan masyarakat majmuk.

2.4 Rumusan

Secara keseluruhan dapat difahami bahawa enteretnik dan entraetnik adalah satu anugerah kepada
Negara Malaysia kerana kepelbagaian inilah yang telah meletakkan Malaysia ditahap yang
cemerlang,gemilang dan terbilang.Walaubagaimanapun,cabaran dan mehnah yang perlu dihadapi
hendaklah ditangani dengan baik.Elemen-elemen hubungan enteretnik dan entraetnik perlulah
diamalkan dan dipraktikan secara syumul dan berterusan kerana ianya adalah teras kepada perpaduan
kaum.

Oleh hal demikian,semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk
perpaduan kaum rakyat di Malaysia.Segenap lapisan masyarakat yang mempunyai peranan yang
tersediri perlu bersedia untuk berkhidmat kepada Negara.Kesanggupan dan kesungguhan dalam
mempertahankan Negara sudah pastinya menjadikan individu yang mapan dan mempunyai semangat
patrotisme seterusnya melahirkan masyarakat majmuk yang sejahtera dan bertanggungjawab.

1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sememangnya
perlu diberi sekongan dan sambutan yang memberansangkan bagi memastikan objektif utamanya
tercapai iatu mewujudkan perpaduan dalam masyarakat Malaysia.Walaubagaimnapun, Gagasan
1Malaysia tidak menganjurkan sebarang perubahan sosial, sama ada drastik atau beransur-ansur, yang
boleh mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat majmuk. Perpaduan kaum yang diformulasikan
dalam Gagasan 1Malaysia adalah kaedah lama untuk meneruskan kemajmukan etnik yang disenangi
selama ini oleh semua kaum.Justeru itu,mencapai perpaduan adalah sama dengan maksud mencapai
objektif 1 Malaysia.Maka sudah semestinya elemen-elemen enteretnik dan intraetnik adalah langkah
yang terbaik untuk diamalkan agar ianya dapat direalisasikan sebaik mungkin.