Anda di halaman 1dari 2

Program WELLNESS DAY

(Ujian Kecergasan Mencegah Kecederaan Semasa Senama)


PENEMPANG. Kecergasan yang optimum boleh membantu setiap individu dalam melaksanakan
aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa letih. Selaras dengan itu, para pelajar
Sarjana Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ambilan 2014/2015 dibawah Fakulti Psikologi dan
Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan satu program yang dinamakan
Wellness Day yang diadakan di Sekolah Sukan Negeri Sabah SMK Datuk Peter Mojuntin.
Dalam program ini, seramai 25 orang pelajar Sarjana yang terlibat bermula dari jam 7-11.30 pagi
pada 31 Oktober 2014. Diantara objektif program memahami konsep kecergasan, prinsip latihan
dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi, mempertingkatkan jasmani dengan
membina komponen kecergasaan berasaskan lakuan motor dan berasaskan kesihatan. Selain itu,
rasional program ini dianjurkan diantaranya untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama
antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu-isu kesihatan sejagat.
Sehubungan itu, program ini merupakan aktiviti Ujian berdasarkan Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang dijalankan seperti Pengiraan Indeks Jisim Badan, Ujian Naik
Turun Bangku Selama 3 Minit, Ujian Tekan Tubi, Ujian Ringkuk Tubi Separa dan Ujian Jangkauan
Melunjur. Setiap aktiviti ini dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang
ditetapkan dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, Penolong Pengerusi Program En. Ghadapi Bin Abdul Kadir berkata,
program ini memberi peluang para pelajar Sarjana Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
mempelajari bagaimana mengelola dan mengumpul data dalam melakukan ujian kecergasan
kepada setiap individu. Ini kerana tidak semua pelajar Sarjana mempunyai pengetahuan prosedur
mengelola dan pengumpulan data tersebut. Selain itu, beliau berkata, ucapan jutaan terima kasih
dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pelajar Sarjana, Kakitangan Sekolah Sukan Negeri
SMK Datuk Peter Mojuntin khususnya guru Chong Swee Lee, Dekan Fakulti Psikologi dan
Pendidikan, Penyelaras Program Pascasiswazah dan Penyelaras Program Wellness Day
selaku pensyarah Sarjana Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Dalam ucapan wakli pengetua Sekolah Sukan Negeri Sabah SMK Datuk Peter Mojuntin,
En. Datu Masrin Datu Masri selaku Jurulatih Olahraga berkata, dengan penganjuran program ini,
dapat menguji para pelajar seramai 40 orang yang terdiri daripada atlet pelbagai sukan dan bukan
atlet sebelum mereka bercuti nanti. Beliau berkata, dengan data yang dikumpul memudahkan
para guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan membuat perbandingan hasil ujian awal tahun
2015. Sehubungan itu, beliau berkata ucapan jutaan terima kasih bagi pihak sekolah kepada para
pelajar sarjana, penyelaras program selaku pensyarah Dr. Mohamad Nizam Bin Hj. Nazarudin

kerana mengadakan Program Wellness Day dengan menjalankan dan menggunakan aktiviti
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK).
Dalam ucapan penutupan penyelaras program oleh Dr. Mohamad Nizam Bin Hj. Nazarudin
berkata, mengharapkan supaya program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Beliau mencadangkan selaku Timbalan Presiden Persatuan Ragbi Kota Kinabalu,
Sabah supaya program Klinik Permainan Ragbi dapat diadakan untuk Sekolah Sukan Negeri
Sabah SMK Datuk Peter Mojuntin kerana beliau berpendapat ramai yang berpotensi untuk
diketengahkan terutama para pelajar perempuan.
Di akhir program Wellness Day para peserta sarjana memberikan cenderahati yang
disampaikan oleh penyelaras program selaku pensyarah Dr. Mohamad Nizam Bin Hj. Nazarudin
kepada wakli pengetua En. Datu Masrin Datu Masri Sekolah Sukan Negeri Sabah SMK Datuk
Peter Mojuntin.

ends

Anda mungkin juga menyukai