Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
MUKA SURAT
1) SEJARAH TARIAN ZAPIN
2) BUSANA ZAPIN
3) TARIAN ZAPIN
4) CARA PERSEMBAHAN
6) RUJUKAN
Pengaruh seni muzik seni tari, senimuzik dan gurindam arab telah menyibar ke johor melalui
kawasan pesisir pantai barat johor dan ke pendalaman melalui sungai sungai bersama sama
penempatan arab di kampung kampung melayu.
Namun begitu zapin melayu johor unik kerana telah menyaring kesenian arab sambil mencipa
kesenian melayu dan falasafah kesenian islam.Pada zaman dahulu kesenian zapin melayu bukan
hanya di persembahkan halaman atau di anjung rumah ianya juga di persekitaran masjid juga
surau untuk menyambut perayaan mauliurassul s.a.w dan lain lain.
terdapat beberapa jenis zapin johor diantaranya zapin pekajang, zapin tengelu, zapin lenga
dll.Zapin melayu johor pada kebiasaannya dimulakan dengan pemainan gambus permulaaan di
namakan Taksim,terdapat beberapa ragam di dalam tarian zapin diantaranya ragam pusau
belanak besar , ragam lompat injut, ragam kopak,ragam titi batang,ragam ayam patah, ragam
pusau belanak kecil dan akhir sekali ragam wainap.
BUSANA ZAPIN
Bunga yang dililit pada sebelah kiri sanggol menandakan pemakainya masih belum berpunya
berbanding dengan lilitan yang dibuat pada sebelah kanan sanggol yang menandakan bahawa
pemakainya sudah berstatus sebagai wanita yang sudah berumah tangga.
Aksesori tambahan untuk busana Baju Kurung Teluk Belanga untuk orang lelaki yang menarikan
Zapin adalah kancing baju yang diperbuat daripada suasa atau perak dan diikat dengan batu
delima, zamrud atau sebagainya.
Bagi kaum wanita pula kancing yang diperbuat daripada emas, perak atau suasa diikat dengan
batu Intan dan disebut sebagai Garam Sebuku atau Kunang Sekebun.Buat masa ini busana
tersebut boleh sahaja digantikan dengan kancing-kancing biasa yang banyak terdapat dijual di
pasar.
Penari Zapin wanita juga kadangkalanya memakai aksesori tambahan yang pernah dipakai untuk
dipadankan dengan busana Baju Kurung Teluk Belanga seperti seutas rantai emas yang
sederhana panjang yang disebut sebagai Rantai Belati, sepasang anting-anting telekap yang
dipanggil Anting-AntingKopi dan gelang tangan yang membelit yang dikenali sebagai Gelang
Berderai.
TARIAN ZAPIN
Zapin sebagai tradisi tari di Johor bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan pada acara-acara
sekular tetapi juga sebagai acara sambutan hari-hari kebesaran agama Islam. Sambutan dan
perayaan hari-hari besar seperti Maulud Nabi, Hari Raya dan Awal Muharam disambut dengan
bacaan ayat-ayat suci al-Quran atau kitab berzanji juga disambut dengan persembahan zapin.
Oleh kerana Zapin di Johor, sama ada Zapin Arab atau Zapin Melayu, telah dianggap sebagai
seni yang mempunyai ikatan kuat dengan tradisi kesenian Arab, tradisi tersebut juga diterima
secara meluas sebagai seni yang berunsurkan kesenian Islam. Tradisi Zapin diterima secara
terbuka sebagai seni yang bukan sahaja melambangkan ketinggian budaya Melayu tetapi juga
kemantapan budaya Arab-Islamnya dalam seni budaya Melayu. Mungkin juga kesahihan tradisi
Zapin sebagai seni yang mempunyai unsur-unsur ke-Islaman didasarkan kepada status orangorang Arab yang dimuliakan sebagai penghubung kepada dunia Islam yang lebih besar.
Walaupun terdapat Zapin Arab dan Zapin Melayu di Johor, Zapin Melayu dianggap lebih intim
dengan budaya orang-orang Melayu berbanding Zapin Arab. Pada orang-orang Melayu Johor,
Zapin Arab lebih kasar, keras dan terlalu bertenaga tinggi berbanding dengan Zapin Melayu yang
lebih halus lembut dan ayu. Penari-penari Zapin Arab yang terdiri daripada masyarakat
keturunan Arab di Johor menarikan tari tersebut dengan langkah-langkah luas, hayunan tangan
yang tinggi dan hinjutan kaki yang keras. Penari-penari Melayu pula yang rata-rata terdiri
daripada orang-orang Melayu menarikan Zapin Melayu dengan hayunan tangan yang lebih kecil
atau sempit, langkah kaki yang tidak terlalu luas dan tinggi serta hinjutan tapak kaki yang
lembut. Penari-penari Zapin Melayu dimestikan menari tanpa menyebabkan lantai rumah atau
balai bergoyang dan membuai.
Penari Zapin Melayu yang baik akan menarikan Zapin tanpa mengubah atau menggulung bucubucu tikar atau permaidani yang terhampar. Ketentuan seperti ini dianggap sebagai penunjuk
kepada kemurnian dan kehalusan tari Zapin Melayu berbanding dengan Zapin Arab. Orangorang Melayu cuma memilih dan menyesuaikan ciri-ciri kesenian yang dianggap mencerminkan
kesinambungan resam budaya yang halus dan murni. Adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin
Arab secara selektif sama ada sedar atau tidak, dalam menghasilkan seni Zapin Melayu
menunjukkan kemampuan orang-orang Melayu Johor memilih unsur-unsur pertunjukan yang
tidak bercanggah dengan naluri dan citarasa estetik orang-orang Melayu.
Walaupun Zapin Arab jika dibandingkan dengan Zapin Melayu nyata lebih gagah, besar dan luas
perlakuannya, Zapin Arab dan Zapin Melayu tidak pula dipandang sebagai seni yang terpisah.
Hubungan simbiotik antara kedua-dua genre itu tercermin apabila kedua-dua bentuk Zapin
tersebut saling dipertontonkan pada upacara sambutan dan keramaian yang sama di tempat yang
sama. Kedua-dua bentuk Zapin itu diterima sebagai kesenian yang mempunyai pertalian rapat
dan berasal dari sumber kreativiti kesenian yang sama. Ketiadaan konflik di antara seniman
kedua-dua genre ini membolehkan seniman-seniman daripada kedua-dua genre itu khususnya
pemuzik dipinjamkan ke mana-mana genre apabila keadaan mendesak. Justeru itu, sudah
menjadi kebiasaan di Johor, pemuzik-pemuzik yang bermain gendang peningkah seperti marwas,
pemain gambus, biola ataupun akordian berpindah-pindah dari satu genre Zapin ke genre Zapin
yang lain apabila diperlukan.
Di kampung-kampung di kawasan timur laut negeri Johor, Zapin merupakan acara sosial yang
berkesempatan memberi peluang kepada peminat-peminat genre tersebut keluar menari atau
bermain muzik secara berkumpulan tanpa rasa malu dan segan. Rasa persaudaraan antara penari
dan pemuzik dan sifat esprit de corps di kalangan mereka mematahkan rasa malu atau kurang
percaya pada diri apabila beraksi di depan khalayak ramai. Setiap pertunjukan itu dianggap
sebagai usaha bersama kelompok seniman di kampung dan bukannya suatu usaha peribadi untuk
menunjukkan lagak diri sendiriutk kepentingan ego semata-mata. Sifat takbur tidak pernah ada di
kalangan orang-orang Melayu walaupun pada peringkat pertunjukan kesenian. Dalam tradisi
Zapin Melayu, tumpuan kepada bintang atau jaguh seperti sifat primadona tidak pernah ada.
Malahan sifat demikian yang dianggap sombong dan bongkak merupakan pemisah kepada
keharmonian hubungan masyarakat di kampung. Zapin adalah kesenian yang memerlukan usaha
bersama dan bukannya usaha individu.
Pada perayaan acara sambutan perkahwinan dan sebagainya, masyarakat kampung diberi
kesempatan bukan sahaja menonton Zapin tetapi juga mengambil bahagian dalam persembahan
tersebut. Setiap ahli masyarakat yang sudah tahu dan hafaz bunga tari yang ditarikan oleh satusatu kumpulan Zapin dibolehkan menari bersama apabila ada kesempatan. Seringkali
kesempatan tersebut terbuka apabila salah seorang atau kedua pasangan penari Zapin ingin
mengundur diri kerana keletihan atau kerana ingin memberi kesempatan orang lain menari. Oleh
kerana pusingan ragam tari tersebut diulang-ulang untuk beberapa pusingan dalam satu-satu
persembahan, kesempatan untuk meniru ragam tari tersebut dengan cepat memudahkan lagi
sesiapa sahaja antara penonton lelaki untuk ikut serta dalam persembahan tersebut. Begitu juga
bagi penari-penari yang lain. Mereka juga boleh berhenti atau menyambung menari apabila
setiap pusingan ragam tari selesai dilakukan. Demikian juga halnya dengan pemain muzik
gendang peningkah yang memainkan marwas. Oleh kerana pola rithma pukulan marwas
mendatar sewaktu nyanyian lagu masih dalam pola pantun yang belum lengkap baitnya, pemain
marwas boleh mengambil alat dan bermain alat tersebut. Ketangkasan pemain-pemain marwas
cuma kelihatan apabila pola rithma marwas meningkat dengan mendadak dengan tingkahan yang
berlapis dan berselang-seli dalam bentuk pola interlok.
Rasa persaudaraan antara pemain muzik dan penari adalah sebahagian daripada sifat keluarga
besar masyarakat di kampung. Pemain muzik dan penari Zapin umumnya lebih senang
mempersembahkan Zapin secara kelompok sosial yang mempunyai hubungan dari segi
pekerjaan atau aktiviti riadah. Di kawasan timur laut negeri Johor, pemain Zapin terdiri daripada
6
perkumpulan yang mempunyai profesion yang sama seperti penarik beca, penjual kecil-kecilan
atau penambang. Aktiviti riadah yang menjadi penghubung sosial pemain-pemain Zapin adalah
seperti aktiviti memikat burung, kelab bola, persatuan belia dan lain-lain persatuan. Zapin
menjadi penarik atau pendorong kepada individu-individu yang mempunyai kesamaan aktiviti
atau pekerjaan untuk bersatu berlatih sambil menganggapkannya sebagai suatu aktiviti sosial di
kampung. Mereka akan belajar ragam tari yang terdiri daripada rangkaian bunga tari yang
diperturunkan daripada pemain-pemain yang lebih arif dalam seni tersebut. Ragam wainab yang
merupakan ragam gerak cepat yang ditandai oleh tingkahan beberapa buah marwas dipelajari
berulang-ulang supaya berlaku kesinambungan antara ragam tari biasa dan ragam wainab apabila
koda muzik dimulakan dengan pukulan marwas yang tingkah meningkah.
Begitu juga pemain muzik yang memainkan alat-alat muzik seperti marwas, dok, gambus,
akordian atau biola, memanfaatkan waktu tersebut untuk sama-sama berlatih mengasah
kesepaduan permainan dan kelicinan persembahan. Kebiasaan berlatih secara berkumpulan ini
juga merupakan faktor utama terhindarnya rasa takut atau malu di kalangan penari dan pemuzik
apabila mempersembahkan tari zapin di khalayak ramai. Oleh kerana zapin tidak menggalakkan
persaingan antara pemain baik dalam kumpulan mahupun antara kumpulan, ketertiban
persembahan sentiasa menjadi asas utama persembahan Zapin Melayu.
CARA PERSEMBAHAN
Sebagai sebuah tarian persembahan,tarian zapin terbahagi kepada 3 peringkat. Peringkat pertama
merupakan permukaan tarian atau pembuka tari. Peringkat kedua ialah pecahan atau gerak serta
lenggang tari dan peringkat ketiga merupakan penutup tarian.
GAMBUS
RUJUKAN
http://tarianzapin.wordpress.com