Anda di halaman 1dari 1

HILANGKAN JERAWAT

Selain ubat gigi, soda penaik juga adalah salah satu bahan yang boleh menghilang
kan jerawat dengan cepat. Campurkan sedikit soda penaik dengan air, kemudian let
akkan di atas bahagian jerawat tersebut dan biarkan sehingga ia kering.
PEMUTIH GIGI
Daripada anda menghabiskan wang yang banyak bagi mendapatkan khidmat memutihkan
gigi, apa kata amalkan penggunaan soda penaik sebagai salah satu cara alternatif
lain untuk gigi putih? Campurkan soda penaik, strawberi dan jus lemon bersama,
kemudian hancurkannya sehingga menjadi pes untuk digunakan sebagai ubat gigi. Ba
gi ubat gigi tanpa florida, anda boleh campurkan soda penaik dan tiga peratus hy
drogen peroxide.
SKRAB MUKA
Campurkan satu sudu soda penaik ke dalam pencuci muka harian anda atau air dan j
adikan ia sebagai pes. Urutkan pada wajah anda secara perlahan-lahan bagi memban
tu pengelupasan dan membuat sel kulit mati. Tips ini juga boleh digunakan untuk
tubuh badan anda sebagai skrab. Ia akan membuatkan kulit wajah atau badan anda m
enjadi lembut.
DEODORAN
Jika anda kehabisan deodoran, jangan bimbang kerana soda penaik boleh dijadikan
alternatif. Campurkan sedikit soda penaik dengan air, kemudian sapukan pada keti
ak anda. Ia bukan sahaja boleh menyerap kelembapan, malah turut membantu menghil
angkan bau badan.
PEMBERSIH BERUS RAMBUT
Berus rambut atau sikat anda juga boleh menjadi kotor dengan minyak dan juga pen
ggunaan produk rambut. Oleh itu bagi membersihkan berus rambut atau sikat, campu
rkan tiga sudu soda penaik dalam satu mangkuk air suam. Gunakan jari anda untuk
membasuhnya dan bersihkan dengan air, kemudian biarkannya sehingga kering.
KECANTIKAN RAMBUT
Soda penaik juga elok digunakan dalam kecantikan rambut. Antaranya adalah campur
kan sedikit soda penaik dalam syampu harian anda. Ia mampu membantu menyingkirka
n kotoran, sekaligus membuatkan rambut anda ringan dan memberikan volume agar ke
lihatan lebat. Bagi mereka yang gemar menggunakan syampu kering, anda boleh guna
kan soda penaik bagi menggantikannya. Renjiskannya pada akar rambut dan ratakann
ya. Kesannya sama seperti menggunakan syampu kering.

Anda mungkin juga menyukai