Anda di halaman 1dari 4

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t.
Berbanyak-banyak terima kasih kami tujukan khas kepada mereka yang telah melibatkan
diri dalam membantu kami untuk menyiapkan tugasan amali yang pertama kami ini yang
bertajuk Knock Sensor.
Alhamdulillah, dengan berkat dari-Nya, kami dapat meakukan tugasan amali ini dengan
sebaik mungkin dan dengan sedaya upaya kami disamping pertolongan serta sokongan dari
mereka yang tidak jemu-jemu untuk berkongsi ilmu bersama-sama kami. Mereka yang saya
maksudkan ialah En. Aidil dan En. Wan Azhari iaitu selaku pensyarah kami dalam subjek
Peralatan Elektrik & Elektronik Kenderaan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang mana
sedikit sebanyak memberi tunjuk ajar dan sedikit ilmu pengetahuan dalam mengenali dan
memahami tentang knock sensor ini. Sesungguhnya tanpa bantuan dari mereka semua, tidak
mungkin kami dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengan jayanya.
Akhir kata, semoga segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan, dapat kami gunakan
dimasa hadapan untuk kami terus kekal dan sekaligus terus maju dalam bidang-bidang yang
kami ceburi.
Sekian.

Pengenalan
Knock sensor atau dikenali sebagai sensor ketukan digunakan untuk mengesan sekiranya
berlaku ketukan didalam silinder blok. Sekiranya berlaku ketukan knock sensor yang
berfungsi akan menghantar isyarat ke ECU. ECU akan menperlambatkan percikan bunga api
supaya piston betul-betul berada di TTA (takat terakhir atas). ECU juga akan memperlambatkan
percikan bahan api supaya tidak terbakar dengan sendiri sebelum lejang mampatan.

Objektif
-

Dapat mengenalpasti sama ada knock sensor yang diuji masih digunakan atau tidak.
Memberi peluang kepada pelajar untuk mengenalpasti sama ada knock sensor yang

diuji masih dapat digunakan dengan cara manual.


Member peluang kepada pelaja untuk mengetahui cara-cara menguji knock sensor
dengan bantuan Bosch (FSA720/740/750).

Alatan:
i)
ii)

Mesin penguji Bosch (FSA 720/740/750)


Knock Sensor.

Langkah-langkah:
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

Hidupkan mesin penguji Bosch (FSA 720/740/750)


Kemudian klik untuk memasuki sistem FSA 720/740/750
Klik Application kemudian pilih Select test procedure.
Selepas itu klik General sensor dan pilih jenis sensor Knock sensor.
Tunggu untuk seberapa ketika, kemudian paparan graf akan muncul di skrin.
Selepas mesin penguji sudah disetkan, ambil prop terminal CH1
Sentuhkan hujung terminal kepada kedua-dua pin yang terdapat pada Knock sensor.
Kemudian lakukan ketukan pada Knock sensor dan perubahan graf akan berlaku pada

skrin.
9) Ketika mengetik sensor, salah seorang dari ahli kumpulan akan klik Stop untuk
mendapatkan hasil graf di skrin.
10) Ambil bacaan yang dicatatkan pada graf di skrin.
11) Hasil ujikaji yang diperolehi ialah:
Voltage CH1 = 1V
12) Paparan graf seperti yang ditunjukkan di bawah.

Gambarajah 1: Paparan keputusan graf untuk ujikaji yang dilakukan ke atas Knock
sensor

KESIMPULAN
Setelah selesai sudah tugasan yang dilakukan ini iaitu menguji Knock sensor, dapatlah
kita semua memperolehi ilmu sedikit sebanyak cara untuk menguji sensor tersebut secara manual
dengan bantuan mesin penguji Bosch FSA 720/740/750 untuk mengetahui sama ada ia masih
dapat digunakan atau tidak.
Seperti yang telah kita semua pelajari dari penggunaan Knock sensor ini, sensor ini
berfungsi mengesan sekiranya berlaku ketukan didalam silinder blok. Sekiranya berlaku
ketukan knock sensor yang berfungsi akan menghantar isyarat ke ECU. ECU akan

menperlambatkan percikan bunga api supaya piston betul-betul berada di TTA (takat terakhir
atas).
Jadi dengan terciptanya teknologi Knock sensor ini, maka dapatlah enjin berfungsi
dengan lebih cekap dan efisien tanpa sebarang gangguan semasa proses penghasilan yang
dilakukan oleh piston di dalam blok silinder. Oleh itu diharap tugasan Knock sensor ini dapat
kita pelajari dan gunakan untuk kegunaan dimasa hadapan.