Anda di halaman 1dari 12

Meningkatkan Kemahiran Membilang Nombor 1 hingga 10

Dalam Kalangan Murid Prasekolah Dengan


Menggunakan Kaedah SOBATAKA.
Fauziahnah Binti Rosmin
Sekolah Kebangsaan Seri Telok,
83710 Parit Yaani , Batu Pahat. Johor.
Abstrak
Kajian ini
bertujuan
meninjau
keberkesanan pembelajaran matematik untuk
meningkatkan kemahiran membilang nombor 1 hingga 10 dalam kalangan murid prasekolah dengan
menggunakan kaedah SOBATAKA (Sorong Bas Tarik Kad). Seramai 3 orang murid prasekolah
Sekolah Kebangsaan Seri Telok, Parit Yaani, Batu Pahat, Johor dan seorang guru terlibat dalam
kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, temu bual serta ujian pra. Hasil
tinjauan menunjukkan murid tidak dapat menguasai kemahiran membilang nombor 1 hingga 10
kerana mereka sukar mengingat nombor dan tidak boleh menulis nombor dalam turutan menaik
dengan betul.
Perancangan tindakan difokuskan untuk meningkatkan kemahiran membilang
nombor 1 hingga 10 kepada murid tersebut. Murid telah didedahkan dengan penggunaan kaedah
SOBATAKA (Sorong Bas Tarik Kad) selama 2 minggu. Keputusan ujian pos adalah lebih baik
berbanding ujian pra. Kajian ini memberi sumbangan dan penyelesaian masalah dalam bentuk
strategi pengajaran yang berkesan kepada guru prasekolah untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran membilang nombor 1 hingga 10 melalui kaedah belajar sambil bermain menggunakan
SOBATAKA. Cadangan kajian tindakan saya seterusnya ialah Meningkatkan Kemahiran Operasi
Tambah dalam lingkungan 10.

1.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya merupakan guru Prasekolah. Saya merasa tidak puas hati dan kecewa
apabila melihat murid kelihatan pasif ketika pembelajaran dilaksanakan. Saya dapati
mereka ini terlalu sukar untuk menguasai kemahiran membilang nombor 1 hingga 10.
Terfikir di fikiran saya mengapa perkara ini sukar untuk diatasi. Justeru itu, saya
merasakan saya perlu memikirkan satu kaedah yang menarik dan bersesuaian dengan
kemahiran mereka agar masalah dapat diatasi.
Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya memberi
latih tubi menyebut nombor 1 hingga 10, ada dalam kalangan mereka masih tidak boleh
menyebut nombor dengan betul, juga apabila saya meminta mereka membilang semula
nombor yang disebut, 16% daripada mereka selalu tertinggal untuk membilang nombor 1
hingga 10 dengan betul. Hal ini kerana mereka tidak pernah bersekolah tadika sebelum
ini.
Sebelum ini saya telah mencuba dengan menggunakan kaedah latih tubi menggunakan
kad imbasan yang disebut tetapi sesetengah murid ini masih tidak dapat menguasai
kemahiran membilang nombor 1 hingga 10 dengan betul. Oleh itu, sekiranya saya tidak
mencari kaedah yang bersesuaian, menarik dan senang bagi mereka, pasti masalah ini
akan terus berlanjutan.

2.

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi di atas, kajian tindakan ini memfokuskan kepada mencari


kaedah dan teknik yang bersesuaian untuk diamalkan oleh murid prasekolah. Dalam
kehidupan kanak-kanak bermain sebahagian daripada kehidupan mereka. Salah satu
permainan yang paling popular dalam kalangan kanak-kanak ialah kenderaan. Daripada
itu lahirlah idea untuk menggunakan kenderaan sebagai item penggalak untuk mencapai
matlamat menguasai kemahiran membilang nombor 1 hingga 10 dengan lebih berkesan.
Sekiranya masalah ini tidak diatasi, murid pasti sukar menguasai kemahiran seterusnya.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk mainan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang saya gunakan ialah SOBATAKA
Sorong Bas Tarik Kad.
SOBATAKA telah diilhamkan melalui pengalaman harian kanak-kanak. SOBATAKA
berjaya menarik minat murid dan menghilangkan rasa bosan untuk belajar seterusnya
mengubah sikap murid yang sangat pasif kepada murid yang aktif dan ingin mencuba
sesuatu yang baru.
3.

OBJEKTIF KAJIAN
3.1

Objektif Am
Pada akhir kajian tindakan ini , murid akan dapat meningkatkan
kemahiran membilang nombor 1 hingga 10 dengan menggunakan
kaedah SOBATAKA.

3.2

Objektif Khusus
Pada akhir kajian tindakan ini,
a) Murid dapat menyebut nombor 1 hingga 10 secara menaik
b) Murid dapat membilang nombor 1 hingga 10 secara menaik
c) Murid dapat menulis nombor 1 hingga 10 mengikut turutan menaik
dengan betul.
d) Memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru.

4.

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 3 orang murid Prasekolah Tunas Kasih yang terdiri daripada
2 orang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan yang berada pada tahap
pencapaian terendah. Semua murid di dalam kelas ini terdiri daripada kaum
Melayu sahaja.

5.

PELAKSANAAN KAJIAN
5.1

TINJAUAN MASALAH

Untuk mendapatkan maklumat awal mengenai permasalahan yang dikaji, saya


telah membuat tinjauan melalui ujian temu bual, pemerhatian dan ujian pra.
5.1.1

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian terhadap semua murid di dalam kelas


saya. Apabila saya mengutarakan soalan berkaitan nombor 1 hingga 10.
beberapa orang murid tidak dapat menjawab soalan ini. Melalui
pemerhatian, sasaran telah menunjukkan bahawa 3 orang murid tidak
boleh mengingat nombor secara turutan menaik dengan betul. Mereka
juga tidak boleh menulis semula nombor yang disebut dengan betul.
5.1.2

Temu Bual

Melalui sesi temu bual bersama-sama ibu murid tersebut, guru telah
mengajukan beberapa soalan berkaitan masalah yang dihadapi murid.
Daripada temu bual tersebut didapati murid menghadapi masalah tidak
berminat terhadap mata pelajaran matematik, berasa bosan dan mudah
jemu serta tiada tumpuan terhadap pelajaran tersebut. Daripada temu
bual tersebut juga didapati terdapat persamaan tingkahlaku murid semasa
berada di dalam kelas dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Daripada temu bual ini, jelaslah bahawa murid tersebut belum menguasai
kemahiran membilang nombor berdasarkan susunan dan turutan dengan
betul.
5.1.3

Ujian Pra

Satu ujian pra telah dijalankan untuk saya menguji tahap sebenar
pencapaian murid dalam kemahiran membilang nombor 1 hingga 10.
Tujuan ujian ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
Saya telah memperkenalkan SOBATAKA dan dua minggu selepas itu
saya telah memberikan ujian pos dengan mencatat bilangan nombor yang
telah dikuasai. Ujian ini telah saya jalankan sebelum dan selepas sesi
rawatan atau bimbingan bermula.

5.2

ANALISIS TINJAUAN MASALAH


5.2.1

Pemerhatian

Saya telah melakukan pemerhatian sepanjang pembelajaran dan


pengajaran di dalam kelas dan saya dapati 3 orang murid saya tidak
memberikan tumpuan semasa saya mengajar. Apabila saya mengajukan
soalan murid A dan C tidak berkeyakinan menjawab soalan yang
diajukan. Murid B menjawab soalan dengan yakin tetapi kerap salah.

Melalui latihan yang saya berikan juga ketiga-tiga orang murid kerap
salah menjawab soalan yang diberi.
Jadual 1 : Analisis pemerhatian
Tumpuan semasa guru
mengajar
A

Yakin menjawab
Soalan yang
diberikan
X

Melakukan kesilapan
dalam latihan

Jadual 1, menunjukkan ketiga-tiga murid melakukan kesilapan dalam


latihan yang diberi.
5.2.2

Temu Bual

Hasil dapatan daripada temu bual bersama-sama ibu murid


tersebut, saya dapati murid mengenali nombor tetapi tidak tahu
kedudukan nombor mengikut turutan, mereka juga tidak berminat
terhadap bentuk soalan turutan menaik. Mereka juga kerap salah
menjawab soalan dan salah menulis jawapan dalam latihan yang
diberikan.
Jadual 2: Analisis temu bual
Jawapan Ibu
murid

Tidak berminat Soalan


nombor turutan menaik

Kerap salah
menulis jawapan

Kerap salah
menjawab soalan
secara lisan
X

A
B

Jadual 2, menunjukkan ibu ketiga-tiga murid menyatakan anak mereka


kerap salah menulis jawapan.
5.2.3

Ujian Pra

Berikut anlisis tiga aktiviti semasa pembelajaran dan pengajaran


dijalankan. Ketiga-tiga murid tersebut hanya betul menyebut 2 hingga 3
nombor sahaja yang betul berbanding 10 nombor yang ditunjukkan. Murid
A hanya berjaya menjawab 10, dan murid B hanya berjaya menjawab 12
manakala murid C hanya 4 sahaja jawapan yang betul daripada 22 soalan
yang diberi. Walaupun ketiga-tiga murid ini minat menyanyi lagu nombor
tetapi mereka masih tidak menyanyikan lagu nombor dengan baik.

Jadual 3 : Analisis Ujian Pra


Murid

Sebut nombor betul


2/10

Minat menyanyi
nombor
8/10

Menulis turutan
nombor menaik
10/22

A
B

2/10

9/10

12/22

3/10

7/10

4/22

Jadual3, menunjukkan ketiga-tiga murid hanya betul menyebut 2 hingga


3 nombor sahaja yang betul berbanding 10 nombor yang ditunjukkan.
Murid A hanya berjaya menjawab 10, dan murid B hanya berjaya
menjawab 12 manakala murid C hanya 4 sahaja jawapan yang betul
daripada 22 soalan yang diberi.
.
5.3

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan memperkenalkan kaedah
terbaru iaitu menggunakan kaedah SOBATAKA. Terdapat 3 aktiviti yang
saya jalankan dan murid perlu lakukan iaitu:
Aktiviti 1 : Menyorong bas sambil menyebut nombor mengikut turutan
Menaik menggunakan kaedah SOBATAKA.
Aktiviti 2 : Menyanyikan lagu nombor turutan menaik dengan
menggunakan SOBATAKA (Sorong Bas Tarik Kad).
Aktiviti 3 : Menulis angka 1 hingga 10 berdasarkan kad SOBATAKA
melalui latih tubi berdasarkan lembaran kerja.

5.4

PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN

5.4.1 AKTIVITI 1 Menyorong Bas Sambil Menyebut Nombor


Turutan Menaik.
Saya memberi peluang murid menyorong bas SOBATAKA dan
membimbing mereka cara menggunakan bas tersebut dengan
membilang nombor 1 hingga 10 dengan betul. Berdasarkan kad yang
dimasukkan secara turutan, murid membilang nombor apabila kad
dikeluarkan dari bas SOBATAKA.

Pemerhatian pada mulanya murid menganggap bas yang diberikan


hanya untuk permainan sahaja. Mereka sangat seronok menggerakkan
bas tersebut sambil berbual-bual dengan rakan. Saya menjelaskan pula
bas SOBATAKA yang saya beri juga boleh dijadikan bahan pembelajaran
mereka. Mereka berasa hairan dengan kata-kata saya dan mereka lebih
kerap bertanya tentang pembelajaran melalui bas tersebut.
Guru
membimbing murid menyebut nombor pada kad tersebut. Guru juga
menegaskan agar murid mengecam bentuk nombor 1 hingga 10 mengikut
susunan menaik.
Refleksi daripada aktiviti ini, pada mulanya 3 orang murid ini tidak
berminat untuk belajar matematik kerana sebelum kaedah SOBATAKA
diperkenalkan mereka agak pasif dan kurang memberi tumpuan semasa
saya mengajar. Setelah guru memberikan bas SOBATAKA minat untuk
belajar matematik dapat dipupuk. Mereka dapat melalui pembelajaran
yang berbeza dengan memegang bas dan menyorong kad serta dapat
menguasai kemahiran membilang nombor 1 hingga 10.
5.4.2

AKTIVITI 2 Menyanyikan lagu nombor .

Murid-murid juga menyanyikan lagu sambil menarik kad.


Lirik lagu
Satu dua tiga empat lima
Mari kita kira sama-sama
Enam tujuh lapan dan sembilan
Sepuluh jangan ketinggalan
Pemerhatian, walaupun murid teruja dengan bas SOBATAKA, Murid C
kurang menunjukkan kegembiraan seperti murid A dan B. Murid C agak
sukar untuk berkomunikasi. Saya terus memikirkan aktiviti yang lebih
menyeronokkan untuk murid-murid saya.
Refleksi daripada aktiviti ini dan melalui pengalaman saya, kecerdasan
muzikal berkait rapat dalam kehidupan kanak-kanak. Saya mengambil
inisiatif menggabungkan kaedah SOBATAKA dengan konsep didik hibur
agar kemahiran membilang nombor dapat dikuasai dengan berkesan.
Melalui nyanyian lagu nombor, 3 orang murid saya ternyata berasa
sangat seronok belajar dan selalu mendekati saya Bila cikgu nak ajar
matematik...terutama murid B. Alhamdulillah saya dapat meningkatkan
minat mereka untuk menguasai kemahiran membilang nombor.

5.4.3 AKTIVITI 3 Menulis angka 1 hingga 10 berdasarkan kad


SOBATAKAdi dalam lembaran kerja.
Untuk menyakinkan lagi keberkesanan kaedah SOBATAKA, saya
memilih beberapa lembaran kerja untuk ujian pos. Apabila saya dapati 3
orang murid masih tidak tahu kedudukan nombor secara menaik dengan
betul, saya membimbing mereka menggunakan SOBATAKA sambil
menulis. Seterusnya murid-murid menulis nombor 1 hingga 10 mengikut
turutan menaik sambil menyebut nombor secara berirama.

Pemerhatian, guru memberi lembaran kerja turutan menaik kepada murid.


Murid A, B dan C menulis tanpa bimbingan guru. Saya membimbing murid
menulis dengan menarik kad meggunakan kaedah SOBATAKA.
Tumpuan murid-murid ternyata lebih baik. Seterusnya saya memberi
semula lembaran kerja yang sama selepas 2 minggu sebagai ujian pos
selepas tubi menggunakan SOBATAKA. Ternyata keputusan yang
diperoleh sangat memberangsangkan. Responden A, B dan C dapat
melengkapkan semua tempat kosong dengan betul.

Refleksi daripada aktiviti ini, apabila saya membimbing murid menulis


nombor 1 hingga 10 menggunakan pengamatan melalui SOBATAKA.
Melalui tubi yang berulang kali, saya dapati mereka berjaya membetulkan
nombor yang ditulis terbalik. Mereka juga boleh menulis dengan betul
turutan nombor 1 hingga 10 tanpa melihat SOBATAKA. Saya sangat
bersyukur dan gembira.
5.5 REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN.
Secara keseluruhan saya dapati kaedah SOBATAKA ini telah memberi
impak yang besar kepada murid prasekolah dalam menguasai kemahiran
membilang nombor 1 hingga 10. Saya berasa amat bersyukur kerana
telah diberikan idea oleh Allah untuk menyelesaikan masalah ini.
5.5.1 Perbandingan pemerhatian sebelum dan selepas
tindakan.
Jadual 4 :Analisis Pemerhatian Sebelum Dan Selepas Tindakan.
Murid

Sebelum Tindakan
Tumpuan
Yakin
Melakukan
semasa
menjawab
kesilapan
guru
Soalan
dalam
mengajar
yang
latihan
diberikan
X
X
/

Selepas Tindakan
Tumpuan
Yakin
Melakukan
semasa
menjawab
kesilapan
guru
Soalan
dalam
mengajar
yang
latihan
diberikan
/
/
X

Jadual 4 jelas menunjukkan, selepas tindakan dijalankan ketigatiga orang murid telah memberi tumpuan dan yakin menjawab
soalan yang diberikan kepada mereka. Ketiga-tiga murid ini juga
tidak melakukan kesilapan dalam latihan.
5.5.2 Perbandingan analisis temu bual sebelum dan selepas
tindakan.
Jadual 5 :Analisis Temu bual Sebelum Dan Selepas Tindakan

Murid
Jawapan
Ibu Murid

Sebelum tindakan
Berminat
Soalan
nombor
turutan
menaik
X

Selepas tindakan

Yakin
menjawab
Soalan
yang
diberikan
X

Kerap
salah
menulis
jawapan
/

Berminat
Soalan
nombor
turutan
menaik
/

Yakin
menjawab
Soalan
yang
diberikan
/

Kerap
salah
menulis
jawapan
X

Jadual 5,
menunjukkan temubual bersama-sama ibu murid tentang
perubahan yang dilihat melalui minat murid terhadap nombor
,berkeyakinan menjawab soalan dan kekerapan kesilapan semasa anak
murid membuat latihan di rumah.
5.5.3 Perbandingan ujian Pra dan Ujian Pos.
Jadual 6 :Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra
Ujian Pos

Murid
Sebut
nombor
betul

Minat
menyanyi
nombor

Melengkapkan Sebut
turutan
nombor
nombor
betul
menaik
10/22
8/10

2/10

8/10

2/10

9/10

12/22

3/10

7/10

4/22

Minat
menyanyi
nombor
10/10

Melengkapkan
turutan
nombor
menaik
22/22

9/10

10/10

22/22

7/10

10/10

22/22

Jadual 6 menunjukkan murid B, telah menguasai kemahiran menyebut nombor


dengan 9/10 betul, murid juga menunjukkan minat menyanyi 10/10 sambil

menyorong kad SOBATAKA, dan melengkapkan nombor secara turutan menaik


dengan jawapan yang betul 22/22.
Graf 1: Perbandingan Ujian Pra dan Pos bagi murid A.

Graf 1, menunjukkan perubahan dalam latihan melengkapkan turutan nombor


menaik iaitu 10/22 saja yang betul semasa ujian pra dan memperoleh 22/22 semasa ujian
pos.
Graf 2: menunjukkan perbandingan Ujian Pra dan Pos murid B.

Graf 2, menujukkan murid B telah berlaku peubahan dalam sebut nombor betul
iaitu 2/10 dalam ujian pra meningkat ke 8/10 dalam ujian pos.

Graf 3 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos murid C.

Graf 3, menunjukkan murid C telah meningkat dalam melengkapkan turutan


nombor menaik iaitu dari 4/22 dalam ujian pra ke 22/22 dalam ujian pos.
6.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.


.
Untuk kajian tindakan yang seterusnya, saya akan memberikan tumpuan terhadap
Meningkatkan Kemahiran Operasi Tambah Dalam Llingkungan 10. Kajian tersebut saya
pilih kerana berkaitan dengan fokus pengajaran dalam Modul Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (ST 8.0) Operasi Nombor dan 7 fungsi SOBATAKA yang sedia
ada. Murid prasekolah yang masih kecil ini memerlukan bimbingan dan pemerhatian yang
khusus terutama dalam opersi tambah kerana mereka perlu memahami konsep tambah
dengan lebih jelas.
Bibliografi
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia (2008), Buku Manual Kajian Tindakan, Putrajaya, Percetakan Nasional Malaysia
Berhad.
Haliza, Joy dan Rafidah (2008), Perkembangan Kanak-kanak, Subang Jaya, Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Hasnah Toran and Ling Pik Kuong (2009), Pelaksanaan Aktiviti Seni Kreatif (ASK) Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah Malaysia, JILID 4.
Hj Zainal Hj Sirat (2003/2004), Menjana Akal Kanak-kanak Menerusi Main, JILID
XIV.Jauhara Hj Tak (1995), Penyelesaian Masalah Dan Pemikiran Kreatif Dalam
Pendidikan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Joan Bouza Koster (2009), Growing Artist-Teaching The Arts To Young Children, United
States, Thomson Pelmor Learning.
Kasnani Ab Karim et. all. (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah Bahagian 2.
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2009). Dokumen Standard Prasekolah Bahagian
Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. : Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan . Pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Modul pengajaran dan
pembelajaran bertema. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia: Malaysia
Mariani Md Nor. (2009). Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah.
Bahan ini dimuat turun pada 25 Jun 2011, Daripada
http://cikguani.blogspot.com/2009_03_27_archive.html
Megat Zaharah Megat Hashim(2006). Rekod Penilaian Kanak-Kanak( Prasekolah
tadika). Forgeos Books Sdn Bhd.Kuala Lumpur: Malaysia

Anda mungkin juga menyukai