Anda di halaman 1dari 12

1.

PENDAHULUAN

Isu obesiti di kalangan pelajar semakin hangat diperkatakan hingga menu tradisi di kantin
sekolah iaitu nasi lemak turut menerima tempiasnya. Maka timbul persoalan, di manakah
silapnya dan apakah yang akan terjadi jika masalah obesiti atau kegemukan ini dibiarkan
berlarutan? Berdasarkan statistik, sebanyak 73.8 peratus pelajar mempunyai pengetahuan
mengenai pemakanan seimbang namun hanya 11.2 peratus yang mengamalkannya.

Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah
kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh
meningkat.

Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan
untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira
berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua
(m2 ).

Formula BMI ialah :


Kurus Kurang 20.6
Normal 20.7 - 26.4
Gemuk 26.5 - 30.9
Obesiti 31.0 - 45.2
Bahaya Lebih 45.3

Jika kita ingin mengetahui berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat
badan yang ideal atau tidak, bolehlah menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI = berat(kg)
-----------------------------tinggi(m) x tinggi(m)
1

2.0

LATAR BELAKANG LAPORAN

2.1

Obesiti

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di


dalam badan seseorang itu. Perkara ini berlaku apabila tisu-tisu lemak menjadi banyak. Perkara
yang lebih teruk lagi apabila obesiti akan mengganggu dan mencederakan organ-organ badan
dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Berat badan yang berlebihan
dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan
penyakit jantung. Obesiti ini akan mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial serta jangka hayat
penghidapnya juga akan semakin pendek.

Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10


tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak
12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di
kalangan remaja berumur 13-17 tahun. Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan
adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada
kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan.

Standard Pengiraan Obesiti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia


menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk
bayi sehingga kanak kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard
ini dipanggil WHO child growth standards.

Mulai sekarang, indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad
laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa. Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan
dalam usaha menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan
rakyat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini, BMI tidak
dicatatkan dalam kad laporan pelajar menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal
2

pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Konvensyen Panel Penasihat
Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013, di sini hari ini.
Tambahnya, langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan
oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 April lalu adalah permulaan
untuk memperkenalkan gaya hidup lebih sihat.

Masalah obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila


dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga
makan di luar terutama pada waktu malam.

2.2

Model Kepercayaan Kesihatan (Health Belief Model)

Model ini diperkenalkan oleh Hochbaum dan Rosenstock sekitar dekad 1950-an yang
diasaskan menggunakan pendekatan psikologi. Model ini mengandaikan perubahan tingkah laku
kesihatan berdasarkan konsep yang digambarkan seperti di bawah.

Gambar rajah 1 : Model Kepercayaan Kesihatan

Model ini diubah suai pada tahun 1988 apabila Rosenstock, Strecher dan Becker
menambah unsur keyakinan diri (self efficacy). Penambahan ini untuk mengukuhkan tingkah
laku yang memerlukan perubahan jangka masa panjang (rujuk jadual 1)

Jadual 1 : Huraian Model Kepercayaan Kesihatan

3.0

PERANCANGAN PROGRAM PROMOSI KESIHATAN

3.1

Program Cara Pemakanan Yang Seimbang

Seimbang bermakna nilai kalori dan tenaga yang diperolehi mestilah berada pada kadar
yang sama dengan jumlah tenaga yang dikeluarkan. Tenaga atau kalori ini akan diperoleh
melalui pemakanan dan hanya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti luar, senaman serta
riadah dan sebagainya. Pelajar sekolah lazimnya meminati makanan-makanan ringan seperti
5

keropok, makanan segera, mi segera dan minuman berkarbonat serta makanan yang tinggi
dengan kandungan lemaknya. Pelajar sekolah tidak tahu bahawa sebenarnya makanan-makanan
ini mengandungi kandungan kalori yang tinggi. Berat badan seseorang pelajar sekolah itu akan
bertambah apabila mereka makan lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan dan kalori
yang berlebihan ini akan disimpan sebagai lemak. Perubahan dan peningkatan berat badan dan
kegemukan serta obesiti yang berpunca daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan
berlaku dalam beberapa hari atau minggu tetapi lemak dalam badan akan terkumpul dan
tersimpan selama beberapa bulan dan tahun. Untuk memastikan berat badan sentiasa berada pada
BMI atau berat yang ideal, seseorang pelajar sekolah itu perlulah memastikan bahawa nilai
tenaga yang ada di dalam tubuh berada pada kadar yang normal dan seimbang.

3.2

Program Kesedaran Dan Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menjaga menjaga pemakanan anak-anak
mereka agar anak-anak mereka tidak akan menghidap obesiti. Ibu bapa sepatutnya memantau
dan menjaga serta mengambil berat pemakanan anak-anak mereka supaya anak-anak mereka
dapat menikmati makanan yang berkhasiat dan menyihatkan. Ibu bapa juga wajib berusaha untuk
menyemaikan dalam diri anak-anak mereka tentang bahayanya obesiti atau kegemukan serta
meluangkan waktu untuk anak-anak mereka sambil membincangkan tentang isu obesiti atau
kegemukan ini di samping memberi peringatan terhadap anak-anak mereka tentang obesiti. Bak
kata pepatah Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Jika ibu bapa sendiri
tidak berusaha atau tiada atau tidak memberi galakan untuk menjaga pemakanan dan kesihatan
anak-anak mereka, bagaimanakah anak-anak mereka akan dapat mengelakkan diri mereka dari
menghidap obesiti.

3.3

Ceramah Obesiti Di Sekolah

Ceramah menyentuh tempoh tidur, di mana ia juga boleh menyumbangkan kepada


masalah obesiti. Sekiranya seseorang pelajar sekolah terlebih tidur, pelajar tersebut cenderung
mendapat penyakit obesiti. Sekiranya pelajar kurang tidur, maka masalah yang sama akan
dihadapi iaitu risiko pertambahan berat badan dan kegemukan. Hormon yang dihasilkan oleh
6

badan semasa tidur akan mengawal kadar selera makan dan kadar penggunaan tenaga yang ada
di dalam tubuh. Misalnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh ketika
seseorang itu sedang tidur.

Oleh sebab itu, sekiranya seseorang pelajar kurang mendapat tidur, maka dengan itu nilai
kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuhnya hampir sama dengan penghidap
penyakit diabetes ataupun penyakit kencing manis. Sekiranya pelajar sekolah kurang mendapat
tidur secara berterusan, pelajar sekolah akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam
badan

yang dipanggil sebagai

ghrelin. Hormon ghrelin ini adalah hormon

yang

bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan seseorang pelajar sekolah. Dan pada
masa yang sama, apabila seseorang pelajar kurang mendapat tidur, pelajar tersebut juga akan
memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Ini kerana hormon leptin ini
bertanggungjawab untuk menahan selera makan.

Selain itu, menyentuh tentang sejarah keluarga juga boleh menyebabkan penyakit obesiti
ini. Kegemukan boleh diwarisi daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di
dalam sesebuah keluarga. Perkara ini berlaku kerana didapati seringkali menemui ibu bapa yang
gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam perkara ini, nampaknya
penyebab genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.
Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang mengandung, maka dengan itu
unsur sel lemak yang berjumlah besar serta melebihi ukuran normal, secara langsung akan
diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan. Oleh sebab itu, tidak mustahil apabila bayi
yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang secara relatifnya sama besar.

3.4

Program Psikologikal Pengurangan Tekanan

Faktor psikologikal termasuk pengaruh emosi, tekanan perasaan, kebimbangan dan


kebosanan juga boleh menyebabkan penyakit obesiti. Golongan remaja merupakan insan yang
sedang mengalami proses tumbesaran dan masih belum cukup matang untuk membuat keputusan
untuk diri mereka. Golongan remaja biasanya mengalami masalah keluarga, pelajaran dan cinta.
Suatu pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah emosi yang tidak
7

dapat diatasi. Orang-orang obesiti dahaga akan kasih sayang seperti kanak-kanak yang
menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu atau makan lebih daripada hadnya
adalah sebagai elemen atau unsur untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam
kehidupannya.

Seterusnya, remaja semakin membesar dan proses pembelajaran mereka akan menjadi
semakin susah dan rumit. Tambahan pula, ibu bapa menginginkan setiap anak mereka agar
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bagaimanakah mereka memastikan
anak mereka lulus dengan cemerlang? Para ibu bapa akan memberi tekanan kepada anak-anak
dengan memaksa mereka belajar dan menghantar anak-anak ke pusat tuisyen walaupun jadual
anak-anak sudah padat dengan aktiviti-aktiviti lain terutama sekali aktiviti kokurikulum di
sekolah. Hal ini menyebabkan golongan remaja mengalami tekanan dan stres yang berlebihan
dan hal ini boleh meningkatkan selera makan mereka.

Sebahagian orang yang mengalami berat badan yang berlebihan tidak terganggu secara
psikologi dibandingkan dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meskipun
begitu banyak pandangan yang mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, tetapi
sebenarnya ketidakbahagiaan tekanan batinnya adalah disebabkan oleh kegemukannya pelajar itu
sendiri. Hal ini terjadi kerana dalam sesebuah masyarakat, acapkali orang yang bertubuh kurus
disamakan dengan kecantikan, sehinggakan orang gemuk berasa malu dengan penampilan dan
kesukaran mereka mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubung dengan tabiat makan.
Orang gemuk acapkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila
mereka dalam keadaan tegang atau cemas dan eksperimen membuktikan kebenarannya. Orangorang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat mencengkam atau menekan
manakala orang yang mempunyai berat badan normal akan berada dalam keadaan yang kurang
mencengkam atau menekan (McKenna, 1999).

Suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada sekumpulan orang dengan berat
badan berlebihan dan sekumpulan orang dengan berat badan yang kurang dengan menyajikan
kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi
yang berbeza, iaitu filem yang serius, ceria, merangsang ghairah seksual, serta sebuah ceramah
8

yang membosankan menunjukkan perbezaan. Pada kumpulan yang mempunyai berat badan yang
berlebihan, didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan
filem yang tegang dibandingkan setelah menonton filem yang membosankan sedangkan pada
kumpulan yang mempunyai berat badan kurang, dan selera makan kerepek tetap sama setelah
menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

3.5

Pengaruh Budaya Sosial

Pengaruh budaya sosial dan sekeliling menjejaskan tabiat pemakanan remaja. Pada
zaman globalisasi ini, semakin banyak rancangan di televisyen yang menyiarkan pelbagai jenis
makanan dan diet yang tidak seimbang. Remaja merupakan golongan yang cenderung
melakukan sesuatu yang baru. Apabila mereka menonton rancangan seperti 'Hot Guys Who
Cook', 'MasterChef' dan 'Top Chef', mereka akan mencuba cara pemakanan negara barat yang
tidak sihat seperti daging-daging yang berlemak dan tingginya risiko mendapat penyakit obesiti
kerana diet pemakanan yang tidak seimbang.

3.6

Menggalakkan Aktiviti Riadah Di Kalangan Murid

Tahap pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh. Dan
pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu tahap aktiviti dan sukan secara umum
dan angka metabolisme atau tahap tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi
minimum tubuh badan. Dan daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme ini mempunyai
tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga pelajar yang normal. Walaupun aktiviti
fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal,
namun bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti ini mempunyai peranan yang
sangat penting. Ketika bersukan kalori terbakar, maka makin banyak bersukan, ia semakin
banyak kalori yang hilang. Dan kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme.
Orang yang hanya duduk bekerja seharian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya.
Kekurangan aktiviti gerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat. Kegemukan atau obesiti
membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar serta kurang dinikmati dan kurangnya sukan
secara tidak langsung akan mempengaruhi penurunan metabolisme tubuh individu tersebut. Oleh
9

itu, sukan sangat penting dalam penurunan berat badan, bukan sahaja kerana dapat membakar
kalori, malahan dapat membantu metabolisme agar berfungsi dengan normal.

4.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN PROGRAM

4.1

Memperbanyakkan Pelaksanaan Program Agar Tabiat Pemakanan Berubah

Memperbanyakkan program agar tabiat makan boleh berubah. Seseorang obesiti perlu
mengenalpastikan masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan seperti tekanan perasaan
,makan mengikut perasaan,bosan dan sebagainya.seseoarang itu perlu mengelakkan perkara
tersebut berlaku agar berat badan tidak di pengaruhi dengan perkara-perkara yang menyebabkan
kegemukan.pesakit juga perlu meletakkan matlamat untuk mengurangkan pengambilan kalori
dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam semasa menonton televisyen dan
sebagainya.selain itu,pesakit hanya perlu menimbang berat badan mereka sekali seminggu untuk
melihat perubahan yang berlaku.hal demikian kerana apabila mereka mengetahui berlaku sedikit
perubahan ke atas diri sendiri ,mereka akan lebih yakin untuk meneruskan matlamat untuk
menguruskan berat badan.mereka juga perlu memantau jumlah dan jenis pemakanan dan
minuman yang diambil serta aktiviti fizikal yang dapat dilakukan dalam tempoh yang telah
ditetapkan.hal ini kerana jika perkara tersebut tidak dititikberatkan minda akan lebih cenderung
untuk tidak mematuhi pemakanan yang seimbang.mereka juga memerlukan sokongan yang kuat
daripada keluarga dan kawan kerana golongan tersebut dapat menberi semangat untuk lebih
yakin dengan berat badan mereka.

4.2

Memperbanyakkan Pergerakan Dalam Setiap Pengajaran dan Pembelajaran

Disini terdapat banyak faedah. Antaranya adalah badan kita menjadi sihat dan kuat. Kita juga
akan terhindar daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah senaman
dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Selain itu,
jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat. Pergerakan nadi akan meningkat dan
mencegah pengerasan arteri serta menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh membawa
penyakit jantung dan angin ahmar. Bersenam juga dapat menguatkan tulang dan meningkatkan
10

imbangan. Hal demikian dapat membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis
(kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah
pinggan atau kecederaan yang lain.

5.0

PENUTUP

Kesimpulannya, terdapat banyak sebab yang menyebabkan masalah obesiti dalam


kalangan pelajar. Setiap pelajar haruslah bijak mengatur masa tidur, mengawal emosi dan
mengamalkan diet pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan agar menjadi seorang
pelajar yang holistik dan seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Dengan ini,
barulah Malaysia dapat mengurangkan kadar masalah obesiti yang semakin meningkat di negara
kita. Bersama-samalah kita hidup secara sihat. Badan cergas, otak cerdas.

Pemakanan berkualiti adalah faktor penting bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal
seseorang pelajar sekolah. Bagi seseorang pelajar sekolah, pengambilan diet makanan yang
seimbang serta jadual pemakanan yang konsisten perlu dititik beratkan dalam kehidupan
seharian. Walaupun begitu seseorang pelajar sekolah terpaksa makan di premis makanan segera,
mereka perlulah sedar dan peka tentang kualiti makanan dan amalan diet seimbang.

Di samping itu, terdapat juga kecenderungan pelajar sekolah untuk mengabaikan waktu
makan yang penting dalam sehari, tidak bersarapan pagi, makan sekali sahaja dalam sehari atau
makan lewat malam. Akibatnya, amalan tersebut akan meninggalkan kesan buruk kepada
kesihatan pelajar seterusnya menjejaskan aktiviti pembelajaran mereka seharian. Situasi
sedemikian haruslah dielakkan dengan mengamalkan jadual pemakanan yang teratur dan
konsisten. Meskipun pelajar dihimpit dengan jadual aktiviti akademik atau ko-kurikulum yang
ketat serta kekangan kewangan, fenomena tidak makan atau mengamalkan diet tidak seimbang
harus dihindari kerana mungkin menjejaskan pembelajaran pelajar sendiri.

Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit
contohnya seperti diabetis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan,
kegagalan system perkumuhan, kanser dan sebagainya. Begitu juga dengan sindrom metabolik.
11

Ia dipercayai berpunca daripada berat badan yang berlebihan (obesiti), ukur lilit perut yang
berlebihan (buncit), hipertensi, paras kolesterol yang tinggi (hiperkolesterolemia) dan
peningkatan paras glukos dalam darah (diabetes atau prediabetes).

Menurut Pakar Perubatan dan Endokrin, Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir,
lazimnya pesakit tidak menyedari diri mereka menghidap sindrom metabolik. Tambah beliau
lagi, seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit pinggang
melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.

Masalah obesiti bukan perkara yang boleh dianggap remeh kerana disifatkan sebagai
virus yang memberi tekanan emosi dan menimbulkan kegelisahan. Apabila kegemukan dialami
oleh seseorangpelajar , persepsi terhadap dirinya juga berubah, termasuk hilang daya tarikan,
malah menjadi bahan cemuhan di kalangan rakan.

12

Anda mungkin juga menyukai