logik-matematik
ialah
berkaitan
dengan
logik,
abstrak,
penaakulan dan nombor. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini
membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara
konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh
mneyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah
serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan
menggunakan komputer dengan cekap.
Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi
memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi.
Individu ini sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang
berlaku di sekeliling. Selain itu, individu ini suka menuntut penjelasan logik dari
setiap pertanyaan. Individu suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira.
Misalnya perkerjaan yang memiliki kecerdasan ini ialah arkitek, saintis, jurutera dan
doktor.
Jenis yang ketiga iaitu kinestetik, membolehkan menggunakan sebahagian
atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan
2
mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang
wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun
yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh
serta suara-suara yang lain.
Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik
serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Indiviu yang
sensitif dalam muzik ini akan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi dan
muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati
pengalaman muzik yang adad berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Misalnya,
kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yang evergreen dan penyanyi dari Taiwan
iaitu Jay Chou yang menghasilkan lagu cinta yang baik.
Di samping itu, intrapersonal ini merupakan kesedaran tentang diri sendiri,
berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Orang yang
memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri.
Orang yang memiliki kecerdasan ini yang tinggi dapat mengenali diri sendiri secara
mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan
yang terdapat dalam diri mereka. Mereka juga pandai menentukan hala tuju
kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh
berdikari.
Mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang
sedang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan
diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa
yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran social serta mengetahui kepada siapa
harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlukan. Misalnya, pemimpin,
ahli falsafah, pendeta dan pemikir.
Kecerdasan interpersonal pula merupakan kemampuan individu dalam
mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk
berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatil terhadap petanda tersebut.
Kecerdasan ini membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat
dan hasrat orang lain. Mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh
bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol
biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.
Mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran,
tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini
termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan
orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan
belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya
dan mudah terlibat dengam sebuah pergaulan. Individu yang mahir dalam bidang ini
adalah seperti pendakwah, kaunselor, juruunding dan imam. Contohnya ialah Dato.
Fadzilah Kamsah.
Kecerdasan yang kelapan ialah naturalis. Kecerdasan ini mempunyai kaitan
dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Individu yang
mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang
pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian
dengan mudah. Mereka akan lebih menghabiskan masa di luar dan gemar
mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Mereka juga mempunyai
tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka
merupakan
individu
menghubungkaitan
yang
antara
sensitif
kehidupan
terhadap
flora
alam
dan
fauna.
sekitar
dan
Misalnya
dapat
termasuk
perladangan,
perlombongan
dan
lain-lain.
Kerjaya
mereka
dengan
kecerdasan ini termasuk alamiah, petani dan tukang kebun. Pelajar yang mempunyai
kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan
aktiviti luar kelas. Ahli biologi, petani, nelayan, ahli botani, ahli geologi dan pendaki
gunung adalah kejaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan
naturalistik yang tinggi.
ii.
Rancangan
pembelajaran.
Tahun
Tajuk
Unit
Tema
membaca cerita itu. Selepas membaca cerita itu, guru membahagikan murid-murid
kepada beberapa kumpulan iaitu 4 orang dalam satu kumpulan. Guru memastikan
setiap kumpulan mempunyai murid yang lemah, sederhana dan cerdas. Setiap
kumpulan perlu menulis susunan jalan pengembaraan Parameswara ke Melaka
dengan betul pada sekeping kertas mahjong yang telah disediakan. Dengan cara ini
boleh melatih logik-matematik mereka kerana mereka boleh menulis jalan
pengembaraan dengan susunan yang betul iaitu Palembang Temasik Muar
Melaka. Mereka juga perlu berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk
menulis setiap perkara yang telah berlaku semasa Parameswara sampai di setiap
tempat (Palembang, Temasik, Muar dan Melaka). Setiap murid perlu memberi
pandangan sendiri semasa berbincang dalam kumpulan masing-masing. Selepas
berbincang, murid-murid perlu membentangkan hasilan kumpulan mereka masingmasing. Ini dapat melatih kecerdasan verbal-linguistik mereka kerana dapat
memupuk keminatan tentang sejarah Malaysia supaya mereka lebih gemar Sejarah
Malaysia. Semasa berbincang dengan ahli-ahli kumpulan, mereka dapat berinteraksi
dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk
menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan
interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.
Sifat sosial yang baik dapat dipupuk melalui kerjasama di antara ahli-ahli dalam
kumpulan. Sifat sosial yang baik seperti tolong-menolong dan kerjasama dapat
dibentuk dengan ahli kumpulan yang cerdas membantu ahli kumpulan yang lemah
dalam menyiapkan aktiviti itu. Sifat kepimpinan juga dapat dipupuk bagi murid yang
menjalankan tugas sebagai ketua kumpulan.
Aktiviti yang seterusnya ialah menonton tayangan. Guru menunjukkan video
tentang pengembaraan Parameswara. Menonton video boleh melatih kecerdasan
ruang murid-murid. Semasa menonton, murid-murid boleh mencatat, menulis notanota yang berkaitan video itu di dalam sebuah buku atau sekeping kertas. Selepas
6
itu, guru bertanya soalan-soalan yang berkaitan video yang ditayang kepada muridmurid. Murid-murid boleh dilatih menceritakan isi-isi yang telah ditonton tanpa
melihat nota dan video.
Aktiviti yang ketiga ialah aktiviti berkumpulan, murid-murid dikehendaki
membuat lakonan. Sebelum itu, guru menunjukkan serangkap cerita yang berkaitan
kemunculan nama Melaka iaitu keberanian pelanduk berlawan dengan anjing di tepi
sungai. Selepas membaca cerita itu, murid-murid perlu berbincang memilih
perwatakan untuk membuat persembahan dan semua murid akan melibatkan diri
dalam persembahan ini.
setiap
murid
perlu
menyatakan
sikap
Parameswara
dan
seterusnya
murid untuk menjana idea sendiri dan memberi pandangan sendiri semasa
menjalankan tugasan ini.
Sebelum menamatkan topik ini, guru menunjukkan gambar-gambar yang
berkaitan Parameswara Pengasas Melaka. Guru merumuskan isi-isi penting dalam
pengajaran hari ini.
Tugasan 2
Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di
atas. Penulisan refleksi ini hendaklah menunjukkan kefahaman anda terhadap
kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran.
Setelah menyiapkan aktiviti-aktiviti pengajaran topik ini, Parameswara
pengasas
Melaka,
saya
telah
mengetahui
teori
kecerdasan
pelbagai
ini
Selain
itu,
kecerdasan
pelbagai
juga
membolehkan
saya
untuk
10
BIBLIOGRAFI
BUKU
Dr. Sharifah Maimunah Syed Zin (2001), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
LAMAN WEB
Cikgu Zaki (2014), Teori Kecerdasan Pelbagai. Diakses pada 20 Ogos 2014.
http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/06/teori-kecerdasan-pelbagai.html
Normala Mehat (2011), Kecerdasan Pelbagai. Diakses pada 25 Ogos 2014.
http://www.slideshare.net/normalaprasekolah/kecerdasan-pelbagai-8791485
B. Tan (2013), Pengurusan Bilik Darjah. Diakses pada 26 Ogos 2014.
http://mohdborhanjamaluddin.blogspot.com/2013/02/pengurusan-bilik-darjahsatu-kajian.html
Perancangan Program dan Strategi Pengajaran (2013), Definisi Teori Kepelbagaian
Kecerdasan Gardner. Diakses pada 27 Ogos 2014.
http://jellyyong90.blogspot.com/2013/03/definisi-teori-kepelbagaiankecerdasan_25.html
11