Anda di halaman 1dari 1

Cerita Rakyat

Cerita rakyat adalah cerita yang berasal dari masyarakat dan berkembang dalam
masyarakat pada masa lampau yang menjadi ciri khas setiap bangsa yang memiliki
kebudayaan yang berlainan dan merangkumi kekayaan budaya dan sejarah yang dimiliki
masing-masing bangsa. Pada umumnya, cerita rakyat mengisahkan tentang suatu
kejadian di suatu tempat atau asal muasal suatu tempat. Tokoh-tokoh yang dimunculkan
dalam cerita rakyat umumnya diwujudkan dalam bentuk binatang, manusia mahupun
dewa.

Dalam cerita rakyat, kebaikan selalu dihargai. Pahlawan hidup bahagia


selamanya sementara penjahat dihukum dengan ganjaran yang sesuai. Sepanjang
generasi, cerita rakyat ini biasa berubah-ubah, tetapi isinya tetap sama. Cerita rakyat
biasanya tidak memiliki penulis ataupun pengarangnya, tetapi dapat mencerminkan
nilai-nilai dan budaya masyarakat dari mana mereka berasal.
Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular dalam kalangan
rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan dengan daerah
tersebut. Dalam masyarakat, terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti cerita
binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman. Cerita rakyat
juga sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa perantaraan yang
berkaitan dengan pelbagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, hukum,
kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat
tersebut.
Cerita-cerita rakyat adalah yang bersumber hikayat-hikayat warisan bangsa,
yang diungkapkan dari satu generasi ke generasi tanpa disandarkan kepada
pendirinya. Misalnya watak haiwan dalam cerita-cerita rakyat bertujuan untuk
menghibur anak-anak namun bukanlah fokus utama kerana tumpuannya adalah
lebih terarah ke jalan cerita tersebut. Daya imaginasi anak juga diasah menerusi
cerita rakyat. Misalnya pembacaan mereka tentang cerita itik yang berwajah hodoh
namun memiliki hati yang baik dan pekerti yang baik pula. Contoh cerita rakyat lain
iaitu beruk tunggal yang menceritakan seorang beruk mengkahwinkan seorang puteri
bongsu dan tidak disetujui oleh raja. Cerita rakyat ini mengandungi pelajaran iaitu
jangan memandang hina kepada orang miskin.