Anda di halaman 1dari 8

Sejarah Penubuhan Malaysia

Pendahuluan
Penubuhan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 dalam satu
majlis jamuan yang diadakan oleh Persatuan Wartawan-wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di
Singapura telah dapat dilaksanakan pada 16 September 1963. Persekutuan ini terdiri daripada 11
buah negeri di Tanah Melayu, dua buah negeri Boneo iaitu Sabah dan Sarawak. Penubuhan
Malaysia adalah melalui Perjanjian Malaysia yang diadakan antara negeri-negeri tersebut dan
menggabungkan pelbagai dokumen termasuk Rang Undang-Undang Malaysia iaitu Akta Malaysia
1963. Gabungan dokumen ini termasuklah syarat-syarat penyertaan dan peraturan perlembagaan
terhadap Sabah dan Sarawak iaitu syarat 20 Perkara yang dirujuk untuk membentuk Malaysia.
Perjanjian Malaysia juga tertakluk kepada kemahuan negeri-negeri ini bagi membentuk Malaysia
yang dianggap sebagai satu gabungan rakan-rakan kongsi yang bersatu padu untuk membentuk
sebuah negara baru dengan ciri-ciri masing-masing.
Faedah Penggabungan
1. Singapura melihat langkah ini sebagai memberi keuntungan kepadanya kerana ini adalah peluang
awal untuk Singapura keluar merdeka dari jajahan British.
Pengembangan sektor ekonomi ke Semenanjung.
Bekalan air yang berterusan dari Johor.
Bebas menggunakan tambak Johor.
2. Sabah dan Sarawak mengharapkan layanan yang lebih istimewa apabila memasuki Malaysia
Ini juga adalah jalan pintas untuk mencapai kemerdekaan
Golongan bumiputra Sabah/Sarawak berharap dapat lebih terlibat dalam pentadbiran negeri
masing-masing.
Namun begitu, sebelum pembentukan Malaysia, satu siri perbincangan dan penyiasatan telah
diadakan di antara bulan Mei 1961 dengan tarikh penubuhan Malaysia berhubung denagn syaratyarat yang sesuai untuk persekutuan bagi menjamin kepentinagan negeri-neger Melayu termasuk
Sabah, Sarawak yang pertma kali bergabuing dengan Malatsia. Peringkat awal perkara telah
dibincangkan oleh para pemimin dari lima buah negeri iaitu Tanah Melayu, Singapura, Borneo
Utara, Sarawak dan Brunei dalam Mesyuarat Persatua Parlimen Komanwel Serantau yang
diadakan di Singapura pada bulam Julai 1961. Ekoran daripada mesyuarat ini, pada bulan Febuari
1962, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (MSCC) telah mengeluarkan sebuah
memorandum yang menyokong Malaysia dan memperlihatkan beberpa syarat am untuk
Persekutuan. sebuah suruhanjaya penyiasatan juga telah dibentuk pada Januari 1962 iaitu
Suruhanjaya Cobbold berikutan lawatan Tunku Abd. Rahman ke London pada bulan Oktober 1961.
Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbld iaitu bekas Gebenor Bank England. Sementara
ahli-ahlinya terdiri daripada Dato' Wong Pow Nee dan Mohd Ghazali Shafie yang dilantik oleh
kerajaan Tanah Melayu dan Antony Abell serta Watherston bai mewakili kerajaan British.
Tujuan penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak
tentang gagasan Malaysia dan menerima lebih 2200 memorandum dari pelbagai pihak.
Mengemukakan laporan pada bulan Jun 1962.
Hasil daripada tugas yang dijalankan ini didapati lebih kurang 80% penduduk Sabah dan Sarawk
menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakan terdiri daripada Bumiputera dan 20%

menenteng. Laporan ini diperolehi setelah suruhanjaya ini Telah menemui 4000 orang dan
menerima tidak kurang dari 2200 pucuk surat dan memorandum daripada parti-pati politik, ahliahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin
kaum, lembaga bandaran, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesauan sekerja dan
sebilangan besar orang ramai. Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menertai Malaysia,
menerimapakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam dan bahasa
Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi.
Suruhanjaya Cobbold telah mengsyorkan supaya Perlembagaan Tanh Melayu yang ada dijadikan
asa bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru. Namun, beberapa pindaan
perlu digubal untuk disesuaikan denga kemasukan negeri-negeri baru ke dalam Persekutuan.
sehuibungan itu, jaminan-jaminan mustahak perlu dibuat bagi memastikan kepentingan khas
negeri-ngeri Borneo terjamin. Oleh itu, negeri Sabah dan Sarawak diminta menyediakan laporan
mereka untuk meyertai Malysia. Laporan ini dikaji oleh satu jawatankuasa yang diwakili oleh
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak. Maka terbentuknya satu
jawatankuasa yang dikenali sebagai jawtankuasa Antara-Kerajaan atau Inter-Governmental
Ccommittee pada bulan Ogos yang diberi tugas untuk menyusun perlembagaan Persekutuan yang
baru dan perlindungan khas untuk Borneo Utara dan Sarawak.
Jawatankuasa ini dipegerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun Abdul Razak.
Anggota lain terdiri daripada Donald Stephen, Abang Haji Mustaffa, Temenggung Jugah,
seorang wakil Britain dan seorang wakil Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak lima buah
jawatankuasa kecil berkenaan hal-hal perlembagaan, kewangan, undang-undang, perkhidmatan
awam, dan membentuk kerajaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk mempertimbangkan hal
ini.
Sementara Sabah dan Sarawak mula menkaji untuk membuat beberapa tuntutan yang munasabah
untuk menjaga kepentingan mereka sebagai Bumiputera sebelum memasuki Malaysia. Tuntutan ini
dikenali sebagi 20 Perkara Sabah dan ia merupakan syarat-ayarat Borneo Utara memesuki
Malaysia. Kebanyakan syarat-syarat ini diterima oleh IGC dan telah dimasukkan di dalam
Perjanjian Malaysia.Tuntutan 20 Perkara Sabah Dan Kepentingan Kepada Sabah Dan
Sarawak
Tuntutan 20 Perkara Sabah merupakan memorandum MSCC yang diusulkan oleh USNO, UNKO
United Parti, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation dan isinya adalah soal
perlindunagan dan syarat-syarat Borneo Utara dan Sarawak menyertai Malaysia terutama dalam
hal-hal kebebsan agama, bahasa-bahas lain (selain Melayu), migrasi dan kepentingan-kepentingan
Bumiputeranya.
Perkara satu - Agama
Di dalam tuntutan 20 pekara disebut:
" walau pun tidak ada banthan terhadap agama Islam menjadi agama rasmi Malaysia, tetapi tidak
da agama rasmi di Sabah dan Srawk. Oleh itu, hendaklah diadakan jaminan untuk kebebsan
agama."
Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tiap-tiap kumpulan agamaadalah
berhak menguruskan hal-hal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan bagi
maksud-maksud agma dan memperolehi serta memegnag dan mentadbir mengikut undang-undang.

Semua kebebasan di atas juga tidak membenarkan apa-apa prbuatan yang berlarutan dengan
undang-undang atau mengenai ketaatan awam, kesihatan awam atau akhlak.
Bagi menjamin kebebasan agama ini terdapat undang Persekutuan yang memberi bantuan
kewangan kepada Institusi Islam atau pekerjaan Islam, maka peruntukan yang seimbang juga
diberikan kepada tujuan-tujuan kebajikan masyarajat di wilayah-wilayah Borneo iaitu Sabah dan
Sarawak.Perkara dua- Bahasa ( Perkara 152 dalam perlembagaan)
" bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahas Inggeris akan terus
digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi
bahsa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan
had tempohnya. ( 20 perkara-16)
berdasarkan perkara ini, Bahasa Melayu hendaknya menjadi kebangsaan Persekutuan dan Bahas
Inggeris terus digunkan untuk temph sepuluh tahun selepas hari Malaysia di Saah dan Sarawak.
Sementara itu juga Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk semua
tujuan baik di peringkat negeri mahu pun peringkat persekutuan. syarat ini, telah diterima oleh
semua IGC dan telah pun mendapat tempat dalam perlembagaan dalam perkara 152. Syarat ini,
dikemukakan kerana bahasa boleh digunakan sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbgai kaum
dan pelbagai sukuan terutama di Sarawak dan Sabah.Perkata tiga- Imigrasi
" kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah
kuasa kerajaan Pusa tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan
Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengahklang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk
tujuan keraja Negeri kecuali atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa
yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan kawasan lain di
Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan di
Borneo Utara. (Hlm 30)
imigrasi hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah digubal
oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu, seperti permintaan
masuk ke negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan. Undangundang ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri -negeri
tersebut. Borneo Utara juga hendaklah mempunayi kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal
pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara, selain
daripada yang bekerja dengan Persekutuan di Borneo Utara.
Perkara ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya
peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar. Ini memberi
keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat kemasukan orangorang luar dn sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran kecuali
yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.Perkara empat - Pelajaran
" sistem pendidikanyang ada di Borneo Utara sejkarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di
bawah kuasa kerajaan Negeri."
Pelajaran sebenarnya hendaklah djadikan perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem
pentadbiran pelajaran di Sabah dan Sarwak berdasarkanperkara ini dikekalkan sepertimana
kemahuan kerajaan negeri-negeri terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju mengubahnya.

Dalam hal ini memberi peluang kepada kerajaan negeri menkaji perkara tersebut sebelum
mengubahnya tau meminda sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak untuk kepentngan rakyatnya
sendiri.Perkara lima - Perkhidmatan Awam
" Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat
mungkin"(hlm 41)
tuntutan 20 perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru di Borneo Utara
hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu. Ini adalah bertujuan membuka
peluiang kepada Bumiputera dan mengelakkan bukan Bumiputera terutama kaum Cina daripada
menguasai perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam pemdidikan berbanding penduduk
tempatan .
dalam perkara ini dinyatakan juga pelbagi hal yang menyentuh bidang perkhidmatan awam
persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan negeri-negeri, pinjaman-pinjaman pegawaipegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja, penurunan pangkat kakitangan awam dan
suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam. Selain itu suruhanjaya perkhidmatan awam
berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Bagi menjaga kepentingan perkhidmatan
awam di negeri-negeri Borneo, pegawai-pegawai yang ada termasuk pegawai-pegawai dagang
dinaikkan pangkat untuk ditukarkan ke perkhidmatanPersekutuan, tetapi tidak boleh ditukarkan
keluar dari wilayah-wilayah Borneo tanpa persetujuan mereka.
Perkara enam Kerakyatan
"saranan-saranan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah merangkumi
hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam Persekutuan tertakluk kepada pindaanpindaan berikut:
a) perenggan kecil (I) tidak harus mengandungi peruntukan menetapkan selama lima tahun.
b) Demi menyelaraskan kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi
"tujuh daripada sepuluh tahun" dan bukannya "lapan daripada dua belas tahun"
c) Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan
kewarganegaraan ibu-bapa- seseorang yang lahir di Borneo Utara seleas Malaysia metilah
menjadi warganegara Persekutuan. hlm 52
Berdasarkan syarat kerakyatan yang dikemukan ini, tidaklah sewenang-wenangnya untuk menjadi
warganegara Sabah dan Sarawak. Syarat ini juga dapat menghad sesiapa yang layak sahaja
untuk menjadi warganegara kedua-dua negeri ini.Perkara tujuh- Dewan Undangan Persekutuan
" ini hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga saiz dan
pretasinya dan dalam apa keadaan tidak harus kurang daripada Singapura."
Dalam perkara pemilihan dewan Undangan Persekutuan pertimbngan bukan sahaja diberikan ke
atas bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi dan prestasi negeri tersebut. Perlantikan
juga tidak boleh kurang aripada Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis Undangan di Borneo
hendaklah memilih 2 orang ahli Dewan Undangan Negara. Sebagai tambahan, bilangan Dewan
Undangan yang dilantik hendaklah ditambah 6 orang lagi kerana kemasukan Sarawak dan Sabah.
Ahli-ahli baru yang dipilih dari Sabah ialah 16 orang dan Sarawak seramai 24 orang. (kerusi
percantuman di antara Persekutuan dengan Singapura telah diperuntukan 15 kerusi untuk
Sinagapuara)Perkara lapan- Perlembagaan Negeri-negeri.
"ketua -ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota Majlis Perundangan tidak rasmi. Sistem

Menteri yang sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo Utara,"


Berdasarkan perkara ini Ketua-ketua negeri Borneo yang pertama hendaklah dilantik oleh
baginda Queen dan Paduka Baginda Dipertuan Agung sebelum hari Malaysia untuk bertugas selam
dua tahun. Sistem Menteri yang sempurna juga hendaklah dilaksanakan di Borneo Utara. Di
Sarawak, ketua negeri telah dikenali sebagai Gabenor dab di Sabah sebagai Yang Dipertuan
Negeri. Sementara masalah mengenai Perlembagaan Negeri dan Perlembagann Persekutuan akan
ditentukan oleh Mahkamah. Perubahan-perubahan alin yang tertentu berkenan Perlembagaan
Negeri Sabah sebagai Majlis tertinggi (Supereme Council) dan Majlis Undangan sebagai Council
Negeri.Perkara sembilan Kuasa Membuat Undang
Pembahagian kuasa persekutuan dan Negeri seperti tercatat dalam Jadual 9, perlembaggaan
Malaysia:
Senari 1: di bawah Kuasa Persekutuan
Senarai 2: Di bawah Kuasa negeri.
Senarai 2A: Tambhan kepada senarai negeri bagi negeri-negeri di Borneo
Senarai 3: Di bawah kuasa bersama dan
Senarai 3A: Tambahan kepada senarai bersama bagi negeri-negeri Borneo.
Pembahagian kuasa membuat undang-undang dibahagikan kepada Majlis Undangan
Persekutuandan Negeri. Majlis Undangan Persekutuan menentukan hal-hal ehwal luar,
pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang sivil dan jenayah, peraturan dan
pentadbiran keadilan, kerakyatan , jentera kewangan kerajaan, perdagangan, perniagaan dan
perusahaan, perkapalan, perhubungan dan pengangkutan, kerja raya dan tenaga, ukur, buruh,
koperasi hari-hari kelepasan, surat khabar, dan penyiaran dan syarikat-syarikat kerjasama.
Sementra Majlis Undangan Negeri berperanan dalam perkar-perkara seperti undang-undang
Islam, dan adat istiadat orang-orang asli, tanh, pertanian, hutan, kerajaan negeri, penyelidikan,
ganti rugi dan sebagainya, bagi perkar-perkara yang termasuk dalam senarai bersama ialah
kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, ternakan, perncangan bandar dan
luar bandar, pengemis-pengemis dan penjaja, kesatuan dan kebersihan awam, parit, dan tali air
dan pemulihan tanah-tanah lombong.Perkara sepuluh Hak Keistemewaan Bumiputera
Pada prinsipnya suku kaum Bumiputera di Borneo Utara hendalah menikmati hak-hak istimewa
seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk
Borneo Utara.
Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini disediakan dalam Perkhidmatan Awam termaktub dalam
Artikel 161 A Perlembagaan Persekutuan. dalam Artikel ini memberi kedudukan Bumiputera di
Borneo Utatara dengan hak keistimewaan orang Melayu di bawah perkara 153.Perkara sebelasPeraturan Dalam Masa Peralihan
"tempoh peralihan hendaklah tujuh tahun, dan dlam tempoh itu kuasa perundangan hendaklah
diserahkan pada negeri Borneo Utara oleh Perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada
kerajaan negeri oleh kerajaan Persekutuan." hlm 82
Perkara ini dimasukkan ke dalam Perjanjian Malaysia atau Perlembgaan Persekutuan. tempoh
peralihan diberi selama tujuh tahun dan kuasa perundangan adalah di bawah kuasa kerajaan
Negeri. Tujuan tempoh peralihan ini adalah untuk membolehkan peningkatan kesedaran politik di

kalangan rakyat negeri Sabah supaya mereka faham akan tangungjawab mereka sebagai
pemimpin kerana mereka belum lagi mempunyai pengalaman dalam mentadbir negeri sendiri
sebelum penubuhan Malaysia.Perkara dua belas- Undang-undang Uasa Kini
"undang -undang mengenai perkara-perkara Persekutuan yang baru sahaja dikuatkusakan dalam
sesebuah Borneo sebelum hari Malysia, hendaklah dijalankan dan diteruskan walau pun di dapati
tidak sesuai dengn sebarang peruntukan dalam perlembagaan sehingga diubah atau dibatalkan
oleh kuasa tertentu."
Perkara ini membincangkan tentang undang-undang Persekutuan yang dikuatkuasa di Borneo
Utara sebelum hari Malaysia di negeri -negeri tersebut hendaklah dijalankan walupun diadapati
tidak sesuai sehinggalah Perlembgaan diubah atau dipinda oleh mana-mana kusa tertentu.Perkara
tiga belas- Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan.
Kerajaan negeri-negeri terpaksa mengikuti polisi majlis ini sehingga kerajaan negeri-negeri
memutuskan untuk berbuat demikian.Perkara empat belas- Peruntukan kewangan
"Borneo Utara hendaklah berhak menjaga dan mengawal kewangan Tabung Pembangunan dan
tarafnuya sendiri"
Penolakan Brunei
Brunei tidak bersetuju untuk menyertai Malaysia kerana mendapat tentangan yang hebat dari
rakyatnya khususnya dari Parti Rakyat Brunei yang membuat pemberontakan pada 7 Feb 1962.
Brunei enggan membayar cukai atas pendapatan minyaknyaSultan Brunei inginkan kedudukan yang
lebih tinggi dalam senarai yang akan menjadi YDPA.
Kronologi Pembentukan Persekutuan Malaysia
1. Jun 1961, Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan muhibbah ke Sabah dan Sarawak untuk
meninjau keadaan berhubung dengan pembentukan Malaysia yang tidak berminat untuk
menyertai Malaysia.
2. Mereka kemudiannya dijemput oleh British menghadiri Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel
(CPA) di Singapura supaya mendapat keterangan lanjut daripada pemimpin Tanah Melayu dan
Singapura.
3. Persetujuan dicapai, satu jawatankuasa dibentuk pada bulan Julai 1961 untuk membincangkan
mengenai pembentukan Malaysia yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia (JPPM).
4. JPPPM mula bermesyuarat pada bulan Ogos 1961 dan dipengerusikan oleh Donald Stephen.
5. Anggota-anggota JPPM terdiri daripada :
a. Ahli Parlimen dari Persekutuan Tanah Melayu.
b. Ahli Majlis Undangan Singapura.
c. Ahli Majlis Negeri Sarawak.
6. JPPM membolehkan pemimpin-pemimpin Sarawak:
a. Menyuarakan pandangan berhubung pembentukan Malaysia.
b. Membahaskan masa depan Sabah dan Sarawak.
7. JPPM memberi penekanan terhadap:
a. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
b. Agama Islam sebagai agama rasmi.
c. Kebebasanberagama kepada penganut agama lain.
d. Sabah dan Sarawak berkuasa ke atas soal imigresen (kemasukan rakyat dari Tanah Melayu
dan Singapura).

8. Suruhanjaya Cobbold (SC) kemudiannya dibentuk untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan
Sarawak berhubung gagasan Malaysia.
9. SC diwakili oleh:
a. Lord Cobbold (Pengerusi)
b. Sir David Watherson.
c. Sir Anthony Abell.
d. Muhammad Ghaza;I Shafie.
e. Datuk Wong Pow Nee.
10. SC menunjukkan reaksi rakyat Sabah dan Sarawak:
a. 1/3 daripadanya menyokong gagasan Malaysia.
b. 1/3 menentang dan mahukan kemerdekaan Sabah dan Saeawak terlebih dahulu.
c. 1/3 lagi tidak menunjukkan reaksi penentangan tetapi mahu hak-hak mereka terjamin.
11. Pada bulan Jun 1962, SC mencadangkan:
a. Perlembagaan Malaysia berasakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
b. Majlis Undangan Sabah dan Majlis Undangan Sarawak berkuasa dalam soal agama dan
imigresen.
12. Hampir semua cadangan-cadangan yang dikemukakan diterima oleh kedua-kedua negeri ini.
Tarikh 31 Ogos 1963 ditetapkan sebagai tarikh pembentukan Persekutuan Malaysia.
13. Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) ditubuhkan untuk memastikan hak dan kepentingan rakayat
Sabah serta Sarawak tidak terjejas dengan menyertai Persekutuan Malaysia.
14. Anggota-anggota IGC ialah:
a. Lord Landsdowne (Pengerusi).
b. Dato' Abdul Razak Hussein (Naib Pengerusi).
c. Wakil-wakil dari Britain, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
15. 20 perkara dikemukakan oleh pemimpin Sabah kepada IGC untuk dipertimbangkan. Sarawak
tidak mengemukakan tuntutan tetapi bersetuju dengan 20 perkara Sabah.
16. Laporan IGC pada tahun 27 Februari 1963, menjadi asas perlembagaan bagi Sabah dan Sarawak.
Antara kandungan laporan iaitu ialah:
a. Ketetapan yang hampir menyamai tuntutan 20 Perkara Sabah.
b. Jaminan dan syarat-syarat yang diminta oleh Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Malaysia.
c. Kerangka Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa.
17. Berasaskan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangai pada 7 Julai 1963 di London.
18. Filipina dan Indonesia menentang gagasan Malaysia dan menyebabkan hubungan menjadi
renggang. Tunku Abdul Rahman cuba berunding dengan negara-negara tersebut. Pada bulan Mei
1963, Tunku berunding dengan Subandrio.
19. Pada bulan Julai dan Ogos 1963, ketiga-tiga negara telah berunding di Manila. Persetujuan
dicapai dan MAPHILINDO dibentuk yang diharapkan dapat mengurangkan perselisihan antara
mereka dan menambahkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan.
20. Filipina dan Indonesia tidak akan menghalang pembentukan Malaysia sekiranya penduduk Sabah
dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia. Oleh itu suruhanjaya di bawah Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) dibentuk untuk meninjau.
21. Setiausaha Agung PBB mengahantar rombongan yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore ke
Sabah dan Sarawak dari 16 Ogos hingga 5 September 1963.
22. Kelewatan laporan PBB menyebabkan pengisytiharan Malaysia diadakan pada 16 September 1953
iaitu 2 hari selepas laporan siap.

23. Sebilangan besar rakyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia tetapi Filipina dan
Indonesia masih enggan menerima hasil laporan tersebut.
24. Pemimpin Indonesia yang dipengaruhi oleh komunis meneruskan penentangan dan menganggap
gagasan Malaysia ialah sebagai satu bentuk penjajahan baru. Penentangan secara rasmi ialah
pada bulan Februari 1963.
25. Indonesia telah mendaratkan gerilanya di Labis, Pontian, Muar dan Kota Tinggi pada bulan
November 1964. Mereka juga mengintip dan menjalankan kegiatan subversif untuk menjatuhkan
Persekutuan Malaysia.
26. Tindakan Indonesia dibantah oleh Malaysia melalui Setiausaha Agung PBB mengenai
tindakan:
a. Serangan Indonesia
b. Pencerobohan di Semenanjung Sabah dan Sarawak oleh tentera udara Indonesia.
27. Perwakilan Malaysia ke PBB, Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman menyampai bantahan tersebut dan
pada akhir tahun 1963, adan awal tahun 1964, Askar Wataniah (Pasukan Pertahanan Tempatan)
diarah untuk menentang pencerobohan tersebut.
28. Beberapa perwakilan dihantar ke beberapa buah negara Afrika yang diketuai oleh Dato' Abdul
Razak Hussein untuk menjelaskan kedudukan Malaysia-Indonesia.
29. Bantuan ketenteraan asing dari Britian, Australia, New Zealand dan Kanda didatangkan untuk
mempertahankan kedaulatan negara.
30. Pada 30 September 1965, peristiwa GESTAPO gagal dan ini mengurangkan konfrantasi.
Akhirnya perjanjian damai ditandatangani dan menamatkan konfrantsi pada bulan Jun 1966 di
Jakaarta.
31. Pilihanraya Parlimen Malaysia pertama berlangsung pada tahun 1964, Parti tindakan Rakyat
(PETIR) menentang Parti Perikatan di Semenanjung. PETIR membawa isu-isu perkauman.
32. Pada 9 Ogos 1965, Singapura dipisahkan dari Malaysia atas sebab-sebab:A) Politik
Persaingan antara MCA dan PAP- PAP ingin menggantikan MCA
Hubungan UMNO dan PAP renggang
Kengganan PAP mengiktiraf hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja
Penubuhan Konvensi Perpaduan Malaysia untuk menandingi Parti Perikatan.
B) Perkauman
Imbangan perkauman yang tidak stabil
Cara menangani masalah perkauman yang berbeza. PAP ingin highlight dah buat analisa terbuka
manakal Perikatan ingin tangani secara tertutup.
C) Ekonomi
Persaingan kilang Singapura dan TM
Enggan menyumbang 40% beban pertahanan
Tidak puashati dengan dasar cukai
34. Pemisahan Singapura menyebabkan Malaysia hanya terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak

Anda mungkin juga menyukai