Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER 5/MEI 2014


SBFS1103

THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING

NO. MATRIKULASI : 910126126737 001


NO. KAD PENGNELAN : 910126126737
NO. TELEFON : 0198085958
E-MEL : hesham.side@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU SABAH

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan

Pengenalan topik tugasan

4-7

Empat kebolehterimaan tuntutan daripada laporan

7-10

Langkah langkah dalam menilai kebolehterimaan tuntutan

10-13

Kesimpulan

13-14

Rujukan

15

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan, selawat
dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan utusan-Nya
dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang mengikut mereka
sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan kepada orang-orang
yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya yang sentiasa mencari ilmu Allah
S.W.T.

Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, saya dapat menyiapkan
kerja kursus, dalam tajuk tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan,
masa dan kesihatan. Saya berasa gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi
menjayakan kerja kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang saya sanjungi iaitu
Puan Juliana. Saya amat menghargai bantuan beliau yang banyak memberi saya input dan
informasi berkenaan mata pelajaran ini. Akhirnya dengan bantuan beliau saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Akhirnya, saya berharap usaha yang saya lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini dapat
meningkatkan keimanan saya terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi insan yang
dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi termampu.

PENGENALAN TOPIK TUGASAN

SBFS1103 Thinking Skills and Problem Solving adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh
Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia. Pada tugasan yang diberi kali ini
adalah pada topik 3 dalam tajuk Mengenal pasti sebab dan penyelesaian. Dalam tugasan ini saya
akan membincangkan tentang kebolehterimaan dalam tuntutan mengenai laporan berkaitan
tugasan ini berdasarkan kepada kefahaman saya terhadap penerangan-penerangan pakar yang
terkandung dalam buku-buku ilmiah dan laman sesawang yang saya rujuk.

Saya mulakan dengan maksud kebolehterimaan. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi
keempat, kebolehterimaan bermaksud perihal atau keadaan boleh diterima: jika berada di luar
batas , cari jalan utk membuat penyelarasan. Kaedah penyelesaian masalah yang berdasarkan
sebarang kaedah berbentuk pencarian. Penilaian dibuat terhadap kemajuan yang menuju kepada
hasil akhir yang boleh terima selepas beberapa percubaan dibuat berdasarkan beberapa anggaran
dan petua.

Dalam tugasan ini saya perlu memahami apa yang dimaksudkan oleh soalan, terutamanya dalam
proses penaakulan. Ini adalah penting kerana apabila seseorang memberi sebab yang bertujuan
untuk memujuk kita bersetuju dengan sesuatu pendapat, kita bukan sahaja mahu memahaminya,
malah ingin menilai dakwaannya. Dalam kata lain, kita mahu menentukan sama ada ia adalah
satu penaakulan baik dan sama ada kita patut meyakini. Bagi melakukannya dengan berkesan,
kita perlu menanyakan soalansoalan yang betul.

Secara amnya, orang selalu bertindak dengan dua cara terhadap penyelesaian yang dibuat oleh
orang lain. Jika mereka setuju dengan penyelesaian, mereka berkata, Ya, saya setuju dengan itu,
tanpa mempertimbangkan perincian hujah. Jika mereka tidak setuju, mereka berkata, Saya
tidak setuju dengan itu, dan menyatakan sesuatu yang berlawanan dengan penyelesaian, seperti
menyangkalnya. Bukanlah menjadi kebiasaan bagi pendengar untuk mengambil hujah secara
serius dan menganalisis keesahannya. Bagi memperoleh kebenaran tentang sesuatu isu,
seseorang perlu menjadi sistematik dan berkemahiran.

Persoalan yang boleh saya beri adalah adakah benar ibu bapa lebih menyukai anak kelahiran
pertama ialah lelaki berbanding anak perempuan?. Bagi mengesahkan hal ini, kita mesti
membuat kajian atau mencari maklumat untuk mengesahkan kenyataan ini. Persoalan yang
menyusul ialah: Adakah penaakulan ini menyokong kesimpulan yang diberi?. Jika benar
bahawa kebanyakan bakal ibu bapa lebih menyukai anak lelaki, maka bukankah juga benar
bahawa jika orang boleh memilih jantina anak mereka, kebarangkalian terdapatnya lebih ramai
lelaki dari perempuan dalam populasi? Jika orang lebih suka lelaki dan boleh mendapat anak
lelaki, tidakkah lebih berkemungkinan bahawa lebih ramai lelaki daripada perempuan yang akan
dilahirkan? Sukar untuk melihat apa-apa yang salah berkenaan inferens korelasi ini.
Alasan berikutnya ialah, Ini akan mengakibatkan satu masalah sosial yang serius, dan
persoalannya ialah sama ada dakwaan ini boleh diterima atau tidak. Bukan mudah untuk
menentukan sebabnya kerana ia bergantung sama ada terdapatnya lebihan lelaki yang besar atau
kecil dalam masyarakat. Persoalan seterusnya ialah, Adakah dakwaan yang sebelumnya
menyokong kesimpulan bahawa kita sepatutnya menghalang penggunaan teknik yang boleh
menentukan jantina anak?. Jika kita membenarkan teknik ini digunakan memang akan
menghasilkan ledakan populasi lelaki, yang akan menghasilkan masalah sosial yang serius;
mungkin kita perlu menghalangnya.

Walau bagaimanapun, ada satu lagi persoalan yang perlu ditanya: Adakah pertimbangan atau
hujah lain yang berkaitan dengan pernyataan ini?. Inilah masanya pemikiran kita tentang sesuatu
isu itu perlu kritikal dan kreatif. Di sini kita perlu berfikir dari-luar-kotak untuk sampai kepada
penerimaan sesuatu hujah atau dakwaan.

Mengapakah ia sangat penting? Ini bermaksud kita telah pun menganalisis pernyataan secara
konstruktif dan sekarang lebih jelas dan bersedia untuk menentukan kesahihan dan
kebolehpercayaan dalam menyokong sesuatu penyelesaian yang kita bukan sahaja faham, malah
boleh terima.

Bagi membuat kesimpulan, apabila anda telah jelas tentang apa yang saya hendak katakan dan
apakah sebab dan penyelesaiannya, anda bolehlah menilai penaakulannya.
5

Terdapat beberapa persoalan tentang penerimaan sesuatu dakwaan, yang akan membawa kepada
pertimbangan terhadap tahap kebolehpercayaan. Secara umum, terdapat enam tahap bagi
pertimbangan kebolehpercayaan sesuatu dakwaan

Berikut adalah setiap langkah dalam proses penilaian kebolehterimaan dengan terperinci.

(a) Sejauh mana pastinya dakwaan itu?


Sama ada sesuatu dakwaan itu boleh diterima atau tidak bergantung
kepada kekuatan komitmen. Dakwaan yang diberi boleh diterima sebagai
tekaan atau kemungkinan, walau bagaimanapun, penerimaan akan
dipertimbangkan dengan piawai yang lebih teliti jika ia dinyatakan sebagai
benar atau pasti.

(b) Adakah konteks dakwaan mempengaruhi penerimaannya?


Sama ada sesuatu dakwaan itu diterima atau tidak bergantung pada
konteks dan cara ia dibina.

(c) Adakah dakwaan memerlukan penentuan pakar/kajian?


Ada kes-kes yang mana sebab-sebab yang diberikan untuk kesimpulan
terpilih memerlukan pengetahuan khusus atau input kepakaran dalam
menentukan kesahihannya. Kadangkala anda memperoleh pengetahuan,
ada kalanya tiada disebabkan bukan bidang anda. Maka, ia menjadi satu
cabaran atau tidak mungkin bagi anda untuk mempertimbang kekuatan
hujah itu.

(d) Adakah ia diketahui atau dipercayai ramai?


Ada kala sebab yang dibentangkan itu diketahui atau dipercayai oleh ramai
orang.

(e) Sejauh manakah dakwaan itu sepadan dengan kepercayaan dan pendapat
6

kita yang lain ?


Kadang kala sebab yang anda fikirkan selari dengan kepercayaan yang
lain, ada kalanya tidak.

(f) Adakah ia datang dari sumber yang boleh dipercayai?


Kita boleh menerima atau menolak sesuatu dakwaan berdasarkan
kredibiliti, kebolehpercayaan dan kesahihan sumbernya.

Kepercayaan dan pendapat kita dibentuk oleh apa yang dibaca dalam surat khabar, apa yang
ditonton di TV atau dengar di radio. Sumber-sumber ini boleh menjadi rujukan apabila kita perlu
menentukan sama ada apa yang diperkatakan itu benar atau tidak. Ini adalah sedikit sebanyak
huraian mengenai tugasan yang diberikan pada kali ini.

EMPAT KEBOLEHTERIMAAN TUNTUTAN DARIPADA LAPORAN

Pada 8 Mac yang lalu negara digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang masih
lagi belum ditemui dan menjadi tanda tanya walaupun sudah lebih sebulan misi mencari dan
menyelamat dijalankan.

Meskipun masyarakat dan ahli keluarga mangsa terutamanya sudah mula pasrah dan redha
dengan sebarang kemungkinan yang terjadi namun jauh di sudut hati mereka masih
mengharapkan jawapan konkrit di sebalik kejadian ini.

Umum tahu bahawa pihak berkuasa Malaysia masih lagi meneruskan siasatan sambil dibantu
beberapa negara lain, namun terdapat juga spekulasi palsu bertebaran hingga mengganggu pihakpihak tertentu.

Oleh itu, sebuah rancangan televisyen yang berkisarkan program-program dokumentari,


Discovery Channel telah mengumpulkan beberapa pakar penerbangan dan keselamatan handalan
bagi membincangkan tentang persoalan utama yang boleh menjadi punca kepada kehilangan
MH370.
7

Bagi mencari jawapan sahih, pakar-pakar mengenalpasti tujuh petunjuk utama antaranya seperti
keselamatan lapangan terbang, kawalan trafik udara, sistem komunikasi di dalam kapal terbang,
masalah teknikal, pengesan radar dan satelit, kerjasama antarabangsa dan kotak hitam.

Sebuah pesawat Boeng 777-200 penerbangan MH370 telah dilaporkan berlepas daripada Kuala
Lumpur Airport (KUL) pada sekitar tengah malam 7 Mac 2014. Selang beberapa jam selepas itu,
radar kawalan terputus hubungan dengan pesawat. Selang beberapa jam selepas itu, enjin Roll
Royce 1 kipas yang terdapat dalam MH370 juga berhenti memberikan laporan enjin pada sekitar
jam 1 pagi 8 Mac 2014.

Hanya selang 5 atau 4 jam selepas waktu terakhir pesawat kelihatan dalam radar barulah pihak
MAS dan DCA memaklumkannya kepada orang awam.

Maka bermulalah sesi mendebarkan bagi seluruh dunia terutamanya warganegara Malaysia dan
Beijing sendiri. Kita digemparkan dengan satu kejadian yang aneh lagi ganjil di mana tidak
sampai 24 jam selepas itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat (US) dengan tergesa-gesa telah
menghantar segenap pasukan perisikan anti-pengganas mereka ke rantau ini. Ia terdiri daripada
Federal Bureau Inteligence (FBI), Central Intelligence Agency (CIA) dan sekutu mereka
Interpol. Dalam masa yang sama pihak US juga telah menyeru negara-negara rantau ini untuk
sama-sama terlibat dalam misi membantu Search And Rescue (SAR) yang dijalankan pihak
Malaysia.

Tidak kurang dari 24 jam, pelbagai bantuan telah dihantar oleh negara-negara jiran dan dua
negara besar yang jauh, iaitu US dan Australia (Aussie). Seluruh misi SAR ini dikawal selia oleh
pihak berkuasa Malaysia dibawah Kementerian Pengangkutan, Pertahanan dan juga pihak DCA,
MAS, ATM, TUDM dan sekutu kerajaan. Dibantu oleh pihak media bagi hebahan umum,
operasi SAR MH370 telah dilancarkan seawal pagi 8 Mac 2014.

Pesawat MH370 tersebut sebenarnya membawa seramai 239 orang penumpang termasuk 2 bayi
dan 12 krew termasuk pilot dan co-pilot. Hanya seramai lebih kurang 38 orang sahaja
penumpang warganegara Malaysia dan sekitar 10 orang sahaja berbangsa Melayu selebihnya
8

adalah sekitar 152 orang warganegara China dan bakinya adalah pelancong asing daripada
Ukraine, Australia dan negara-negara lain. Pilot adalah Kapten Zaharie dan dibantu co-pilot,
Farid Hamid, 27 tahun.

Menurut bacaan radar yang disiarkan kepada media, pesawat hilang hubungan sekitar 1.07 pagi 8
Mac 2014 dan terputus imej dari radar ketika itu juga. Menurut radar lain pula (TUDM dan
Flightradar online), pesawat telah melakukan pusingan beberapa darjah dan ketika pusingan itu
berlaku, ia sedang naik lebih tinggi pada kadar lebih 30 ribu kaki dari aras laut. Lantas selepas
beberapa saat pusingan dibuat, pesawat telah hilang daripada semua radar yang ada.

Disini, sangat banyak persoalan timbul. Kebiasaannya orang akan tertanya-tanya, adakah
pesawat berpatah balik? Adakah pesawat sengaja diputuskan hubungan radar? Adakah radar
dimatikan? Adakah orang di dalam pesawat sendiri yang mematikan isyarat radar atau kotak
hitam?

Jika pesawat berpatah balik, seharusnya pusingan lebih daripada 90 darjah. Sekiranya pesawat
terbang terus, kita boleh andaikan pusingan yang berlaku itu adalah saat cemas di dalam pesawat.
Untuk menentukan hala tuju pesawat, hanya pilot dan co-pilot yang boleh mengawalnya.
Pesawat ini bukanlah pesawat tempur sebaliknya pesawat komersil buatan US daripada syarikat
Boeing. Di dalam pesawat terdapat seorang individu yang sangat berharga bagi negara kita.

Siapakah dia? Orangnya adalah Kapten Zaharie sendiri iaitu pilot pesawat tersebut. Beliau
adalah seorang pilot yang sangat-sangat berpengalaman dalam MAS. Beliau telah terbang lebih
18 ribu jam sepanjang berkhidmat dengan MAS. Beliau seorang yang sangat mahir selok belok
pesawat Boeing dan segenap penerbangan MAS.

Tahukah anda? Kapten Zaharie memiliki satu kemahiran yang sangat unik berbanding pilot lain
dalam MAS. Kapten Zaharie mampu mendaratkan sebuah pesawat Boeing dilandasan yang
pendek daripada landasan yang sepatutnya. Kapten Zaharie pernah mendaratkan Boeing bersaiz
besar di Lapangan Terbang Kuala Terengganu satu masa dahulu.

Sepatutnya pada hari tersebut, Kapten Zaharie harus bercuti sebaliknya dia telah dipanggil untuk
menerbangkan pesawat tersebut. Ini saya terima dari seorang rakan yang rapat dengan ahli
keluarga Kapten.

Untuk melakukan pendaratan disesuatu lokasi yang mempunyai landing pad yang pendek,
kepakaran yang ada pada Kapten Zaharie amatlah diperlukan. Hanya beliau yang mampu
mendaratkan MH370 dimana-mana kawasan yang dirasakan perlu.

LANGKAH-LANGKAH DALAM MENILAI KEBOLEHTERIMAAN

Seluruh rakyat Malaysia kini bersedih di atas berita buruk bahawa pesawat MH370 milik
syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) telah terhempas di selatan Lautan Hindi.
Pengumuman menggemparkan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato Sri Najib Tun Razak
pada sidang media khas pada malam 24 Mac lalu, sekaligus mengakhiri penantian selama 17 hari
mengenai nasib pesawat Boeing 777 yang hilang itu.

Pastinya, pengumuman berkenaan bukan sahaja meranapkan segala harapan dan doa dari
kalangan kaum keluarga kepada penumpang MH370 bahawa anggota tersayang masih hidup
tetapi juga mengubah kehidupan mereka buat selama-lamanya.
Selepas ini, tidak ada lagi belaian kasih sayang mahupun kucupan oleh kaum keluarga pada pipi
mereka. Apa yang ada hanyalah tangisan, duka dan kekesalan yang berpanjangan selagi misteri
kehilangan pesawat MH370 tidak ditemui.

Sememangnya, berita tersebut amat sukar untuk diterima oleh semua pihak, lebih-lebih lagi
kaum keluarga kepada penumpang dalam pesawat MH370. Apa tidaknya, cara dan bagaimana
mereka hilang dari pandangan secara mengejut tanpa sebarang jejak membuatkan mereka
skeptikal berkenaan dengan nahas ini. Terdapat banyak misteri yang masih belum terjawab
hingga ke hari ini.

10

Sejurus pengumuman mengenai nasib pesawat MH370 dibuat, kebanyakan kaum keluarga
khasnya warganegara China menangis teresak-esak dan bagaikan tidak percaya bahawa anggota
keluarga tersayang telah pergi buat selama-lamanya.

Di sebalik simpati yang diberikan oleh masyarakat antarabangsa kepada Malaysia dan MAS atas
kehilangan pesawat MH370, terdapat juga satu trend yang amat merunsingkan pihak berkuasa
iaitu tuduhan melulu oleh media antarabangsa dan rakyat China terhadap keterbukaan kerajaan
Malaysia dalam menangani krisis tersebut.

Sepanjang dua minggu lalu, kerajaan Malaysia dikecam hebat oleh waris mangsa di Beijing dan
media-media asing khasnya CNN yang nampaknya lebih berminat untuk menegakkan benang
yang basah. Lebih mendukacitakan, niat ikhlas kerajaan Malaysia dalam menenangkan perasaan
waris mangsa warganegara China dibalas dengan cemuhan dan tuduhan bahawa mereka adalah
pembunuh utama penumpang-penumpang dalam pesawat MH370.

Pada masa yang sama, kaum keluarga kepada si mangsa turut mengadakan protes di hadapan
kedutaan Malaysia di China, di Beijing. Difahamkan protes tersebut diadakan bagi melahirkan
ketidakpuasan hati mereka terhadap cara pihak berkuasa Malaysia menangani tragedi ini. Mereka
juga menuntut lebih banyak maklumat diberikan kepada mereka mengenai nasib penumpang
MH370. Ejen-ejen pelancongan di China turut melaporkan tempahan pelancong China ke
Malaysia merosot dengan ketara ekoran tragedi tersebut.

Media-media asing dari satu sudut pula lebih berminat dengan berita-berita panas yang
memburukkan imej Malaysia. Dari hari pertama liputan sehingga sekarang, media-media asing
seperti CNN dan BBC nampaknya lebih berminat dengan kelemahan pihak berkuasa Malaysia
menangani tragedi ini.

Perhatikan bagaimana CNN berulang kali menyiarkan sentimen anti-Malaysia dalam kalangan
rakyat China dalam siaran berita mereka walhal jumlah warganegara yang hilang atau mati
dalam tragedi MH370 turut merangkumi 13 warganegara lain.

11

Selain China, Malaysia merupakan negara kedua yang paling teruk terjejas dalam tragedi
memilukan ini. Seramai 38 rakyat Malaysia termasuk 12 krew pesawat dilaporkan hilang dan
berkemungkinan sudah mati dalam nahas terburuk pernah berlaku di Malaysia.

Apakah ia adalah satu tindakan yang betul untuk kerajaan mengeluarkan kenyataan media atau
maklumat yang belum ditentukan kesahihan hanya semata-mata untuk memuaskan hati keluarga
mangsa? Di sini, pihak berkuasa Malaysia telah melakukan sesuatu yang betul dengan tidak
panik dan mengikuti kehendak keluarga mangsa.

Pihak berkuasa Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tidak akan berlaku
sebarang kekeliruan dan trauma kepada keluarga mangsa. Berat mata memandang, berat lagi
bahu yang memikulnya. Sehubungan itu, dakwaan oleh sekumpulan keluarga mangsa
warganegara China yang menyifatkan kerajaan Malaysia sebagai pembunuh adalah tidak
adil. Sebaliknya, dakwaan itu dibuat ketika emosi dan perasaan keluarga mangsa tidak tenteram
selepas menanti lebih dua minggu.

Mereka perlu faham, kerajaan Malaysia tidak akan mendapat sebarang faedah jika memilih
untuk menyembunyikan maklumat-maklumat penting berhubung pesawat MH370. Lagipun,
apakah kelebihan kerajaan Malaysia jika mereka menyembunyikan maklumat-maklumat yang
dimaksudkan?

Layanan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dan MAS kepada keluarga mangsa warganegara
China adalah cukup baik dan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Selain
menguruskan tiket penerbangan mereka ke Kuala Lumpur, kerajaan Malaysia turut menyediakan
khidmat kaunseling kepada mereka. Manakala MAS bersetuju untuk membayar RM5,000
kepada setiap mangsa yang terkorban.

Lebih mengharukan, sidang media harian turut diadakan bagi memaklumkan perkembangan
mutakhir nasib pesawat MH370 kepada para wartawan. Melihat kepada kesemua inisiatif yang
dilaksanakan itu, apakah kerajaan Malaysia kejam dan tidak berhati-perut? Jika benarlah

12

kerajaan Malaysia kejam, mereka boleh memilih untuk tidak melaksanakan kesemua inisiatif
yang dinyatakan tadi.

Selain itu, Malaysia menghantar lebih banyak aset ke Selatan Lautan Hindi untuk mencari
pesawat Malaysia Airlines MH370 di lokasi baharu lautan itu, kata Menteri Pertahanan Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang mampu membuat pencarian
dengan menggunakan peralatan 'multi beam echo sounder', akan menyertai pasukan mencari
dengan memberi bantuan dalam proses batimetrik.

"Kapal ini akan memulakan pelayarannya pada 4 Ogos," kata beliau kepada pemberita selepas
melancarkan Pameran Foto MH370 di sini hari ini. Ini adalah langkah-langkah yang diambil
kerajaan Malaysia dalam menilai sejau mana tuntutan yang perlu dalam menangani kes MH370
ini.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat saya beri adalah berdasarkan pakar yang berasaskan penyelidikan yang
dipanggil Kesan Doppler - satu teori yang dinamakan sempena saintis fizik bernama Christian
Doppler yang mengesyorkan bahawa frekuensi sesuatu gelombang bunyi yang dihasilkan oleh
sesuatu objek berubah mengikut jarak daripada pemerhatinya.

Dalam kes unik ini, MH370 telah menghantar 'ping' sebanyak enam kali kepada satelit Inmarsat
dalam tempoh enam jam ketika ia sedang terbang tanpa dikesan di atas Lautan Hindi dengan
transponder di dalam pesawat itu tertutup. Gelombang bunyi 'ping' itu - yang ditermakan sebagai
tanda menjabat tangan - dihantar menerusi antena Boeing 777 tersebut kepada salah sebuah
daripada 10 satelit Inmarsat. Sebagai respon, satelit yang menerima isyarat gelombang bunyi
tersebut terus menghantar isyarat semula kepada pesawat MH370 setiap jam selagi ia masih
berfungsi dan bergerak sebagai 'tanda isyarat diterima.'

13

Isyarat 'ping' tersebut terhenti selepas jam yang keenam - menandakan yang pesawat berkenaan
tidak lagi berfungsi dan mengeluarkan gelombang isyarat.

Hasilnya, para jurutera di Inmarsat membuat kiraan menggunakan teori "Gerakan Doppler" yang bermakna mereka mula mengira kedudukan 'ping' yang terakhir berasaskan perubahan
walau sekecil mana sekali pun frekuensi 'ping'yang terhasil ekoran pergerakan pesawat itu
dengan jarak 'pemerhatinya' iaitu satelit Inmarsat.

Para jurutera yang bertungkus lumus menganalisa bunyi 'ping' tersebut kemudiannya membuat
perbandingan dengan data yang diperolehi daripada pesawat Boeing 777 lain yang keluar masuk
di sekitar kawasan tersebut untuk melihat di manakah Kesan Doppler itu sepadan dengan data
yang diperolehi dari MH370.

"Mereka bekerja tanpa henti selama enam hingga tujuh hari,"kata jurucakap Inmarsat, Chris
McLaughlin, dengan pasukan penyiasat antarabangsa yang lain membuat kesimpulan hasil
daripada penemuan luar biasa ini.

Rumusannya ialah gelombang bunyi 'ping' yang dihantar oleh antena Boeing 777 MH370 milik
Penerbangan Malaysia datang dari koridor selatan dan bukannya utara. Itu adalah rumusan
muktamad hasil daripada data yang dikumpulkan oleh satelit Inmarsat dan disahkan
kesahihannya oleh AAIB.

Hasil rumusan penemuan itu dicapai pada 21 Mac dan pegawai-pegawai AAIB memberi taklimat
terus kepada perdana menteri dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein yang kemudiannya menegaskan yang analisa menggunakan teori ini belum pernah
dilakukan di dalam siasatan kemalangan pesawat. Pencarian masih lagi diteruskan sehingga ke
hari ini. Semoga segala kebolehterimaan dalam tugasan ini memberi jawapan yang sangat baik
dalam memberi kefahaman kepada diri saya sendiri dan manfaat kepada orang lain.

14

RUJUKAN

1. http://www.astroawani.com/news/category/mh370
2. http://www.mysumber.com/ringkasan-berita-pesawat-mas-mh370-dari-kl-ke-beijinghilang.html
3. http://www.astroawani.com/news/show/malaysia-tambah-aset-cari-mh370hishammuddin-39210
4. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mengapa-malaysia-sembunyikanlaporan-tentang-mh370-kata-pakar-penerbangan
5. http://mountdweller.blogspot.com/2014/04/mh370-persoalan-bagaimana-kerajaan.html
6. http://www.themalaymailonline.com/opinion/bartholomew-chan/article/tragedi-mh370jangan-salahkan-kerajaan-dan-mas
7. Dr. Anton Espira, SBFS1103, Open University Malaysia
8. Dr. Haresh Kumar Kantilal, SBFS1103, Open University Malaysia

( 2890 perkataan )

15