Anda di halaman 1dari 3

Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis


Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

Mengumumkan, ketibaan,________________________________
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.
Yang Berbahagia_______________________ selaku tuan penceramah kita pada
hari iniYang Berusaha_______________________ Yang
Dihormati_______________________ Serta semua pelajar PISMP semester 3
ambilan januari 2009 dan pelajar PPISMPsemester 2 ambilan Julai 2009.Selamat
datang ke :seminar patriotik dan kenegaraan anjuran

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilahsama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakanoleh ______________________________________________ Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Saudara _________________________atas bacaan doa
itu tadi
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.
Majlis dengan ini ingin mempersilakan
Tn. Hj. Mohd Taslim b. Abd Rahim
selakuketua jabatan kajian sosial ipg KTHO untuk menyampaikan ucapan alualuan danseterusnya merasmikan seminar patriotik dan kenegaraan. Dengan
segala hormatnyadipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Mohd Taslim b. Abd Rahim
atas ucapan yangtelah disampaikan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,Kini, tibalah masanya untuk
sama-sama kita dengarkan seminar patriotisme dankenegaraan bertemakan
meniti susur galur pantai-pantai demografiPensejarahan Malaysia
yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia
En. KuHasnan bin Ku Halim, pensyarah UTHM,parit raja, bt pahat Malaysia.
.( biodata diri )Majlis dengan segala hormatnya mempersilakanDemikianlah tadi
ceramah daripada
En. Ku Hasnan bin Ku Halimyang bertemakan
meniti susur galur pantai-pantai demografi Pensejarahan Malaysia.
Majlismerakamkan ucapan terima kasih.dengan ceramah yang telah diberikan
oleh
En. Ku Hasnan bin Ku Halim

sebentar tadidiharapkan kita dapat input yang berguna.


Bintang-bintang terbit pagi,
Di selaput oleh awan putih,
Tuan sudi datang kemari,
Salam dihulur penuh kasih.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,Seminar kita pagi ini akan
diteruskan dengan ceramah yang kedua yang bertemakan
penghayatan nilai patriotis m dan kenegaraan melalui etika perguruan
PENUTUP
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat mempelai direnjis dipilis
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah kita di penghujung Majlis.
Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepadasemua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini
samada secaralangsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh
keberkatan daripada-Nya.Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain
ungkapan rasa syukur danucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas
kesudian hadir memeriahkanseminar patriotic dan kenegaraan kita pada hari yang
penuh keberkatan ini.Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silapsepanjang mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.
Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih
kaffarah dansurah al-`Asr.

Anda mungkin juga menyukai